Banyaknya Bicaraku...

Wednesday, December 12, 2012 | Comment
[Don't talk too much and Shut Up]


Banyaknya bicaraku
Mungkin  menjengkelkan mereka

Banyaknya bicaraku
Mungkin mengguris perasaan mereka

Banyaknya bicaraku
Mungkin membebankan mereka

Banyaknya bicaraku
Mungkin tiada faedahnya buat mereka

Banyaknya bicaraku
Mungkin terasa melawan kata mereka

Banyaknya bicara
Mungkin tiada yang baik untuk mereka

Banyaknya bicaraku
Mungkin sudah tak diperlukan mereka

Oleh itu,
Banyaknya bicaraku kini telahku diamkan
Diam tanpa bicara, tetapi banyaknya kata

Semoga diamku ini
Mendamaikan suasana
Mengajarku akan suatu perkara
Mendidikku menghargai sesuatu yang lebih berharga

Ya Allah,
Andai ini jalan yang terbaik buatku dan semua
Aku redha dengan ketetapan yang ada di depan mata
Biarku merintih di sini dan mereka gembira disana
Kerana kebahagiaan mereka kebahagiaanku jua

Senyumlah wahai diri
Kerana masih ada yang mengerti
Yang akan setia menanti
Walaupun bukan di sini
In Shaa Allah di akhirat nanti

[Smile. It can brings a lot of difference in your life]

Di Penghujung 10 Zulhijjah 1433H

Friday, October 26, 2012 | Comment

[Nice pic of her]


Di sini,
Di saat matahari tenggelam di ufuk bumi,
Di penghujung 10 Zulhijjah 1433H,
Duduknya aku atas tikar sejadah,
Berteleku seorang diri,
Mengenang takdir & ujian dari Illahi,
Apakah mungkin aku mengaku beriman tanpa diuji?


Di sini,
Di penghujung 10 Zulhijjah 1433H,
Di saat umat Islam merayakan Aidil Adha,
Aku tetap di sini seorang diri,
Berkorbankan air mata titis demi titis,
Untuk siapa dan mengapa?
Aku juga tidak pasti,
Yang pasti Dia sedang memerhati.

Di sini,
Di penghujung 10 Zulhijjah 1433H,
Aku meluahkan rasa hati,
Dengan cara yang tersendiri,
Mungkin akan adakah yang mengerti?
Hanya Allah Maha Mengerti.

Di sini,
Aku pasti,
Akan rasa ini,
Ada rasa ngilu di hati,
Entah bilakan ia berhenti,
Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Di sini,
Di penghujung 10 Zulhijjah 1433H.
Aku masih di sini,
Menanti dan terus menanti,
Akan petunjuk dari Illahi.

Di sini,
Di penghujung 10 Zulhijjah 1433H....


Why Couldn't I?

Thursday, September 06, 2012 | Comment
This picture was taken from somewhere


No need to talk much. Just read the message, understand and think about it. Why Couldn't I?

Merdekakah Kita?

Thursday, August 30, 2012 | Comment
Assalamualaikum Malaysian. Why Malaysian? It is because all Malaysian will celebrate our Independent Day! Alhamdulillah. After hundred years of colonization by other countries like British, Portuguese and  Japan, finally Malaysia independence on 30 August 1957. Okay! Why I am writing in English? Dah la grammaer berteraboQ. Heh. (-_-")

[Malaysia. Tanah airku!]

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Saat lafaz merdeka dilaungkan, pasti ramai yang bersorak gembira meraikan hari yang penuh bersejarah ni kan? Terutamanya atok-atok, nenek-nenek, pakcik-pakcik dan makcik-makcik di luar sana yang pernah merasai hidup pada era penjajahan. HoooRay!!!

TETAPI, 

Sejauhmanakah kemerdekaan yang kita dapat hari ini?
Adakah kita benar-benar merdeka?
Apakah makna merdeka pada kita?
Adakah merdeka itu pengertiannya sekadar kebebasan Malaysia daripada penjajahan?

Nah! Sekarang tanya pada diri kita sendiri. Apa jawapan yang anda dapat? Merdeka atau tidak?
Okay! Daripada sudut pandangan saya pula. We are actually half independent and another half we are not. 

WHY??

Ya, tidak dinafikan secara kasarnya kita sememangnya MERDEKA kerana berada dalam keadaan aman tanpa peperangan. Tetapi, ramai lagi rakyat Malaysia yang sebenarnya TIDAK MERDEKA. Masih terus dijajah hingga ke saat ini. Dijajah dari segi apa? Pemikiran. Mental. Rohani. Sedarkah kita?? Lihat saja segelintir rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif.  Bohsia, gay, lesbian, punk, pengkid, dadah, arak, kelab malam, dan banyak lagi. Especially umat Islam yang hanya Islam pada nama tapi bukan pada hati, lisan dan perbuatannya. Sedih bukan?


"Kalau masih lagi manusia meletakkan wang ringgit di atas kepala mereka, dan meletakkan Al-Quran di belakang mereka, maka kita belum lagi merdeka, belum lagi merdeka, belum lagi merdeka!" ~ (Ustaz Haslin Bahari)


Ayuh! Sama-samalah kita perbaiki diri. Merdekakan diri sebebas-bebasnya, Bebas dari semua jenis penjajahan. Merdeka fizikal. Merdeka rohani. Merdeka luar dan dalam. Berperanglah! Kerana peperangan bukan hanya perang sesama negara, sesama manusia tetapi juga peperangan berlaku antara iman dan hawa nafsu. Dan ingatlah, bahawasanya berperang dengan nafsu (dalaman) lebih susah daripada berperang secara fizikal. Mantapnya dalaman, maka kuatlah luarannya. Try it!

Nak lagi paham tentang merdeka. Moh ler ke Terengganu. Dengar molep apa kata ustak. 


Amacam? Terkesan di hati tak apa yang ustak ngoyak (cakap).  Ngee~ So, out dulu. Merdekakan apa yang telah dimerdekakan. See you in next entry. (kalau ada la kan...huhu).... 
------------------
p/s:  Selamat Hari Kemerdekaan ke-55 to all Malaysian. Merdeka!  
p/s: Doakan juga kemerdekaan buat umat Islam di seluruh dunia.                        
p/s: Awat cheq kalau tulis blog jadi skema badak sangat pun xtau aih. Haish!

Siapa Kita Selepas Tidur?

Wednesday, August 29, 2012 | Comment

Bagi orang Islam, rasa-rasanya anda pasti tahu doa apa di atas kan? Yup! Tepat sekali. That is  DOA SELEPAS BANGUN TIDUR.

Referring back to the topic, 'Siapa kita selepas tidur? (Who are we after sleep?), so apa perkaitannya antara topic dengan doa dia atas? In my opinion, dengan membaca doa selepas bangun tidur ia merupakan perkara PERTAMA yang menjadikan kita hamba Allah yang tahu BERSYUKUR. Dalam erti kata yang lain, bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumiNya. Kalau tak, whether you to the hell or jannah. Bak kata Hlovate, 
"Live well, live hell, you choose! Allah dah buka peluang kebaikan sebesar-besarnya."

Bagi saya kalau bangun dari tidur pun kita lupa nak baca doa, even just to say "Alhamdulillah", kita masih belum menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya rasa bersyukur. So, pesan pada diri, set in mind, 'baca doa bangun selepas tidur. Don't forget it and Please don't miss it even a day.'

Then, answer for the question, 'Who are we after sleep?' (Siapa kita selepas tidur?)kita sendiri yang tentukannya. Sama ada hamba yang bersyukur or not.


p/s: Sebelum tidur pun jangan lupa baca doa juga. Maybe sebagai perkara terakhir hari-hari kita sebagai hamba Allah yang besyukur? Why not. Hehe!


Fate

Saturday, August 25, 2012 | Comment

"The chicken also clueless about the eggs fate. Will it hatch or become an omelette..."
(Song from 3 Idiots: All Izz Well)

Fate. Takdir. Who knows what will happen to themselves even for a coming seconds. Errrk! Abaikan grammar english tu. Point nya kat sini. Kita TAKKAN sesekali dapat jangkakan MASA DEPAN.  Sekian.

Undang-undang Cinta 4

Wednesday, March 21, 2012 | Comment
[Kredit]

Pooonnn! Pooonnn!

