Hum Tum. You and Me

Thursday, September 03, 2015 | Comment
[Credit]

Hum aur Tum. You and Me.
We have differences thoughts
You're thinking like this. I'm thinking like that
We have quarreled all the times
Even for chotti-chotti things.
But somehow, we became closer
Hum Tum, we both are friends
We shared everything.
Laugh and tears. Khushi aur gham
Kabhi we say Hi. Kabhi we say Bye
But we never forgot each other

Time files. Summer to winter
Season changed. We do changed
You and I began apart
We are not in the same world anymore
We become strangers
"Excuse me, who are you?"
We seem do not know each other
And we separated at the end 

I asked myself. Again and again
Why this is happen?
Who should take the blame?
Mujhe samajha nehi ata

The answers must be somewhere...

***********

Inspiredfrom: HumTum
by,
Miss Landlord
03 September 2015
12.05 am

Mak Cik Kun Anta

Thursday, August 20, 2015 | Comment

[Kredit]

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fil qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh


“Mak Cik….!! Diamlah. Bising tau tak?”

“Ah! Sibuk la kau. Dengki la tu?”

Haykal garu kepalanya berkali-kali. Dah tak tahan dengan makciknya yang sorang tu. Asyik ulang nyanyi lagu yang sama je. Nak study pun tak senang. Huh! Terus diangkat langkah kakinya ke dapur.

“Haha! Tak puas hati lettew…” nyanyiannya diteruskan. Langsung tak ambil pusing dengan jeritan Haykal tadi. Eleh, apalah yang nak ditakutkan sangat dengan budak darjah 6 tu. Baligh pun belum lagi. Piraahh…!

**********

Oh, hai! Nama aku Arrisa Maisarah. Anak bongsu kepada Haji Aiman dan Hajah Maimunah. Berumur 24 tahun. Seorang yang happy go lucky, peramah dan tak kurang cantiknya. Haha! Sekarang ni aku kerja sambilan di sebuah syarikat sebagai kerani. Yelah, ada degree pun tak guna. Bukannya senang nak dapat kerja. Sob..! Sob..!

Oppss..! Taknak tacing-tacing. Not me okay! Oh, ya! Lupa pula nak pesan. Korang jangan panggil aku Arissa atau Maisara. Tak glamour you..! Tapi, korang boleh panggil aku,

“Mak Cik Kun Anta!”

“Diamlah kau!”

Hahaha! Haykal sudah ketawa terbahak-bahak di belakang. Perasan retis betullah mak sedara senget dia ni sorang. Punyalah sedap nama atok dan nenek bagi, nak juga suruh orang panggil Iris. Tak kena langsung. Pffff….!

**********
“Arrisa!”

“Iris la mak. Bukan Arissa.” Laung Iris dari ruang tamu.

“Ape-ape jelah kau ni Arissa oii…” balas Hajah Maimunah. Malas layan.

“Ada ape mak?” soal Arissa lembut.

“Petang karang ambil Haykal kat sekolah yer?” Hajah Maimunah beri arahan dari dapur.

“Abah mana mak? Bukan abah ker yang selalu ambil budak tu balik tuisyen.”

 “Abah ada mensyuarat dengan ajk surau lepas solat asar.” Jelas Hajah Maimunah.

Iris di ruang tamu dah mencebik-cebik mulut. Tak puas hati sebab kena pergi ambil anak sedaranya itu. Padahal petang karang dia dah plan nak ajak Wawa, teman baiknya itu ke pekan. Nak donwnload lagu baru kat cyber café. Nampak gaya kena tukar pelan la. Nak dibantah, jadi anak derhaka pula. Lagipun, siapa lagi yang boleh ambil si mulut becok tu selain daripada dia. Mak dia bukannya tahu bawa motor ataupun kereta. Walaupun Haykal dengan dia tak sebulu, selalu jer gaduh, tapi itu lah satu-satunya anak sedara yang dia ada.

Cerita tentang Haykal, dia sebenarnya anak yatim piatu. Anak abang long aku. Satu-satunya adik beradik aku yang aku ada. Dulu. Tapi sekarang, tinggal aku jer. Harapan mak abah. Abang long aku meninggal dunia sejak Haykal dalam kandungan lagi akibat kemalangan jalan raya. Ibu dia pula meninggal selepas melahirkan dia. Sedih kan hidup dia. Yatim piatu dari kecil lagi. Mak abah aku la yang bela dia sampai sekarang memandangkan kami je satu-satunya saudara yang dia ada. Kak ipar aku pun anak yatim piatu juga. Mak abah aku tu la ibu dan ayah dia. Dan kalau korang nak tau, dia pun panggil mak abah aku, ‘mak’ dan ‘abah’ juga. Bukannya atok nenek. Tak malu  betul!

Tapi, cukuplah cerita sedih dia tu terhenti kat situ jer. Sebabnya, aku malas nak kenang kisah sedih dia tu. Mulut dia yang becok tak makan saman tu memang selalu sangat buat aku panas hati. Yatim ke piatu ke, aku tak peduli dah. Memang aku cili-cilikan jer budak sorang tu. Geram!

**********

“Mana pula perginya budak ni. Dah setengah jam aku terpacak kat gate ni. Tak juga nampak batang hidung. Hishh…! Hishh..!” Dikipas-kipas mukanya yang memerah. Merah sebab panas dan marah. Habis senget-benget tudung yang dipakai gara-gara mengelap peluh kat muka.

