Aku kan Epul 1

Saturday, March 02, 2013 | Comment

[Kredit]

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraayee
Tunme Na Jane Kya Sapne Dikaayee
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
                                                 Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai                                  

“Hoi!”
“Opocot mak aku kahwin lagi.” Latah Epul.  Dadanya diurut perlahan. Kus semangat. “Apa kau ni? Main sergah-sergah orang pulak. Salam mana? Takkan lepas beristeri dah tak pandai bagi salam kot.” soal Epul bertubi-tubi. Baru nak layan perasaan, ada jer yang datang menganggu. Huh!
“ Amboi…sedap mulut kau mengata aku yer. Kau tu yang pekak, aku pula yang dituduh tak reti bagi salam? Banyak cikadak.” Balas Ijat geram. Tanpa disuruh dia duduk bersebelahan Epul.
“Oh, yeke?” Kepala yang tak gatal digaru-garunya sambil tersengih. Bajet comel la kononnya tu.
“Yelah. Ingat aku tipu kau ke?” Muka Epul dipandang tajam. “Kau ni dah kenapa? Lain macam jer aku tengok. Tak pernah-pernah nyanyi lagu Hindustan. Tetiba jer ni.”
“Aku ada masalah la.” Tubuhnya kembali berbaring di atas pangkin. Matanya tepat memandang ke atas langit.
“Masalah apa pula ni? Setahu aku, kau ni mana pernah kenal dengan masalah. Rilex memanjang.”  Ijat turut membaringkan badannya di sebelah Epul. Kedua-dua tangan dijadikan alas kepala.
Epul mengeluh perlahan. Berkira-kira untuk menceritakan masalahnya kepada Ijat. Matanya dipejam seketika. Ijat disebelah sekadar menanti balasan rakannya itu.
Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasaaan. Sesekali kedengaran kicauan burung. Angin petang terasa begitu mendamaikan.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta la Ijat.” Epul bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Serta-merta badan Ijat beralih 180° memandang Epul di sebelah kanannya. Terkejut bukan kepalang. Epul jatuh cinta! Mohd Saiful Azam jatuh cinta? Apakah?
“…dengan Wafaa.“ sambungnya lagi.
Ijat melopong!

**************
“Serius ke bang?” soal Ana kurang percaya.
“Serius la. Ingat abang main-main ke?”
“Manalah Ana tahu. Abang ni bukannya boleh percaya sangat.” Ana mencebik.
“Eh-eh. Orang betul-betul serius tau. Tak Nampak muka abang yang serius ni?” Muka serius ditayangkan buat isterinya. Biar Ana betul-betul percaya. Memang la kebanyakan waktu dia suka permainkan isterinya itu. Tapi, cerita yang disampaikan sebentar tadi bukan boleh dibuat main.
“Yelah. Ana percaya.” Ana mengalah. Lagipun, riak muka suaminya itu serius betul. “Tapi, abang kan tahu status Wafaa tu macam mana. Abang tak rasa ke kawan baik abang tu bakal dikecewakan lagi?” soal Ana. Wajah suaminya itu dipandang lembut.
Ijat mengeluh perlahan. Soalan Ana itu ada betulnya. Epul pasti akan kecewa lagi kalau dia tahu status Wafaa yang sebenarnya.
‘Apa aku nak buat ni?’ bisik hati Ijat. Soalan isterinya itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

