Showing posts with label Self.Reflection. Show all posts
Showing posts with label Self.Reflection. Show all posts

Gantung. Just Beware!

Saturday, May 16, 2015 | 1 Comment

Caution: 18sx detected. [Kredit]

Alhamdulillah. Baru je selesai baca salah satu novel fixi. First time aku baca buku indie. Dan buat julung-julung kali juga aku baca novel  yang ada genre seram. Woha! Sememangnya novel fixi lain sangat dengan novel-novel tipikal yang ada kat pasaran. Puas hati la baca jalan cerita dan cara penulis tackle minat pembaca. *thumb up*. 

Ok, berbalik kepada 'GANTUNG'...novel ni memang ada jalan cerita yang menarik especially to the friendship among those five guys. Selain membuatkan sel-sel otak aku berhubung, aku rasa dah macam geng detective conan pun ada. Sama-sama cari jalan nak selesaikan satu kes misteri. Gitu ha!

Tak dinafikan, sepanjang aku baca cerita ni ada rasa yang menarik-narik aku untuk teruskan pembacaan. Bukan disebabkan ayatnya yang santai, lepak dan mudah paham tetapi jalan cerita dan gaya penceritaannya yang buatkan tahap curiosity aku naik pada kadar 100 degree. Tahniah kepada si penulis. Ewah… 

Biasalah orang muda, jiwa muda, sifat ingin tahu tu pasti ada. Tak mustahil juga apa yang aku akan tulis lepas ni pun buatkan perasaan hampa nak baca tu lagi meningkat. Hampa pun sekarang ni mungkin dah dok tertanya-tanya, 

" kenapa?"

 "awat?" 

 "pasai pa?"

 "why?"

Pesan aku, jangan baca atau yang dah terbaca (macam aku ni), pastikan takde orang lain yang baca selepas hampa baca especially budak bawah umur. Tu je.    

Sorry writer. Sorry publisher. Sorry fixi’s fans. Sorry! Sorry! Sorry! I have to burn this novel anyway. Yeah, have to! Demi menjaga hati, menjaga anak-anak bangsa sendiri dan demi secebis iman diri sendiri yang masih ada, aku terpaksa bakar. Memang tak dinafikan realiti pada watak dan perwatakan anak-anak muda zaman sekarang seperti itu ada. Tak bermaksud juga dengan membakar novel tu, aku dah  menafikan dan menidakkan realiti zaman akhir zaman ni. Hurmm…

However, we have a choice right? To be bad or good. Dan sebelum membuat pilihan, tak salah bukan jika kita ambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu supaya pengakhirannya nanti membuatkan kita menarik nafas lega. *senyum* 

[Kredit]

Pada pandangan aku yang cetek ni and oh…! Tak kisah la hampa nak kata aku ni ibarat katak di bawah tempurung, nak mencebik-cebik buat muka meluat sekalipun, because for me novel ni banyak sangat adegan 18sx nya. Bagi yang baca buku ni, aku berani jamin yang diorang tu (terutamanya kaum adam) boleh bayangkan situasi tersebut. Betul tak? Ngaku jelah. Tak banyak pun sikit. Kan..kan...kan..? Yelah, nak menghayati watak kononnya. Puii..! 

Apapun, aku tetap akan kata novel ni keterlaluan sebagai bahan bacaan umum. Takut-takut pihak yang patut mandi wajib tu wujud lagi banyak daripada pihak yang beristighfar dan taubat nasuha sepanjang baca novel ni. Who knows? Eheh! 

Lagipun, tak semua orang akan ambik satu-satu cerita tu sebagai pengajaran. Tak mustahil akan ada yang jadikannya sebagai panduan. Sedangkan Nabi Adam pun boleh terpedaya dengan setan sehinggakan dihukum turun ke bumi inikan pula kita yang perangai tu dah macam setan. Takut dihukum terjun ke neraka pula jadinya. Gulp!

Hey! Look  guys, kes rogol liwat pun ada dalam kalangan budak sekolah rendah. Salah siapa? Cukuplah pengaruh yang kuat dari  tv, laman sosial, internet dan sebagainya . Takkan lah kita pun nak jadi salah satu penyumbangnya? Fikirkan.

Aku ada adik, aku ada anak-anak buah yang masih suci mindanya and maybe one fine day I have my own child *angkat-angkat kening*. Takkan la aku nak benarkan pemikiran generasi sesudah aku dicemari dengan bahan bacaan yang ada adegan lucah sebegini. Biarlah diorang tu tahu realiti dunia akhir zaman dengan cara lebih ‘selamat’. Bukan dengan cara ‘membawa’ mereka masuk ke dunia yang sama.

So, please! Mohon tak baca atau benarkan novel ni ada dalam koleksi hampa. Bukan apa, takut budak-budak under age ni ambik baca pula kan. Tak ke haru jadinya. Aku tak sanggup nak tanggung 'apa' yang diorang tu dapat masa baca nanti. Whew! That's why aku terus bakar je novel ni.
"Habis tu, kami yang above 18 years old ni boleh baca la kan? Dah cukup umur."

A'ah. Silalah baca. Tu pun kalau dah memang hampa tu konfem-konfem akan masuk syurga. Jadi ahli syurga. Setan pun tak boleh challenge hampa. Siap angkat bendera putih tanda menyerah kalah. Heh!