‘Aku pergi juga ke kelas budak ni karang. Nak tengok, apa yang budak tu buat sampai sekarang tak keluar-keluar. Jangan-jangan berdating tak. Bukan boleh percaya Haykal ni.’ Detik hati Iris. Terus laju diayun langkah kakinya ke kelas Haykal. Memandangkan dahulu dia juga pernah bersekolah di sini, maka dia tak rasa kekok sedikit pun mencari kelas anak sedaranya itu.

‘Eh, tu macam Haykal. Amboi! Siap bergelak sakan dengan perempuan. Aku dah agak dah. Tak boleh percaya budak ni. Kecik-kecik lagi dah gatal!’

Terus dilajukan jalannya itu. Daripada gear 3 terus ke gear 5. Nak tangkap basah anak sedara sendiri, mana boleh slow-slow.

‘Siap kau! Balik karang aku report kat mak!’

**********

Suasana di meja makan sunyi sepi. Selalunya ada jer yang nak digaduhkan si Iris dengan Haykal. Tapi, tak pula malam ni. Pelik! Haji Aiman pandang Hajah Maimunah. Isyarat mata yang terarah kepada Iris diberikan kepada isterinya itu. Hajah Maimunah sekadar menjongketkan bahunya tanda tak tahu apa-apa.

“Ehem!” Haji Aiman berdehem sebelum memulakan bicara.

“Arissa, kenapa diam je abah tengok? Ada masalah ker?” soal Haji Aiman prihatin.
Iris geleng kepala. Malas nak bersuara. Nasi disuap ke dalam mulut dengan perlahan. Tak berselera dia malam ni. Takde mood. Ini semua petang tadi punya pasai. Jatuh saham aku!

“Haykal! Kau buat apa ha! Dah setengah jam mak cik tunggu kau kat luar sana. Mak cik ingat kelas kau belum habis. Rupanya kat sini kau dating yer! Tak padan dengan budak tak cukup umur!” jerkah Iris. Dicekak pinggang rampingnya itu. Matanya tajam merenung Haykal.

Haykal tersentak. Budak perempuan tadi pun terkejut. Tiba-tiba jer kena serang. Takde salam takde mukadimah apa-apa, terus jer dituduh macam-macam. Nak menjawab tak berani. Garang kemain lagi. Kalah Kak Ros dalam cerita Upin Ipin.

“Mak cik buat apa kat sini?” soal Haykal rilek. Mula-mula terkejut juga. Tapi, pelik. Macam mana mak ciknya boleh ada kat dalam sekolah pula ni? Curious betul.

“Kau tanya mak cik pula yer? Kau tu buat apa? Tak reti-reti nak balik ker?” soal Iris geram. Soalan Haykal dibiarkan tak berjawab. Tak penting pun.

“Haykal ada hal sikit nak kena bincang. Nak balik dah la ni.” Jawab Haykal. Dah memang dia nak balik dah pun. Cuma…

“Amboi…amboi…! Kau ingat makcik tak sekolah? Bincang apanya kat taman macam ni? Bukan main lagi mak cik tengok kau bergelak ketawa dengan budak perempuan ni. Bincang ke dating?” marah Iris. Namun sempat juga dipandang sekilas taman mini di hadapannya. Cantik!

“Maaf cik. Boleh saya bantu?”

Suara dari belakang Iris mengejutkannya. Terus ditoleh muka ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual bert-shirt putih berkolar dipadankan dengan seluar slack hitam sedang memandangkan dengan senyuman.

‘Hurmm…boleh tahan.’ Detik hati Iris. Sempat lagi kau yer Iris.

“Encik ni siapa pula?” soal Iris.

“Saya Uwais. Cikgu budak-budak ni.” Uwais perkenalkan dirinya. Senyum. Dipandang muka Iris yang tengah marah. Walaupun nampak agak selekeh dengan tudung yang agak senget, tapi tetap manis untuk dipandang. Ewah!

“Hah! Elok sangat la cikgu datang. Ni, saya nak bagitau yang budak Haykal ni tengah dating. Tak padan dengan bawah umur. Saya rasa cikgu patut bagi hukuman jer kat diorang ni. Lari pusing padang 30 kali ker, pumping 100 kali ker. Saya tak kisah. Asalkan budak Haykal ni kena denda.” Dijeling ke arah Haykal. Haykal jelir lidah tak takut. Bukannya dia buat apa-apa kesalahan pun. Weekk…!

“Eh, cik dah salah faham ni. Sebenarnya saya yang suruh diorang…”

“Ohhh…ni la rupanya kerja cikgu yer? Ada ke patut cikgu suruh diorang ni berdating. Cikgu jenis apa awak ni ha?” terus dipotong ayat Uwais. Kali ni Uwais pula tercengang. ‘Aku pula yang salah?’

“Tak cik. Dengar dulu cakap saya sampai habis. Saya bukannya suruh diorang ni berdating. Tapi, saya suruh diorang ni tunggu saya kat sini. Nak bincang tentang persiapan pertandingan Matematik lusa nanti.” Laju Uwais beri penjelasan. Takut juga percakapannya dipotong sekali lagi.

‘Alamak! Aku ke yang salah?  Aduh! Malunya. Mana nak letak muka ni?’ Bisik hati Iris.

“Cikgu, maaflah. Mak cik saya ni memang senget sikit. Suka buat kalut.” Haykal mencelah. Bibirnya senyum mengejek. Padan muka mak cik!

Iris bertambah geram. ‘Kurang asam kau Haykal. Kenakan mak cik depan cikgu kau yer!’

“Err..maaflah cikgu. Cikgu bincanglah apa yang patut. Saya tunggu kat luar jer.” Kalut-kalut Iris berjalan keluar sekolah. Langsung tak dipandang muka cikgu Uwais. Terasa bahang panas di mukanya. Malunyaa…!

