Si Pencuri Kasut

Monday, February 13, 2012 | 2 Comment
[Akulah si pencuri kasutmu. Apakah bisa aku mencuri hatimu pula?]

      “Abi…kasut Ana hilang.” Jerit Ana di tangga masjid. Pandangan jatuh kepada kasutnya yang hanya tinggal sebelah saja. Bunga lili putih terselit di dalam kasutnya itu diambil. Kanak-kanak lain turut memandang. Ada juga yang cuba mencari kalau-kalau terjumpa kasut Ana di mana-mana kawasan masjid.
      “Hilang lagi?” Ustaz Fauzi menyoal anaknya. Hairan sungguh dia. Masuk hari ni, sudah 3 malam berturut-turut kasut anaknya itu hilang. Entah siapa punya angkara pun dia tak tahu.
      “Nah!” Bunga lili putih dihulurkan kepada abinya. Bunga itulah yang dia dapat setiap kali kasutnya hilang. Apa motif pencuri itu sebenarnya?
      “Bunga yang sama. Hurmm…nak buat apa dengan bunga ni?” soal Ustaz Fauzi kembali. Sekadar bunga lili masih belum cukup untuk menjejak si pencuri. “Sudahlah..jom kita balik.”
      “Macam mana nak balik? Kasut Ana kan hilang abi.” Tergaru-garu Ana memikirkannya.
      “Pinjam dulu selipar masjid. Esok kita pulangkan.” Jelas Ustaz Fauzi. Dia sudah bersiap untuk pulang. Hanya menanti si anak yang berlari ke dalam mengambil selipar di tempat wuduk. Tak sampai 5 minit Ana sudah kembali dengan selipar biru. Sebelah tangannya lagi menggalas beg yang berisi Al-Quran.
      “Jom la abi.” Ajak Ana pulang. Kasutnya yang tinggal sebelah itu juga diambil untuk dibawa pulang. Sayang nak tinggal. Tambahan pula kasut itu  merupakan hadiah daripada uminya sempena hari lahirnya yang ke-10 seminggu yang lalu. Baru saja dia rasa seronok memakai kasut baru, malam ni sudah hilang sebelah. ‘Hurm..’ Dia mengeluh perlahan.
      “Jom la. Toksah pikir tentang kasut kamu tu. Esok pagi mesti dapat balik. Dua hari lepas kan macam ni juga. Tup! Tup! Tersusun elok je kat depan pintu. Tak payah sedih-sedih.” Pujuk Ustaz Fauzi.
      “Yelah abi. Harap-harap pencuri hantar balik kasut Ana yer abi. Macam sebelum ni.” Ustaz Fauzi tersenyum mendengar kata anaknya itu. Kepala anak digosok perlahan.

*************************************
      “Weh, Ijat! Cepat la. Orang nampak nanti naya kita.” Gesa Epul. Matanya tak lepas memerhati jalan. Takut-takut kalau ada orang. Sesekali dia menoleh memandang Ijat yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu.
      “Kejap la. Kau perhati ja jalan tu. Kalau ada orang roger aku cepat-cepat.” Matanya masih liar mencari.  ‘Hah! Jumpa pun. Sini rupanya tuan kau letak kau yer?’ bisiknya sendirian.
      “Hoi! Cepatlah. Ada orang datang tu.” Epul sudah kegelisahan. Mati kalau tertangkap. Ni semua gara-gara Ijat. Menyesal pula rasanya.
      “Yelah-yelah! Aku datang ni.” Cepat saja Ijat melangkah ke arah Epul. “Dah, jom!” tangan Epul segera ditarik. Misi berjaya. Hehe!

*************************************
Beberapa tahun berlalu….

      “Lepas ni, boleh la Ana tolong abi ngajar kat masjid tu yer?” ujar Ustaz Fauzi. Anaknya kini baru sahaja menamatkan pengajiannya di Jordan dalam jurusan Usuluddin. Baru beberapa hari pulang ke kampung. Dia boleh menarik nafas lega kerana satu-satu anaknya berjaya diasuh dengan sebaik mungkin. Baik akademik dan juga agamanya. Alhamdulillah!
      “InsyaAllah… Boleh abi. Sementara Ana tunggu tawaran kerja, apa salahnya kan?” Ana senyum. Secawan air teh dihulurkan kepada abinya. Kemudian, dia berlalu ke dapur untuk membantu uminya menggoreng cucur ubi pula.