Last but not least, aku takkan sesekali sarankan novel ni pada sesiapa pun. Never! Bagi yang dah ada novel ni, just beware. Because, my mind keep asking and my heart keep wondering, 
“saham apa yang mereka (penulis, penerbit, and so on) sedang kongsi? Pahala atau dosa?"  

Dan aku? 

*nanges*

Sorry again. 
No heart feeling. No harm.
Peace. For the sake of Allah. 

p/s: Aku cuma tak galakkan novel ni dan sebarang bentuk bahan bacaan yang ada unsur 18sx je. Novel yang lain tu ikut suka la. But still, it depends on the book contains. Aku belum tentu lagi jadi ahli syurga, sebab tu aku bakar supaya aku yang tak kena bakar nanti. Pheeww~

p/s: Apa pun, i still looking forward to all  fixi's books. Ngeh...!

Tu Dulu Mak, Tak Sama...

Monday, February 02, 2015 | 1 Comment
[Kredit]

Pada suatu petang di kala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kelihatan dua beranak sedang rancak berbual di atas pangkin bawah pokok rambutan sambil menikmati cucur pisang cheese dan aiskrim pasu. Si emak begitu asyik menikmati juadah petang mereka manakala anaknya pula sibuk bermain henpon.
Mak Seri: Orang zaman dulu, tup-tup dah nak kawen. Orang zaman sekarang ni, belum kawen pun dah tau dengan siapa dia dok berkawan. 
Samad: Tu dulu mak, tak sama...
Mak Seri: Orang zaman dulu, tup-tup dah beranak. Tak tau pun bila masa dia mengandung.
Samad: Tu dulu mak, tak sama...
Mak Seri: Orang zaman dulu, tup-tup dah dapat anak kedua. Tak tau pun anak pertama dah besar mana.
Samad: Tu dulu mak, tak sama...
Mak Seri: Apa yang tak sama nya kau ni ha? *bengang*
Samad: Zaman dulu takde fesbuk, wasap, line, wechat, tuiter semua ni mak. Mana sama. Dulu tak boleh hapdet status. Sekarang, kat mana-mana pun boleh hapdet. Hehehe...!

Mak Seri bertambah bengang. Petang yang damai terasa bahangnya. Terus dirampas henpon anaknya itu. Segera dihapdet statusnya ke fesbuk,

[Kredit]
_______________________________________________________________________
p/s: Tak semua perkara yang kita ada dan yang kita lakukan perlu dikongsikan kepada orang ramai tak kira masa, ketika dan di mana jua kita berada. Berpada-padalah dalam perkongsian. Jangan sampai memakan diri sendiri. 
...

Cerita asal,
Miss L 

Allah Diutamakan Solat Didahulukan

Saturday, January 11, 2014 | Comment
The Only One [Kredit]

Suatu petang di tengah sawah yang terbentang luas, seorang kanak-kanak umur 10 tahun duduk menekur sambil mengunyah gula-gula getah. Disebelahnya pula seorang lelaki remaja berusia kira-kira 16 tahun. Kedua-dua beradik itu begitu asyik memandang sawah di hadapan. Sabar menanti umpan katak mereka dimakan ikan.

Adik: Abang, adik nak tanya sikit boleh?

Abang: Tanyalah. Tapi, jangan kuat sangat suara tu. Kang lari semua ikan. Hehe!

Adik: Adik tahulah.

Abang: Ok. Adik nak tanya apa tadi? Silakan bertanya. Ehem!

Adik: Errm…macam mana nak pandai macam abang? Adik tengok, abang bukannya study sangat pun. Tapi, tiap-tiap tahun jadi best student. Adik pelik laaa…abang meniru ek?

Abang: Hish! Ke situ pula adik ni. Mana ada abang meniru. Rezeki Allah nak bagi la dik.           Alhamdulillah…*senyum*

Adik: Habis tu, kenapa adik tak dapat jadi macam abang? Asyik masuk ranking top 10 jer. Tak penah juga dapat nombor 1. Nak kata adik tak study, abang pun tau kan. Siang malam adik pulun study. Hurmm…

Abang: Ok. Sekarang ni abang nak tanya adik pula. Apa sebabnya adik study?

Adik: Mestilah nak dapat no 1. Nak jadi best student macam abang. Nak bagi mama abah bangga dengan adik.

Abang: Tu jer? Takde yang lain dah?

Adik: Tu jelah. Ada lagi ker? *kelip-kelip mata sambil berfikir*

Abang: Sebenarnya dik, dalam nak menuntut ilmu niat kita kena betul. Bagus niat adik tu. Nak banggakan mama dan abah. Tapi, yang paling utama dalam menuntut ilmu ni perlulah kerana Allah. Nak buat apa pun niatkan kerana Allah. Cuma, mestilah pekerjaan yang baik-baik jer. Jangan nak pergi mencuri pun niat kerana Allah juga. Tak betul tu.

Adik: Adik tahulah bang. Ustazah ada bagitau haritu.

Abang: Hurmm..baguslah kalau dah tahu. Cuma abang nak tegur adik satu perkara ni jer.