“Mak cik, lain kali bagi salam dulu tau! Kan dah merah muka tu. Malu la tu kan?” jerit Haykal. Terus meletus ketawanya. Budak perempuan tadi pun turut ketawa. Geli hati.

“Diamlah kau Haykal. Balik jalan kaki!” sempat Iris membalas. Langsung tak menoleh ke belakang. Uwais sekadar menggelengkan kepala. Senyum.

**********

“Arissa, abah ada benda nak cakapkan dekat Arrisa ni.” Ujar Haji Aiman. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan anaknya itu. Wajah Iris ditatap lembut.

“Nak cakap apa bah? Cakaplah. Iris dengar ni.” Balas Iris. Terus dikalihkan mukanya daripada tv mengadap abahnya. Beri perhatian.

“Haritu masa Arissa tengah berkursus kat Pulau Tioman, ada orang datang rumah. Diorang nak meminang Arrisa.”

“Apa abah? Meminang? Arrisa abah?” Bulat matanya memandang Haji Aiman. Tak percaya.

“Yelah. Takkan meminang Hajah Maimunah pula.” Seloroh Haji Aiman.

“Ish, abah ni. Main-main pula. Tu kan isteri abah. Betul-betul la bah. Jangan main-main.” Iris dah tak senang duduk. Jarinya dimain-mainkan bagi menghilangkan rasa gelisah.

“Betullah. Takkan abah nak bergurau tentang hal ni. Ni kan benda penting.”

“Dah tu, abah jawab apa?”

“Abah setuju jer. Lagipun abah kenal lelaki tu. Baik budaknya.”

“Laaa…abah ni. Kenapa tak tanya Arrisa dulu? Kenapa terus setuju? Dah la budak lagi. Budak umur berapa yang datang meminang Arrisa tu abah?” soal Iris kalut. Haji Aiman ketawa. Ada-ada je Arrisa ni. Memang la tadi dia ada kata baik budaknya. Tapi, takdelah dia maksudkan yang datang meminag tu masih budak. Arrisa..! Arrisa…! Kalau dah mai kalut dia tu, kalut juga la jadinya. Soalan entah apa-apa.

“Abah ni..gelak pula. Soalan Arrisa tak jawab lagi.” Iris memuncungkan mulutnya. Orang tengah gabra, abah boleh pula gelak. Eeiii…tak paham.

“Yelah. Yelah. Budak tu umur 28. Kerja engineer. Abah suka tengok dia. Mak pun suka. Kamu setuju yer Arrisa?” pinta Haji Aiman lembut. Anaknya itu memang kasar, tapi dalamannya lembut. Kena dengan gaya, pasti hati tu mudah lentur.

“Tapi  abah, Arrisa takut la. Arissa tak bersedia lagi. Orang muda lagi la bah. Suruh la orang lain kahwin dulu. Haykal ker?”

Pap!

Peha Iris ditepuk kuat. Pedih. Tak perasan bila maknya itu datang duduk kat sebelah. Kan dah kena! Suruh lagi yang bukan-bukan.

“Yang kamu suruh Haykal kahwin tu dah kenapa Arrisa? Budak tu sekolah rendah pun tak habis lagi. Kamu tu yang patut kahwin. Umur dah 24. Haih! Mengarut sungguh la anak dara ni sorang!”ujar Hajah Maimunah geram.

Haykal yang kebetulan baru pulang dari kelas ngaji Al-Quran tergelak kecil. Iris jeling tak puas hati.  Haykal buat muka slamber. Langsung tak gentar. Terus diambil tempat duduk di sebelah atoknya itu. Saja nak menyibuk! Hehe.

“Kalau macam tu, kamu kenal-kenal la dengan dia tu. Abah dah bagi nombor kamu kat dia. Nanti-nanti dia mesej la tu.” Cadang Haji Aiman. Muka abahnya yang penuh berharap tu buatkan dia jadi serba salah. Tak sampai hati la pula.

“A’ah, betul kata abah tu. Kalau ok, hujung tahun ni terus kahwin. Takyah tunang dah.” Maknya pula menambah.

“Alah mak cik ni. Tak payah la nak pikir. Terima jer terus. Hensem kot bakal pakcik Haykal tu. Suara pun sedap. Kalah Humood AlKhuder. Boleh la Kun Anta hari-hari. Haha!” Haykal sengaja mencucuk. Iris bertambah geram. Terus dia bangun dari tempat duduknya itu. Kepala Haykal disekeh berkali-kali. Haykal menjerit kesakitan. Tak sempat dia nak lari. Ganas betul mak cik ni sorang. Huhu!

**********

“Eeiii….rimas betul la mamat ni. Tak habis-habis dok hantar rakaman suara menyanyi dia tu. Suara tu kalau sedap macam penyanyi Kun Anta tu takpe la juga. Ni tak, hampeh! Dah tu, lagu klasik dia bagi. Mau pengsan aku dengar oiii. Oh, Peh-lis laa. Not my taste okay!” rungut Iris.

Dah hampir dua bulan dia berkenalan dengan lelaki tu. Dan dah hampir sebulan juga dia jadi tunang mamat tu. Sejak bertunang, hari-hari mamat tu hantar nyanyian dia tu. Ewww…!

Bila diingatkan balik macam mana dia bertunang, memang tak logik.  Rasa nak lari je dari rumah. Tapi, takkan nak buat betul-betul pula kan? Malu la mak abah nanti.