“Assalamualaikum. Ibtisam ohh Ibtisam.” Faisal, posmen di kampung itu memang sudah mengenali Ibtisam. Bahkan seluruh keluarga Ibtisam itu dia kenal. Apa taknya, sejak Nur Ibtisam berpindah ke Kedah dia cuba tackle anak Mak cik Izzah ni. Tapi masalahnya Nur Ibtisam ni hati batu betul. Bermacam-macam cara dah digunakannya, namun tak berjaya. Pernah juga dia memberikan surat cinta kepada Nur Ibtisam dan mendapat balasan yang juga merupakan surat. Seronok bukan kepalang. Namun, yang diterima adalah sebaliknya. Bukan surat cinta, tetapi surat ugutan daripada Encik Shafie, ayah Nur Ibtisam. Semenjak hari itu, dia sudah tidak berani menghantar surat cinta. Karang tak pasal-pasal makan parang. Walau bagaimanapun, dia tidak pernah berhenti berputus asa. Pantang anak Melayu berputus asa. Woha!

“Waalaikumussalam.” Puan Izzah menjawab. Dijenguknya ke luar rumah. Dilihatnya Faisal tersengih-sengih atas motosikal merahnya itu. Kantung beg di kiri dan kanan motor sarat dengan surat-surat yang perlu dihantar.

“Mak cik, ini ada surat untuk Ibtisam.” Sepucuk sampul surat dihulurkan kepada Puan Izzah. Manakala matanya meliar-liar ke dalam rumah. Mencari Nur Ibtisam. Rindu pula rasanya. Gatal sungguh kau ni Faisal. Memang patut kena reject pun.

“Kamu cari apa Faisal?” Puan Izzah menegur.

“Ermm..Ibtisam tak dak kat rumah ke mak cik?” Malu-malu dia bertanya. Hehehe!

“Ada kat dapur, tengah memasak. Kenapa?”

“Saja je tanya. Lama tak nampak.”

“Bukan petang semalam kamu dah nampak dia ke?”

“Eh, ya ka mak cik? Bila tu?” soal Faisal berpura-pura tidak ingat.

“ Petang semalam la. Masa kau datang amek buah nyior kat rumah mak cik ni. Tak ingat.”

“Oh, ya tak ya juga kan. Baru saya ingat.” Pandai sungguh Faisal berlakon. Kenapa kau tak jadi pelakon aje Faisal. Sempat lagi nak mengorat anak dara orang. Teringan nak makan parang gamaknya.

“Tak ingat ke buat-buat tak ingat? Bukan mak cik tak tahu kamu tu selalu sangat dok mengayat Ibtisam tu.” Puan Izzah serkap jarang. Faisal menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. Aiseh! Kantoi la pulak.

“Tak apa la mak cik. Saya gerak dulu la. Banyak lagi surat yang saya belum hantar ni.”

“A’ah. Elok sangat la tu. Lebih baik kamu siapkan kerja kamu tu daripada dok mengorat anak dara orang. Baru la berkat kerja kamu tu.”

“Baiklah mak cik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Laju saja motor si Faisal meluncur. Tak sanggup lagi berlama-lama di situ. Karang free aje dengar ceramah. Huhu! Puan Izzah sekadar menjawab salam di dalam hatinya sambil tersengih. ‘Cuak la tu.’

“Surat siapa tu umi?” Soal Nur Ibtisam dari arah dapur.

“Surat kak long la.” ringkas Puan Izzah menjawab. Surat diletakkan di atas meja makan. Pisau diambil dan  kembali sambung memotong sayur lobak untuk dibuat sup sayur. Nur Ibtisam yang baru sahaja selesai menggoreng ayam berempah melangkah ke meja makan. Sebelah tangannya memegang pinggan. Diletaknya ayam berempah itu di atas meja. Kemudian, surat diambil dan dibaca.

“Surat daripada siapa tu kak long?”

“Daripada Siddiq & Co. umi. Kak Long diterima bekerja kat situ.” Matanya tidak berkelip. Tidak percaya yang dia diterima bekerja di situ. Padahal jawatan yang ditawarkan adalah bukan daripada bidangnya. Malahan dia langsung tidak tahu-menahu skop jawatan sebagai seorang PA.

“Alhamdulillah.” Puan Izzah menadah tangan memanjat kesyukuran. Doanya siang dan malam akhirnya termakbul. Syukur ya Allah.

“Bila mula kerjanya kak long?” soal  uminya lagi.

“Isnin minggu depan.”

****************************************************

“Hurm...”

Ibtisam mengeluh panjang. Semenjak terima surat  tengah hari tadi, dia asyik mengeluh. Entah kenapa hatinya rasa gelisah. Dia mengiring ke kanan. Sampul surat yang berwarna putih di atas meja solek dipandang sekilas. Lagi 4 hari dia akan memulakan tugas barunya di Shah Alam. Agak lama dia meninggalkan Shah Alam sejak menamatkan ijazahnya di UiTM. Selepas ini, dia terpaksa kembali ke sana semula. Apakah dia sudah cukup bersedia untuk menjejakkan kaki ke sana? Dia sendiri pun tak pasti. Bukan kerana jawatan yang bakal disandangnya nanti tetapi kerana hal yang satu itu. Hal yang sukar untuk dilupakan. Dia sendiri hairan kenapa payah sangat untuk dia melenyapkan sebaris nama itu daripada ingatan. Padahal dia bukanlah gadis yang suka ambil serius tentang suatu perkara yang tidak menjadi keutamaannya. Tambahan pula perkara yang berkaitan dengan lelaki. Lagilah mudah dia lupuskan daripada fikirannya. Hanya semudah ABC. Namun, apabila ianya berkaitan dengan lelaki itu, hatinya serba tak kena. Walaupun sudah tiga tahun lebih dia tidak bersua muka mahupun berhubung dengan si dia, hati dan perasaanya tetap sama. Tak ada yang berubah. Hatinya pasti berdegup kencang tatkala terfikirkannya.

“Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Peliharalah aku daripada kemaksiatan dan kemurkaanMu ya Allah. Aku memohon padaMu ya Allah, pimpinlah hatiku ini ke jalan yang diredhaiMu. Janganlah kau biarkan ia terjerumus ke lembah maksiat yang penuh dengan dosa dan noda. Hanya kepadaMU ya Allah aku memohon. Aku berserah diri padaMu, Tuhan sekalian makhluk. Tiada lagi tempat untukku mengadu selain kepadaMu ya Allah. Amin ya robb al-‘alamim."

Mukanya diraup perlahan mengaminkan doanya dalam hati. Air mata dipupuk mata disapu dengan hujung jari. Tiada apa yang penting melainkan keredhaan Allah. Biarlah dia berserah segala-galanya kepada Allah. Hanya Dia yang Lebih Mengetahui.

Lampu meja sisi ditutup. Matanya dikatup rapat. Terasa sedikit kelegaan. Akhirnya dia terlelap bersama mimpi-mimpi indah. Semoga hari esok memberikan seribu kenikmatan daripada hari ini. Ameen!

Undang-undang Cinta 3

Thursday, February 23, 2012 | Comment
[Kredit]

“Nur Ibtisam bt. Muhammad Shafie.” Akhirnya nama dia dipanggil. Hampir sejam juga la dia berada di situ. Di Siddiq & Co. Sudah kematu ja rasa bontotnya itu.

‘Bismillahirahmanirrahim.’ Doa dibaca didalm hati. Kakinya melangkah yakin ke bilik mesyuarat. Bilik di mana dia akan ditemuduga. Pintu bilik diketuk. Sesaat kemudian barulah kedengaran suara yang menyuruhnya masuk.

“Silakan duduk.” Pelawa seorang wanita. Anggun dan bergaya orangnya. Di sebelah kanan wanita tersebut ada lagi seorang penemu duga. Lelaki. Boleh tahan handsome tapi serius sangat la pulak. ‘Cuba senyum kat aku ni ha! Buruk sangat ke rupa aku ni sampai tak boleh nak senyum’. Sempat lagi Nur Ibtisam membuat penilaian. Sepatutnya dia yang dinilai bukannya dia yang membuat penilaian. Haila.

“Nur Ibtisam.” Namanya dipanggil.

“Ya, saya.” Jawabnya sopan.

“Awak buat  apa sekarang ni?” soal lelaki tadi. Mukanya masih serius.

“Saya sedang ditemuduga oleh encik la. Buat apa lagi.” Jawabnya tanpa berfikir panjang. ‘Iyelah kan. Soalan budak tadika. Buat apa nak fikir pulak. Kacang aja tu.’ Manakala, jawapan yang diberikan Nur Ibtisam itu membuat Maisara tergelak kecil. Sungguh tak disangka dengan jawapan yang diberikan Nur Ibtisam itu. Matanya sempat memandang Khalid di sebelah. Tetap dengan wajah yang serius.

“Tak, maksud saya awak kerja atau sedang menganggur sekarang ni?”

