Kuliah Oh Kuliah !

Saturday, April 06, 2013 | Comment

[Kredit]
“Hello! Hang katna?
“Kat bilik. Awat?” 
“Tak mai kelas ka?”
“Hah?” Mata terbeliak! Terus tengok jam. 7:45 pagi! Alamak!

Kecut perut. Otak dah serabut. Tak tau nak buat apa. Tapi, dalam masa yang sama sempat lagi aku dok berkira-kira…

‘Nak mandi.’

‘Tak mandi.’

‘Nak mandi.’

‘Tak mandi.’

‘Ahh! Mandi ja!’

Lastly, aku buat keputusan untuk mandi gak. Dok pikir pun dah makan masa berapa minit. Tu belum kira dok pikir nak pergi kelas ke tak. Kalau pergi, sah-sah lambat. Tapi, kalau tak pergi tak sedap hati pula. Maklumlah budak baik. Nak ponteng kelas pun takut. *Ehem!* :p

Kejadian tu berlaku masa aku semester pertama atau bebudak UiTM panggil Part 1. Kami tak pakai istilah semester ni. Entah kenapa? Gue pun ngak tahu dong! Nasib baik Cheq Umie call. Kalau tak, memang terbabas terus la. Tido tak sedar diri. Alih-alih tengok dah terlambat. Nasib baik lecture masuk lewat hari tu. Tapi, aku lagi lambat. *malu weh*. Punyalah speed kaki. Nak laju punya pasal. Redah ja jalan berbukit. Berpeluh juga la. Rasa macam sia-sia jer mandi pagi tu. Eh-eh! Nasib baik baju semua dah iron. Cuma yang tak bernasib baiknya adalah kelasku di kabin. Diulang. KABIN! Kabin okay! Kabin tu dah la di hujung nuuun di sana. Kelas paling jauh kot. Aku pula dari kolej. Lenguh kaki takyah cakap la. Tapi, kugagahi jua demi lecture terchenta. Aikk?

Sudah semestinya, pengalaman sebegini bukan aku sorang ja pernah alami. Pernah lalui. Cheq Saa juga pernah. Dan kalau tak silap, dia terus masuk kelas tanpa mandi pagi tu. Sebabnya hari tu ada test. Kira halalkan jelah tak mandi pun. Bukannya orang tahu kalau tak cerita kan? *Errr..bukan aku tengah bercerita ker ni?* Apapun, itu semua adalah pengalaman.. Kau ade? Hoho! Tapi itu semua Part 1 la. Lepas-lepas tu, kalau agak dah hampir terbabas, teruskan jelah terbabas. Maklumlah, dah jadi senior. Berani sikit. Ye tak?

Kuliah oh Kuliah! Kenapaku tak terasa sedang dikuliahkan? Erk! Di UiTM terutamanya cawangan, kami seperti masih di sekolah. Jadi, tak rasa sangat ‘kuliah’nya tu. Kelas pun dekat bilik-bilik kecil. Bukannya macam sesetengah university yang mana studentnya hari-hari masuk dewan kuliah. Sekali belajar sampai beratus-ratus orang. Lecturer pun pening tengok. Eh, yeke? Sebaliknya pula di UiTM ni. Lebih menggunakan konsep kelas untuk lebih fokus. Lecturer pun kenal je kami ni. Huhu! Itu juga bukan bermakna kami takde dewan kuliah. Ada jer. Cuma digunakan bila bercampur dengan budak-budak kelas lain untuk satu subjek yang sama. Contohnya macam ni yer. Kelas untuk batch lepasan STPM iaitu kami bercampur dengan kelas batch lepasan diploma. So, agak ramai lah kan. Terpaksalah guna dewan kuliah/dewan sarjana (DS) untuk menampung semua students. Oh, setiap batch tu pula dipecahkan beberapa bahagian. Untuk batch kami yang bilangan lebih kurang 39 orang dibahagikan kepada dua bahagian. Maka, jadinya kelas A dan B.

Jalan terus ke Malinja, ke kanan Library, ke kiri Jalan Masuk Utama [Kredit]

Bila bercakap tentang kelas ni, geng-geng aku pada mulanya terpecah. Tapi, hanya pada Part 1. Masuk Part 2 dan seterusnya kami sekelas (Kelas B). Oh Yeaah! Masa Part 1, Cheq Fas, Cheq Daa dan Cheq Shud sekelas iaitu kelas A. Jadinya, aku dan lain-lain di kelas B. Walau macam manapun, ada juga untuk sesetengah subjek yang kami bercampur. Kiranya kelas untuk sesi kuliah la. Bila sesi tutorial kami tetap berpecah. Waktu bermula kelas pertama kami selalunya berselang-seli untuk setiap part. Contohnya, kalau Part 1 kelas paling awal mula jam 8:00 pagi, so dah masuk Part 2 kelas mula agak lewat. Lebih kurang dalam pukul 10-11 pagi. Bila masuk Part 3, pukul 8:00 pagi balik. Begitulah seterusnya untuk setiap semester. Berselang-selilah kami. Cumanya last sem agak heaven la sebab kelas tak banyak. Enjoy je lebih. Kadang-kadang dalam seminggu tu 3 hari jer kelas. Haha! *sila bersorak riang sekarang!*

Apa yang menariknya bila ke kelas, kami akan tunggu semua orang. Selalunya, aku akan turun tunggu depan dewan Masria. Tunggu geng-geng aku yang majoritinya menginap di Kolej Masria. Hanya aku, Cheq Nurr dan Chik Su saja di kolej Mahsuri. Tu pun, dah nak habis sem satu baru tau. Haila! Cheq Nurr pula akan tunggu depan kolej Mahsuri (F4). Dia selalu on time. Oleh sebab tu jugalah dia dapat gelaran ‘Dayah on-time’. Ngeh! Ngeh! Tapi, bila dah tak duduk dalam kolej, kami tetap tunggu gerak sama-sama ke kelas. Kalau masa Part 1, kadang-kala jer Cheq Fas, Cheq Daa dan Cheq Shud join kami. Itupun sebab ada kelas untuk sesi kuliah. (Tambahan: Chik Su pun kadang-kadang jer join sebabnya dia kan lone ranger). Dapatlah kami bersama dengan riang-ria berjalan seiringan sambil borak macam-macam cerita supo tak jumpa bertahun-tahun. Itulah kami. Cerita tak pernah ada kesudahan. Jumpa hari-hari pun banyak cerita. Topik paling hot dan sentiasa di carta no 1, sudah semestinya ‘Cinta & Perkahwinan’

Cuba bayangkan bila kami tak jumpa bertahun-tahun. Ha! Mau pengsan dengar cerita pa? Hehe!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...