Kisah Kejujuran Rusa di Malam Cinta Rasul

Sunday, March 31, 2013 | Comment

[Kredit]

Diceritakan bahawa pada zaman Rasululullah s.a.w, terdapat seekor rusa yang telah ditangkap dan diikat oleh seorang Badwi sehingga tidak mampu melepaskan diri melihat baginda Rasululullah s.a.w sedang berjalan. Lalu rusa itu pun memanggil,
“Ya Rasulullah! Ya Rasulullah!”

Lantas baginda Rasulullah yang mendengar terus menoleh kebelakang dan dilihat seekor rusa yang sedang memanggilnya. Perkara ini bukanlah mustahil dan pelik bagi seorang Rasul yang penuh dengan mukjizat sebagaimana Nabi Sulaiman juga memahami dan mengerti bahasa haiwan seperti semut dan burung hud-hud. Rusa tadi kemudiannya berkata,
“Ya Rasulullah! Saya ini mempunyai dua ekor anak yang berada di belakang gunung itu. Anak saya masih kecil dan saya masih belum menyusui mereka. Kamu lihat bagaimana susu saya ini penuh dan masih menitis kerana anak-anak saya belum menyusu kepada saya dan saya pula ditangkap oleh Badwi itu. Saya sudah 2 hari ditangkap tetapi masih belum disembelih. Jika sudah disembelih, masalah pastikan selesai kerana tak boleh rasa bersedih dan memikirkan anak-anak yang masih belum menyusu itu.”

Lihatlah, bagaimana rusa juga mempunyai perasaan kasih sayang. Kasih kepada anak-anak. Dan perasaan kasih ini adalah sebahagian kecil daripada rahmat Allah yang diberikan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Oleh sebab rahmat Allah yang satu ini jugalah semua makhluk saling kasih-mengasihi di atas muka bumi.

Rusa tadi menyambung bicaranya,
“Lepaskanlah saya, Ya Rasulullah supaya saya dapat kembali  kepada kepada kedua anak saya dan dapat saya susukan mereka. Selepas itu, akan saya kembali kepada kamu.”

Kemudian, kata baginda Rasulullah s.a.w,
“Kamu adalah tawanan kepada si fulan (Badwi) tu. Jadi, saya tak dapat melepaskan kamu.”

Rusa itu berkata, 
“Ya Rasulullah! Saya berjanji, sekiranya kamu lepaskan saya dan aku sudah berikan susu kepada anak-anakku, aku akan kembali memenuhi janjiku kepada engkau.” 

Setelah mendengarkan kata rusa itu, Rasululullah (seorang insan yang menerima kejujuran dan sentiasa menghargai makhluk yang telah berjanji untuk berlaku jujur) maka baginda pun melepaskan rusa itu. Lantas, rusa tadi pun berlari dengan cepat menuju ke sebalik gunung manakala baginda Rasulullah sedia menanti (Standby) di tempat rusa itu diikat. Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertanggungjawab kepada si Badwi tadi jika apa-apa berlaku kepada rusa buruan Badwi itu.

[Kredit]

Tidak berapa lama kemudian, rusa tadi kembali dengan keadaan yang sebelumnya tadi penuh susu kini sudah kering dan mengecut sebagai tanda bahawa sudah diminum oleh kedua anaknya-anak itu.  Padahal, rusa itu tahu akan nasib yang bakal menimpa dirinya sekembali dia ke tempat Rasulullah sedang menanti. Dia bakal disembelih, dijual atau diapa-apakan dan berpisah dengan anak-anaknya. Biarpun rusa itu boleh melarikan diri tatkala dilepaskan sebentar tadi oleh Rasululllah, namun ia tidak berbuat demikian. Bahkan ia kembali untuk memenuhi janjinya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Maka, baginda Rasulullah s.a.w pun mengikat kembali rusa tersebut di tempatnya. Sedang mana Rasulullah mengikat rusa tersebut, si Badwi yang melihat datang menemui Rasulullah dan bertanya,
“Ya Rasulullah! Apa yang kamu buat?”

Lalu, baginda pun menceritakan apa yang telah berlaku. Kemudian, baginda berkata,
“Bolehkah kamu menjual kepada aku yakni untuk dilepaskan?”

Badwi itu menjawab, 
“Saya hadiahkan rusa ini kepada engkau.”

Setelah itu, baginda Nabi pun melepaskan rusa itu. Rusa itu pun berlari dengan melangkahkan kaki belakangnya seolah-olah sedang menari lantas mengucapkan dua kalimah syahadah menandakan betapa gembiranya dia dilepaskan atas kejujurannya itu terhadap baginda Rasulullah s.a.w. 

[Kredit]


Sebagai pengajarannya, berlaku jujurlah dalam setiap perbuatan dan tutur kata yang menjadi teras perjuangan sebagaimana para sahabat kepada Rasulullah dan diangkat darjat oleh Allah s.w.t. Berlaku jujur juga dalam hati kita kepada Allah s.w.t dan sesama manusia bermula daripada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan juga muslimin dan muslimat. Dan lihatlah bagaiman keajaiban yang Allah berikan atas ganjaran sikap kejujuran yang telah kita pamerkan. 

***************

[Nota kaki] : Kisah ini deceritakan oleh l Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di dalam satu program iaitu ‘Malam Cinta Rasul’ pada baru-baru ini (23/3/2013) di Dataran Merdeka. Program dibuat bagi mengajak umat Islam untuk sama-sama berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Ia ditayangkan secara live di TV Al-Hijrah dengan persembahan Qasidah yang diketuai oleh Habib Syech As-Seggaf.

Eh, Aku Jatuh Cinta !

Friday, March 29, 2013 | Comment
[Kredit]

Dari jauh, kelihatan Firdaus tergesa-gesa berjalan dari arah bertentangan. Azam berkerut.
‘Nak ke mana dia ni? Kalut semacam jer?’

Selangkah, dua langkah, tiga langkah…

      “Fir, kalut jer? Nak kemana?” Azam menegur tatkala mereka bertemu bahu ke bahu.
          
      “Eh, Azam. Allah! Tak perasan aku. Nak ke surau kejap.”
          
      “Ada apa kat surau tu?”
          
      “Takde apa, cuma aku nak Dhuha kejap.”

      Senyum.

      “Takde kelas?”
          
      “Ada. Lagi 20 minit. Itu yang nak cepat ni.”
          
      “Owh, takpelah gitu. Pergilah cepat. Nanti lambat pula.”

Firdaus mengangguk. 
Langkah diatur. Namun, sempat dia berpaling sebelum berkata,

     “Kau nak join?”
        
      “Tak kot.”

***************

Sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji. Biasan lampu sedikit menyilaukan matanya. Azam buka mata perlahan-lahan. Dilihatnya Firdaus sedang mengaji di meja studi. Handphone di sebelah bantal diambil. Dah pukul berapa ni?

      ‘Laaa..baru 4.3o pagi’.’ Bisik hatinya sendirian.

Firdaus yang terasa seperti diperhatikan , terus berpaling ke belakang. Dilihat Azam yang sudah terjaga.

       “Eh, Azam. Aku ganggu kau tidur ke?” tegurnya
  
       “Taklah. Aku tersedar je ni. Awal bangun?”

       “Aku tahajjud tadi. Sambil-sambil tunggu subuh aku ngaji la kejap.”

Azam mengangguk. Matanya dipisat-pisat perlahan. Mahu kembali tidur.

      “Eh, Azam. Marilah tahajjud sekali.” Ajak Firdaus.