Ok. Berbalik kepada cerita bertunang. Memang bukan dalam perancangan pun. 2 minggu selepas mak abah aku bagitau ada orang masuk meminang, baru lah mamat tu whatapps aku. Ingatkan dah jumpa calon lain. Daripada aku nak berangan buat kenduri kesyukuran, terus tukar jadi kenduri arwah.

Mula-mula whatapps tu macam biasa la. Tanya nama, khabar, keje apa, buat apa bla..bla..bla..! Aku pun kadang-kadang balas, kadang tu tak. Eh, malas la aku. Rimas pun ada. Takkan la mak abah aku takde beritahu semua tu kat dia kan. Nampek benor nipunyee. Aku pula, takde hati pun nak tanya apa-apa tentang diri dia. Ah! Lantak la. Sampai la satu hari tu, dia send lagu.

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya adinda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu
(2x)

“Wehh…lagu apa ni mamat ni nyanyi ni? Dah la suara tu sumbang. Werk..! Werkk…! Geli dowh.” 

Dengar je nanyian dia yang serupa katak panggil hujan tu, terus aku balas whatapps dia. Tak tunggu lama. Laju ja aku taip,

Tolong lah! Suara dah la tak sedap. Ada hati nak nyanyi. Dah la nyanyi lagu entah apa-apa. Menyesal mak abah saya sukakan awak tau tak? Huh!

Lepas kejadian tu, terus mamat tu menyepi. Aku apa lagi. Sengih sampai ke telinga la. Sebabnya aku ada alasan nak tolak cadangan mak abah daripada terus rekomen dia jadi menantu.  Tapi, harapan tinggal harapan. Belum sempat nak bagitau, abah dulu bawa berita mengejut

“Minggu depan diorang datang nak bertunang. Bakal tunang kamu cakap kamu yang mintak bertunang. Lagi manis nak bermesej katanya.”

Weeehhh…bila masa aku cakap macam tu? Dalam hati dah menyumpah seranah mamat sorang tu. Lidah pun boleh pulak dok terkelu, terkedu time-time lagu ni. Kot la nak cakap tak nak ke, nehi kabhi nehi ke, La..! La..! Ana taknak kawen ker, tapi hampeh. Satu huruf pun tak terkeluar.

Dan Haykal si mulut becok tu yang taktau lah dari mana datangnya terus jadi tukang tambah,

“Orang tua-tua cakap, diam tanda setuju abah. Betul la tu. Dia je yang malu nak bagitau kita.”

**********

Hari ni, sekali lagi Iris terpaksa ambil Haykal kat sekolah. Dah dibulatkan hatinya taknak masuk lagi ke dalam sekolah tu walau berapa lama pun dia kena tunggu Haykal. Taknak kejadian tempoh hari berulang. Lagi tepat, taknak dah dia bertembung dengan Cikgu Uwais tu. Huishh…mahunya buat malu 7 keturunan.

“Mak Cik!” Panggil Haykal separuh menjerit.  Iris tersentak. Ralit sangat teringatkan kejadian yang memalukan tu sampaikan Haykal dah ada depan mata pun tak perasan. Iris sengih, malas nak kecoh.

“Berangan la tu. Ingat kat sape? Pakcik eh?” sakat Haykal. Sejak makcik Irisnya bertunang, lagi sakan dia mengusik. Bukan dia taktau, mak cik dia tak suka kat bakal pak ciknya tu. Hehe!

“Sibuklah kau. Dah jom balik!” Enjin moto dihidupkan. Nak cepat-cepat blah dari sekolah ni. Bukan apa, mata dia sempat tangkap susuk tubuh cikgu Uwais yang tersenyum memandang mereka berdua.

**********

“Mak cik oooo mak cik…!” jerit Haykal yang sedang elok bonceng di belakang Iris. Bunyi motor yang agak kuat menyebabkan Haykal terpaksa menguatkan suaranya.

“Apa hal kamu ni? Duduk diam-diam tak boleh ker?” Iris turut menguatkan suaranya. 

“Cikgu Uwais kirim salam.” Bagitau Haykal.

“Apa kamu cakap? Tak dengar la. Kuat sikit!”

“Haykal cakap, Cikgu Uwais kirim salam kat mak cik!”

Sreeeettttt….!

Motor dibrek mengejut. Haykal di belakang pejam mata takut. Dipeluk mak ciknya tak lepas. Iris tergamam!

**********

Dumm!

“Hah! Bunyi apa pula tu?” Hajah Maimunah menyoal. Terkejut dibuatnya tiba-tiba telinga dia menangkap bunyi yang kuat. Takut juga dia kot-kot rumah ni dah nak runtuh.

“Bunyi pintu bilik mak cik, mak!” jawab Haykal. Beg sekolah diletakkan di atas meja makan. Gelas di rak dicapai. Air kosong di dalam peti sejuk dituang ke dalam gelas. Terus diminum dengan rakus menghilangkan dahaga.

“Kenapa pula dengan mak cik kamu tu? Balik-balik je nak mengamuk?” soal Hajah Maimumah pelik. Mesti ada yang tak kena.

“Takde apa la mak. Saja Haykal usik mak cik tadi. Tu, tengah marah la tu. Heee..!” Haykal sengih kerang busuk. Takut neneknya marah. Hajah Maimunah geleng kepala. Tahu sangat perangai budak berdua ni. Bergaduh je kerja mereka. Tak pernah nak berbaik. Haykal pun, ada je benda yang diusiknya. Iris pula cepat melatah. Hah! Elok sangat la tu.