Adik: Apa dia abang?

Abang: Dah lama abang perhatikan adik. Adik suka lengahkan waktu solat. Ralit sangat study sampaikan dah hujung waktu baru adik solat. Itupun, nasib mama, abah dan abang tegur. Kalau tidak, dah lama terbabas abang rasa. Betul tak?

Adik: Hehe…*sengih sambil garu-garu kepala*

Abang: Tak betul cara adik tu. Sepatutnya, adik cepat-cepat pergi solat. Tunaikan kewajipan adik sebagai hamba Allah dulu, lepas tu sambung study balik. Baru berkat ilmu yang adik dapat tu.

Adik:  Yess! Adik dah paham. Terima kasih abang.

Abang: Aik? Dah paham? Apa yang adik paham?

Adik: Allah diutamakan. Solat didahulukan. Jom balik!

Abang: Laa..kenapa cepat sangat nak balik. Belum dapat ikan lagi ni?

Adik: Dah nak masuk waktu maghrib la bang. Takkan nak solat kat sini?

Abang: Eh, yelah. Tak perasan pula.

Adik: Itulah bang. Khusyuk sangat bagi ceramah. Mengata dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Haha! *terus lari meninggalkan si abang*

Abang: Hambooi..sempat lagi dia berpantun kenakan kita yer…nasib…nasib…

[Kreditt]
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah solatnya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia." ~ ( Riwayat An-Nasa'i dan al-Tirmizi )

Mahal Ker Murah?

Thursday, November 07, 2013 | Comment
[Kredit]


“Cantik tak tudung ni Wani?”

“Cantik. Sesuai dengan akak.”

“Wani taknak beli satu ker?”

“Takpelah kak. Mahal la. Tudung Wani semuanya under RM20 jer. Lagipun, tudung ni labuh sangat bagi Wani.” Bisik Wani di telinga Kak Asma’. Takut terdengar dek penjual.

“Apa salahnya tudung labuh. Kan lagi menutup aurat berbanding sekarang ni. Nak kata mahal, takde la sangat. Baru RM 28 jer.”

“Bagi Wani mahal lah kak.”

“Kalau gitu, akak belanja satu tudung kat Wani okay? Wani wajib terima.”

“Okay!” akhirnya Wani mengalah. Kak Asma’ sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri. Masakan dia tergamak untuk menolak. Dia sekadar menurut.

Selesai membayar, mereka berdua menuju ke kedai seterusnya. Kedai Buku Popular! Memang itulah tujuan utama mereka keluar ke pekan pada hari itu pun. Biarpun mereka berbeza dalam banyak perkara, tapi minat yang sama terhadap buku tak menghalang mereka berdua untuk menjadi semakin rapat.

**************

“Amboi…banyak belanja?” Asma’ menegur.

Wani tersengih. Matanya sedikit mengecil. “Mana ada banyak pun akak. Tiga buah jer ni. Baru RM68.” Tangannya sempat menunjuk ke arah novel-novel yang sedang elok terletak di atas kaunter bayaran. Cik cashier di hadapan lantas turut tersenyum terdengarkan perbualan pelanggannya itu.  

“Banyak la tu. Akak ni, nak habiskan sebuah buku pun makan masa hampir sebulan tau.”

“Itu sebabnya, akak ambil feel terlebih. Hehe!” Wani mengekek ketawa. Sengaja dia permainkan Kak Asma’.

‘Pap!’ Satu tepukan lembut singgah di bahu Wani. Asma’ sekadar  mengelengkan kepalanya. Wani! Wani! Tak habis-habis nak kenakan akak.

**************

Dua bulan kemudian…

“Comelnya adik akak hari ni!” puji Kak Asma’. Wani tersengih di hadapan cermin. Hari ni, buat pertama kalinya dia memakai tudung pemberian Kak Asma’ dua bulan yang lalu. Entah kenapa, tergerak hatinya untuk memakai tudung tersebut.

“Comel macam akak tak?” Wani sekadar menguji.

“Mestilah. Tapi, akak lagi comel kot! Hehe!” Kak Asma ketawa. Wani turut ketawa mendengarkan selorohan Kak Asma’. Sedikit sebanyak rasa gusar yang bermukim di hati tatkala memikirkan reaksi rakan sekuliahnya itu hilang begitu saja.

**************

“Akak, Wani tanya sikit boleh?”

“Tanyalah. Apa dia?” Kak Asma’ menoleh mukanya memandang wajah Wani. Sekilas kemudian, dipaling semula mukanya memandang kanak-kanak yang sedang berkejaran di taman permainan berdekatan rumah sewa mereka.

“Akak tak rasa ke tudung bidang 60 yang akak pakai sekarang ni mahal?”

“Rasa la juga. Kenapa?”

“Habis tu, kenapa tak beli tudung bidang 45 jer. Kan menutup aurat juga.”

“Sebelum akak jawab soalan Wani tu, Wani jawab soalan akak dulu boleh?”

Wani mengangguk. “Boleh.”

“Antara harga sehelai tudung labuh dengan dua buah novel  yang mana lagi mahal?”

“Mestilah novel.  Dua buah tu pun dah boleh cecah RM50. Kadang-kala sebuah novel pun dah boleh melebihi harga sehelai tudung.” Semangat Wani menjawab.