“Oh! Itu ke maksud soalan encik tadi. Maaflah, saya salah faham pula. Hehe! Nur Ibtisam sudah tersengih memandang wajah-wajah di hadapannya itu sebelum kembali bersuara,

“Saya kerja encik. Cikgu sandaran kat sebuah pondok agama.”

“Awak mengajar apa?” kini Maisara pula yang menyoal.

“Saya ajar budak-budak mengaji ja.” Jawabnya merendah diri.

“Kenapa tak jadi peguam je. Awak kan ada kelulusan dalam bidang tu?” tegas sekali nada itu.

‘Hisy! Mamat ni, tak reti nak senyum ke. Serius sangat. Aku nak jawab pun takut.’ Hatinya sempat berbisik.

“Tak ada rezeki encik. Sebab tu la saya datang cuba nasib kat sini. Mana la tau kot-kot ada rezeki saya kat syarikat encik ni.” Ramah pulak Nur Ibtisam hari ni. Selalunya dia jenis yang pendiam. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dia jawab. Mungkin kerana bukan atas kerelaan hatinya untuk menghadiri temuduga  jadi, dia tak kisah sangat kalau dia tidak diterima bekerja.

“Awak belajar kat UiTM Shah Alam yer?”

“A’ah. Kenapa cik? Cik pun belajar kat situ juga ke.” Banyak pula soalan si Nur Ibtisam ni. Nampak sangat dia betul-betul tak kisah. Datang temuduga sekadar memenuhi permintaan uminya sahaja.

“Eh, tak la. Cuma, kawan saya study kat situ. Syarikat ni dia la yang punya.” Jelas Maisara. Tak penah lagi dia jumpa calon temuduga yang sebegini ramah. Dah tu, banyak pula soalannya.

“Ohh…” muncung je mulutnya. Dah macam itik rupanya itu. “Mesti dia kaya kan? Sebab tu la ada syarikat sendiri.” sambungnya lagi.

“Boleh tahan berada juga la family dia tu.”

"Kalau macam tu, cik Maisara study kat mana?" soalnya lagi

"Saya belajar kat UIA je." Maisara tersenyum. Tak sangka cool saja Nur Ibtisam ni. Tak seperti calon-calon yang lain. Nampak sangat gementarnya.

"Best la. Dulu saya ada mintak kat situ, tapi tak dapat la pulak. Bukan rezeki saya la gamaknya tu." beritahu Ibtisam. Khalid di sebelah Maisara sekadar mendengar. Malas nak masuk campur.

"Takpe. Rezeki kan masing-masing."  kata semangat diberikan.

“Erm…Cik Maisara, rasanya saya dah tak ada soalan nak ditanya. Cik Maisara ada apa-apa lagi ke nak tanya kat dia ni.” Tiba-tiba Khalid menyampuk.

“Tak ada dah rasanya.” Jawab Maisara.

“Kalau macam tu Cik Nur Ibtisam, awak boleh keluar sekarang. Sebarang maklum balas akan kami hubungi cik Nur Ibtisam.”

“Eh, dah habis ke temuduga ni. Kejap je.” Soalnya kehairanan. Rasanya tak sampai 10 minit pun dia ditemuduga, ‘Tak kan dah habis kot?’

“Dah habis cik Nur Ibtisam. Dah tak ada apa kami nak tanya. Awak tu pun dah banyak soal kami. Macam kami ni pulak yang datang temuduga.” perli Khalid. Maisara hanya berdiam di sebelah. Tahu sangat dengan sikap khalid yang selalu serius tu.

“Maaflah encik. Terlebih ramah pulak. Hehe! Kalau macam tu saya keluar dulu la. Terima kasih.” Dia sudah bangun dari tempat duduk. Fail yang dihulurkan diambil. Dengan sopan dia mengorak langkah keluar. Namun, sebelum keluar sempat dia berpaling lalu menyoal,

“Erm, kalau boleh saya nak tahu temuduga ni untuk jawatan apa yer?”

“Awak tak tahu ke awak datang temuduga untuk jawatan apa?” soal Maisara kembali. Nur Ibtisam sekadar menggeleng. Maisara memandangnya pelik.

“Personal Assistant.” Ringkas jawapan daripada lelaki yang serius itu. Entah apa namanya pun Nur Ibtisam tak tahu.

“Ohh…” sekali lagi mulutnya dimuncungkan. Mukanya dipalingkan semula ke arah pintu keluar. Namun, sekali lagi dia berpaling.

“ Ada apa lagi cik Nur Ibtisam?” tegas sekali Khalid menyoal.

“Tak ada apa-apa. Cuma saya rasa kalau encik senyum mesti nampak lagi hensem kan? Nur Ibtisam senyum. “Terima kasih atas temuduga ni. Assalamualaikum.” Akhirnya Nur Ibtisam keluar juga dari bilik itu. Selamba ja dia memberikan pendapat. Manakala, di dalam bilik mesyuarat Maisara sudah ketawa geli hati. Mana taknya, terang-terang Khalid ditegur disebabkan sikapnya yang terlalu serius. Kepalanya sudah menunduk dan mukanya kemerahan menahan malu.

‘Cis, tak pasal-pasal kena tegur. Dah la depan Cik Maisara pulak tu’.
 ***************

“Belum ada apa-apa berita lagi ke Kak long? Dah seminggu ni.” soal Puan Izzah. Terbongkok-bongkok dia menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Nur Ibtisam sekadar menjadi pemerhati. Bukan nak ditolongnya. Malah, sibuk mengunyah mempelam muda atas pangkin. Gaya macam orang mengidam jer kau ni Ibtisam. Tapi, takkan kot. Hehehe.

“Belum lagi la umi. Entah-entah depa tak terima kak long bekerja kat situ kot. Iyalah. Sat ja depa temuduga kak long. Macam tak berminat je nak amek kak long gheja dengan depa tu.” Terkeluar longat kedahnya. Not bad la.

“Hisy. Takkan la diorang tak nak amek anak umi ni. Entah kenapa umi rasa yang kak long akan diterima bekerja kat situ.”

“InsyaAllah umi, kalau ada rezeki ada la nanti. Kita tunggu je.”

***************
“Awak  dah pilih siapa yang awak nak ambil jadi PA awak tu?” Maisara menyoal.

“Malas la saya. Awak jelah tolong pilihkan untuk saya. Lagipun awak yang temuduga diorang tu. Awak lagi tahu siapa yang layak kan?”

“Ya Allah awak ni. Dah seminggu saya bagi semua maklumat calon-calon yang datang temuduga haritu. Saya ingatkan awak dah buat pilihan.” Maisara menggeleng. ‘Minggu lepas dia juga yang tergesa-gesa nakkan PA sampai tak menyempat. Sekarang ni boleh pula dilengah-lengahkan benda ni.’

Semenjak Anis PA kepada kawan baiknya itu berhenti bekerja 2 minggu yang lepas, boleh dikatakan hari-hari kawannya itu merungut. Ada saja yang tak kena. Disuruhnya Maisara dan Khalid lakukan temuduga bagi pihaknya dengan segera sedangkan dia outstation ke Pulau Pangkor kendalikan kes di sana.

 ‘Apa punya kawan daa. Dia yang nakkan PA kita pula yang kena uruskan.’ Rungut Maisara dalam hati.

“Alah, awak ni. Saya kan tengah busy sekarang ni. Apa salahnya awak tolong saya.” Macam tahu-tahu saja Maisara baru lepas merungut.

“Yelah-yelah. Saya tolong awak. Awakkan peguam terkenal. Selalu busy kan.” Sempat Maisara memerli.

Perlian Maisara tidak dihiraukan. Faham benar sikap Maisara. Mulut je membebel tapi hati baik. Suka sangat tolong orang. Sejak dari kecil lagi mereka berkawan baik. Tapi, tak penah pula dia rasa tertarik dengan Maisara. Maisara juga begitu. Bahkan sekarang ni Miasara adalah tunangan orang. Ada juga waktu sekolah dahulu rakan-rakan mereka cuba memadankan mereka berdua. Namun, masing-masing tidak menghiraukannya. Akhirnya, mereka still berkawan baik sampailah sekarang.

Undang-undang Cinta 2

Saturday, February 18, 2012 | Comment
[Kredit]

“Dah siap berkemas kak long?” Encik Shafie menyoal. Matanya langsung tidak dikalih daripada menonton berita. Cuma mulutnya sahaja berkata-kata.

“Dah abah.” Jawab Nur Ibtisam ringkas.