      “Takpelah. Aku ngantuk la. Nanti subuh kau kejutkan aku eh?”

      “Yelah.” Dia mengeluh perlahan. 

***************

      “Cuti sem ni kau nak buat apa Fir?”

      “Keja kot. Kau?”

      “Entah.” Bahunya dijungkit sedikit.

      “Bas aku dah sampai tu. Aku gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”

    “Okay!” Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya. Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.

***************

Sebulan kemudian….

      “Assalamuaikum kawan!” Azam sengih depan pintu bilik kolej mereka.

      “Waalaikumussalam! Allah. Rindunya aku kat kau. Kau rindu aku tak?”

    “Errr...” kepalanya digaru perlahan. Tak tahu nak jawab apa. Firdaus ketawa melihat keletah Azam. ‘Azam! Azam!’

Beberapa minit berlalu...
    
      “Ahhh! Letihnya…” separuh badannya dibaringkan di atas katil. Kakinya terjuntai ke bawah. Penatnya sungguh terasa setelah seharian mengemas bilik. Tergeleng-geleng Firdaus melihat Azam sebelum dia juga turut membaringkan badannya di sebelah rakannya itu.

        Sepi.

      “Fir, kau tidur ker?” suara Azam memecahkan kesunyian. Kedua-dua belah tangannya dijadikan alas kepala. Matanya tepat memandang kipas yang sedang berputar di siling.

      “Tak!” jawab Firdaus ringkas.

      “Eh, Fir. Aku jatuh cinta!”

      “Whoa! Betul ker?” Mata yang sedari tadi tutup sudah terbuka.

      “Yup!”  Tenang.

      “Dengan siapa?”

      “Dengan mereka.”

      “Mereka? Kau biar betul. Berapa orang langsung?”

      “Dua!”

      “Aku kenal?”

       Azam mengangguk.

      “Siapa?”

      “Dhuha. Tahajjud.”

       Senyum.

      “Maksud kau?”

       Diam.

       Dibiarkan Firdaus berteka-teki sebentar.

      “Fir!”

      “Hmm…”
      
      “Esok tahajjud?”

      “A’ah.”

      “Kejut.”

      “Siapa?”

      “Akulah!”

      “Sungguh!”

      “Yup!”

      “Dhuha?” soal Firdaus lagi.

      “Sekalilah.”

      “Jumpa kat surau okay?”

       Azam mengangguk.

       Firdaus sudah tersenyum. ‘Alhamdulilllah!’

***************

      “Cuti sem ni kau nak buat apa Fir?”

      “Keja kot. Kau?”

      “Entah.” Bahunya dijungkit sedikit.

      “Bas aku dah sampai tu. Aku gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”

    “Okay!”  Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya. Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.

      “Aku harap, lepas cuti ni kita boleh tahajjud dan dhuha sama-sama eh! Aku doakan.”


[Kredit]

"Apalah Sangat Bayaran 30 sen tu..."

Friday, March 08, 2013 | Comment
[Kredit]

Berjalan seorang pemuda dengan riak muka yang masam mengalahkan mangga muda. Terkumat-kamit mulutnya berkata sesuatu sambil mengelap tangan dengan tisu. Sampai saja di bangku berdekatan, terus diduduknya dengan riak muka yang sama. Bas express yang keluar masuk dipandangnya sekilas. 

"Kau ni dah kenapa Amir? Masam sangat muka tu?" tegur rakannya, Anas.

"Ah! Tension aku dengan tandas awam. Tak pernah nak bersih. Kotor memanjang. Huh!" Rungut Amir tak puas hati. Tisu di tangan sudah dibuangnya ke lantai. 

"Eh, aku masuk tadi ok ja. Takde la teruk sangat pun."

"Memang la tak teruk. Tapi, masih belum cukup bersih bagi aku. Lantai pun bukannya bersih sangat. Lepas tu ada sesetengah tandas yang tersumbat. Dah la busuk pula tu. Eeii, gelilah!"

"Sebab tu la kita kena jaga kebersihan tandas tu sama-sama. Barulah bersih."

"Asyik kita saja yang nak jaga. Orang lain tak pula. Lagipun, makcik cleaner tu kan ada. Dia buat apa? Dok saja? Tunggu kutip duit. Macam tu?" 

"Ya Allah. Tak baik kau buruk sangka macam tu. Lagipun, bukan sorang dua yang guna tandas tu. Ramai. Takkan la setiap kali ada orang masuk, makcik tu kena pergi cuci. Kita yang gunakan tandas la perlu pastikan ianya bersih. Bukan makcik cleaner tu. Makcik tu sekadar membantu je."  ujar Anas lembut. 

"Habis tu, apa guna kita bayar 30 sen kalau kita pula yang kena cuci?" 

"Siapa cakap kalau kau bayar 30 sen tu, kau tak perlu lagi cuci tandas? Sebenarnya, 30  sen  tu bukanlah persoalannya. Persoalannya di sini, sejauh mana kita jaga kebersihan. Tak kiralah tandas awam ataupun tandas kat rumah sendiri. Lagipun, apalah sangat bayaran 30sen tu jika nak dibandingkan dengan tuntutan kita sebagai seorang Muslim untuk sentiasa menjaga kebersihan."

"So, maksud kau kita orang Islam jer yang perlu jaga kebersihan? Non-muslim tak perlu?" Aahh. Amir. Amir. Selagi masih belum puas hati, ada saja yang menjadi persoalan. 

"Bukan. Maksud aku, kebersihan tu kan sebahagian daripada iman. Kita orang Islam yang mengaku beriman mestilah sentiasa menjaga kebersihan. Mulakan dengan diri sendiri dulu. Barulah nanti tak diibaratkan orang seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih." Tersenyum-senyum Anas di sebelah. 

"Apa kena mengena pantun tu dengan topik kita ni pula?" Tak faham pula dia dengan Anas. 

"Maknanya, kalau kita sendiri pun jenis yang buang sampah merata-rata tempat, jangan pula kita asyik nak salahkan orang jer." Tisu yang dibuang Amir tadi diambil. Diserahkan kembali kepada rakannya itu.  

Tisu kotor yang sudah beralih tangan itu dipandangnya. Lama. Cuba menafsir perkaitannya dengan kata-kata Anas. Tiba-tiba Amir tersentak. Matanya dihala ke muka rakannya itu lalu berkata,

"Anas, aku dah faham maksud kau tu. Maafkan aku. Aku sendiri tak jaga kebersihan, tak sepatutnya aku salahkan orang lain atas sebab yang sama. Aku akan cuba ubah tabiat buruk aku ni." Amir menunduk insaf. 

Anas senyum. Ditepuk-tepuk perlahan bahu Amir. Tak perlu dia berkata apa-apa lagi kerana rakannya itu sudah insaf. Harapannya, semoga semua orang di luar sana juga mempunyai perasaan yang sama. Perasaan untuk menjaga kebersihan. 

"Eh, Amir. Jaga barang aku kejap. Aku nak ke tandas la." Perut yang tiba-tiba memulas dipegangnya. Tanpa menunggu jawapan, terus dia berlari ke arah tandas. Dah tak tahan. Tiba saja di depan tandas, diletakkan not RM1.00 di atas meja dan terus masuk ke dalam tandas dengan tergesa-gesa. Terkelip-kelip makcik cleaner di situ. Selang beberapa minit, Anas keluar. Terus berjalan tanpa menghiraukan sesiapa. Namun, langkahnya terhenti bila ada seseorang menegurnya. 