“Pandai pun adik akak ni.” Diusap-usap perlahan kepala Wani disebelahnya persis seorang kanak-kanak. Wani juga senang diperlakukan seperti itu. Namun, dia masih belum jelas apa tujuan soalan kakaknya itu.

“Apa kaitannya soalan akak dengan soalan Wani tadi tu?” dia bersuara. Betul-betul tak faham apa yang ingin disampaikan oleh Kak Asma’.

“Macam mana Wani rasa tentang harga novel tu semua, macam tu jugalah akak fikir setiap kali nak beli tudung.” 

Nafas dihela perlahan sebelum dia menyambung kata,

“Akak selalu cakap kat diri sendiri, kalau novel berpuluh-puluh ringgit aku boleh beli, takkanlah sehelai tudung yang harganya tak seberapa ni aku tak mampu nak beli? Dan ternyata ayat tu berkesan kat akak. Sejak dari hari tu, akak mula beli tudung labuh. Sedikit demi sedikit. Berkali-kali akak ulang ayat yang sama setiap kali nak beli tudung. Biar akak sedar yang nilai sehelai tudung labuh tu lebih bermakna berbanding novel-novel cinta yang akak baca sebelum ni. Tudung inilah yang akan perbaiki akhlak akak dan bantu akak masuk syurga. Bukannya novel-novel cinta dunia tu semua pun. Lagipun, kan lebih manis bila bertudung labuh. ” Asma’ senyum. Tenang sekali wajahnya.

Wani di sebelah terdiam. Sikit pun tak bersuara. Kata-kata Kak Asma’ sikit sebanyak menusuk kalbu. Kerana ada kebenarannya di situ. Matanya berkaca-kaca. Sentap!

**************

“Banyak borong novel Kak Asma’. Sejak bila?” sengaja Wani kenakan kakak kesayangannya itu. Bukannya dia tak tahu, jenis novel yang bagaimana Kak Asma’ beli. Kebanyakkannya novel berunsurkan islamik dan buku-buku motivasi. Cuma sesekali, Kak Asma’ akan membeli novel cinta.

Asma’ menjeling manja di sebelah. Tahu sangat kenakalan adik angkatnya. Ada saja yang nak dikenakan. Malas dia nak menjawab. Namun tatkala matanya terperasan Wani yang sedang berjalan kosong tanpa membeli apa-apa, dia sedikit pelik. Selalunya pasti akan ada sesuatu yang dibeli Wani bila mereka ke POPULAR.

“Aik, tak beli novel pula ke?” tanya Asma’.

“Takde yang best. Lagipun, nak simpan duit beli tudung japgi.” Wani sengih.

“Tudung mahal ke tudung murah?” Diangkat-angkat keningnya memprovok Wani.

“Mestilah tudung mahal. Nak comel macam Kak Asma’ la katakan.”

“Kak Asma’ comel tak?” ayat iklan kecantikan Kak Ton ditiru. Sekadar bergurau-senda.

“Mestilah comel.” Haha! Wani ketawa. Asma’ juga turut ketawa dengan lawaknya sendiri. Apa pun, dia bersyukur kerana Wani sudah belajar memakai tudung bidang 60 yang dulunya dikatakan mahal. 

Mahal ker? Taklah. Murah jer. ^_^


[Kredit]
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka…” ~ (Surah An-Nur: 31)

[Kredit]
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~ (Surah Al-Ahzab: 59) 

Kisah Kejujuran Rusa di Malam Cinta Rasul

Sunday, March 31, 2013 | Comment

[Kredit]

Diceritakan bahawa pada zaman Rasululullah s.a.w, terdapat seekor rusa yang telah ditangkap dan diikat oleh seorang Badwi sehingga tidak mampu melepaskan diri melihat baginda Rasululullah s.a.w sedang berjalan. Lalu rusa itu pun memanggil,
“Ya Rasulullah! Ya Rasulullah!”

Lantas baginda Rasulullah yang mendengar terus menoleh kebelakang dan dilihat seekor rusa yang sedang memanggilnya. Perkara ini bukanlah mustahil dan pelik bagi seorang Rasul yang penuh dengan mukjizat sebagaimana Nabi Sulaiman juga memahami dan mengerti bahasa haiwan seperti semut dan burung hud-hud. Rusa tadi kemudiannya berkata,
“Ya Rasulullah! Saya ini mempunyai dua ekor anak yang berada di belakang gunung itu. Anak saya masih kecil dan saya masih belum menyusui mereka. Kamu lihat bagaimana susu saya ini penuh dan masih menitis kerana anak-anak saya belum menyusu kepada saya dan saya pula ditangkap oleh Badwi itu. Saya sudah 2 hari ditangkap tetapi masih belum disembelih. Jika sudah disembelih, masalah pastikan selesai kerana tak boleh rasa bersedih dan memikirkan anak-anak yang masih belum menyusu itu.”

Lihatlah, bagaimana rusa juga mempunyai perasaan kasih sayang. Kasih kepada anak-anak. Dan perasaan kasih ini adalah sebahagian kecil daripada rahmat Allah yang diberikan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Oleh sebab rahmat Allah yang satu ini jugalah semua makhluk saling kasih-mengasihi di atas muka bumi.