*************************************
     “Epul!” kedengaran seseorang memanggil namanya. Epul segera menoleh ke belakang. Buah mempelam  dikunyah perlahan. ‘Baru nak feeling, ada je yang mengganggu.’
      “Woi, Epul! Aku ni Ijat. Kau tak ingat ke?” bahu Epul ditepuk kuat.
       “Uhuk! Uhuk!” tersedak Epul. ‘Mak aih. Selamba dia aja tepuk aku. Nasib baik tak tercekik. Ni yang bikin gua marah’.
      “Sapa Ijat? Aku tak kenal.” Epul bersuara geram. Dia kembali mengunyah mempelamnya. Siap dicecah garam belacan. Fuh! Terangkat beb! Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang feeling habislah.
      “Alah, kau ni. Ijat la… Cucu Nenek Tom Ratu Kebaya. Takkan kau dah tak kenal aku kot?” Ijat masih berusaha mengembalikan ingatan kawannya itu. ‘Apa punya lembab la kawan dia sorang ni. Ni mesti kes makan mempelam banyak sangat. Dari kecik sampai tua bangka pun, masih setia dengan mempelam. Macam la dah takde buah lain yang boleh dimakan. Mempelam muda tu juga yang jadi pilihan. Haila!
      “Ijat…Ijat…errmm…” kepalanya digaru-garu.  Sedang berusaha mengingat. Setahu dia, ada sorang je kawannya yang bernama Ijat. Itupun dah pindah. Takkan laa...
      “Weh, kau ke Ijat. Ya Allah! Lama giler aku tak jumpa kau. Macam mana boleh ada kat sini pula?” Dipeluknya Ijat kemas. Happy jumpa kawan baiknya itu.
     “Wo! Wo! Lepaslah. Apa ni peluk-peluk orang. Aku normal okay!” pelukan Epul dilepaskan. Nasib baik takde awek yang nampak. Kalau tak, mahu jatuh ke-macho-annya itu gara-gara si Epul. Ceh!
      “Sorry la weh, aku tak cam kau. Maklum la kau dah lain sekarang. Bukan main hensem lagi.” Puji Epul. Memang Ijat nampak lain benar. Kalau dulu comot, sekarang bukan main bersih lagi. Bajunya pun tampak kemas. Dengan rupa paras yang putih bersih dan badan dah ala-ala model, mau tersungkur anak dara kampung ni. Hihi!
     "Dah-dah. Tak payah nak puji aku. Aku tau aku hensem. Dari dulu lagi aku memang hensem.” Sempat lagi Ijat memuji dirinya sendiri. Epul mencebik. Ceh! Punya la perasan!
     “Hah! Cuba cerita dengan aku. Macam mana boleh ada kat sini. Tup, tup, tercegat kat rumah aku ni. Dah la tak pernah call aku. Dulu sebelum pindah, janji nak contact konon. Boleh blah la lu!” rajuk Epul. Pisau diambil mengupas kulit mempelam. Pura-pura terasa hati dengan Ijat. ‘Biar dia rasa.’
     “Alololoh kau ni. Macam pompuan la. Nak merajuk segala.” Ijat sengih. Pangkin bawah pokok rambutan itu diduduknya.  Berhadapan dengan Ijat. “Ni, aku datang nak cerita la ni. Kau nak dengar tak?”
      “Opkos la. Maunya aku taknak. Cepat! Cepat! Telinga aku dah tergedik-gedik nak dengar cerita kau ni.” Gesa Epul. Ijat tersenyum. Dia mula bercerita. Epul pula terangguk-angguk mendengar cerita Ijat. Sesekali kedengaran ketawa mereka berdua pada petang yang nyaman itu.