"Adik, tunggu kejap. Ni duit bakinya. Tak sempat makcik nak pulangkan tadi. Adik nampak kalut sangat." ujar makcik cleaner

"Oh. Takpe lah makcik. Ambil ja baki tu. Saya halalkan. Apalah sangat baki 70 sen tu." balas Anas sambil tersenyum. Makcik cleaner tadi juga turut tersenyum. Dalam hati sudah gembira. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kalau semua orang macam ni, kayalah aku. Hehe!

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." - [Al-Baqarah: 222]


Eh-eh, Hidayah. Kau Datang?

Tuesday, March 05, 2013 | Comment
[Alhamdulillah. We got another chance to see the sunrise once again this morning.]

"Eh-eh, Hidayah. Kau datang?"

          Ya! Hidayang datang. Datang menjenguk. Menjenguk kita yang entah seakan leka dan terlalu asyik dengan kedunian. Dunia yang selalu membuatkan kita menjadi seorang yang alpa *jika tak kena gaya*. Mungkin pada saat itu, kita sedang bermain games, menyanyi, menari, memasak, mendengar radio, tidur mahupun sedang membaca belog ini. Ahaks! Maka, pada saat hidayah datang menjenguk, jangan pula kita halaunya dengan penyapu, mesin hampagas (omputih kata: vakuum), mahupun dengan menutup pintu rapat-rapat. Huh?.  Langsung tak beri peluang untuk hidayah bersuara. Terus tergamam dengan segala tindak-tanduk kita yang ketara tak senang akan kedatangannya itu. (Arrrgh! apa skema sangat ayatku pagi ni?)

          Lalu, apakah tindakan yang seharusnya/sepatutnya/semestinya kita lakukan untuk menyambut kedatangan hidayah pada saat itu? Sambutlah ia dengan senyuman. Biar melebar senyum kita tu ke telinga pun tak mengapa asalkan hidayah tahu bahawa kedatangannya amatlah dialu-alukan. Ehem! Kemudian, bukalah pintu luas-luas. Depang kedua-dua belah tangan menyambut hidayah. Peluklah ia erat-erat seakan tak mahu melepaskannya. Ya! memang itulah hidden agenda (melayu kata: agenda tersembunyi) kita pun. Hehe! But, but, but, bukan niat jahat tau! *sila jangan salah pehem*. Oh, bagi menampakkan lagi kegempakan dan keterujaan anda menyambut kedatangan hidayah, eloklah dibentangkan sekali kapet merah (omputih kata: red carpet). Jangan lupa, pasang sekali lampu lip lap lip lap. Biar meriah suasana. Tak perlu tunggu raya puasa, raya haji ataupun raya hindu (maksud: deepavali), err.. pun takpa, kerana kedatangan hidayah bukannya selalu. Setahun sekali pun belum tentu. Nampak gempak dan meriah bukan? Ha! Barulah hidayah terasa gumbiranya dapat melangkah masuk ke dalam rumah kita dengan penuh keglamoran sambil melambai-lambai tangan ala-ala Miss World. Ohoi!  

          Melangkah saja hidayah ke dalam rumah, ikatlah ia ketat-ketat, biar rapat-rapat.  Langsung tak berupaya melepaskan diri. Ah! Nampak kejam dan jahat pula di situ. =_=! Tapi, abaikan. Biarkan saja tindakan kita itu seakan-akan penculik kelas pertama. Like an assassin. Kerana apa? Kerana hidayah is wanted. Really-really a wanted person? Eh, bukan person lah. Pun begitu, tetaplah layan hidayah dengan ramah-tamah, lemah-lembut, sopan-santun dan baik-maik? *pengsan*. Pointnya kat sini, layanlah hidayah dengan layanan yang first class. Lebih hebat daripada 5 stars hotel. Terus, bila dilepaskan hidayah sekalipun ia tetap kekal dengan kita. Dah taknak berjauhan dengan kita. Will be missing us like we missing her too. Terus jatuh cinta kepada kita. Bila cinta mula berbalas, maka takkan ada  lagi istilah cinta bertepuk sebelah tangan. Oh, it's sooo suweett! Eh-eh.  

[Love. It just happens]

Mungkin, akan ada yang bertanya soklan seperti ini?

      "Apa hebatnya hidayah ni?

     "Ah! Tanpa hidayah pun aku boleh hidup apa?"

Gedebush! Dush! Dush! Hah! Hamek kau! Hadiah sebab bertanyakan soklan seperti itu. Terima kasih daun keladi, dah dapat jawapan jangan cuba buat tak reti. Eheks! Bercerita tentang hidayah ni, pasti bukannya sedikit. Panjangnya mau makan berbulan-bulan baru habis cerita. Berkajang-kajang test pad aku nak menaipnya dan terjuling-juling mata korang membacanya nanti. Ohoi! Tapi, secara ringkasnya hidayah mampu merubah sesuatu yang buruk kepada elok, mengubah seseorang yang jahat eh kurang baik menjadi lebih baik dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang menjadikan hidayah sebagai suri hidupnya jatuh cinta tergolek-golek. Cinta kepada siapa? Pastinya cinta kepada Sang Pencipta (yakni: Allah), PesuruhNya (yakni: Rasul) dan agamaNya (yakni: Islam) secara kesuluruhannya. Takde unsur-unsur berdolak-dalih mahupun mengamalkannya dengan rasa was-was. *Ehem*

      "Amacam? Hebat tak penangan hidayah? Hebat bukan." 

Ah! Sudah tentu hebat *sambil angkat-angkat kening*. Rugilah pada sesiapa yang tak merasakan kehebatannya. Perlu juga diingatkan, hidayah pasti takkan datang jika kita sendiri yang tidak menjemputnya. Carilah hidayah di mana-mana sahaja hatta di celah-celah pokok getah sambil menari, menyanyi lagu 'Chori Chori Chupke Chupke' sekalipun. Err...itu mungkin nampak merepek, tapi ada maksud tersiratnya jika difahami betul-betul. *sila pikir sendiri. Takkan semuamya aku nak kena bagitau kot*. Wekk :p

Last but not least (ceehhh, gaya supo wat ucapan ketua pelajar ja ni), bila sudah ketemu sama hidayah pastikan ia terus bersama kita hingga hujung nyawa. Opsss, sebelum terlupa jenguk-jenguk la di luar sana juga. Maybe, hidayah tak datang keseorangan. Tapi, datang bersama pasangannya. Siapa? Jeng! Jeng! Jeng! Sudah tentu Taufiq. (ecece! mesti selama ni hampa dok ingat hidayah single-mingle kan?). Jika begitu, jemputlah kedua-duanya masuk. Rumah anda pasti akan lebih meriah dan daboom! Jangan pula ada yang cemburu melihat hidayah bersama pasangannya. No! No No! Don't worry. Anda masih boleh memiliki hidayah. Kalau bukan sebagai isteri/suami sekalipun, masih boleh sebagai sedara sesusuan barangkali. Eh. Masih boleh jatuh cinta sama-sama. Berkasih sayang berdua. Tak ada siapa yang melarang kerana hidayah telah memilih anda untuk menyulam benih-benih cinta bersamanya. Begitu juga Taufiq. Walaweh! 
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” - [Surah Al-Qasas: 56]

p/s: sudah tentu cerita ini tidak ada kena mengena dengan orang yang bernama Nur Hidayah, Siti Nor Hidayah mahupun Nurul Hidayah. Eh-eh. 

