Hiduplah Seperti Rumput

Friday, March 01, 2013 | Comment
[Good shoes will bring you to a good place]
   
      "Mir, aku rasa dah give up la dengan hidup ni." Ujar Firdaus. Matanya tepat memandang ke arah tasik. .                                        

      "Nape pulak kau cakap macam tu?" balas Amir dengan pandangan pelik. Berkerut dahinya memikirkan kata-kata yang keluar dari mulut rakan baiknya itu. 

      "Yelah, hidup aku ni tak penah nak tenang. Ada ja masalah. Lepas satu, satu lagi muncul." Sesekali batu-batu kecil dilontarnya ke dasar tasik. Seolah-olah melepaskan semua bebannya di situ.  

     "Kau tak boleh macam ni Fir. Kau kena ingat, tu semua ujian buat kau." Bahu Firdaus ditepuk perlahan. Memberikan kata semangat.

     "Aku tau. Tapi...entahlah." Keluhan dilepaskan. Berat sekali kedengaran.

     "Fir, cuba kau tengok rumput-rumput ni semua. Kau penah tengok rumput mati kena pijak?

     "Eh, setahu takde pulak. Elok ja hidup. Sekarang ni pun kita duduk atas rumput. Tak mati pun." kali ni, Firdaus pula yang berkerut. Cuba untuk memahami soalan Amir.

Wajah Firdaus dipandang tenang. Nafas dihela seketika sebelum meneruskan kata,

      "Hah. Macam tu la juga dengan hidup kita. Teruskan hidup walau susah macam mana sekalipun. Banyak mana masalah dan kesusahan yang wujud dalam hidup kita, jangan sesekali mudah menyerah kalah."

     "Seperti rumput-rumput ni semua, walau berapa kali kena pijak pun, diorang tetap teruskan hidup. Tak penah mati melainkan dengan izin Allah. Bahkan, ada manfaat lain yang kita dapat bukan?" tambahnya lagi.

     Firdaus diam.
     Otaknya mencerna satu persatu kata-kata Amir.
     Matanya dipejam seketika. Mencari kebenaran di sebalik kata nasihat itu.

     "Kau faham kan maksud aku?" ujar Amir lembut.

     "Aku faham Mir. Maafkan aku. Aku alpa." Firdaus menunduk. Insaf.

Terkesan sekali hatinya ketika ini mendengar nasihat Amir. 'Ya Allah. Ampunkanlah hambaMu yang tidak berdaya ini.' Hujung mata diseka. 

Amir senyum.

    "Takpe Fir. Aku sentiasa bersama kau. Sabarlah. Allah juga ada bersama kau." Sekali lagi bahu Firdaus ditepuk perlahan. Semoga beban yang ditanggung rakannya itu sedikit berkurangan. 

     "Insya-Allah Mir. Aku cuba."

Angin petang menampar lembut wajah mereka berdua. Entah kenapa, Firdaus merasa begitu nyaman sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Mungkin kerana hatinya berasa lebih tenang. Lega. Amir di sebelah yang sedang ralit memandang tasik dikerlingnya. Saat itu, senyuman di bibirnya turut terukir. 

"Hiduplah seperti rumput. Makin dipijak, makin segar ia tumbuh..." - (Miss L) 

[Smile. So, you'll be happy happy forever]

**************
P/s: Should i give a credit to 'Cahaya Petunjuk'? Hehe!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...