Besok sesudah subuh dia akan bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri temuduga. Selepas makan malam tadi, uminya sudah menyerahkan alamat rumah mak longnya itu. Mak longnya pun sudah dikhabarkan berita kedatangannya itu ke sana.

“Sempat ke nak hadiri temuduga tu kak long? Umi beritahu abah tadi temuduga esok. Padahal esok pagi baru kamu nak bertolak ke sana.”

“Temuduga tu dibuat selama 2 hari abah. Yang untuk esoknya tu memang tak sempat la. Tapi, untuk yang lusanya InsyaAllah kak long pergi.” Jelas Nur Ibtisam. Memang patut pun abahnya bertanya soalan sedemikian. Mereka kini menetap di di Kedah bukannya lagi di Kelantan. Kedah dengan Shah Alam pun bukannya dekat. Memakan masa hampir 4 jam juga.

Sejak 3 tahun yang lepas mereka sekeluarga berpindah dari Kelantan ke Kedah. Ke Kampung halaman abah selepas kematian datuk sebelah uminya. Memandangkan umi sudah tidak ada saudara mara yang lain, abahnya mengajak mereka sekeluarga berpindah. Lagipun tok (nenek) sebelah abahnya itu masih hidup. Maka, menetaplah mereka di sini sehingga ke hari ini.

“Dah bagitau mak long ke kamu nak ke sana?” soal abahnya lagi.

“Dah abah. Tadi umi dah telefon mak long bagitau. Mak long bukan main seronok lagi.” Jelas Nur Ibtisam.

“Mak long kamu tu memang teringin sangat nak jumpa dengan kamu. Memang patut la dia rasa seronok. Nak pula kamu ada teman dia kat sana. Bertambah-tambah seronok la dia.” En.Shafie memandang Ibtisam di sebelah. Tersenyum.

“Yelah bah, mak long pun dah lama sangat tak balik jenguk kita kan?” Muka abahnya dipandang. Berita sukan tidak dihiraukan. Malas nak ambil tahu. Dia bukannya minat sangat pun dengan aktiviti sukan ni.

“Mak long kamu tu terlalu kecewa dengan orang kampung ni. Sebab tu la sampai ke hari ni dia taknak balik ke sini lagi. Tok kamu tu dah rindu sangat kat dia.” Terpancar riak sedih pada wajah En. Shafie. Peristiwa yang berlaku berpuluh tahun dahulu masih segar dalam ingatan.

“Abah tak pujuk mak long ke?” soal Nur Ibtisam inginkan kepastian.

“Dah puas abah dan umi pujuk. Tapi, mak long kamu tu buat tak endah je. Tok pun puas merayu kat mak long. Tapi, tu lah. Mak  long kamu terlalu keras hati. Bila dia dah nekad, susah dah nak pujuk.” Cermin mata sudah ditanggalkan. Diletakkan di atas meja. En. Shafie mengeluh perlahan. Cara bagaimana lagi dia harus ambil untuk memujuk kakaknya itu.

“Sabarlah bah. InsyaAllah, mak long pasti balik ke sini lagi. Kak Long janji akan pujuk mak long. Doakan kak long yer bah.” Ibtisam memberikan senyuman kepada abahnya. Menyalurkan sedikit semangat buat abahnya. Dia juga nekad untuk kembalikan mak long dalam keluarga mereka semula. Itu janjinya!

En. Shafie sekadar mengangguk. Membalas senyuman anak sulungnya itu. Harapannya juga semoga Nur Ibtisam berhasil memujuk kakaknya. Akan dititipkan doa buat anaknya itu.


*********************

Tangga bas transnasional dituruni Nur Ibtisam perlahan. Matanya sempat memandang kiri dan kanan mencari seseorang. Beg kampungnya yang sederhana besar itu dipegangnya erat. Sempat lagi dia membetulkan urat-urat sendi yang terasa sudah mengeras akibat terlalu lama duduk di dalam bas.

‘Kriukk. Kriukk’.

Meletup urat pinggangnya itu. Matanya sekali lagi meliar sekitar terminal bas mencari mak longnya. Dalam keasyikan dia mencari, matanya tepat terpandang sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya itu. Serta merta terukir segaris senyuman di wajahnya. Langkahnya diatur laju ke arah itu.

“Mak Long, gembiranya Nur jumpa mak long.” Terus dipeluk tubuh mak longnya itu. Tak menyempat betul Ibtisam ni.

“Uhuk, uhuk! Sesak nafas mak long ni Nur. Nur nak bagi mak long ‘jalan’ awal ke?” tubuh kecik Nur Ibtisam itu direnggangkan. Kalau dibiarkan mahunya dia mati kelemasan. Tengok aja si Nur Ibtisam ni kecik, tapi pelukannya itu bukan main kejap.

“Alah, mak long ni. Bukannya Nur peluk kuat sangat pun.” Dia sudah tersengih. Hanya dengan tok dan mak longnya sahaja dibahasakan sebagai ‘Nur’. Sejak kecil sudah dibiasakan begitu. Penah juga ditanyakan kepada toknya tentang panggilan namanya itu. Kenapa dipanggil ‘Nur’ bukannya ‘Ibtisam’ seperti orang orang lain. Jawab toknya dengan longat kedah, “berbelit lidah tok nak menyebut nama kamu yang satu lagi tu. Satgi tak pasai-pasai tok tersilap panggil pekasam kot. Panggil ‘Nur’ aja. Mudah.”

“Hah! Kamu dah makan?” soal mak long.

“Belum la mak long. Lapar ni.” Perutnya diusap-usap. Konon lapar sangat la tu. Muka kasihan sengaja ditunjukkan memancing simpati.

“Huh, tak payah nak buat muka sekupang kamu tu. Jom la balik. Mak long dah masak special untuk Nur.”

“Ni yang buat Nur lagi sayang dengan mak long. You’re the best la mak long.” Bodek Nur Ibtisam.  Mereka berdua sudah berjalan menuju ke kereta yang diparking tidak jauh daripada terminal bas. Sebelah tangan mak long dipeluk Nur Ibtisam. Manja sekali gelagatnya itu.

 *********************

“Kenapa tak tidur lagi ni Nur? Esok kan nak bangun awal.”  Soal mak long. Sengaja dijenguk ke bilik Nur Ibtisam bila dilihatnya lampu bilik masih terpasang.

“Belum mengantuk lagi la mak long.” Novel di tangan diletakkan di atas katil. Kepalanya dihadapkan ke arah pintu memandang mak long.

“Jangan tidur lewat sangat tau. Esok kamu ada temuduga. Jangan lupa pulak.” Pesan mak long.

“InsyaAllah mak long. Nur janji tak tidur lewat.”

“Baiklah kalau macam tu. Mak long masuk tidur dulu yer. Selamat malam.”

“Selamat malam mak long. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Daun pintu ditutup perlahan. Nur Ibtisam menyambung pembacaannya.  Novel itu sebenarnya sudah dibelinya 2 hari lepas. Namun, masih belum dibaca. Disebabkan dia akan bertolak ke Shah Alam dibawa novel itu bersamanya. Bukan apa boring di dalam bas. Padahal dia tidur saja sepanjang perjalanan. Novel ke mana. Dia ke mana.  Ibtisam! Ibtisam!

HUDSON Merah sebagai Hantaran

Thursday, February 16, 2012 | Comment
[Kredit]

“Danial! Danial! Ya Allah! Danial buat apa kat sini? Puas umi cari Danial. Umi ingat Danial dah hilang tadi. Danial pergi mana sayang?” Terus disoal anak majikannya itu. Sejak Danial dilahirkan lagi Puan Rabiah menjaganya. Dibahasakan diri sebagai ‘umi’ pada Danial. 

“Danial tengok mainan kat situ ja umi. Danial ingat umi marahkan Danial sebab tu la umi tinggalkan Danial.” Jari Danial menunjukkan ke arah kedai yang dimaksudkannya itu.                          

“Danial! Danial! Takkan la umi sanggup tinggalkan Danial. Mengarut sungguh la budak ni sorang.” Tergeleng-geleng dia mendengar penjelasan Danial. Bukan baru sekali Danial hilang. Masuk hari ni bermakna sudah tiga kali Danial hilang.                

“Eh! Ni kawan Danial ke?” Matanya terarah kepada seorang budak perempuan. ‘Comel!’ bisik hatinya.    
“Tak la mak cik. Saya pun baru ja jumpa dia. Saya nampak dia nangis tadi. Sebab tu la saya temankan dia kat sini.” Terang Aisya.

“Terima kasih la dik sebab temankan Danial.” Tersenyum Puan Rabiah mendengar penjelasan Aisya.
“Tak ada apa la mak cik. Saya tak kisah pun.” Senyuman dibalas.