Aku kan Epul 2

Sunday, March 03, 2013 | Comment
[Kredit]

“Awak dah gila ke?”
“Mana ada saya gila. Waras lagi ni ha. Tak nampak?” muka sehabis comel ditayangkan buat kekasih hati dihadapannya ini.
“Awak jangan main-main dengan saya la Epul.” Wafaa mengetap gigi. Geram sungguh dengan lelaki di depannya kini. Rasa nak di smackdown saja. Biar betul semua wayar kepala lelaki itu.
“Saya tak main-main Wafaa. Saya serius.” Riak wajah comel tadi sudah bertukar serius. Dia berpeluk tubuh sambil menantikan butir bicara Wafaa. Sesekali kanak-kanak yang leka bermain di padang permainan itu dikerlingnya.
“Awak sedar tak nyawa awak boleh terancam?” soal Wafaa tak puas hati. Mukanya sudah memerah menahan marah. Bila-bila masa saja gunung berapi bakal meletup. Sabarlah wahai hati.
“Saya tak kisah, asalkan awak boleh sembuh. Then, bolehlah kita kahwin kan. Hihi!” sempat lagi Epul berseloroh tatkala perkara serius sedang dibincangkan. Memang cari nahas!
“Awak jangan nak merepek. Saya tetap takkan terima awak dan hati awak tu. Titik!” Wafaa bertegas.

Selepas mendapat berita perkhabaran daripada Doktor Harlina tentang penderma hati, dia merasakan hidupnya kembali bercahaya. Namun, setelah mengetahui gerangan penderma tersebut, terus dibatalkan niatnya untuk melakukan pembedahan. Ya! Epul merupakan penderma hati yang sesuai untuknya. Tak sanggup rasanya hendak menerima hati Epul. Dia taknak Epul melakukan semua itu untuk dirinya. Semata-mata kasihankan dirinya. Tambahan pula, Doktor Harlina juga ada memberitahu bahawa kejayaan pembedahan ini adalah 50-50. Masakan dia hendak membahayakan nyawa Epul hanya kerana dia ingin kembali pulih. Walaupun dia menolak cadangan Ana untuk menerima Epul, itu tak bermakna dia juga tak sukakan Epul. Atas alasan itulah, dia bertekad untuk berjumpa dengan Epul pada hari ini. Berharap Epul akan mengubah keputusannya untuk menderma. Biarlah dia menolak sekeras-kerasnya asalkan nyawa orang kesayangannya tidak turut terancam.
            “Eh, dia ni. Berangan pula. Wafaa, awak dengar tak cakap saya ni?” Tangannya dilibas-libaskan di depan muka Wafaa. Menyedarkan kembali gadis itu ke alam nyata. Entah apalah yang difikirkan Wafaa saat itu. Sempat lagi dia. Aku ni sikit punya serius. Ehem!
            “Huh? Apa awak cakap tadi?” soal Wafaa bingung. Tak sedar pula bila masa dia berangan. Buat malu jer.
            “Saya cakap, saya tetap dengan keputusan saya. Saya tetap nak menderma. Titik! Walau berjuta kali pun awak menolak, saya akan buat awak terima hati saya ni juga. Tak kisahlah kalau nyawa saya yang terpaksa melayang dulu.” Sehabis saja ayatnya itu, Epul terus melangkah pergi. Langsung tak diberi peluang kepada Wafaa untuk menolak. Malas bertekak. Bukan dia tak tahu gadis puuuujaaan hatinya itu jenis yang sukar diubah pendirian. Perkara itu sendiri telah diberitahu oleh kedua orang tua Wafaa kepadanya sendiri. Sebelum dia bersetuju untuk bertemu dengan Wafaa, dia sebenarnya telah bertemu dengan Haji Wajdi dan Hajah Nu’mah membincangkan soal tersebut. Merekalah yang menyokong Epul untuk memujuk Wafaa supaya menjalani pembedahan hati.

Wafaa yang belum sempat berkata-kata, hanya memandang sepi jasad Epul yang kian jauh meninggalkannya sendirian di situ. Ayat terakhir Epul terngiang-ngiang di telinganya. ‘Apa maksud  Epul?’ bisiknya sendirian. Tiba-tiba rasa gusar bermukim di hati. Janganlah Epul buat something yang bodoh.  Dia mengeluh perlahan. Hmmm!         

**************
Panggilan telefon daripada Ana betul-betul menyentap hatinya saat ini. Lemah urat sendinya. Nak berdiri juga sudah tak bermaya. Hajah Nu’mah yang berada berhampiran terus memeluk lembut anaknya sebelum Wafaa terjelepok jatuh.
            “Abang. Tolong saya bang. Wafaaa…” jerit Hajah Nu’mah memanggil suaminya yang sedang khusyuk membasuh kereta di luar rumah.  Haji Wajdi yang mendengar jeritan isterinya itu terkocoh-kocoh berjalan masuk ke dalam rumah.
“Ya Allah, kenapa ni?” terkejut bukan kepalang melihat isteri dan anaknya dah terduduk di atas lantai. Dilihat anaknya itu menangis tersedu-sedan. Hajah Nu’mah sekadar memandang suaminya sambil mengusap-usap lembut belakang anaknya itu. Bahu diangkat sebagai isyarat ‘tak tahu’.