Rusa tadi menyambung bicaranya,
“Lepaskanlah saya, Ya Rasulullah supaya saya dapat kembali  kepada kepada kedua anak saya dan dapat saya susukan mereka. Selepas itu, akan saya kembali kepada kamu.”

Kemudian, kata baginda Rasulullah s.a.w,
“Kamu adalah tawanan kepada si fulan (Badwi) tu. Jadi, saya tak dapat melepaskan kamu.”

Rusa itu berkata, 
“Ya Rasulullah! Saya berjanji, sekiranya kamu lepaskan saya dan aku sudah berikan susu kepada anak-anakku, aku akan kembali memenuhi janjiku kepada engkau.” 

Setelah mendengarkan kata rusa itu, Rasululullah (seorang insan yang menerima kejujuran dan sentiasa menghargai makhluk yang telah berjanji untuk berlaku jujur) maka baginda pun melepaskan rusa itu. Lantas, rusa tadi pun berlari dengan cepat menuju ke sebalik gunung manakala baginda Rasulullah sedia menanti (Standby) di tempat rusa itu diikat. Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertanggungjawab kepada si Badwi tadi jika apa-apa berlaku kepada rusa buruan Badwi itu.

[Kredit]

Tidak berapa lama kemudian, rusa tadi kembali dengan keadaan yang sebelumnya tadi penuh susu kini sudah kering dan mengecut sebagai tanda bahawa sudah diminum oleh kedua anaknya-anak itu.  Padahal, rusa itu tahu akan nasib yang bakal menimpa dirinya sekembali dia ke tempat Rasulullah sedang menanti. Dia bakal disembelih, dijual atau diapa-apakan dan berpisah dengan anak-anaknya. Biarpun rusa itu boleh melarikan diri tatkala dilepaskan sebentar tadi oleh Rasululllah, namun ia tidak berbuat demikian. Bahkan ia kembali untuk memenuhi janjinya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Maka, baginda Rasulullah s.a.w pun mengikat kembali rusa tersebut di tempatnya. Sedang mana Rasulullah mengikat rusa tersebut, si Badwi yang melihat datang menemui Rasulullah dan bertanya,
“Ya Rasulullah! Apa yang kamu buat?”

Lalu, baginda pun menceritakan apa yang telah berlaku. Kemudian, baginda berkata,
“Bolehkah kamu menjual kepada aku yakni untuk dilepaskan?”

Badwi itu menjawab, 
“Saya hadiahkan rusa ini kepada engkau.”

Setelah itu, baginda Nabi pun melepaskan rusa itu. Rusa itu pun berlari dengan melangkahkan kaki belakangnya seolah-olah sedang menari lantas mengucapkan dua kalimah syahadah menandakan betapa gembiranya dia dilepaskan atas kejujurannya itu terhadap baginda Rasulullah s.a.w. 

[Kredit]


Sebagai pengajarannya, berlaku jujurlah dalam setiap perbuatan dan tutur kata yang menjadi teras perjuangan sebagaimana para sahabat kepada Rasulullah dan diangkat darjat oleh Allah s.w.t. Berlaku jujur juga dalam hati kita kepada Allah s.w.t dan sesama manusia bermula daripada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan juga muslimin dan muslimat. Dan lihatlah bagaiman keajaiban yang Allah berikan atas ganjaran sikap kejujuran yang telah kita pamerkan. 

***************

[Nota kaki] : Kisah ini deceritakan oleh l Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di dalam satu program iaitu ‘Malam Cinta Rasul’ pada baru-baru ini (23/3/2013) di Dataran Merdeka. Program dibuat bagi mengajak umat Islam untuk sama-sama berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Ia ditayangkan secara live di TV Al-Hijrah dengan persembahan Qasidah yang diketuai oleh Habib Syech As-Seggaf.

Eh, Aku Jatuh Cinta !

Friday, March 29, 2013 | Comment
[Kredit]

Dari jauh, kelihatan Firdaus tergesa-gesa berjalan dari arah bertentangan. Azam berkerut.
‘Nak ke mana dia ni? Kalut semacam jer?’

Selangkah, dua langkah, tiga langkah…

      “Fir, kalut jer? Nak kemana?” Azam menegur tatkala mereka bertemu bahu ke bahu.
          
      “Eh, Azam. Allah! Tak perasan aku. Nak ke surau kejap.”
          
      “Ada apa kat surau tu?”
          
      “Takde apa, cuma aku nak Dhuha kejap.”

      Senyum.

      “Takde kelas?”
          
      “Ada. Lagi 20 minit. Itu yang nak cepat ni.”
          
      “Owh, takpelah gitu. Pergilah cepat. Nanti lambat pula.”

Firdaus mengangguk. 
Langkah diatur. Namun, sempat dia berpaling sebelum berkata,

     “Kau nak join?”
        
      “Tak kot.”

***************

Sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji. Biasan lampu sedikit menyilaukan matanya. Azam buka mata perlahan-lahan. Dilihatnya Firdaus sedang mengaji di meja studi. Handphone di sebelah bantal diambil. Dah pukul berapa ni?