“Okay la dik. Kami balik dulu yer. Jom Danial! Kita balik.” Tangan Danial dipegang. Takut hilang barangkali.
“Bye! Bye! Jumpa lagi yer awak.” Ujar Danial sambil melambaikan tangannya.

*****************************************************

“Woi! Ni aku punya la. Kau apahal nak ambik pula?” Marah Adam sambil merenung tajam ke arah perempuan yang berada di hadapannya itu.

“Kau  tu yang rampas gula-gula ni daripada aku. Cakap banyak pulak. Aku yang ambik dulu tau.” Balas Aisya.  Tiba-tiba ja rampas barang orang. ‘Kurang ajar sungguh.’

“Aku yang  nampak dulu gula-gula ni. So, aku punya la. Dah! Bagi balik gula-gula tu.” Adam tetap berdegil.

“Banyak lawa muka kau! Aku yang ambik dulu, so aku yang punya. Kau ambik la perisa lain. Bagi aku perisa ni.” Aisya masih cuba bertoleransi dengan Adam. Manalah tahu Adam akan mengalah. Namun, jangkaannya meleset sama sekali.

“Taknak la. Aku suka perisa ni. Aku tak nak yang lain. Aku nak ambik yang ni juga.”

“Okay! Kalau macam tu, kau pergilah cari kat tempat lain sebab yang ni aku punya. Ujar Aisya tanpa sedikit pun rasa simpati. ‘Padan muka kau. Hahaha! ’

“Hoii! Apa  rampas gula-gula orang ni. Bak sini balik!” Aisya menjerit apabila Adam tiba-tiba merampas kembali bungkusan gula-gula itu daripada tangannya.

“Apa kecoh-kecoh ni? Pasal gula-gula pun korang berdua nak gaduh ke? Dah! Dah! Bagi sini gula-gula tu kat pak cik.” Pak Zaid terpaksa campur tangan apabila pergaduhan itu dirasakannya semakin teruk.

“Pak cik nak buat apa dengan gula-gula tu? Saya nak beli la.” Mata Adam terus memandang bungkusan gula-gula yang diambil oleh Pak Zaid.

“Pak cik tahu la nak buat apa dengan gula-gula ni” Tersenyum-senyum Pak Zaid mengenangkan tindakan yang bakal diambilnya sebentar saja lagi.

“Nah! Ini gula-gula yang kamu cari. Nasib baik kamu cepat. Kalau tak, habis la orang lain yang dapat dulu.”  Pak Zaid berkata sambil menjeling ke arah Adam dan Aisya.              

“Terima kasih pak cik.” Jawab seorang budak perempuan kegembiraan.

“Pak cik!” Kedua-dua mereka terkejut melihat perlakuan Pak Zaid yang selamba badak itu.

*****************************************************

“Ni semua budak perempuan tu punya pasal. Kalau aku jumpa dia, siaplah aku kerjakan.” Marah Adam.
“Kau ni kenapa Adam? Dari tadi marah-marah. Kau marahkan siapa sebenarnya ni?” Shafiq, rakan baik Adam bingung.  ‘Apa yang dibebelkan Adam sebenarnya.’

“Budak perempuan tu la. Saja nak cari gaduh gamaknya. Macam la dia tak tau gula-gula tu aku yang nampak dulu. Haish! Tak puas hati betul la aku!”

Ya Allah! Kau ni kan Adam, sebab gula-gula HUDSON merah tu pun kau nak marah-marah. Relax la bro, banyak lagi kedai yang jual gula-gula tu. Balik sekolah nanti kita cari.” Shafiq memujuk.

“Kau tak faham la Shafiq. Kau kan tahu hari ni hari apa. Gula-gula tu penting untuk aku hari ni. Tapi disebabkan budak perempuan tu la aku tak dapat gula-gula HUDSON tu hari ni. Yang pak cik tu pun satu, ada ka patut dia jual gula-gula tu kat budak mana ntah. Padahal aku dah pegang kot gula-gula tu. Geramnya aku!!”

Adam! Adam! Tak habis-habis dengan gula-gula HUDSON dia tu. Dah la. Jom, masuk kelas.” Shafiq berkata sambil bergerak ke kelas. Adam di di belakang hanya mengekorinya tanpa banyak soal.

*****************************************************
"Kau ni kenapa Aisya? Dari tadi aku tengok monyok ja? Bercakap dengan aku pun kau tak nak.” Mastura menegur apabila dilihatnya Aisya yang sedari tadi berdiam diri.

“Aku tengah geram ni tau tak! Kau apa tahu.” Tangannya menghentak-hentak meja menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Kau tengah geram kat sapa ni Aisya. Selalunya kau ni cool ja sentiasa. Tiba-tiba marah pula ni. Apasal? Cuba cerita kat aku ni. Mana tahu aku boleh tolong kau.” Mastura yang masih kebingungan mula mengadap Aisya. Ingin dapatkan penjelasan.

“Tadi, masa aku nak beli gula-gula HUDSON tu ada sorang mamat sewel mana ntah rampas gula-gula tu daripada aku. Apa lagi, gaduh la kitorang kat situ. Lepas tu, boleh pulak pak cik koperasi tu ambik gula-gula tu jual kat budak lain. Tu yang aku geram sangat sekarang ni.” Jelas Aisya.

“Hahahaha! Lawak la kau ni Aisya. Sebab gula-gula HUDSON 50 sen sebungkus tu pun nak gaduh ker?” Mastura ketawa sambil mengelengkan kepalanya mengenangkan sikap rakannya yang dirasakan kebudak-budakan itu.

“ HUDSON merah tu ada sebungkus tu ja lagi kau tahu tak. Yang mamat tu pun, macam la dah tak ada perisa lain. Yang nak ambik jugak perisa strawberry tu kenapa?” Tangannya digempal menahan marah.

“ Serupa la dengan kau pun. Perisa tu jugak yang kau pilih kan? Sudahlah tu. Nanti kita cari kat tempat lain pulak. Aku tau HUDSON merah tu penting untuk kau. Tambahan pulak hari ni kan. Sabar aje la yer!” Mastura masih cuba memujuk rakan baiknya itu. Takut juga dia kalau Aisya tiba-tiba mengamuk. Dia pun bukannya berani sangat. Apa punya penakut la kau ni Mastura!

*****************************************************

“Aisya! Kenapa Aisya nangis ni sayang? Aisya sakit ker?”  Encik Azman menegur anaknya itu. Risau juga dia kalau-kalau anaknya itu sakit.                      

“Ayah! Ayah pergi mana? Aisya ingatkan ayah dah tinggalkan Aisya tadi.” Tanya Aisya dalam esakannya itu.

“Ayah tak pergi mana-mana la sayang. Ayah pergi kedai depan tu je. Nah! Ayah ada belikan Aisya gula-gula untuk Aisya. Aisya suka tak?” Sebungkus gula-gula dihulurkan kepada anaknya.

“Yeyeye! Ayah belikan gula-gula untuk Aisya. Terima kasih ayah. Aisya suka sangat gula-gula ni. Sayang Ayah!” Aisya bersorak kegembiraan apabila melihat gula-gula kegemarannya itu. Amboi Aisya! Tadi bukan main lagi kau nangis yer. Sekarang terlompat-lompat macam beruk saja bila dapat gula-gula ya. Aisya! Aisya!

“Hoi! Berangan ja keja kau. Nah! Barang yang kau pesan. Dari kecik sampai dah tua bangka pun nak makan benda ni jugak. Rongak gigi kau tu baru tahu.” Sergah Mastura apabila dilihatnya Aisya yang dari tadi termenung. Sampaikan dia berdiri di depan Aisya pun si Aisya tu tak sedar.  Bungkusan gula-gula mula bertukar tangan.

“Alaa…bukan budak-budak je yang boleh makan benda ni. Orang dewasa macam aku pun boleh makan apa. Lagipun gigi aku kuat la. Cantik berseri-seri lagi. Silap haribulan orang ambik aku jadi model tau.  Hehehe!” Aisya tersengih sambil menayangkan giginya. Dah macam kerang busuk ja rupanya.

“ Banyak la kau punya model. Diri sendiri tu tak cukup centimeter ada hati nak jadi model. Boleh blah la kau. Hahaha!” Mastura pula mengenakan Aisya. ‘Perasan la kau Aisya.’

Kau ingatkan siapa tadi? Ayah kau ke?” Mastura kembali menyoal apabila Aisya tidak memberi respon terhadap kata-katanya tadi.