*************************************
      “Gila kau! Taknak aku.” Epul menolak.
      “Jom la. Macam tak biasa!” Ijat masih berusaha memujuk.
      “Aku ingat kau dah tak buat kerja-kerja ni semua. Tak sangka tak berubah juga kau ni kan?”
      “Sekali ni ja. Teman aku. Jom la.” Pujuknya lagi.
      “Okay! Aku nak tanya kau. Apasal kau ni suka sangat curi kasut si Ana tu? Pastu tengah-tengah malam kalut letak balik kat rumah dia. Tak paham aku.”
      “Saja je aku nak usik dia. Lama dah aku tak usik dia macam dulu-dulu.” Ijat beralasan.
      “Yelah tu. Ntah-ntah kau suka dia tak?” tembak Epul meneka.
      “Hish! Mana ada. Dia bukan taste aku la.” Dalih Ijat gugup.
      “Baik kau terus terang dengan aku. Kalau tak aku tak mau tolong.” Ijat memberi kata dua. Bukan dia tak tahu si Ijat tu berdalih. Nampak sangat Ijat gugup. “Come on la bro. Aku boleh nampak la yang kau  tu memang syok kat dia”. Sambungnya lagi.
      “Ok! Aku ngaku. Aku memang syok kat dia. Dari dulu lagi.” Akhirnya Ijat mengaku. Ada rasa sedikit kelegaan di situ. Selama ni dia hanya memendam rasa sorang diri. Tapi, bila dah berterus terang ni, terasa bebannya berkurang.
      “See! I knew it!” Epul senyum bangga.

*************************************
      “Apa? Hilang?” soal Ustaz Fauzi tidak percaya. Ana sekadar mengangguk. Bunga lili putih di tangan ditunjukkan kepada abinya. Nampaknya kejadian yang lalu berulang lagi. Tapi, kenapa mesti dia je yang jadi  mangsa?
      “Hurm…abi ingat dia dah insaf. Rupanya-rupanya tak.” Berkerut dahi Ustaz Fauzi. “Tapi Ana, kenapa kasut Ana ja yang dicurinya. Bukan orang lain?” soalnya kembali.
      “Entah la abi. Ana pun tak faham.” Dia mengeluh perlahan.  “Dah la abi. Biarlah pencuri tu. Nanti kita siasat.” ujar Ana.
      “Yelah. Nanti abi suruh ajk masjid siasat. Abah pun nak tahu juga siapa pencuri tu.” Cadang Ustaz Fauzi. Akhirnya mereka pulang. Seperti sebelum ini, Ana meminjam selipar masjid untuk pulang. Sementara itu, Ijat mengekek ketawa melihat Ana di sebalik pokok. Epul setia di sebelah. Turut memandang Ana dan Ustaz Fauzi.

*************************************
      “Aku dengar Ana nak nikah hujung bulan ni. Betul ke?” soal Epul. Tergesa-gesa dia datang ke rumah nenek Ijat. Ingin melihat reaksi sahabatnya itu. Seperti yang dijangka. Ijat murung!
      “Hurmm…” balas Ijat tidak bermaya. Remuk hatinya mendengar perkhabaran itu daripada neneknya tengah hari tadi. Tak sampai seminggu pun dia di sini, dah terpaksa terima berita yang begitu menghancurkan seluruh jiwa dan raganya. Apalah nasib badan.  Kedua belah tangannya disilang di belakang kepala. Baring memandang langit. Menangisi nasibnya itu.
      “Habis tu, kau macam mana?” soal Epul lagi.
      “Macam ni lah..” malas saja dia manjawab pertanyaan Epul. Fikirannya sudah terbang tinggi meninggalkan kampung. Hatinya merintih sedih. ‘Aku nak kawen dengan Ana la….’ Jeritnya dalam hati. Tak siapa pun yang mendengar. Punah harapan dia nak memperisterikan Ana. Rasa seperti mahu menangis saja. Uwaaaa!
Epul kasihan melihat sahabat baiknya itu. Bahu Ijat ditepuk perlahan memberi semangat. Tak sanggup melihat wajah keruh Ijat. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia harus menolong Ijat. ‘
     Yup! Aku mesti buat something.’ 

*************************************
      “Aku taknak la…kau ni tak paham ke? Aku tengah sedih tau tak. Sedih!” kain selimut ditarik menutup muka. Sejak berita pernikahan Ana, dia dah hilang semangat. Makan tak lalu. Mandi tak basah. Tidur tak lena. Semuanya serba tak kena. Puas dipujuk neneknya, namun langsung tidak dihiraukannya.
Epul menggaru kepala yang tak gatal. Dia harus pujuk Ijat ke majlis pernikahan Ana. By hook or by crook, Ijat wajib pergi. Sampai bila Ijat nak hidup macam ni. Dia harus terima hakikat. Segalanya dah ditentukan oleh Allah. Takkan Ijat tak tahu semua tu!
      “Jom la. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Tak kesian ke kat nenek kau tu. Siang malam sedih tengok keadaan kau macam ni.” Pujuk Epul lagi.
     “Ah! Biarlah. Malas aku. Kalau kau nak pergi, kau  pergi je sorang. Tak payah nak ajak aku!” Ijat mendengus. Geram dengan Epul yang memaksanya.
     ‘Tak boleh jadi ni. Ada lagi setengah jam je sebelum majlis bermula. Nampak gaya aku kena guna plan B juga.’ omelnya sendirian.