**************
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer


Suasana bilik begitu suram sekali. Terdengar esakan kecil Mak Temah di penjuru katil hospital itu. Ana di sebelah berusaha menenangkan Mak Temah. Manakala Ijat sekadar memandang sayu. Wafaa yang berada di dalam bilik itu turut bersedih. Sejak mendapat panggilan telefon tadi, mereka terus bergegas ke sini. Bertambah runtun hatinya melihat keadaan Epul yang terbaring lemah di atas katil. Wayar-wayar penuh berselirat di seluruh badan. Nasib baik ibu bapanya masih setia berada di sebelahnya sebaik sahaja mereka tiba di hospital tadi.  Jika tidak, dia pasti rebah di situ juga.
            “Mak…mak…” tiba-tiba kedengaran suara Epul tidak bermaya. Perlahan sekali suaranya memanggil Mak Temah. Matanya masih terpejam rapat.  Mak  Temah segera mendekatkan wajahnya ke arah Epul. Ingin mendengar dengan lebih jelas butir bicara anaknya itu.
            “Mak…Wafaa…terima…hati…Epul..” tersekat-sekat suaranya. Payah sekali untuk dia mengeluarkan suara. Mereka yang mendengar bertambah sedih melihat keadaan Epul yang tak berdaya itu. Mak Temah sekadar mengangguk. Faham apa yang ingin disampaikan oleh Epul. Pantas saja tangannya menggamit memanggil Wafaa untuk datang lebih dekat. Biar Wafaa sendiri mendengarnya.
            “Epul, Wafaa ada kat sini nak. Cakaplah sendiri dengan Wafaa.” Ujar Mak Temah menahan sendu. Tak sanggup rasanya dia melihat keadaan anaknya itu. Epul yang mendengar, terus dibuka matanya perlahan-lahan. Ingin melihat wajah kesayangannya itu. Senyuman diberikan biarpun payah tatkala melihat wajah Wafaa di sebelah.
            “Wafaa...awak...awak...terimalah hati saya ni yer?” pinta Epul. Air liur ditelannya perit sebelum meneruskan kata, “awak terimalah Wafaa. Anggaplah ini permintaan terakhir saya.”
            “Saya taknak. Saya cakap saya taknak, saya taknaklah! Saya taknak terima hati awak. Saya taknak hati awak tu. Saya nak awak!” Wafaa sudah mengongoi. Air mata mencurah laju di pipinya. Tak kuasa dah dia nak mengelap. Biarlah.
            “Tapi, saya kan dah mati.” Ujar Epul tersenyum.
            “Biarlah. Biar awak mati. Buat apa saya hidup dengan hati awak tu kalau awak sendiri takde. Alang-alang saya pun dah nak mati, biar saya ikut awak.” Wafaa masih berdegil.
            “Sanggup ke awak biarkan  roh saya tak tenang sebab tak dapat bantu awak Wafaa?” Epul masih berusaha memujuk biarpun keadaannya sendiri lemah tak berdaya.
Wafaa menggeleng.
Epul menghela nafas perlahan.
“Kalau macam tu, janjilah dengan saya yang awak akan terima hati saya ni. Saya merayu.”
Wafaa berdiam. Tak tahu jawapan apa yang harus diberikan.
“Wafaa. Berjanjilah nak. Mak cik merayu. Tolong tunaikan hasrat anak mak cik tu. Sekurangnya-kurangnya selepas anak mak cik dah takde nanti, hati dia masih hidup dengan kamu.” Sedih Mak Temah bersuara. Sampai bila Wafaa nak berdegil sedangkan anaknya itu dah puas memujuk. Dia perlu  masuk campur. Nekad!
Mendengar saja butir bicara Mak Temah, Wafaa akhirnya mengangguk perlahan. Tegakah dia menghancurkan harapan hati tua itu? Sudah tentu tidak!
“Yesss!” tiba-tiba suara Epul kedengaran. Dia yang tadi terbaring lemah atas katil sudah mengubah ke posisi duduk. Muka yang pucat lesi terus bercahaya. Manakala Mak Temah, Ana, Ijat hatta ibu bapa Wafaa, masing-masing sudah melebar senyum. Tinggal Wafaa sahaja yang masih kebingungan.
‘Apa semua ni? Bukan dia tengah sakit nak mati ke tadi?’ Muka-muka orang di dalam bilik hospital itu dipandangnya satu persatu-satu. Mencari jawapan. Mak Temah yang perasaaan akan hal itu terus menepuk-nepuk bahu anaknya memberi amaran.
“Errr…sebenarnya…errmm…” teragak-agak Epul bersuara. Aura ‘gunung berapi’ sudah terasa.  Mak Temah dan lain-lain sudah beransur keluar. Beri ruang untuk mereka berdua selesaikan hal tersebut.
“Pandai-pandailah kau explain kat Wafaa tu Epul. Rancangan kau juga kan. Mak ni pelakon tambahan jer.” Sempat lagi Mak Temah berbisik ke telinga anaknya itu sebelum keluar.
Wafaa berpeluk tubuh. Matanya tajam memandang lelaki di hadapannya itu. Muka terasa panas menahan marah. Epul ni memang nak kena!
“Saya buat ni semua untuk awak Wafaa. Takde niat apa pun. Betul. Sumpah!” tangan kanannya diangkat bersumpah. Gerun pula dia tengok keadaan Wafaa sekarang ni. ‘The dark sight of her’ la omputih kata.
“Tapi, takkan sampai menipu macam ni sekali. Bermain dengan nyawa. Berkomplot dengan semua orang. Awak saja nak malukan saya ke apa ni?” Hah. Hamek kau Epul! Rasakan tembakan puluru berpandu daripada cik Wafaa kesayangan kau tu.
“Tak. Tak. Saya cuma nak awak jalani pembedahan tu je. Ambil hati saya ni jadi sebahagian diri awak tu.” Epul berusaha pertahankan dirinya. Dalam masa yang sama, dia cuba meyakinkan Wafaa.
“Saya tarik balik kata-kata saya tadi. Cancel lah saya nak terima hati awak.”
“Tapi, awak dah janji kot. Dengan bakal mak mertua awak pula tu.” Epul mengenyih.
“Ahh. Saya tak kira. Perjanjian tu dikira batal sebab awak menipu saya.” Wafaa masih main tarik tali.
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Surah Al-Maidah ayat 1.” Dibacakan sebahagian terjemahan firman Allah itu kepada Wafaa. Biar Wafaa sedar yang dia perlu tunaikan janjinya itu. Boleh tahan juga kau ni Epul. Tak padan dengan engineer. Ustaz mesin rupanya kau ni. Hehe!
Wafaa yang mendengar terjemahan bait-bait ayat Al-Quran itu terus terdiam. ‘Alamak! Dia main psychology pakai kalam Allah pula. Nak jawab apa ni?’ fikirnya sendirian. Epul sudah tersenym kemenangan. Kening diangkat-angkat mencabar Wafaa. ‘Ha! Jawab. Jawab. Kenapa diam?’
“Arghh. Awak jahat!!” Wafaa terpaksa mengalah akhirnya. Tahu yang dia dah kalah bermain kata dengan Epul. Kakinya dihentak tak puas hati. Terus saja dia berlalu meninggalkan Epul sendiri di dalam bilik. Tak kuasa dia nak melayan si Epul tu. Huh! Namun, di dalam hati dia tetap bersyukur kerana perihal Epul yang terlibat dalam kemalangan seperti yang dikhabarkan oleh Ana dalam telefon tadi hanyalah lakonan semata-mata. Kalau betul tadi, dia juga yang menyesal. ‘Sayang juga kau kat Epul tu yer Wafaa’
Sebaik sahaja Wafaa keluar dari bilik yang menempatkan Epul itu, terjengul wajah Ijat di depan pintu. “Apehal tu beb? Nampak macam bertambah marah je si Wafaa tu. Tapi, yang peliknya aku nampak bibir dia tersenyum.” Beritahu Ijat kehairanan. Mendengar saja ayat yang keluar dari mulut Ijat itu, Epul terus ketawa terbahak-bahak. Dia tahu, yang usahanya dah membuahkan hasil. Hoorayy!!
**************
Beberapa bulan kemudian…
“Tak sangka kan Epul, kahwin juga kau dengan Wafaa tu.” Ijat yang terbaring bersebelahan dengan Epul di atas pangkin bawah pokok mempelam kesayangan kawan baiknya itu bersuara. Masing-masing memejamkan mata menikmati udara segar waktu petang. Angin yang sesekali menampar wajah mereka terasa begitu nyaman sekali. Epul di sebelah tersenyum. Siapa sangka dia dan Wafaa akhirnya bersama. Alhamdulillah, pembedahan hati antara mereka berdua berjaya. Sungguh, itulah jodoh antara mereka. Begitu kuat dirasakan sejak kali pertama bertemu muka dengan Wafaa pada hari pernikahan Ijat. Sejak hari itu, Ijat sudah jatuh cinta. Cinta pandang pertama! Cewaahh.
“Abang oiii…taknak join kitorang makan mempelam ker? Sedap kot. Rugi tak makan. Cicah dengan garam belacan pula. Masyukk!” laung Wafaa depan rumah ibu mertuanya itu.
“Yelah bang. Meh la sini, makan sekali.” Ana pula menyampuk. Tangannya lincah mengupas buah mempelam.
“Sudah-sudahlah tu layan perasaan. Menyampah pula mak menengoknye. Patutnya dikahwinkan saja korang berdua ni. Baru padan. Macam pinang kena hempap dengan batu.” Seloroh Mak Temah. Wafaa dan Ana sudah ketawa geli hati. Mak Temah tak usah cakap. Bersungguh-sungguh dia ketawa sampai berair mata. Epul dan Ijat akhirnya bangun dari pembaringan. Mereka berdua berjalan menuju ke rumah. ‘Mana boleh tak join. Buah mempelam kot. Feverot aku tu.’ Desis hatinya sendiri.
“Amboi  mak, suka benar mengata saya yer?” soal Epul sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan bersebelahan Wafaa. Manakala Ijat sudah pun duduk di sebelah isterinya. Masing-masing ada pasangan. Hanya Mak Temah tanpa teman.
Opkos la. Tak Nampak mata mak berair ni?” jawab Mak Temah. Air mata yang masih bersisa diseka dengan hujung jari.
“Mak tu memang. Drama queen.  Masa dekat hospital dulu tu pun bersungguh-sungguh mak nangis. Macamlah Epul ni dah mati.” Mulutnya dicuih sedikit. Walau apa pun, lakonan maknya itu memang mantap habis. Dia sendiri pun terasa nak menangis bila melihat maknya menangis waktu itu biarpun sekadar lakonan.
“Kalau tak bersungguh, tak adanya berjaya rancangan kamu tu. Nasib baik ada mak kamu ni tau.” Mak Temah tersenyum bangga.
“Eleh, kau tu pun. Bukan main lagi. Dah macam orang nak mati aje aku tengok. Tapi, terkantoi. Nasib baiklah Wafaa terima kau juga. Kalau aku ke….” Sengaja Ijat berhentikan ayatnya di situ. Dia tersengih-sengih jahat kepada Epul.
“ Itu kau, bukannya Wafaa. Mana boleh Wafaa tolak aku. Dahlah handsome, baik pula tu. Kan sayang kan?” wajah isterinya ditatap lembut menantikan jawapan. Wafaa mencebik. Malas layan suaminya yang suka sangat perasan tu. Baik makan mempelam.
“Perasan la kau tu!”  balas Ijat menyampah. Tak habis-habis dengan sifatnya yang suka perasan itu. Dari kecil sampai dah berkahwin pun masih tetap  sama. Tak berubah langsung la Epul ni. Macam mana sekalipun, Epul tetap kawan baiknya sampai bila-bila. Susah senang mereka tetap bersama.                                                                                                                           
“Hehe. Biasalah. Aku kan Epul.”  Dia tersengih. Kepala tak gatal digaru menutup malu.                                                                                                                                                                                                                  
Kedengaran ketawa mereka berlima pada petang itu. Riuh sekali suasana di rumah Mak Temah. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup juga seakan-akan meraikan kegembiran mereka saat ini. Semoga kegembiraan ini terus kekal selama-lamanya