"A’ah. Hari ni kan hari kematian ayah aku. Sebab tu la aku suruh kau belikan benda ni untuk aku.” Terselit kesedihan di wajahnya itu. Sementara itu, tangannya masih lincah membuka plastik gula-gula HUDSON.

“Daripada kau dok melayan perasaan sambil makan benda tu lebih kau pergi naik atas sedekahkan Yassin untuk ayah kau lagi bagus. Dah! Pergi naik atas. Apa nak jadi dengan anak dara ni sorang la. Dah la tak mandi lagi. Hish!”  Teruk sungguh. Kawan sapa la agaknya ni. Eh! Eh! Bukan kawan aku ke tu? Hehe!

Aisya pun berlalu ke bilik tanpa memperdulikan kata-kata rakannya itu. Sikit pun dia tak terasa hati. Kenal benar dengan Mastura si mulut murai. Tapi, ada benar juga kata-kata rakannya itu.        

“Ibu! Kenapa dengan ayah ibu? Ayah sakit ke ibu?” Aisya menyoal ibunya. Matanya masih setia merenung ayahnya yang terlantar di atas katil.

“A’ah sayang. Ayah sakit. Pergilah jumpa ayah. Ayah nak bercakap dengan Aisya tu. Pergilah!” Puan Aisyah memberi arahan. Sendu di hati terpaksa ditahan demi anaknya itu. Dia tahu yang suami akan dijemput Allah pada bila-bila masa sahaja.

“Aisya! Anak ayah. Mari sini sayang.” Encik Azman memanggil dengan perlahan.

“Kenapa ayah?” soal Aisya. Sedih pilu hatinya melihat keadaan ayah kesayangannya itu.

“Aisya, ingat pesan ayah ni yer Aisya. Jaga ibu baik-baik. Dengar cakap ibu. Jangan melawan cakap ibu yer. Jangan buat ibu sedih tau. Aisya tolong jaga ibu bagi pihak ayah yer Aisya.” Tersekat-sekat suara Encik Azman memberi pesanan. Nafas yang dihembus terasa begitu perit  sekali.

“Kenapa ayah cakap macam ni? Ayah nak pergi mana? Ayah kan ada boleh jaga ibu?” Air mata yang ditahan dari tadi jatuh juga. Hatinya mula rasa tidak sedap. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan seorang ayah pada usia 8 tahun. Begitu muda rasanya untuk menjadi anak yatim.

“Aisya, ayah dah tak boleh jaga ibu dengan Aisya lagi. Ayah kena pergi. Allah lebih sayangkan ayah. Aisya ingat baik –baik tau pesanan ayah. Jangan nangis-nangis. Tengok ni! Ayah ada gula-gula untuk Aisya. Aisya mesti suka kan?” Encik Azman berusaha memujuk anaknya itu. Runtun hati tuanya melihat air mata anak kesayangannya itu.

“Aisya tak nak gula-gula. Aisya nak ayah. Ayah janganlah tinggalkan Aisya.” Aisya mula merengek. Apalah sangat nilai gula-gula kalau nak dibandingkan dengan seorang ayah.

“Ai..sya! Ai…sya! Allah!” Suara Encik Azman sudah tidak kedengaran lagi. Akhirnya dia  menghembuskan nafasnya yang terakhir.                 

“Ayah! Ayah! Ibu! Ayah ibu. Kenapa dengan ayah ibu? Bangun la ayah. Ayah!” Aisya cuba mengejutkan ayahnya. Tubuh Encik Azman digoncangnya. Namun, yang dah pergi tak mungkin akan kembali.

“Aisya. Ayah dah tinggalkan kita. Allah lebih sayangkan ayah. Jangan nangis ya sayang!” Puan Aisyah berkata dalam esakan kecil. Kini, tinggallah dia dan anaknya itu.

“Ayah………..!!!”                                                     

“ Ayah! Aisya rindukan ayah. Aisya akan ingat semua pesanan ayah tu.” Malam itu Aisya tidur dalam tangisan. Kerinduan terhadap ayahnya itu tak pernah pudar walaupun sudah 18 tahun berlalu.

*****************************************************

 “Aisya, sudah la tu. Kita cari kat kedai lain ja la”. Mastura sudah menarik-narik lengan baju Aisya.  Tak sanggup rasanya membiarkan Aisya terus bergaduh. 

“Kenapa pulak aku yang kena cari kat tempat lain. Kau suruh la mamat sewel ni yang cari kat tempat lain.  Aku yang datang sini dulu kan?” Aisya tetap tak berganjak. Dia tak akan sesekali menyerah kalah dengan lelaki dihadapannya itu. Bukan dia tak ingat lelaki nilah yang berebut dengannya sewaktu di sekolah dahulu.

“Eh perempuan! Apa kau panggil kau panggil aku tadi? Mamat sewel. Kau tu pula perempuan gila. Kau tahu!” Matanya tajam merenung Aisya. ‘Memang aku lanyak juga budak perempuan ni kang. Dah la dulu kat sekolah, hari ni kat sini pulak. Apa punya malang nasib aku!’ getus Adam.

“You ni, sudah la tu gaduh. Malu tau orang tengok kita. Takkan pasal gula-gula ni pun you nak gaduh dengan perempuan ni. Kalau you kebulur sangat nak makan gula-gula, ni ha! Ambik Cadburry ni. Lagi sedap daripada HUDSON you tu. I pun suka tau.” Shasha yang dari tadi diam mula bersuara. Tebal mukanya apabila orang ramai mula berbisik-bisik sambil merenung ke arah mereka berempat.

“I tak suka Cadbury la. I suka HUDSON ja. Itu pun perisa strawberry. Yang lain I tolak tepi. Faham! Lagi satu, kalau you rasa malu, you pergi ja lah balik. You yang terhegah-hegeh nak ikut tadi kan. I tak ajak you pun.” Geram Adam mendengar kata Shasha. ‘Macam la aku yang ajak dia datang sini.’ Omel Adam dalam hati.

“You ni memang tak berhati perut betul la Adam. Kalau you marahkan perempuan ni pun tak payah la dengan I sekali pun you nak marahkan jugak.” Jari telunjuk ditayangkan ke muka Aisya. ‘Tak pasal-pasal aku pulak yang kena.’

“Maaf yer encik dan cik-cik sekalian. Saya rasa tak perlu kot nak gaduh-gaduh pasal HUDSON ni. Stok kat belakang tu banyak lagi kalau kamu semua nak. Sekejap yer. Saya pergi ambil.” Beritahu seorang pekerja kedai tersebut. Kakinya terus melangkah ke belakang menuju ke bilik stor. 

“Ek eleh perempuan ni. Kalau dari kau bagitau kitorang banyak lagi stok kau kat belakang tu kan senang. Tak dak la aku habiskan masa gaduh dengan mamat sewel ni.” Ujar Aisya perlahan.

‘Hisy! Perempuan ni kan. Memang tak sayang mulut agaknya.’ Marah Adam di dalam hati.

“Nah! Ambik la berapa banyak yang cik dengan encik nak. Kalau tak cukup jugak bagitau saya yer. Saya boleh ambilkan lagi stok kat belakang tu.” Perli pekerja wanita itu. Dalam masa yang sama  sebungkus besar gula-gula diserahkan kepada Aisya dan Adam.

“Hehehe! Padan muka korang berdua. Kan dah kena perli. Macam budak-budak!” Mastura berkata sambil ketawa.

*****************************************************

“Dari tadi you asyik ikut I ja. Kenapa dengan you ni. You nak apa sebenarnya?” Shasha memang merimaskan Adam. Sejak akhir-akhir ni suka sangat Shasha mengekornya kemana sahaja dia pergi.

“I nak tahu kenapa you tak nak kahwin dengan I ? You ada perempuan lain ker?”  Shasha menyoal sambil bercekak pinggang. Mentang-mentang pinggang kau ramping ya Shasha!

“Apa punya soalan la you ni. Mesti la I ada perempuan lain. Mak I tu, bukan perempuan ke?” Adam tersengih-sengih memberikan jawapan. ‘Ambik kau. Nak sangat tanya soalan tu kat aku. Hehehe!’

“You jangan buat I marah. I tanya you betul-betul ni.” Shasha masih lagi bercekak pinggang. Tak puas hati la tu.

“Dah I tak sukakan you, macam mana I nak kahwin dengan you?” Adam mendengus menahan marah. Tak habis-habis dengan kahwin. Bukannya dia tak tahu yang aku ni tak sukakan dia. Sejak dari university lagi dia menolak cinta Shasha. Tapi, memandangkan si Shasha ni muka tak tahu malu diikutnya Adam kemana sahaja.