      ‘Laaa..baru 4.3o pagi’.’ Bisik hatinya sendirian.

Firdaus yang terasa seperti diperhatikan , terus berpaling ke belakang. Dilihat Azam yang sudah terjaga.

       “Eh, Azam. Aku ganggu kau tidur ke?” tegurnya
  
       “Taklah. Aku tersedar je ni. Awal bangun?”

       “Aku tahajjud tadi. Sambil-sambil tunggu subuh aku ngaji la kejap.”

Azam mengangguk. Matanya dipisat-pisat perlahan. Mahu kembali tidur.

      “Eh, Azam. Marilah tahajjud sekali.” Ajak Firdaus.

      “Takpelah. Aku ngantuk la. Nanti subuh kau kejutkan aku eh?”

      “Yelah.” Dia mengeluh perlahan. 

***************

      “Cuti sem ni kau nak buat apa Fir?”

      “Keja kot. Kau?”

      “Entah.” Bahunya dijungkit sedikit.

      “Bas aku dah sampai tu. Aku gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”

    “Okay!” Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya. Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.

***************

Sebulan kemudian….

      “Assalamuaikum kawan!” Azam sengih depan pintu bilik kolej mereka.

      “Waalaikumussalam! Allah. Rindunya aku kat kau. Kau rindu aku tak?”

    “Errr...” kepalanya digaru perlahan. Tak tahu nak jawab apa. Firdaus ketawa melihat keletah Azam. ‘Azam! Azam!’

Beberapa minit berlalu...
    
      “Ahhh! Letihnya…” separuh badannya dibaringkan di atas katil. Kakinya terjuntai ke bawah. Penatnya sungguh terasa setelah seharian mengemas bilik. Tergeleng-geleng Firdaus melihat Azam sebelum dia juga turut membaringkan badannya di sebelah rakannya itu.

        Sepi.

      “Fir, kau tidur ker?” suara Azam memecahkan kesunyian. Kedua-dua belah tangannya dijadikan alas kepala. Matanya tepat memandang kipas yang sedang berputar di siling.

      “Tak!” jawab Firdaus ringkas.

      “Eh, Fir. Aku jatuh cinta!”

      “Whoa! Betul ker?” Mata yang sedari tadi tutup sudah terbuka.

      “Yup!”  Tenang.

      “Dengan siapa?”

      “Dengan mereka.”

      “Mereka? Kau biar betul. Berapa orang langsung?”

      “Dua!”

      “Aku kenal?”

       Azam mengangguk.

      “Siapa?”

      “Dhuha. Tahajjud.”

       Senyum.

      “Maksud kau?”

       Diam.

       Dibiarkan Firdaus berteka-teki sebentar.

      “Fir!”

      “Hmm…”
      
      “Esok tahajjud?”

      “A’ah.”

      “Kejut.”

      “Siapa?”

      “Akulah!”

      “Sungguh!”

      “Yup!”

      “Dhuha?” soal Firdaus lagi.

      “Sekalilah.”

      “Jumpa kat surau okay?”

       Azam mengangguk.

       Firdaus sudah tersenyum. ‘Alhamdulilllah!’

***************

      “Cuti sem ni kau nak buat apa Fir?”

      “Keja kot. Kau?”

      “Entah.” Bahunya dijungkit sedikit.

      “Bas aku dah sampai tu. Aku gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”

    “Okay!”  Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya. Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.

      “Aku harap, lepas cuti ni kita boleh tahajjud dan dhuha sama-sama eh! Aku doakan.”


[Kredit]

"Apalah Sangat Bayaran 30 sen tu..."

Friday, March 08, 2013 | Comment
[Kredit]

Berjalan seorang pemuda dengan riak muka yang masam mengalahkan mangga muda. Terkumat-kamit mulutnya berkata sesuatu sambil mengelap tangan dengan tisu. Sampai saja di bangku berdekatan, terus diduduknya dengan riak muka yang sama. Bas express yang keluar masuk dipandangnya sekilas. 

"Kau ni dah kenapa Amir? Masam sangat muka tu?" tegur rakannya, Anas.

"Ah! Tension aku dengan tandas awam. Tak pernah nak bersih. Kotor memanjang. Huh!" Rungut Amir tak puas hati. Tisu di tangan sudah dibuangnya ke lantai. 

"Eh, aku masuk tadi ok ja. Takde la teruk sangat pun."

"Memang la tak teruk. Tapi, masih belum cukup bersih bagi aku. Lantai pun bukannya bersih sangat. Lepas tu ada sesetengah tandas yang tersumbat. Dah la busuk pula tu. Eeii, gelilah!"

"Sebab tu la kita kena jaga kebersihan tandas tu sama-sama. Barulah bersih."

"Asyik kita saja yang nak jaga. Orang lain tak pula. Lagipun, makcik cleaner tu kan ada. Dia buat apa? Dok saja? Tunggu kutip duit. Macam tu?" 

"Ya Allah. Tak baik kau buruk sangka macam tu. Lagipun, bukan sorang dua yang guna tandas tu. Ramai. Takkan la setiap kali ada orang masuk, makcik tu kena pergi cuci. Kita yang gunakan tandas la perlu pastikan ianya bersih. Bukan makcik cleaner tu. Makcik tu sekadar membantu je."  ujar Anas lembut. 