~ TAMAT ~

Miss L : (3/2/2013 – 16:58 pm )               
        

Aku kan Epul 1

Saturday, March 02, 2013 | Comment

[Kredit]

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraayee
Tunme Na Jane Kya Sapne Dikaayee
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
                                                 Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai                                  

“Hoi!”
“Opocot mak aku kahwin lagi.” Latah Epul.  Dadanya diurut perlahan. Kus semangat. “Apa kau ni? Main sergah-sergah orang pulak. Salam mana? Takkan lepas beristeri dah tak pandai bagi salam kot.” soal Epul bertubi-tubi. Baru nak layan perasaan, ada jer yang datang menganggu. Huh!
“ Amboi…sedap mulut kau mengata aku yer. Kau tu yang pekak, aku pula yang dituduh tak reti bagi salam? Banyak cikadak.” Balas Ijat geram. Tanpa disuruh dia duduk bersebelahan Epul.
“Oh, yeke?” Kepala yang tak gatal digaru-garunya sambil tersengih. Bajet comel la kononnya tu.
“Yelah. Ingat aku tipu kau ke?” Muka Epul dipandang tajam. “Kau ni dah kenapa? Lain macam jer aku tengok. Tak pernah-pernah nyanyi lagu Hindustan. Tetiba jer ni.”
“Aku ada masalah la.” Tubuhnya kembali berbaring di atas pangkin. Matanya tepat memandang ke atas langit.
“Masalah apa pula ni? Setahu aku, kau ni mana pernah kenal dengan masalah. Rilex memanjang.”  Ijat turut membaringkan badannya di sebelah Epul. Kedua-dua tangan dijadikan alas kepala.
Epul mengeluh perlahan. Berkira-kira untuk menceritakan masalahnya kepada Ijat. Matanya dipejam seketika. Ijat disebelah sekadar menanti balasan rakannya itu.
Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasaaan. Sesekali kedengaran kicauan burung. Angin petang terasa begitu mendamaikan.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta la Ijat.” Epul bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Serta-merta badan Ijat beralih 180° memandang Epul di sebelah kanannya. Terkejut bukan kepalang. Epul jatuh cinta! Mohd Saiful Azam jatuh cinta? Apakah?
“…dengan Wafaa.“ sambungnya lagi.
Ijat melopong!

**************
“Serius ke bang?” soal Ana kurang percaya.
“Serius la. Ingat abang main-main ke?”
“Manalah Ana tahu. Abang ni bukannya boleh percaya sangat.” Ana mencebik.
“Eh-eh. Orang betul-betul serius tau. Tak Nampak muka abang yang serius ni?” Muka serius ditayangkan buat isterinya. Biar Ana betul-betul percaya. Memang la kebanyakan waktu dia suka permainkan isterinya itu. Tapi, cerita yang disampaikan sebentar tadi bukan boleh dibuat main.
“Yelah. Ana percaya.” Ana mengalah. Lagipun, riak muka suaminya itu serius betul. “Tapi, abang kan tahu status Wafaa tu macam mana. Abang tak rasa ke kawan baik abang tu bakal dikecewakan lagi?” soal Ana. Wajah suaminya itu dipandang lembut.
Ijat mengeluh perlahan. Soalan Ana itu ada betulnya. Epul pasti akan kecewa lagi kalau dia tahu status Wafaa yang sebenarnya.
‘Apa aku nak buat ni?’ bisik hati Ijat. Soalan isterinya itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