*************************************
Ijat terpinga-pinga sendirian. Bingung! Apa yang berlaku sebenarnya ni. Kenapa pula mesti aku. Tok kadi di hadapan dipandang kosong. Sesekali matanya meliar melihat orang kampung dan saudara maranya yang turut berada di dalam masjid itu. Ayah, ibu dan juga adik beradik yang lain turut hadir. Muka Epul dipandang lama. Minta penjelasan. Epul hanya tersengih memandang ke arah lain. Sengaja dia biarkan Ijat bingung sorang diri. Memang itu pun rancangannya.
      “Ijat! Mengelamun apa lagi. Tok kadi panggil tu. Tak dengar?” Ayah Ijat, En. Asyraff menegur. Tersentak Ijat. Muka tok kadi dipandang. Tangan yang dihulur disambut Ijat perlahan. Mengikut sahaja rentak walaupun dia masih bingung.
      “Mohammad Aizat ‘Adi bin Mohammad Asyraff.” Ijat mengangguk tatkala mendengar namanya dipanggil. “Aku nikahkan dikau dengan Ana Fahathul Alia binti Mohd. Fauzi dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.”
      Tangannya dihentak lalu disambut ucapan tok kadi dengan sekali lafaz. “Aku terima nikahnya Ana Fahathul Alia binti Mohd. Fauzi dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai.” Maka, termeterailah janji dua mempelai. Doa dibaca memanjat kesyukuran terhadap Illahi.

*************************************
Selesai bacaan doa, Ijat terus mendapatkan Epul yang sudah berjalan menuju ke luar masjid. Ada perhintungan yang perlu dibuat. Tak faham bagaimana dia boleh menjadi suami kepada Ana walhal Ana sudah bertunang dengan orang lain.
      “Epul, baik kau terang kat aku. Apa semua ni?” Epul yang sedang duduk atas pangkin bawah pokok mempelam sebelah masjid disoal. Ijat turut duduk di situ menanti butir bicara Epul. Epul tersengih. ‘Tak menyempat betul la si Ijat ni.’
      “Kau ni, aku tanya boleh dok sengih pula. Aku pelangkung juga karang!” geram Ijat dengan  Epul. Sudahlah tadi dia dipaksa datang ke sini. Epul, sesuka hati dia aje ajak beberapa orang budak kampung memaksa dia untuk bangun dari katil dan bersiap ke masjid. Puas ditolak, namun dia tidak berupaya melawan mereka yang hampir 10 orang itu. Sampai saja di masjid dia disuruh pula duduk di hadapan tok kadi. Apa kes?
      “Alah kau ni. Bagi la aku rest kejap. Penat tau jadi mastermind ni. Ingat senang ke?” sengaja melengah-lengahkan masa. Bukan tak nak beritahu, tapi dia nak tengok sejauh mana Ijat berusaha nak tahu. Hehe!
      “Jangan harap kau boleh rest selagi kau tak bagitau aku perkara sebenar. Cepat cakap. Jangan sampai aku naik angin Epul. Kau tahu kan aku ada black belt dalam taekwando.” Gertak Ijat. Bukan dia tak tahu Epul ni penakut. Pantang digertak. Kecut terus.
“Okay! Okay! Aku bagitau kau. Kau relax okay. Cool man! Cool!” Epul memujuk. Mampus kalau Ijat betul-betul marah. Mau melayang dia kena flying kick.