************** 
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae kedengaran satu rumah. Mak Temah menggelengkan kepalanya. Telinga sudah disumbatkan dengan kapas. Tak sanggup rasanya mendengar suara Epul yang sumbang itu. Sedap takpe la juga. Suara katak bawah tempurung tu pun lagi merdu rasanya.
“Sudah-sudah la tu Epul. Pagi petang siang malam, menyanyi je kerja kamu ni. Pecah gegendang telinga mak ni mendengarnya.” Jerit Mak Temah. Dah tak sanggup rasanya dbiarkan Epul menyanyi. Boleh bernanah telinga kalau dibiarkan saja anaknya itu.
“Alah mak ni. Jeles la tu. Suara mak tak sesedap suara Epul ni kan?” jawab Epul tak mahu kalah.
Mak Temah mencebik. ‘Eleh, macam suara dia tu sedap sangat. Bunyi katak lagi sedap daripada suara kau tu tau.’ kutuknya dalam hati. Nak kata depan-depan takut kecil hati pula anaknya itu. Tapi, apa boleh buat. Kenyataan yang memang tak dapat dinafikan lagi dah.
“Haih mak. Takkan dah mengaku kalah kot. Cepat sangat ni. Selalunya pantang berperang mulut dengan saya. Mesti nak menang punyalah.” Soal Epul sebaik sahaja keluar dari biliknya. Mak Temah yang sedang ralit memasak dipandangnya dengan penuh rasa kasih. Selepas kematian ayahnya 18 tahun yang lalu, hanya ibunya sajalah tempat dia mencurah rasa kasih dan bergantung harap. Biarpun selalu berperang mulut dengan ibunya, tetapi tak penah sekalipun dia dan ibunya itu berkecil hati dengan jawapan masing-masing. Itulah hiburan mereka dua beranak sejak dulu lagi.
“Malas la mak nak layan kamu ni. Baik mak masak. Ada gak pekdahnye. Nak harap kamu menolong, alamatnya tahun depan belum tentu boleh makan.” Rungut Mak Temah.
“Mak juga yang tak bagi Epul tolong kan. Takkan dah lupa kot?” Epul tersengih-sengih di meja makan. Cucur pisang pagi tadi dibawa ke mulut.
“Memang la. Tapi, masa tu kamu baru umur 10 tahun. Sekarang ni, kamu dah 28 tahun pun. Mana boleh pakai arahan tu lagi dah.” Balas Mak Temah kembali. Rasa macam nak disekeh saja kepala anaknya itu. Macam-macam alasan!
“Mak tak cakap pun, arahan tu ada due date dia. Mana la Epul tahu.”
“Amboiii…loyar buruk kamu yer. Macam mana la nak beristeri kalau malas nak menolong kat dapur ni ha?”
“Isteri? Hehee…” Melebar sengihan Epul tatkala mendengar perkataan ‘isteri’. Terus terbayang seraut wajah manis Wafaa. Alahai…bertuah badan dapat beristerikan bidadari secantik Wafaa tu. Dah la cantik, lemah lembut pula tu. Tak sabar pula nak kahwin. Ngeh. Ngeh. Ngeh.
“Tengok tu, sempat lagi dia berangan. Bertuah punya budak.” Bebel Mak Temah. Ditarik telinga anaknya itu sekuat hati. Biar dia rasa!
“Adeh..deh..deh. Apa ni mak. Sakitlah.” Telinga kirinya digosok-gosok perlahan. Sakit!
“Hah! Baru padan dengan muka kamu. Berangan sangat. Dah! Dah! Mari tolong mak masak. Jangan malas sangat.” Arah emaknya
“Yelah. Yelah. Mak nak Epul tolong apa? Tolong tengok yer mak?” sempat lagi dia kenakan ibunya itu. Mak Temah sekadar menjegilkan mata. Malas layan. Huh!