************** 
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae kedengaran satu rumah. Mak Temah menggelengkan kepalanya. Telinga sudah disumbatkan dengan kapas. Tak sanggup rasanya mendengar suara Epul yang sumbang itu. Sedap takpe la juga. Suara katak bawah tempurung tu pun lagi merdu rasanya.
“Sudah-sudah la tu Epul. Pagi petang siang malam, menyanyi je kerja kamu ni. Pecah gegendang telinga mak ni mendengarnya.” Jerit Mak Temah. Dah tak sanggup rasanya dbiarkan Epul menyanyi. Boleh bernanah telinga kalau dibiarkan saja anaknya itu.
“Alah mak ni. Jeles la tu. Suara mak tak sesedap suara Epul ni kan?” jawab Epul tak mahu kalah.
Mak Temah mencebik. ‘Eleh, macam suara dia tu sedap sangat. Bunyi katak lagi sedap daripada suara kau tu tau.’ kutuknya dalam hati. Nak kata depan-depan takut kecil hati pula anaknya itu. Tapi, apa boleh buat. Kenyataan yang memang tak dapat dinafikan lagi dah.
“Haih mak. Takkan dah mengaku kalah kot. Cepat sangat ni. Selalunya pantang berperang mulut dengan saya. Mesti nak menang punyalah.” Soal Epul sebaik sahaja keluar dari biliknya. Mak Temah yang sedang ralit memasak dipandangnya dengan penuh rasa kasih. Selepas kematian ayahnya 18 tahun yang lalu, hanya ibunya sajalah tempat dia mencurah rasa kasih dan bergantung harap. Biarpun selalu berperang mulut dengan ibunya, tetapi tak penah sekalipun dia dan ibunya itu berkecil hati dengan jawapan masing-masing. Itulah hiburan mereka dua beranak sejak dulu lagi.
“Malas la mak nak layan kamu ni. Baik mak masak. Ada gak pekdahnye. Nak harap kamu menolong, alamatnya tahun depan belum tentu boleh makan.” Rungut Mak Temah.
“Mak juga yang tak bagi Epul tolong kan. Takkan dah lupa kot?” Epul tersengih-sengih di meja makan. Cucur pisang pagi tadi dibawa ke mulut.
“Memang la. Tapi, masa tu kamu baru umur 10 tahun. Sekarang ni, kamu dah 28 tahun pun. Mana boleh pakai arahan tu lagi dah.” Balas Mak Temah kembali. Rasa macam nak disekeh saja kepala anaknya itu. Macam-macam alasan!
“Mak tak cakap pun, arahan tu ada due date dia. Mana la Epul tahu.”
“Amboiii…loyar buruk kamu yer. Macam mana la nak beristeri kalau malas nak menolong kat dapur ni ha?”
“Isteri? Hehee…” Melebar sengihan Epul tatkala mendengar perkataan ‘isteri’. Terus terbayang seraut wajah manis Wafaa. Alahai…bertuah badan dapat beristerikan bidadari secantik Wafaa tu. Dah la cantik, lemah lembut pula tu. Tak sabar pula nak kahwin. Ngeh. Ngeh. Ngeh.
“Tengok tu, sempat lagi dia berangan. Bertuah punya budak.” Bebel Mak Temah. Ditarik telinga anaknya itu sekuat hati. Biar dia rasa!
“Adeh..deh..deh. Apa ni mak. Sakitlah.” Telinga kirinya digosok-gosok perlahan. Sakit!
“Hah! Baru padan dengan muka kamu. Berangan sangat. Dah! Dah! Mari tolong mak masak. Jangan malas sangat.” Arah emaknya
“Yelah. Yelah. Mak nak Epul tolong apa? Tolong tengok yer mak?” sempat lagi dia kenakan ibunya itu. Mak Temah sekadar menjegilkan mata. Malas layan. Huh!

**************
Wafaa memandang kedua ibu bapanya silih ganti. Pelik! ‘Apa kena dengan umi dan walid ni. Main bisik-bisik depan aku pulak. Tadi cakap ada hal nak bagitau. Ini dah terpacak depan mata, tak cakap pun.’ Bisiknya sendirian.
            “Umi, Walid. Kenapa ni? Ada apa-apa yang umi dengan walid nak beritahu ke?” ujar Wafaa lembut. Haji Wajdi dan Hajah Nu’mah memandang antara satu sama lain. Masih berbisik. Wafaa sudah berkerut dahi. Tak pernah umi dan walidnya berperangai begini.
            “Err…macam ni sebenarnya Wafaa.” Hajah Nu’mah bersuara teragak-agak. Tangan suaminya di sebelah digenggam erat mengumpul kekuatan. “Petang tadi, kawan umi Auntie Sarah datang merisik kamu. Dia nak jodohkan kamu dengan anaknya, si Rayyan.” Sambungnya lagi.
            Wafaa tersenyum. Tenang sahaja dia mendengar perkhabaran uminya itu. “Umi, kan Wafaa dah bertunang. Mana boleh terima pinangan orang lagi dah.”
            “Tapi Wafaa, tunang kamu tu kan….” 
“Umi, Walid, bukankah kita dah bincangkan hal ni dulu. Biarlah Wafaa dengan status yang ini. Wafaa taknak terima sesiapa lagi dah.” Sebelum sempat Hajah Nu’mah menghabiskan ayatnya, Wafaa sudah memotong.
“Wafaa, kamu tak boleh terus macam ni. Kamu kena beri peluang pada diri kamu untuk bahagia.” Haji Wajdi akhirnya bersuara sedari tadi hanya menjadi pendengar setia. Berdiam diri juga tak berguna. Pendirian anaknya itu harus diubah.  
“Maaf walid. Wafaa tetap dengan pendirian Wafaa. Wafaa taknak dikecewakan lagi dah. Cukuplah sekali. Wafaa dah serik.” Liur dikerongkok ditelannya pahit sebelum menyambung kata, “Umi dengan walid bagitau jelah yang Wafaa dah bertunang kat sesiapa yang datang merisik lepas ni. Itukan perjanjian kita dulu umi, walid?”  tegasnya lagi. Wajah tua umi dan walidnya dipandang sayu. Bukan dia tak kasihankan ibubapanya itu. Tapi, apakan daya. Dia tak mampu melawan takdir. Bukan niatnya hendak mengguris perasaan sesiapa. Dia mengeluh. Haji Wajdi dan Hajah Nu’mah akhirnya mengangguk perlahan. Faham benar sikap anak perempuannya itu. Pendiriannya sukar diubah.
“Yelah. Kami ikutkan saja cakap kamu tu.”  Hajah Nu’mah dan suaminya mengalah. Jika dipaksa juga takde gunanya. Anaknya itu juga yang akan merana. Mereka hanya mampu berdoa supaya Allah lembutkan hati Wafaa itu untuk menerima seseorang dalam hidupnya, bukan ‘tunangnya’ yang sekarang ini.

                            **************
“Aku rasa lebih baik kau batalkan saja niat kau tu.”
“Kenapa pula? Kau tak suka ke kawan kau ni nak bina masjid?” suara Epul tak puas hati. Ingatkan Ijat akan menyokong seratu peratus hasratnya yang suci lagi murni itu. Tapi, sebaliknya pula yang terjadi.
            “Aku bukan apa Epul, aku taknak kau kecewa lagi. Cukuplah dulu tunang kau tinggalkan kau mcam tu aje. Kahwin dengan orang lain. Padahal kau dah cukup setia dengan dia.” Balas Ijat beralasan.
            “Bekas okay. B.E.K.A.S. Bukan tunang aku lagi. Lagipun, aku yakin Wafaa takkan tinggalkan aku macam perempuan tu.” Epul masih pertahankan niatnya itu. Buah mempelam di sebelah sudah tak diendahkan lagi. Hai, nasib kaulah mempelam.
            “Tak, tak. Bukan tu maksud aku beb.” Teragak-agak Ijat bersuara. ‘Nak bagitau ke tidak ni. Nak diberitahu susah, tak diberitahu nanti jadi barah pulak.’ Haisshh! Serabut aku! Kepalanya digosok-gosok. Rambutnya sudah tidak terurus lagi.
              “Habis tu sebab apa?”
               “Sebenarnya…hmm…sebenarnya…” kerongkongnya terasa pahit. Mencari-cari ayat yang sesuai untuk diluahkan.
            “Sebenarnya apa? Tergagap-gagap.” Suara Epul sedikit meninggi. Geram dengan kawannya itu. Nak cakap, tapi gagap. Entah sejak bila pula penyakit gagap anak Pak Meon tu berjangkit dengan si Ijat ni. Huh!
         “Sebenarnya, Wafaa dah bertunang.” Sekali nafas Ijat menuturkan ayatnya itu. Fuh, lega. Terasa bebannya sedikit berkurang. Masa angkat nikah haritu pun tak sesusah ni. Manakala, Epul di sebelah sudah melopong. Bulat matanya memandang Ijat. Badannya terkaku. Lidahnya menjadi kelu. Hatinya pula sudah tidak menentu. Kepalanya sudah terasa seperti dihempap KLCC. ‘Over pula perumpamaan kau tu yer Epul.’
**************
Tuhan tolonglah diriku, Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu, Hingga hujung nafasku
Tuhan tolonglah diriku, Khabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun ku tunggu, Kerna dia hidupku