Akhirnya Epul menceritakan hal yang sebenar. Tak ada satu pun yang tertinggal. Dialah yang membongkar rahsia kecurian kasut Ana kepada Ustaz Fauzi. Dia juga beritahu Ustaz Fauzi dan Ana tentang perasaan Ijat sekaligus memujuk Ana untuk menerima Ijat. Pada mulanya Ana menolak. Ustaz Fauzi juga menolak. Masakan dia mahu menjodohkan anaknya dengan pencuri kasut sedangkan calon menantu pilihannya itu adalah seorang ustaz lulusan Cairo. Lebih baik daripada Ijat yang suka mencuri tu. Tetapi, Epul yang tidak putus asa terus memujuk keluarga Ustaz Fauzi. Dia juga berjumpa dengan Ustaz Radhi, calon menantu Ustaz Fauzi menceritakan perkara sebenar. Atas bantuan Ustaz Radhi jugalah Ana akhirnya bersetuju berkahwin dengan Ijat. Itupun setelah Ana yakin dengan  petunjuk daripada Allah melalui solat istikhrahnya itu. Ustaz Radhi juga menerima keputusan Ana dengan hati yang terbuka. Padahal, sejak dia dijodohkan dengan Ana oleh ibu bapanya lagi dia kurang yakin dengan pernikahannya itu. Kerana, dalam hati Ustaz Radhi sudah ada yang punya.

      “So, macam tu la ceritanya. Dah puas hati?”
      “Belum.” Pantas Ijat menjawab.
      “Apa lagi?”
      “Apesal kau tak bagitau aku rancangan kau tu?” soal Ijat tak puas hati.
      “Ana yang suruh.”
      “Ana? Kenapa pula?” Ijat semakin pelik. Apahal pula Ana nak rahsiakan benda ni.
      “Dia nak balas balik sebab kau curi kasut dia tu la.” Jelas Epul.
      “Jadi, dia terlibat la dalam rancangan kau ni?”
      “Yup! Dia la yang bagi cadangan ni. Hehe!”
      “Cis, tak guna sungguh. Sampai hati korang buat aku macam ni. Mati-mati aku ingat Ana kawen dengan orang lain.”
     “Padan la muka kau. Tu la, siapa suruh mencuri. Nasib baik Ana tak suruh potong je tangan kau tu. Kalau tak, hilang la tangan kau sebelah. Macam kasut Ana yang selalu tinggal sebelah tu. Hehe!” Epul sudah ketawa. Memang patut pun Ana kenakan Ijat. Biar dia sedar. Nak ngorat tapi tak pandai. Ada pulak pergi mencuri kasut anak dara orang. Tak padan dengan belajar Syariah dekat UIA. Haila! Ijat. Ijat.

      “Ya Allah. Kat sini korang bersembang.” En. Asyraff bersuara. Segera mendapatkan anaknnya itu.  Puas dicari si Ijat untuk menyarung cincin. Tak perasan bila Ijat keluar dari majlis.
      “Kenapa ayah?” soal Ijat. Takkan la salah pula aku dok bersembang kat sini. Selalunya okay je.
      “Boleh tanya pula kau ni. Orang dah tunggu nak sarung cincin tu. Bila nak masuk?”
      “Alamak! Sorry ayah? Ijat lupa, Ijat kawen hari ni.” Dahinya ditepuk. En. Asyraff menggeleng kepala. Ada-ada saja si Ijat ni.
      “Haha! Apa la kau ni. Boleh pula lupa. Takkan la banyak makan mempelam macam aku kot?” Epul ketawa. Dulu dia yang selalu lupa. Kali ni, Ijat pula yang lupa. Boleh pulak dia lupa yang dia dah kawen. Parah sungguh!

     “Sudah! Jom masuk dalam. Semua orang dah tunggu kamu tu.” Ajak En. Asyraff. Dia melangkah menuju ke pintu utama masjid meninggalkan Ijat dan Epul.
      “Weh, jom masuk sekali. Teman aku. Takut la pulak.” Entah kenapa Ijat rasa gementar. Seram sejuk badannya.
      “Apa la kau ni. Orang takut masa nak akad nikah. Bukan selepas akad nikah. Hehe!” geli hati Epul lihat Ijat yang kelihatan gugup. Masa akad nikah boleh pula dia buat muka blur. Ini dah nak sarung cincin baru nak terketar-ketar. Buat malu kaum jelah.
      “Jangan cakap banyak la. Jom la!” tangan Epul ditarik. ‘Orang tengah ketaq boleh pula dia gelak. Hish!’
     “Yelah…jom! Tak payah nak ketaq-ketaq. Relax sudah bro!” Epul mengekori langkah Ijat di sebelah. Alhamdulillah, akhirnya rancangan dia berjaya. Hahaha! ‘Kau memang bijak la Epul.’ Sempat lagi puji diri sendiri. Ces!


[You've found me]


2 comments:

Si Gadis Blogger said...

huhu..best story ^_^

Miss L said...

Thanks :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...