Sedang elok Haykal dan Hajah Maimunah di dapur, Iris di dalam bilik dah seperti cacing kepanasan. Nasib la Haykal tu ada sedara dia. Kalau tak, memang dia tolak juga budak tu jatuh motor.

‘Boleh dia buat lawak tak cukup akal macam tu dengan aku? Yang aku ni pula, boleh pi percaya kat budak tu. Eeeii…geramnya!’ Iris menyumpah sendirian.  Habis lunyai bantal tidurnya dilenyek-lenyek melepaskan geram.

“Kau biar betul Haykal? Kenapa pula cikgu Uwais tu nak kirim salam kat mak cik. Tahu la mak cik ni cantik comel macam Emma Maembong, tapi takkan la dia dah tersuka kat makcik kot?” Iris dah syok sendiri. Bermacam soalan ditanya kepada Haykal. Motor dah elok diberhentikan di tepi jalan. Tersengih-sengih sendiri.

Haykal di belakang menjuihkan bibirnya. Pantang ada orang kirim salam, pasti mak ciknya tu perasan nak mampus. Dah sampai ke bulan agaknya tu. Tengok gaya sengih pun dah tau.

“Haykal melawak je lah mak cik. Takkan la Cikgu Uwais tu nak suka kat mak cik. Dia dah ada tunang la. Tu pun nak percaya. Buwekk..!” bibirnya dicebik.

Pap!

Kepala Haykal disekehnya. Sakit hati betul dia kena tipu dengan Haykal. Ingatkan betul-betul Cikgu Uwais tu kirim salam. Punya la semangat, sampaikan sanggup berpanas tepi jalan raya ni. Kurang asam betul!

“Jom la mak cik, balik! Panas ni. Eeei…sikit-sikit nak perasan. Macam la cantik sangat. Nasib baik Haykal sempat peluk mak cik tadi tau. Kalau tak, mesti dah jatuh.” Haykal dah mula membebel. Gerun juga kalau dia betul-betul jatuh motor tadi. Mak ciknya ni pun satu. Baru kirim salam dah terkejut. Kalau tadi dia beritahu yang Cikgu Uwais ajak kahwin, mau melompat motor ni. Terus sampai rumah. Kus semangat!

“Kau punya pasal la ni! Nak salahkan mak cik pula.” Ujar Iris bela diri. Terus dihidupkan motor skuternya itu. Nak cepat sampai rumah. Dia pun dah tak tahan panas. Ditambah pula ‘panas’ dengan Haykal. Baik dia cepat. Kalau tak, tak tahu la apa yang bakal dia lakukan kat budak sorang ni!

**********

“Alaaa..mak cik nih. Tak sporting langsung. Jom laaa…” rengek Haykal.

“Hotak kau tak sporting. Dah kau tipu baaaiik punyaa, ada hati lagi nak ajak-ajak mak cik huh?”

“Kan Haykal dah mintak maaf.”

“Zaman sekarang, mana cukup kalau setakat mintak maaf je.” Iris berpaling tubuh membelakangkan Haykal. Pura-pura merajuk. Kadang-kala kena ajar juga si Haykal ni!

“Dah tu..mak cik nak ape?” soal Haykal mengalah.

Iris dah sengih jahat. Akhirnya, Haykal dah masuk perangkap. Tahu la dia nak mintak apa daripada Haykal. Bhahaha!

**********

“Cepatlah sikit mak cik. Tehengeh-hengeh.”

“Eh, diamlah kau. Dah la kau yang ajak, banyak bunyi pula. Mak cik balik karang…” ugut Iris. Matanya sempat menjeling ke arah Haykal.

“Yelah. Yelah. Haykal diam. Hish..!” Haykal terpaksa mengalah. Padahal dalam hati dah rasa seperti gunung berapi. Bila-bila masa ja akan meletup. Geram betul.

“Eh Haykal, kau takde tempat lain nak ajak mak cik pergi ha? Pergi la Giant ke Tesco ke, takpun Gerai Burger Abang Meon kat hujung kampung sana. Kurang-kurangnya dapat juga mak cik makan burger free.” Rungut Iris tak puas hati.

“Eeeiii..mak cik ni. Mentang-mentang la Abang Meon tu sukakan mak cik, tahu nak makan burger free ja. Report kat mak karang, baru tau kot!”

“Kaki ngadu juga kau ni ek? Dah, cepat jawab! Kenapa kau beria sangat nak mak cik pergi sekolah  kau tu?”

“Adelaaahhh…” Haykal sengih panjang. Biar persoalan mak ciknya itu tak berjawab. Ada hati nak perangkap aku yer. Ada ke patut suruh aku teman dia pergi putuskan pertunangan secara diam-diam. Memang patut mak ayah rahsiakan siapa pakcik tu. Kalau tak…  

“Woi, berangan.”  Bahu Haykal ditampar kuat. Saja cari pasal.

“Sakitlah makcik! Suka dera Haykal.” Bahunya disapu-sapu lembut. Sengal.

“Tu la. Siapa suruh berangan. Hehe.” Iris ketawa halus. “Mana tempat duduk makcik ni? Mak dan abah pun entah kat mana. Tak Nampak pun.” Sambung Iris sambil matanya meliar mencari Haji Aiman dan Hajah Maimunah.

“Kita duduk sana la mak cik.  Tu, kat sana mak dengan abah.”

“Amboiii…duduk depan nampak. Patutlah mak cik cari tak jumpa. Mak cik ingat  tempat duduk kita kat belakang. Heeeee...”