“Apa yang sedih sangat lagu kamu ni Epul oii. Walaupun suara kamu tu sumbang, dah ke laut, dah serupa orang jatuh gaung tapi sedih pula mak mendengarnya. Menusuk kalbu sungguh. Teringat kat arwah abah kamu tu ha.” Air mata diseka dengan hujung baju.  Time-time gini la dia nak nyanyi lagu sedih pun. ‘Wrong timing betullah anak bertuah aku ni.’ Sempat lagi Mak Temah merungut.
“Alah. Mak tu yang terlebih drama. Orang tengah sedih ni tahu tak. Bukannya nak tolong pujuk ke apa ke. Ini tak, dikutuknya kita pula.” Mulut Epul sudah memuncung. Wajahnya yang mendung tak usah cakap. Tinggal nak hujan ja lagi. Badannya dikalih mengiring ke kanan mengadap sofa.
“Udah-udah ler sedihnya. Dah takde jodoh. Nak buat camna kan?” pujuk Mak Temah lembut. Sudah dikhabarkan tentang niat anaknya yang tak kesampaian itu.  Nasib baik ada Ana yang sudi bercerita akan keadaan anaknya yang seperti kematian isteri sejak dua tiga hari lepas.
“Mak tak paham. Hati Epul ni baru je terbuka untuk orang lain setelah 5 tahun tertutup. Tup-tup orang tu dah bertunang. Siapa pun kat tempat Epul pasti rasa apa yang Epul rasa ni mak.” Esakan kecil kedengaran. Sayu sekali Mak Temah mendengar.
“Mak paham Epul. Tapi, sampai bila kamu nak bersedih nak?”
“Sampai bila-bila agaknya mak.” Jawabnya perlahan. Epul bangun dari pembaringannya. Lemah langkahannya menuju ke bilik. Hatinya terlalu sedih. Nak dilupakan payah. Nak dibiarkan lagilah parah.
“Allah. Sedihnya mak dengar. Berair dah mata mak ni Epul. Uhuk! Uhuk!”. Sekali lagi air mata diseka. Turut menangisi kesedihan yang melanda hati anaknya itu.
Epul yang mendengar rintihan ibunya di dapur terus berhenti melangkah. Wajah tua itu dikerling sedikit sebelum bersuara, “ Mata mak tu berair bukan sebab sedih dengan keadaan Epul ni, tapi sebab bawang besar tu ha.” Kakinya dihayun kembali ke bilik. Malas melayan ibunya yang suka sangat berlakon. Mengalahkan Fasha Sanda saja.
Erk! Mak Temah tersentap.
‘Tak menjadi rupanya lakonan aku ni. Terkantoi la pulak. Aduh!’ bisiknya sendirian. 

**************
Hujung minggu itu diadakan satu majlis kesyukuran oleh keluarga Ijat bagi meraikan ulangtahun perkahwinan ibu dan bapa mereka. Beberapa orang jiran tetangga, rakan kongsi dan pekerja abahnya itu mengahadiri majlis tersebut. Tak ketinggalan juga keluarga sebelah pihak isterinya. Epul dan Mak Temah juga turut serta.  Itupun setelah puas Mak Temah memujuk Epul untuk menemaninya malam ini.  Setelah selesai bacaan yassin dan doa, tetamu mula menjamu selera. Hanya Epul yang masih termenung sendirian di luar rumah sambil memandang kolam ikan milik keluarga Ijat. Di taman mini buatan ayah Ijat. Lokasinya yang agak terlindung memudahkannya untuk lari daripada orang ramai.
            “Epul, kau tak nak makan ke? Jomlah makan sekali.” Ijat menegur.
            “Takpe lah. Aku takde selera. Kau pergilah makan dengan isteri kau tu.” Epul menolak. Sunguh! Perutnya terasa sebu. Kerongkongnya juga terasa payau. Masa putus tunang 5 tahun lepas pun keadaan dia tak sebegini. Kuat sungguh penangan Wafaa terhadap dirinya.
Ijat mengeluh. Tak tahu bagaimana lagi harus dipujuk rakannya itu. “Yelah. Tapi, nanti kalau kau nak makan pergi dapur yer. Aku ada kat situ.” Beritahu Ijat sebelum melangkah ke dapur.

**************
“Kau dah fikirkan ke cadangan aku tu Wafaa?” soal Ana ingin tahu.
“Dah.”
“So, apa keputusan kau?”
“Maaf Ana. Aku tetap tak boleh terima dia.”
“Tapi, kenapa?”
“Aku kan dah bertunang. Takkan kau lupa kot?” Wafaa beralasan.
“Sudah-sudahla tu Wafaa. Dengan orang lain bolehlah kau beri alasan macam tu. Tapi, bukan aku Wafaa. Kau tu belum bertunang Wafaa. Kau sedar tak?” Ana sudah hilang sabar.
“Tak Ana, aku memang dah bertunang. Biarpun tunang aku tu bukannya orang tapi…” ayatnya terhenti di situ. Pilu rasa hati memikirkan keadaannya sekarang. Sejak dikhabarkan berita akan penyakit hati yang dialaminya beberapa bulan lepas, semangatnya seakan hilang. Tambahan pula, perkahwinan yang bakal berlangsung saat itu terpaksa dibatalkan gara-gara bekas tunangnya tak sanggup untuk memperisterikan seorang pesakit.
“Wafaa, bertunang dengan kematian bukan bertunang namanya. Lagipun, kau masih ada harapan untuk sembuh.” Pujuk Ana lagi.  Berharap Wafaa bersetuju dengan cadangan dia dan suaminya untuk menerima Epul.
“Ana, tunang aku dulu pun tinggalkan aku lepas tahu aku sakit. Inikan pula Epul yang langsung tak tahu menahu tentang aku. Aku tak rasa dia sanggup terima aku ni Ana. Tambahan pula, penyakit aku dah di tahap kronik. Doktor cakap aku ada masa tak sampai 3 bulan je lagi untuk hidup kalau masih belum ada penderma hati yang sesuai. Aku taknak bagi harapan kat siapa-siapa Ana.” Luah Wafaa sedih. Ada sendu di hujung suaranya itu sambil menahan tangis. Ana yang sedari tadi mendengar turut bersedih dengan berita yang baru diketahuinya itu.
“Tapi, Wafaa…” Ana ingin bersuara namun sempat dipotong oleh Wafaa.
“Cukuplah Ana. Takkan ada mana-mana lelaki yang sanggup terima perempuan sakit macam aku ni. Dah tak lagi aku bakal jadi jenazah pun.”
            “Saya sanggup! Saya sanggup terima awak Nur Wafaa Zahraa’. Sampai bila-bila.” tiba-tiba Epul bersuara lantang. Entah sejak bila dia mendengar perbualan antara mereka berdua. Tetamu yang mendengar menoleh ke arah Epul yang tegak berdiri di hadapan pintu masuk. Ana dan Wafaa turut mengalihkan pandangan mereka. Masing-masing terkejut dan tergamam dengan pengakuan Epul. 
“Saya sayangkan awak seikhlas hati saya dan saya terima awak seadanya.” Sekali lagi Epul bersuara. Kali ini nampak lebih tegas. Riak wajahnya juga serius. Ana sudah mengukir senyuman. Manakala Wafaa di sebelah sudah tergamam buat kali kedua!

p/s: bersambung di 'Aku kan Epul' bahagian 2....