**************
Wafaa memandang kedua ibu bapanya silih ganti. Pelik! ‘Apa kena dengan umi dan walid ni. Main bisik-bisik depan aku pulak. Tadi cakap ada hal nak bagitau. Ini dah terpacak depan mata, tak cakap pun.’ Bisiknya sendirian.
            “Umi, Walid. Kenapa ni? Ada apa-apa yang umi dengan walid nak beritahu ke?” ujar Wafaa lembut. Haji Wajdi dan Hajah Nu’mah memandang antara satu sama lain. Masih berbisik. Wafaa sudah berkerut dahi. Tak pernah umi dan walidnya berperangai begini.
            “Err…macam ni sebenarnya Wafaa.” Hajah Nu’mah bersuara teragak-agak. Tangan suaminya di sebelah digenggam erat mengumpul kekuatan. “Petang tadi, kawan umi Auntie Sarah datang merisik kamu. Dia nak jodohkan kamu dengan anaknya, si Rayyan.” Sambungnya lagi.
            Wafaa tersenyum. Tenang sahaja dia mendengar perkhabaran uminya itu. “Umi, kan Wafaa dah bertunang. Mana boleh terima pinangan orang lagi dah.”
            “Tapi Wafaa, tunang kamu tu kan….” 
“Umi, Walid, bukankah kita dah bincangkan hal ni dulu. Biarlah Wafaa dengan status yang ini. Wafaa taknak terima sesiapa lagi dah.” Sebelum sempat Hajah Nu’mah menghabiskan ayatnya, Wafaa sudah memotong.
“Wafaa, kamu tak boleh terus macam ni. Kamu kena beri peluang pada diri kamu untuk bahagia.” Haji Wajdi akhirnya bersuara sedari tadi hanya menjadi pendengar setia. Berdiam diri juga tak berguna. Pendirian anaknya itu harus diubah.  
“Maaf walid. Wafaa tetap dengan pendirian Wafaa. Wafaa taknak dikecewakan lagi dah. Cukuplah sekali. Wafaa dah serik.” Liur dikerongkok ditelannya pahit sebelum menyambung kata, “Umi dengan walid bagitau jelah yang Wafaa dah bertunang kat sesiapa yang datang merisik lepas ni. Itukan perjanjian kita dulu umi, walid?”  tegasnya lagi. Wajah tua umi dan walidnya dipandang sayu. Bukan dia tak kasihankan ibubapanya itu. Tapi, apakan daya. Dia tak mampu melawan takdir. Bukan niatnya hendak mengguris perasaan sesiapa. Dia mengeluh. Haji Wajdi dan Hajah Nu’mah akhirnya mengangguk perlahan. Faham benar sikap anak perempuannya itu. Pendiriannya sukar diubah.
“Yelah. Kami ikutkan saja cakap kamu tu.”  Hajah Nu’mah dan suaminya mengalah. Jika dipaksa juga takde gunanya. Anaknya itu juga yang akan merana. Mereka hanya mampu berdoa supaya Allah lembutkan hati Wafaa itu untuk menerima seseorang dalam hidupnya, bukan ‘tunangnya’ yang sekarang ini.

                            **************
“Aku rasa lebih baik kau batalkan saja niat kau tu.”
“Kenapa pula? Kau tak suka ke kawan kau ni nak bina masjid?” suara Epul tak puas hati. Ingatkan Ijat akan menyokong seratu peratus hasratnya yang suci lagi murni itu. Tapi, sebaliknya pula yang terjadi.
            “Aku bukan apa Epul, aku taknak kau kecewa lagi. Cukuplah dulu tunang kau tinggalkan kau mcam tu aje. Kahwin dengan orang lain. Padahal kau dah cukup setia dengan dia.” Balas Ijat beralasan.
            “Bekas okay. B.E.K.A.S. Bukan tunang aku lagi. Lagipun, aku yakin Wafaa takkan tinggalkan aku macam perempuan tu.” Epul masih pertahankan niatnya itu. Buah mempelam di sebelah sudah tak diendahkan lagi. Hai, nasib kaulah mempelam.
            “Tak, tak. Bukan tu maksud aku beb.” Teragak-agak Ijat bersuara. ‘Nak bagitau ke tidak ni. Nak diberitahu susah, tak diberitahu nanti jadi barah pulak.’ Haisshh! Serabut aku! Kepalanya digosok-gosok. Rambutnya sudah tidak terurus lagi.
              “Habis tu sebab apa?”
               “Sebenarnya…hmm…sebenarnya…” kerongkongnya terasa pahit. Mencari-cari ayat yang sesuai untuk diluahkan.
            “Sebenarnya apa? Tergagap-gagap.” Suara Epul sedikit meninggi. Geram dengan kawannya itu. Nak cakap, tapi gagap. Entah sejak bila pula penyakit gagap anak Pak Meon tu berjangkit dengan si Ijat ni. Huh!
         “Sebenarnya, Wafaa dah bertunang.” Sekali nafas Ijat menuturkan ayatnya itu. Fuh, lega. Terasa bebannya sedikit berkurang. Masa angkat nikah haritu pun tak sesusah ni. Manakala, Epul di sebelah sudah melopong. Bulat matanya memandang Ijat. Badannya terkaku. Lidahnya menjadi kelu. Hatinya pula sudah tidak menentu. Kepalanya sudah terasa seperti dihempap KLCC. ‘Over pula perumpamaan kau tu yer Epul.’
**************
Tuhan tolonglah diriku, Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu, Hingga hujung nafasku
Tuhan tolonglah diriku, Khabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun ku tunggu, Kerna dia hidupku