**********

“Huaarggghhh! Boringnya.” Iris menutup mulut menahan kuap. Matanya juga sedikit merah dan berair akibat daripada menahan kantuk. Sungguh dia rasa menyesal terima perlawaan Haykal ke sini. Disikunya Haykal di sebelah.

“Bila nak habis ni? Bila pula kau nak naik pentas terima hadiah ni? Mak cik mengantuk sangat dah ni. Mak cik nak balik la kalau macam ni.” Rungut Iris.

“Shyyuuhh. Diamlah mak cik.” Jari telunjuk diletakkan di bibirnya. Persembahan penting bakal bermula. Diarahkan jari telunjuknya tadi ke pentas isyarat supaya mak ciknya turut memberi tumpuan.

“Mak cik nak ke tandas lah. Basuh muka.” Bisik Iris kepada Hyakal. Terus diangkat punggungnya tanpa menunggu balasan.  

“Jangan lama sangat.” Sempat Haykal berpesan.

“Tahulah!” balas Iris. Bibirnya dijuihkan kepada Haykal. Macamlah jauh sangat tandas tu. Kat tepi dewan ni je pun.

Selepas beberapa minit, Iris keluar daripada tandas. Iris sedikit terpinga-pinga. “Eh, kenapa meriah semacam je ni?” dijenguknya ke dalam dewan.

‘Oh, ada persembahan rupanya. Patutlah.’

“Baiklah, sekarang majlis akan memperdengarkan kepada hadirin sekalian sebuah lagu yang cukup popular dan meletop sekarang ini. Bukan saja dalam kalangan anak-anak muda, tapi juga kalangan orang lanjut usia. Hehe.” Sempat si pengerusi majlis membuat jenaka sebelum menyampung katanya, “Dengan ini, marilah sama-sama kita mempersilakan cikgu Uwais dengan lagunya yang bertajuk Kun Anta. Dipersilakan.”

Selesai ucapan daripada pengerusi majlis, kedengaran tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir. Iris juga turut tidak ketinggalan. Lagu feveret kot!

“Ehem..assalamualaikum semua. Sebelum tu, saya nak beritahu yang lagu ini saya tujukan khas buat anda semua terutamanya kepada tunang saya. Beliau sangat meminati lagu ini. Saya  juga dimaklumkan bahawa hari-hari beliau akan nyanyi lagu ni. Tak kira siang, malam, pagi atau petang. Kalau boleh, beliau juga ingin berkahwin dengan orang yang suaranya sedap seperti penyanyi asal lagu Kun Anta. Haih, nasib sayalah dapat tunang macam tu. Hehehe.”

“Eleh, tu pun nak cerita. Nyanyi jelah. Macam dia sorang ada tunang. Puii…” ucap Iris perlahan. Menyampah.

“Mak cik jeles lettew sebab suara pak cik kan tak sedap. Macam suara katak. Haha!” sengaja Haykal menambah minyak. Iris yang dengar komen tersebut terus menjengilkan matanya.

‘Memang nak kena budak ni. Ish! Tak boleh jadi. Aku kena putuskan juga pertunangan ni. Baru boleh cari suami yang suara sedap. Lebih sedap daripada cikgu Uwais tu. Kau tengok jelah Haykal!’ detik hatinya.

“Bagi tak membuang masa, saya mempersembahkan lagu ini buat semua. Kepada tunang saya, Cik Arrisa Maisarah binti Haji Aiman, hope awak tak pengsan dengar suara katak saya ni.”

“Eh! Tu kan nama aku?” Iris terkejut. Ditambah pula dengan lagak spontan daripada Cikgu Uwais yang mengenyitkan mata kepadanya membuatkan dia agak tergamam. Haykal di sebelah dipandang. Matanya dikecilkan sedikit mohon penjelasan.

Haykal sengih. Diangkat-diangkat keningnya. Sengaja dibiarkan mak ciknya itu kebingungan. Dia dah pun ikut arahan Cikgu Uwais supaya bawa mak ciknya ke majlis ni. Secara tak langsung tugasnya dah selesai. Yang lain-lain terserah kepada Cikgu Uwais pula. Ngeh! Ngeh! Ngeh!

            **********
“Kenapa awak tipu saya?”

“Mana ada saya tipu awak.”

“Dah tu, kenapa awak tak beritahu saya yang awak tu tunang saya?”

“Dah awak tak tanya.” Bela Uwais. Iris ketap bibir. Geram sungguh dia. Memang la dia tak tanya, tapi takkan la tak boleh nak beritahu. Hish! Dah la kena tipu hidup-hidup dengan Haykal. Taguneee…

“So, macam mana? Masih nak putus tunang dengan saya lagi ke?” soal Uwais.

“Macam mana awak…”

“Haykal dah cerita semuanya.” Potong Uwais. Iris bertambah geram. Dia dah agak. Haykal ni memang mulut becok. Tak boleh nak simpan rahsia langsung.  Siaplah kau!

“Saya settle dengan awak lain kali. Sekarang ni, ada orang lain yang perlu saya setelkan.” Ujar Iris. Uwais sekadar menjongketkan bahunya. Dipandang Iris yang laju mengatur langkah pulang ke rumah.

‘Haykal, kau tunggu mak cik datang!’

**********

Beberapa bulan kemudian…

La la
La nahtajul ma la
Kai nazdada jama la
Jauharna huna
Fil qalbi talala

La la
Nurdhin nasi bima la
Nardhohu la na ha la
Za ka jamaluna
Yasmu yataa’la

Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh

“Diamlah abang! Bingit pula telinga saya ni dengar abang nyanyi.”

“Laaa...kenapa? Dah tak sedap ke suara abang ni?

