Assalamualaikum Malaysian. Why Malaysian? It is because all Malaysian will celebrate our Independent Day! Alhamdulillah. After hundred years of colonization by other countries like British, Portuguese and Japan, finally Malaysia independence on 30 August 1957. Okay! Why I am writing in English? Dah la grammaer berteraboQ. Heh. (-_-")
[Malaysia. Tanah airku!] |
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Saat lafaz merdeka dilaungkan, pasti ramai yang bersorak gembira meraikan hari yang penuh bersejarah ni kan? Terutamanya atok-atok, nenek-nenek, pakcik-pakcik dan makcik-makcik di luar sana yang pernah merasai hidup pada era penjajahan. HoooRay!!!
TETAPI,
Sejauhmanakah kemerdekaan yang kita dapat hari ini?
Adakah kita benar-benar merdeka?
Apakah makna merdeka pada kita?
Adakah merdeka itu pengertiannya sekadar kebebasan Malaysia daripada penjajahan?
Nah! Sekarang tanya pada diri kita sendiri. Apa jawapan yang anda dapat? Merdeka atau tidak?
Okay! Daripada sudut pandangan saya pula. We are actually half independent and another half we are not.
WHY??
Ya, tidak dinafikan secara kasarnya kita sememangnya MERDEKA kerana berada dalam keadaan aman tanpa peperangan. Tetapi, ramai lagi rakyat Malaysia yang sebenarnya TIDAK MERDEKA. Masih terus dijajah hingga ke saat ini. Dijajah dari segi apa? Pemikiran. Mental. Rohani. Sedarkah kita?? Lihat saja segelintir rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Bohsia, gay, lesbian, punk, pengkid, dadah, arak, kelab malam, dan banyak lagi. Especially umat Islam yang hanya Islam pada nama tapi bukan pada hati, lisan dan perbuatannya. Sedih bukan?
"Kalau masih lagi manusia meletakkan wang ringgit di atas kepala mereka, dan meletakkan Al-Quran di belakang mereka, maka kita belum lagi merdeka, belum lagi merdeka, belum lagi merdeka!" ~ (Ustaz Haslin Bahari)
Ayuh! Sama-samalah kita perbaiki diri. Merdekakan diri sebebas-bebasnya, Bebas dari semua jenis penjajahan. Merdeka fizikal. Merdeka rohani. Merdeka luar dan dalam. Berperanglah! Kerana peperangan bukan hanya perang sesama negara, sesama manusia tetapi juga peperangan berlaku antara iman dan hawa nafsu. Dan ingatlah, bahawasanya berperang dengan nafsu (dalaman) lebih susah daripada berperang secara fizikal. Mantapnya dalaman, maka kuatlah luarannya. Try it!
Nak lagi paham tentang merdeka. Moh ler ke Terengganu. Dengar molep apa kata ustak.
Amacam? Terkesan di hati tak apa yang ustak ngoyak (cakap). Ngee~ So, out dulu. Merdekakan apa yang telah dimerdekakan. See you in next entry. (kalau ada la kan...huhu)....
------------------
p/s: Selamat Hari Kemerdekaan ke-55 to all Malaysian. Merdeka!
p/s: Doakan juga kemerdekaan buat umat Islam di seluruh dunia.
p/s: Awat cheq kalau tulis blog jadi skema badak sangat pun xtau aih. Haish!
0 comments:
Post a Comment