“Tapi kenapa? Apa kurangnya I ?”  soal Shasha.

‘Boleh tanya pula apa kurangnya dia. Tengok pakaian pun dah tahu apa yang kurang. Hahaha!’ detik hati Adam.

“Okay! I bagitau you dan I harap lepas you dengar penjelasan I ni you takkan ganggu I lagi. Boleh?” Adam menghembuskan nafasnya perlahan.  Harap-harap lepas ni Shasha tak menggangunya lagi.

“Baik! I akan ikut cakap you kalau alasan you tu munasabah.”

 “First, I tak suka cara you berpakaian. Nak kata miskin anak orang kaya. Tapi, nak beli kain pun tak mampu ke?”  

“Second, citarasa you tu terlalu tinggi. High taste sangat. Barang- Barang murah you langsung tak pandang. Jaga standard la konon.”

“Third, I tak pernah sukakan you. I anggap you sebagai kawan ja. Tak lebih daripada tu pun.”

“Lastly, I suka HUDSON ja. I tak suka Cadbury. Understand?” Eh! Macam mana pula boleh terkeluar alasan ni pulak. Lantak la! Janji aku tak perlu kahwin dengan dia.

“Wait a minute. Apa kena mengena HUDSON bodoh you tu dengan coklat Cadbury pulak. Mengarut tau tak?”  Sememangnya itu adalah alasan yang dirasakan Shasha tak masuk akal langsung. Memang tak munasabah.  Maknanya alasan yang lain tu betul la Shasha?

“Saja ja I nak tambahkan sebab-sebab kenapa I tak nak kawin dengan you. Hahaha!” Jawab Adam tanpa rasa bersalah.

Sementara itu, matanya masih lagi khusyuk membaca dokumen di atas meja kerjanya itu. Lagi baik tengok dokumen daripada tengok Shasha kan Adam? Buat tambah dosa ja tengok aurat orang. Baik rupanya kau Adam.

“You ingat I ni hard-up sangat ke nak bersuamikan you. Boleh jalan la. Macam la dia tu perfect sangat. HUH!” Mendidih darah Shasha mendengar jawapan Adam itu. Nampak sangat Adam langsung tak sukakannya.

Eh! Eh! Kau ni pun Shasha. Bukan ke Adam dah beritahu kau sejak korang kat university lagi. Shasha! Shasha! Salah sendiri tak nak mengaku.

“Buah pala buah beringin. You tak nak I pun tak hingin la.” Hahahaa! Pandai juga aku berpantun rupanya.
Sasha berjalan keluar sambil menghentakkan kakinya. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan Adam. ‘Dasar jantan tak guna.’

*****************************************************

Mata Adam masih meliar mencari kedai yang dimaksudkan mamanya itu. Sudah hampir 15 minit dia dalam pasaraya tersebut, namun pencariannya itu masih belum membuahkan hasil.

“Mama ni silap tempat agaknya. Mana ada pun kedai tu kat sini. Hish!” Adam meneruskan juga pencariannya itu walaupun hati dah memberontak untuk pulang ke rumah. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat adegan di hadapannya kini.

“Ya Allah! Dia rupanya. Kenapa selama ni aku tak perasan. Apa aku nak buat ni?” fikir Adam.

*****************************************************

“ Adam, mana barang yang mama suruh Adam beli tu. Melenggang ja mama tengok. Kamu lupa ke?” Puan Kamariah menegur anaknya yang baru pulang itu.

“Adam tak jumpa la kedai tu mama. Puas Adam tawaf satu pasaraya tu, tapi tak jumpa pun. Esok-esok ja la Adam pergi beli ya mama?”

“Kamu ni la! Tak boleh diharapkan langsung!” rungut Puan Kamariah.  Kakinya sudah mengatur langkah ke dapur. ‘Ada anak pun langsung tak boleh diharap.’

*****************************************************

Di dalam bilik, Adam berteleku sambil mengimbau kembali adegan yang dilihatnya tengah hari tadi. Tersenyum-senyum dia seorang diri. Tanpa disangkakan, penantiannya selama ini tak sia-sia.

“Mama, Adam nak kahwin!!” Sorak Adam di dalam biliknya itu.

Puan Kamariah dan Encik Darwish yang kebetulannya hendak masuk ke bilik tersentak dengan jeritan Adam. ‘Dan buang tabiat ke anaknya itu?’

“Abang, dengar tak apa yang saya dengar tadi?” Puan Kamariah mula menyoal suaminya setelah masuk ke dalam bilik.

“Dengar. Dia cakap nak kahwin kan? Baguslah tu.” Encik Darwish yang baru saja hendak melelapkan matanya itu menjawab dengan malas.

“Bagus apanya, bang. Sebelum ni bukan main saya suruh dia kawin dia tak nak. Tup-tup malam ni menjerit cakap nak kahwin. Pelik la saya.” Ujar Puan Kamariah.

“Tak payah awak nak buat-buat pelik malam-malam gini. Besok pagi, sesudah subuh kita tanya dia. Lepas tu awak dengar la penjelasan dia tu puas-puas. Kalau tak puas juga, awak la tu yang pelik. Bukannya Adam. Hehehe!”

“Ye la! Ye la! Asyik nak kenakan saya je la.” Akhirnya Puan Kamariah turut baring di sebelah suaminya itu. Hatinya dah tak sabar menanti esok pagi.

*****************************************************

“Hai, ingatkan kekasih lama ka?  Dari tadi aku tengok kau pegang keychain bola tu? Ingat sikit, kau tu tak lama lagi dah nak kahwin.” Tegur Mastura.  Remote tv dicapai.

Aisya masih lagi merenung keychain bola yang tergantung di tangannya. Teguran Mastura membuatkan dia kembali teringat kepada perbualan dengan ibunya tempoh hari.

“Betul ke ni ibu? Bestnya! Tak lama lagi Aisya dapat ayah baru lah bu?” tangannya sudah memeluk ibunya. Tak sangka ibunya itu akan berkahwin juga.

“Apa yang Aisya merepek ni! Bukan ibu lah yang nak kahwin. Tapi kamu yang kahwin.” Jelas Puan Aisyah.
Aisya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal tu. “Eh, bukan tadi ibu bagitau Aisya ada orang masuk meminang kan?”

“Memang la ada orang masuk meminang, tapi bukan meminang ibu.Meminang kamu ni ha!”

‘Gulp! Aku ke? Macam mana boleh tersilap tafsir ni.’ Omel Aisya. Dia hanya diam memandang ibunya itu. Tak tahu macam mana nak bereaksi.

“Kamu nak terima ka tak? Ibu tengok orangnya macam baik. Keluarganya pun nampak macam orang baik-baik. Ibu tak paksa kamu, tapi ibu nak kamu fikirkan dulu sebelum buat keputusan yer?” Puan Aisyah terus bangun dari sofa menuju ke bilik tidur. Memberi ruang kepada anaknya untuk berfikir.

Aisya termenung sendirian dia atas katil memikirkan kata-kata ibunya tadi. Serba-salah dibuatnya. ‘Apa aku nak beritahu ibu ni.’ Aisya bangun dari pembaringannya lalu membuka laci meja. Dipegangnya keychain pemberian seseorang. Sudah lama dia menyimpan keychain tersebut. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia terus menyimpannya.

‘Lebih baik aku mintak tolong Allah.’ Getus Aisya. Lalu, dia terus mengorak langkah ke bilik air mengambil wuduk. Ingin menunaikan solat istikharah. Mudah-mudahan dapatlah dia buat keputusan yang tepat.

3 hari kemudian….

“Ibu, Aisya ada benda nak cakap dengan ibu ni.” Teragak-agak Aisya hendak memberitahu ibunya tentang keputusannya itu.

“Apa dia. Cakaplah. Ibu dengar ni.”

“Pasal peminangan tempoh hari tu, Aisya dah buat keputusan. Aisya terima ja pinangan mereka tu.” Fuhh! Lega akhirnya. Dapat juga dia beritahu ibunya tentang perkara ini. Sejak 3 hari berturut-turut dia solat istikharah, dia dapat merasakan hatinya kuat menyuruh dia menerima lamaran tersebut. Dia yakin keputusannya itu tepat.

“Betul ke Aisya? Kamu yakin dengan keputusan kamu tu?” Puan Aisyah seakan tidak percaya terhadap keputusan anaknya. Sudah berapa banyak lamaran yang datang ditolaknya. Namun, kali ni doanya dimakbulkan jua. Tak sangka Aisya akan menerima.