“Bukan tak sedap, tapi bukannya saya tak tahu. Abang tu sengaja nak perli saya kan? Mentang-mentang dulu saya minat sangat dengan lagu tu.” Iris jeling manja suaminya di sebelah.

“Ish. Ish. Ada orang terasa la Haykal.” Haykal sengih. Malas nak layan pakcik dan mak ciknya. Baik dia layan buah mempelam petang-petang macam ni. Cecah pula dengan garam belacan. Pergghh…terangkat beb!
   
“Ok. Ok. Abang nyanyi lagu lain. Terimalah..

  Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya adinda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu
(2x)

“Pak cik..!!! Diamlah.”

Hahahaha! Uwais dan Iris dah ketawa terbahak-bahak. Tahu sangat dengan reaksi Haykal yang satu tu. Pantang sungguh kalau ada yang menyanyi lagu waktu dia tengah kusyuk buat sesuatu. Takde feel katanya. Tak boleh nak fokus. Apa-apa jelah kau ni Haykal..!

**********

Ok lah korang. Sampai sini je kisah aku. Alhamdulillah, kahwin juga aku dengan Cikgu Uwais tu. Tak jadi nak putus tunang. Bukan sebab suara dia yang sedap. Tapi, aku memang dah syok kat dia masa mula-mula jumpa dulu tu. Saja aku tak tunjuk. Hahahaha!

Maka, dengan ini tamatlah kisah aku. Sekian. Terima kasih kerana sudi baca. Peace! 


**********
Eh…tunggu. Haykal pun nak cerita juga.

Ehem! Ehem!

Kalau korang nak tahu lepas mak cik jumpa dengan Cikgu Uwais haritu, teruk Haykal dikerjakan mak cik. Mak cik siap tambat Haykal.  Kat pokok mempelam ni la. Kesian Haykal kena dera. Huhu! Haykal cuma nak satukan cikgu Uwais dengan mak cik je. Tu pun nak sentap. Sekarang ni tengok, kan mak cik dah bahagia dengan pak cik. Tak sia-sia Haykal perah otak cari idea suruh Cikgu Uwais hantar rakaman suara sumbang tu. Kalaulah mak cik tahu yang suara tu sebenarnya bukan suara pak cik, tapi suara abah…Haha!

Dan sekarang ni, mak cik dah tak layan lagu Kun Anta lagi dah. Kalau dulu dia tersangatlah minat dengan lagu tu, tapi sekarang tak lagi. Fuh, lega..! Taklah asyik memekak je.

Antara Haykal dengan mak cik, masih macam dulu-dulu juga. Suka cari gaduh. Tapi, dia dah boleh ganas-ganas, sebabnya Haykal dah jadi geng pak cik. Nanti pak cik marah. Heeee...

Oh, ya. Sebelum Haykal terlupa, sebenarnya Cikgu Uwais tu cikgu tuisyen Haykal jer. Bukannya cikgu tetap kat situ pun. Dia kerja engineer.  Macam yang abah bagitau mak cik dulu tu lah. Mak cik sorang je taktau waktu tu. Hurmm...mak cik tu, apa yang dia tau? Kun Anta dia tahu lah. Haha!

Ok la. Haykal chow dulu. Nak kenakan mak cik. Hari ni besday dia. Bye..


- TAMAT -


Gantung. Just Beware!

Saturday, May 16, 2015 | Comment

Caution: 18sx detected. [Kredit]

Alhamdulillah. Baru je selesai baca salah satu novel fixi. First time aku baca buku indie. Dan buat julung-julung kali juga aku baca novel  yang ada genre seram. Woha! Sememangnya novel fixi lain sangat dengan novel-novel tipikal yang ada kat pasaran. Puas hati la baca jalan cerita dan cara penulis tackle minat pembaca. *thumb up*

Ok, berbalik kepada 'GANTUNG'...novel ni memang ada jalan cerita yang menarik especially to the friendship among those five guys. Selain membuatkan sel-sel otak aku berhubung, aku rasa dah macam geng detective conan pun ada. Sama-sama cari jalan nak selesaikan satu kes misteri. Gitu ha!

Tak dinafikan, sepanjang aku baca cerita ni ada rasa yang menarik-narik aku untuk teruskan pembacaan. Bukan disebabkan ayatnya yang santai, lepak dan mudah paham tetapi jalan cerita dan gaya penceritaannya yang buatkan tahap curiosity aku naik pada kadar 100 degree. Tahniah kepada si penulis. Ewah… 

Biasalah orang muda, jiwa muda, sifat ingin tahu tu pasti ada. Tak mustahil juga apa yang aku akan tulis lepas ni pun buatkan perasaan hampa nak baca tu lagi meningkat. Hampa pun sekarang ni mungkin dah dok tertanya-tanya, 

" kenapa?"

 "awat?" 

 "pasai pa?"

 "why?"

Pesan aku, jangan baca atau yang dah terbaca (macam aku ni), pastikan takde orang lain yang baca selepas hampa baca especially budak bawah umur. Tu je.    

