Assignment, Test & Exam

Friday, September 27, 2013 | Comment
[Kredit]

Hello! Hello! Long time no see me ha? Just…like the all of assignment, test and exam stuffs right? Dah hampir setahun kami tinggalkan gelaran sebagai siswazah. Tapi, detik-detik waktu menyiapkan esemen, study untuk test dan exam takkan penah luput dari ingatan. Meh :/

Stay up, tido lewat malam, mata sembab, mata panda, tak cukup tido, bangun lambat, muka bak Pontianak sundal malam setiap kali nak siapkan esemen sudah kami semua lalui. Stress nak kejar deadline, toksah cakap la. Sampai termuntah-muntah aku dibuatnya. Padahnya memang terasa sangat-sangat bagi orang serupa aku yang suka buat kerja last minute. Sedang orang lain dah nyenyak tido, aku masih lagi bertungkus lumus perah idea, taip berjuta-juta huruf siapkan satu esemen yang tak banyak mana pun sebenarnya kalau disiapkan lebih awal. *My bad*

Antara kami sembilan orang, Cheq Fas dan Cheq Saa pasti akan jadi antara orang yang terawal siapkan esemen sedang kami yang lain masih terkial-kial cari idea. Aku pula, sentiasa di ranking terakhir. Teruk! Teruk!

Macam mana waktu assignment diuruskan, begitu jugalah dengan waktu-waktu kami bakal hadapi test dan exam. Both of them tu jugalah yang selalu cepat khatam segala isi pelajaran kami sepanjang sem.
“Otak mesin ker apa diorang berdua tu pun tak tahulah aku.”

Lagipun, diorang rajin buat past year paper. Cheq-cheq yang lain pun rajin juga study past year paper. Yang malasnya, AKU juga. Haila…! Tambahan pula, diorang tu semua selalu study secara berjemaah. Bincang sama-sama. Maka, banyaklah ilmu yang diorang dapat dulu sebelum aku. Aku pula lagi prefer study sensorang daripada ramai-ramai. Konon, takmau serabut la. Padahal, aku akan stress bila orang lain dah ingat apa yang dihafal sedangkan aku lambat pick up.

Dan…
dan…
dan…

Aku ni mudah tido setiap kali baca buku. Baca 2 baris, tido sampai 2 jam. Dah tu, bilanya nak selesai study. Takde siapa pun sanggup study dengan aku. Ye dak? Ngeh! Ngeh Ngeh!

Most of time kami nak test atau exam atau kena siapkan esemen tak kira lah individual assignment or group assignment, pasti akan ada kesukaran yang setiap daripada kami kena lalui. Bukan sahaja kesukaran disebabkan esemen atau test mahupun exam tu sendiri, tapi juga daripada kalangan ahli kumpulan.  
“Ah, apakah masalah antara kami ketika itu biarlah ia kekal sebagai rahsia kami sembilan orang.”


Tutup cerita. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...