“Apa yang sedih sangat lagu kamu ni Epul oii. Walaupun suara kamu tu sumbang, dah ke laut, dah serupa orang jatuh gaung tapi sedih pula mak mendengarnya. Menusuk kalbu sungguh. Teringat kat arwah abah kamu tu ha.” Air mata diseka dengan hujung baju.  Time-time gini la dia nak nyanyi lagu sedih pun. ‘Wrong timing betullah anak bertuah aku ni.’ Sempat lagi Mak Temah merungut.
“Alah. Mak tu yang terlebih drama. Orang tengah sedih ni tahu tak. Bukannya nak tolong pujuk ke apa ke. Ini tak, dikutuknya kita pula.” Mulut Epul sudah memuncung. Wajahnya yang mendung tak usah cakap. Tinggal nak hujan ja lagi. Badannya dikalih mengiring ke kanan mengadap sofa.
“Udah-udah ler sedihnya. Dah takde jodoh. Nak buat camna kan?” pujuk Mak Temah lembut. Sudah dikhabarkan tentang niat anaknya yang tak kesampaian itu.  Nasib baik ada Ana yang sudi bercerita akan keadaan anaknya yang seperti kematian isteri sejak dua tiga hari lepas.
“Mak tak paham. Hati Epul ni baru je terbuka untuk orang lain setelah 5 tahun tertutup. Tup-tup orang tu dah bertunang. Siapa pun kat tempat Epul pasti rasa apa yang Epul rasa ni mak.” Esakan kecil kedengaran. Sayu sekali Mak Temah mendengar.
“Mak paham Epul. Tapi, sampai bila kamu nak bersedih nak?”
“Sampai bila-bila agaknya mak.” Jawabnya perlahan. Epul bangun dari pembaringannya. Lemah langkahannya menuju ke bilik. Hatinya terlalu sedih. Nak dilupakan payah. Nak dibiarkan lagilah parah.
“Allah. Sedihnya mak dengar. Berair dah mata mak ni Epul. Uhuk! Uhuk!”. Sekali lagi air mata diseka. Turut menangisi kesedihan yang melanda hati anaknya itu.
Epul yang mendengar rintihan ibunya di dapur terus berhenti melangkah. Wajah tua itu dikerling sedikit sebelum bersuara, “ Mata mak tu berair bukan sebab sedih dengan keadaan Epul ni, tapi sebab bawang besar tu ha.” Kakinya dihayun kembali ke bilik. Malas melayan ibunya yang suka sangat berlakon. Mengalahkan Fasha Sanda saja.
Erk! Mak Temah tersentap.
‘Tak menjadi rupanya lakonan aku ni. Terkantoi la pulak. Aduh!’ bisiknya sendirian. 