"Habis tu, apa guna kita bayar 30 sen kalau kita pula yang kena cuci?" 

"Siapa cakap kalau kau bayar 30 sen tu, kau tak perlu lagi cuci tandas? Sebenarnya, 30  sen  tu bukanlah persoalannya. Persoalannya di sini, sejauh mana kita jaga kebersihan. Tak kiralah tandas awam ataupun tandas kat rumah sendiri. Lagipun, apalah sangat bayaran 30sen tu jika nak dibandingkan dengan tuntutan kita sebagai seorang Muslim untuk sentiasa menjaga kebersihan."

"So, maksud kau kita orang Islam jer yang perlu jaga kebersihan? Non-muslim tak perlu?" Aahh. Amir. Amir. Selagi masih belum puas hati, ada saja yang menjadi persoalan. 

"Bukan. Maksud aku, kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Kita orang Islam yang mengaku beriman mestilah sentiasa menjaga kebersihan. Mulakan dengan diri sendiri dulu. Barulah nanti tak diibaratkan orang seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih." Tersenyum-senyum Anas di sebelah. 

"Apa kena mengena pantun tu dengan topik kita ni pula?" Tak faham pula dia dengan Anas. 

"Maknanya, kalau kita sendiri pun jenis yang buang sampah merata-rata tempat, jangan pula kita asyik nak salahkan orang jer." Tisu yang dibuang Amir tadi diambil. Diserahkan kembali kepada rakannya itu.  

Tisu kotor yang sudah beralih tangan itu dipandangnya. Lama. Cuba menafsir perkaitannya dengan kata-kata Anas. Tiba-tiba Amir tersentak. Matanya dihala ke muka rakannya itu lalu berkata,

"Anas, aku dah faham maksud kau tu. Maafkan aku. Aku sendiri tak jaga kebersihan, tak sepatutnya aku salahkan orang lain atas sebab yang sama. Aku akan cuba ubah tabiat buruk aku ni." Amir menunduk insaf. 

Anas senyum. Ditepuk-tepuk perlahan bahu Amir. Tak perlu dia berkata apa-apa lagi kerana rakannya itu sudah insaf. Harapannya, semoga semua orang di luar sana juga mempunyai perasaan yang sama. Perasaan untuk menjaga kebersihan. 

"Eh, Amir. Jaga barang aku kejap. Aku nak ke tandas la." Perut yang tiba-tiba memulas dipegangnya. Tanpa menunggu jawapan, terus dia berlari ke arah tandas. Dah tak tahan. Tiba saja di depan tandas, diletakkan not RM1.00 di atas meja dan terus masuk ke dalam tandas dengan tergesa-gesa. Terkelip-kelip makcik cleaner di situ. Selang beberapa minit, Anas keluar. Terus berjalan tanpa menghiraukan sesiapa. Namun, langkahnya terhenti bila ada seseorang menegurnya. 

"Adik, tunggu kejap. Ni duit bakinya. Tak sempat makcik nak pulangkan tadi. Adik nampak kalut sangat." ujar makcik cleaner. 

"Oh. Takpe lah makcik. Ambil ja baki tu. Saya halalkan. Apalah sangat baki 70 sen tu." balas Anas sambil tersenyum. Makcik cleaner tadi juga turut tersenyum. Dalam hati sudah gembira. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kalau semua orang macam ni, kayalah aku. Hehe!

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." - [Al-Baqarah: 222]


Eh-eh, Hidayah. Kau Datang?

Tuesday, March 05, 2013 | Comment
[Alhamdulillah. We got another chance to see the sunrise once again this morning.]

"Eh-eh, Hidayah. Kau datang?"

          Ya! Hidayang datang. Datang menjenguk. Menjenguk kita yang entah seakan leka dan terlalu asyik dengan kedunian. Dunia yang selalu membuatkan kita menjadi seorang yang alpa *jika tak kena gaya*. Mungkin pada saat itu, kita sedang bermain games, menyanyi, menari, memasak, mendengar radio, tidur mahupun sedang membaca belog ini. Ahaks! Maka, pada saat hidayah datang menjenguk, jangan pula kita halaunya dengan penyapu, mesin hampagas (omputih kata: vakuum), mahupun dengan menutup pintu rapat-rapat. Huh?.  Langsung tak beri peluang untuk hidayah bersuara. Terus tergamam dengan segala tindak-tanduk kita yang ketara tak senang akan kedatangannya itu. (Arrrgh! apa skema sangat ayatku pagi ni?)