Sorry writer. Sorry publisher. Sorry fixi’s fans. Sorry! Sorry! Sorry! I have to burn this novel anyway. Yeah, have to! Demi menjaga hati, menjaga anak-anak bangsa sendiri dan demi secebis iman diri sendiri yang masih ada, aku terpaksa bakar. Memang tak dinafikan realiti pada watak dan perwatakan anak-anak muda zaman sekarang seperti itu ada. Tak bermaksud juga dengan membakar novel tu, aku dah  menafikan dan menidakkan realiti zaman akhir zaman ni. Hurmm…

However, we have a choice right? To be bad or good. Dan sebelum membuat pilihan, tak salah bukan jika kita ambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu supaya pengakhirannya nanti membuatkan kita menarik nafas lega. *senyum* 

[Kredit]

Pada pandangan aku yang cetek ni and oh…! Tak kisah la hampa nak kata aku ni ibarat katak di bawah tempurung, nak mencebik-cebik buat muka meluat sekalipun, because for me novel ni banyak sangat adegan 18sx nya. Bagi yang baca buku ni, aku berani jamin yang diorang tu (terutamanya kaum adam) boleh bayangkan situasi tersebut. Betul tak? Ngaku jelah. Tak banyak pun sikit. Kan..kan...kan..? Yelah, nak menghayati watak kononnya. Puii..! 

Apapun, aku tetap akan kata novel ni keterlaluan sebagai bahan bacaan umum. Takut-takut pihak yang patut mandi wajib tu wujud lagi banyak daripada pihak yang beristighfar dan taubat nasuha sepanjang baca novel ni. Who knows? Eheh! 

Lagipun, tak semua orang akan ambik satu-satu cerita tu sebagai pengajaran. Tak mustahil akan ada yang jadikannya sebagai panduan. Sedangkan Nabi Adam pun boleh terpedaya dengan setan sehinggakan dihukum turun ke bumi inikan pula kita yang perangai tu dah macam setan. Takut dihukum terjun ke neraka pula jadinya. Gulp!

Hey! Look  guys, kes rogol liwat pun ada dalam kalangan budak sekolah rendah. Salah siapa? Cukuplah pengaruh yang kuat dari  tv, laman sosial, internet dan sebagainya . Takkan lah kita pun nak jadi salah satu penyumbangnya? Fikirkan.

Aku ada adik, aku ada anak-anak buah yang masih suci mindanya and maybe one fine day I have my own child *angkat-angkat kening*. Takkan la aku nak benarkan pemikiran generasi sesudah aku dicemari dengan bahan bacaan yang ada adegan lucah sebegini. Biarlah diorang tu tahu realiti dunia akhir zaman dengan cara lebih ‘selamat’. Bukan dengan cara ‘membawa’ mereka masuk ke dunia yang sama.

So, please! Mohon tak baca atau benarkan novel ni ada dalam koleksi hampa. Bukan apa, takut budak-budak under age ni ambik baca pula kan. Tak ke haru jadinya. Aku tak sanggup nak tanggung 'apa' yang diorang tu dapat masa baca nanti. Whew! That's why aku terus bakar je novel ni.
"Habis tu, kami yang above 18 years old ni boleh baca la kan? Dah cukup umur."

A'ah. Silalah baca. Tu pun kalau dah memang hampa tu konfem-konfem akan masuk syurga. Jadi ahli syurga. Setan pun tak boleh challenge hampa. Siap angkat bendera putih tanda menyerah kalah. Heh!

Last but not least, aku takkan sesekali sarankan novel ni pada sesiapa pun. Never! Bagi yang dah ada novel ni, just beware. Because, my mind keep asking and my heart keep wondering, 
“saham apa yang mereka (penulis, penerbit, and so on) sedang kongsi? Pahala atau dosa?"  

Dan aku? 

*nanges*

Sorry again. 
No heart feeling. No harm.
Peace. For the sake of Allah. 

p/s: Aku cuma tak galakkan novel ni dan sebarang bentuk bahan bacaan yang ada unsur 18sx je. Novel yang lain tu ikut suka la. But still, it depends on the book contains. Aku belum tentu lagi jadi ahli syurga, sebab tu aku bakar supaya aku yang tak kena bakar nanti. Pheeww~

p/s: Apa pun, i still looking forward to all  fixi's books. Ngeh...!

Tu Dulu Mak, Tak Sama...

Monday, February 02, 2015 | Comment
[Kredit]

Pada suatu petang di kala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, kelihatan dua beranak sedang rancak berbual di atas pangkin bawah pokok rambutan sambil menikmati cucur pisang cheese dan aiskrim pasu. Si emak begitu asyik menikmati juadah petang mereka manakala anaknya pula sibuk bermain henpon.
Mak Seri: Orang zaman dulu, tup-tup dah nak kawen. Orang zaman sekarang ni, belum kawen pun dah tau dengan siapa dia dok berkawan. 
Samad: Tu dulu mak, tak sama...
Mak Seri: Orang zaman dulu, tup-tup dah beranak. Tak tau pun bila masa dia mengandung.
Samad: Tu dulu mak, tak sama...
Mak Seri: Orang zaman dulu, tup-tup dah dapat anak kedua. Tak tau pun anak pertama dah besar mana.
Samad: Tu dulu mak, tak sama...
Mak Seri: Apa yang tak sama nya kau ni ha? *bengang*
Samad: Zaman dulu takde fesbuk, wasap, line, wechat, tuiter semua ni mak. Mana sama. Dulu tak boleh hapdet status. Sekarang, kat mana-mana pun boleh hapdet. Hehehe...!

Mak Seri bertambah bengang. Petang yang damai terasa bahangnya. Terus dirampas henpon anaknya itu. Segera dihapdet statusnya ke fesbuk,

[Kredit]
_______________________________________________________________________
p/s: Tak semua perkara yang kita ada dan yang kita lakukan perlu dikongsikan kepada orang ramai tak kira masa, ketika dan di mana jua kita berada. Berpada-padalah dalam perkongsian. Jangan sampai memakan diri sendiri. 
...

Cerita asal,
Miss L