**************
Hujung minggu itu diadakan satu majlis kesyukuran oleh keluarga Ijat bagi meraikan ulangtahun perkahwinan ibu dan bapa mereka. Beberapa orang jiran tetangga, rakan kongsi dan pekerja abahnya itu mengahadiri majlis tersebut. Tak ketinggalan juga keluarga sebelah pihak isterinya. Epul dan Mak Temah juga turut serta.  Itupun setelah puas Mak Temah memujuk Epul untuk menemaninya malam ini.  Setelah selesai bacaan yassin dan doa, tetamu mula menjamu selera. Hanya Epul yang masih termenung sendirian di luar rumah sambil memandang kolam ikan milik keluarga Ijat. Di taman mini buatan ayah Ijat. Lokasinya yang agak terlindung memudahkannya untuk lari daripada orang ramai.
            “Epul, kau tak nak makan ke? Jomlah makan sekali.” Ijat menegur.
            “Takpe lah. Aku takde selera. Kau pergilah makan dengan isteri kau tu.” Epul menolak. Sunguh! Perutnya terasa sebu. Kerongkongnya juga terasa payau. Masa putus tunang 5 tahun lepas pun keadaan dia tak sebegini. Kuat sungguh penangan Wafaa terhadap dirinya.
Ijat mengeluh. Tak tahu bagaimana lagi harus dipujuk rakannya itu. “Yelah. Tapi, nanti kalau kau nak makan pergi dapur yer. Aku ada kat situ.” Beritahu Ijat sebelum melangkah ke dapur.

**************
“Kau dah fikirkan ke cadangan aku tu Wafaa?” soal Ana ingin tahu.
“Dah.”
“So, apa keputusan kau?”
“Maaf Ana. Aku tetap tak boleh terima dia.”
“Tapi, kenapa?”
“Aku kan dah bertunang. Takkan kau lupa kot?” Wafaa beralasan.
“Sudah-sudahla tu Wafaa. Dengan orang lain bolehlah kau beri alasan macam tu. Tapi, bukan aku Wafaa. Kau tu belum bertunang Wafaa. Kau sedar tak?” Ana sudah hilang sabar.
“Tak Ana, aku memang dah bertunang. Biarpun tunang aku tu bukannya orang tapi…” ayatnya terhenti di situ. Pilu rasa hati memikirkan keadaannya sekarang. Sejak dikhabarkan berita akan penyakit hati yang dialaminya beberapa bulan lepas, semangatnya seakan hilang. Tambahan pula, perkahwinan yang bakal berlangsung saat itu terpaksa dibatalkan gara-gara bekas tunangnya tak sanggup untuk memperisterikan seorang pesakit.
“Wafaa, bertunang dengan kematian bukan bertunang namanya. Lagipun, kau masih ada harapan untuk sembuh.” Pujuk Ana lagi.  Berharap Wafaa bersetuju dengan cadangan dia dan suaminya untuk menerima Epul.
“Ana, tunang aku dulu pun tinggalkan aku lepas tahu aku sakit. Inikan pula Epul yang langsung tak tahu menahu tentang aku. Aku tak rasa dia sanggup terima aku ni Ana. Tambahan pula, penyakit aku dah di tahap kronik. Doktor cakap aku ada masa tak sampai 3 bulan je lagi untuk hidup kalau masih belum ada penderma hati yang sesuai. Aku taknak bagi harapan kat siapa-siapa Ana.” Luah Wafaa sedih. Ada sendu di hujung suaranya itu sambil menahan tangis. Ana yang sedari tadi mendengar turut bersedih dengan berita yang baru diketahuinya itu.
“Tapi, Wafaa…” Ana ingin bersuara namun sempat dipotong oleh Wafaa.
“Cukuplah Ana. Takkan ada mana-mana lelaki yang sanggup terima perempuan sakit macam aku ni. Dah tak lagi aku bakal jadi jenazah pun.”
            “Saya sanggup! Saya sanggup terima awak Nur Wafaa Zahraa’. Sampai bila-bila.” tiba-tiba Epul bersuara lantang. Entah sejak bila dia mendengar perbualan antara mereka berdua. Tetamu yang mendengar menoleh ke arah Epul yang tegak berdiri di hadapan pintu masuk. Ana dan Wafaa turut mengalihkan pandangan mereka. Masing-masing terkejut dan tergamam dengan pengakuan Epul. 
“Saya sayangkan awak seikhlas hati saya dan saya terima awak seadanya.” Sekali lagi Epul bersuara. Kali ini nampak lebih tegas. Riak wajahnya juga serius. Ana sudah mengukir senyuman. Manakala Wafaa di sebelah sudah tergamam buat kali kedua!

p/s: bersambung di 'Aku kan Epul' bahagian 2....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...