          Lalu, apakah tindakan yang seharusnya/sepatutnya/semestinya kita lakukan untuk menyambut kedatangan hidayah pada saat itu? Sambutlah ia dengan senyuman. Biar melebar senyum kita tu ke telinga pun tak mengapa asalkan hidayah tahu bahawa kedatangannya amatlah dialu-alukan. Ehem! Kemudian, bukalah pintu luas-luas. Depang kedua-dua belah tangan menyambut hidayah. Peluklah ia erat-erat seakan tak mahu melepaskannya. Ya! memang itulah hidden agenda (melayu kata: agenda tersembunyi) kita pun. Hehe! But, but, but, bukan niat jahat tau! *sila jangan salah pehem*. Oh, bagi menampakkan lagi kegempakan dan keterujaan anda menyambut kedatangan hidayah, eloklah dibentangkan sekali kapet merah (omputih kata: red carpet). Jangan lupa, pasang sekali lampu lip lap lip lap. Biar meriah suasana. Tak perlu tunggu raya puasa, raya haji ataupun raya hindu (maksud: deepavali), err.. pun takpa, kerana kedatangan hidayah bukannya selalu. Setahun sekali pun belum tentu. Nampak gempak dan meriah bukan? Ha! Barulah hidayah terasa gumbiranya dapat melangkah masuk ke dalam rumah kita dengan penuh keglamoran sambil melambai-lambai tangan ala-ala Miss World. Ohoi!  

          Melangkah saja hidayah ke dalam rumah, ikatlah ia ketat-ketat, biar rapat-rapat.  Langsung tak berupaya melepaskan diri. Ah! Nampak kejam dan jahat pula di situ. =_=! Tapi, abaikan. Biarkan saja tindakan kita itu seakan-akan penculik kelas pertama. Like an assassin. Kerana apa? Kerana hidayah is wanted. Really-really a wanted person? Eh, bukan person lah. Pun begitu, tetaplah layan hidayah dengan ramah-tamah, lemah-lembut, sopan-santun dan baik-maik? *pengsan*. Pointnya kat sini, layanlah hidayah dengan layanan yang first class. Lebih hebat daripada 5 stars hotel. Terus, bila dilepaskan hidayah sekalipun ia tetap kekal dengan kita. Dah taknak berjauhan dengan kita. Will be missing us like we missing her too. Terus jatuh cinta kepada kita. Bila cinta mula berbalas, maka takkan ada  lagi istilah cinta bertepuk sebelah tangan. Oh, it's sooo suweett! Eh-eh.  

[Love. It just happens]

Mungkin, akan ada yang bertanya soklan seperti ini?

      "Apa hebatnya hidayah ni?

     "Ah! Tanpa hidayah pun aku boleh hidup apa?"

Gedebush! Dush! Dush! Hah! Hamek kau! Hadiah sebab bertanyakan soklan seperti itu. Terima kasih daun keladi, dah dapat jawapan jangan cuba buat tak reti. Eheks! Bercerita tentang hidayah ni, pasti bukannya sedikit. Panjangnya mau makan berbulan-bulan baru habis cerita. Berkajang-kajang test pad aku nak menaipnya dan terjuling-juling mata korang membacanya nanti. Ohoi! Tapi, secara ringkasnya hidayah mampu merubah sesuatu yang buruk kepada elok, mengubah seseorang yang jahat eh kurang baik menjadi lebih baik dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang menjadikan hidayah sebagai suri hidupnya jatuh cinta tergolek-golek. Cinta kepada siapa? Pastinya cinta kepada Sang Pencipta (yakni: Allah), PesuruhNya (yakni: Rasul) dan agamaNya (yakni: Islam) secara kesuluruhannya. Takde unsur-unsur berdolak-dalih mahupun mengamalkannya dengan rasa was-was. *Ehem*

      "Amacam? Hebat tak penangan hidayah? Hebat bukan." 

Ah! Sudah tentu hebat *sambil angkat-angkat kening*. Rugilah pada sesiapa yang tak merasakan kehebatannya. Perlu juga diingatkan, hidayah pasti takkan datang jika kita sendiri yang tidak menjemputnya. Carilah hidayah di mana-mana sahaja hatta di celah-celah pokok getah sambil menari, menyanyi lagu 'Chori Chori Chupke Chupke' sekalipun. Err...itu mungkin nampak merepek, tapi ada maksud tersiratnya jika difahami betul-betul. *sila pikir sendiri. Takkan semuamya aku nak kena bagitau kot*. Wekk :p

Last but not least (ceehhh, gaya supo wat ucapan ketua pelajar ja ni), bila sudah ketemu sama hidayah pastikan ia terus bersama kita hingga hujung nyawa. Opsss, sebelum terlupa jenguk-jenguk la di luar sana juga. Maybe, hidayah tak datang keseorangan. Tapi, datang bersama pasangannya. Siapa? Jeng! Jeng! Jeng! Sudah tentu Taufiq. (ecece! mesti selama ni hampa dok ingat hidayah single-mingle kan?). Jika begitu, jemputlah kedua-duanya masuk. Rumah anda pasti akan lebih meriah dan daboom! Jangan pula ada yang cemburu melihat hidayah bersama pasangannya. No! No No! Don't worry. Anda masih boleh memiliki hidayah. Kalau bukan sebagai isteri/suami sekalipun, masih boleh sebagai sedara sesusuan barangkali. Eh. Masih boleh jatuh cinta sama-sama. Berkasih sayang berdua. Tak ada siapa yang melarang kerana hidayah telah memilih anda untuk menyulam benih-benih cinta bersamanya. Begitu juga Taufiq. Walaweh! 
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” - [Surah Al-Qasas: 56]

p/s: sudah tentu cerita ini tidak ada kena mengena dengan orang yang bernama Nur Hidayah, Siti Nor Hidayah mahupun Nurul Hidayah. Eh-eh.