“Betul la ibu. Aisya yakin dengan keputusan Aisya ni.” Hisy! Ibu aku ni. Cara tanya dah macam pengacara dalam rancangan ‘Who Wants To be A Millionaire’ ja gayanya. Ibu! Ibu!

“Tak habis lagi ke berangannya tu cik adik oii? Dari tadi kau tenung siling tu. Dah tembus agaknya siling kat atas tu.” Ujar Mastura.  Sejak nak berkahwin ni kerap sangat dia melihat Aisya termenung. ‘ Ada masalah ke dengan tunangnya itu.’

“Kau ni! Kacau betullah. Aku baru nak berangan pergi honeymoon. Dah tak sempat.” Rungut Aisya.

“Banyak la kau punya honeymoon. Bulan pun dah masuk tidur. Kau tu ja yang tak reti-reti nak tidur. Dah! Masuk tidur. Esok-esok ja sambung honeymoon kau tu.” Mastura mencebik.

*****************************************************

“Alaaa mama!! Boleh la mama. Sekali ni ja Adam mintak tolong mama. Boleh yer mama?” Adam sudah merengek. Tangan mamanya dipegang meminta simpati.

“Tak boleh! Berapa kali mama cakap tak boleh. Mana pernah dibuat orang bagi benda tu sebagai hantaran. Kamu jangan nak merepek. Buat malu ja tahu tak!” Pening juga kepala Puan Kamariah memikirkan permintaan anaknya itu. ‘Dah bengong sangat gamaknya anak dia itu’

“Tak apa la kalau mama tak nak buat. Cancel ja la perkahwinan ni. Adam tak dak mood nak kahwin.” Ugut Adam yang sudah merajuk. Kakinya melangkah ke bilik. Pilu rasa hati bila mama menolak mentah-mentah permintaannya itu. ‘Sampai hati mama.’

Derap kakinya terhenti tatkala mendengar sayup suara mamanya. “ Macam mana nak buat hantaran tu kalau barang-barangnya tak ada.” Senyuman terukir di bibir. Tak sangka lakonannya menjadi. Haru juga dia kalau mamanya itu tak terpedaya. Hehehe!

“Esok Adam pergi beli barang-barangnya, yer ma. Thanks ma! Love you so much!” Sengihan Adam itu membuatkan Puan Kamariah mencebik. ‘Huh! Nak bodek aku la tu. Bukannya aku tak tahu.’

*****************************************************

“Eh, Aisya! Cuba kau bagitau aku nama bakal laki kau tu sekali lagi?” Tangan Matura masih lincah menyolek muka pengantin baru itu. Dia, selaku Mak Andam yang tak bertauliah senyum berpuas hati dengan hasil kerjanya. ‘Tak sangka berbakat juga aku jadi Mak Andam. Hehehe!”

“Mad! M.A.D. Mad!” Nama itu dieja satu persatu. Apa kena dengan kawan aku sorang ni. Berapa kali nak tanya. Berbuih mulut dia beritahu. Tak kan dah pekak kot si mulut murai ni.

“Aku tahu la nama dia Mad. Tapi takkan kau tak tahu full name dia. Apa punya bakal isteri la kau ni. Nama bakal suami sendiri pun tak tahu.” Bibirnya dicebik.

“Aku tak tahu la. Ibu aku cakap nama dia Mad ja. Maybe tu la kot full name dia.” Ujar Aisya. Macam mana dia nak tahu kalau nama pada kad kahwin mereka pun hanya diletakkan sebagai Mad b. Darwish. Huhu! Sadis sungguh nama laki aku tu. Tak glamor langsung!

*****************************************************

Sah! Sah!
Hanya sekali lafaz, Aisya kini sudah bergelar isteri kepada abang Mad nya. Uwaaa! Apa punya klasik nama laki aku. Uhuk! uhuk! Alahai la kau ni Aisya. Orang sedih sebab terharu. Tapi, kau ni sedih sebab nama laki kau tu pulak. Teruk! Teruk!

Pintu biliknya kini diketuk menandakan kedatangan pengantin lelaki untuk menjalankan upacara membatalkan wuduk.  Aisya sekadar menundukkan mukanya. Bukan kerana malu tetapi tak sanggup rasanya hendak berhadapan dengan suaminya itu. Namun, saat cincin ingin disarungkan ke jari manisnya  Aisya mendongakkan kepalanya. Tersentak  seketika tatkala dia  melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Tangannya ditarik serta merta.

“Kau! Kau buat apa kat sini? Macam mana pulak kau boleh ada kat sini? Siapa jemput kau ha!” Bertalu-talu soalan Aisya.

Si suami hanya tersenyum. Sudah diagak reaksi isterinya itu. Cincin ditangan masih dipegang erat. Menunggu masa untuk disarungkan ke jari.

“Hish! Kamu ni Aisya. Nikan suami kamu. Masakan kamu tak kenal. Cepat hulurkan tangan tu!” Ibunya memberi arahan. Tangannya digenggam erat.

“Aisya tak nak kahwin dengan dia ibu! Aisya tak nak! Rungut Aisya. Tidak rela bersuamikan lelaki itu. Matanya sudah berkaca-kaca mahu menangis.

“Tak nak kahwin apanya. Kamu dah nikah pun dengan dia. Dah sah jadi isteri pun.” Puan Aisyah menarik tangan anaknya itu.  Genggaman tangan dibuka. Buat malu aja Aisya ni! Tengah-tengah ramai orang ni jugak la anaknya itu berdrama. Tetamu yang ada di dalam bilik kehairanan. Namun, mereka hanya berdiam diri.  Tak tahu hujung pangkal cerita.

Cincin disarungkan ke jarinya juga. Muka simpati yang dibuatnya sejak tadi tidak diendahkan Puan Aisyah. ‘Sampai hati ibu tak kasihankan anak ibu ni’. Bisik hatinya. Mastura yang dari tadi tersengih-sengih dijelingnya tajam. Geram betul dia melihat Mastura. Bukannya nak tolong. Tolong gelak ada la. Huh!

*****************************************************

Aisya mundar-mandir di dalam bilik. Panas betul rasa hati! Kenapa dia tak siasat dulu siapa suaminya itu. Menyesal pun dah tak guna. Arrrghhh! Geramnya!

Pintu diketuk dan dibuka dari luar.  Langkah terhenti. Melihat sesusuk tubuh di hadapannya ini membuatkan darahnya kembali meluap-luap. Tangan digempal menahan marah.  Mulutnya terkumat-kamit menyumpah si suami. Adam hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu.

“Tak habis lagi ke baca ‘mantra’ tu Puan Aisya? Saya ada hal nak bincang dengan awak ni. Meh la duduk sini.” Tangannya menepuk-nepuk sofa. Senyuman sedari tadi masih tak lekang.

Aisya mencebik. ‘Menyampah sungguh dia tengok.’ Namun, kakinya tetap melangkah ke arah sofa. Dia memilih untuk duduk di sofa yang bertentangan dengan Adam. ‘Tak hingin aku nak duduk sebelah kau.’ Getus Aisya dalam hati.

“Memang patut pun kita berbincang. Karang kalau gaduh kecoh pulak rumah ni kan?” perli Aisya
.
“Marah lagi ke? Sorry la. Abang tak dak niat pun nak tipu Aisya. Sumpah!” tangan kanannya diangkat. Serius saja muka Adam mengadap isterinya itu.

Amboi!! Dia main ‘berabang-abang’ dengan aku pulak dah. Geli la. Hish! “Apa  motif awak kahwin saya ni ha?” soal Aisya. Straight to the point beb! Tak main ar belok-belok. 

“Tak ada motif apa-apa pun. Abang ikhlas nak kahwin dengan Aisya. Tu je. Takkan tu pun salah?”  Soal Adam kembali. Kening double jerk diangkat. Sengaja menguji kesabaran Aisya.

‘Eh! Eh! Mamat ni. Nak cari gaduh dengan aku ka? Meh la. Ingat aku takut sangat!’ Kata-kata itu hanya mampu terluah dalam hati ni. Nak cakap depan-depan? Jangan harap la. Bukannya berani sangat si Aisya ni. Takut-takut berani ja.

“Takkan sebab ikhlas ja kot?” Mesti ada sebab lain kan? Kita bukannya pernah berbaik. Tiap kali berjumpa mesti bergaduh. Itupun 2 kali ja. Takkan la sebab kita bergaduh awak jatuh cinta dengan saya kot? Impossible!” Jari telunjuknya digoyang-goyangkan. Matanya dikecilkan bagi mendapatkan kepastian daripada Adam.

“Sapa kata kita berjumpa hanya 2 kali? Kita sebenarnya dah pernah berjumpa sejak dulu lagi.  Itulah kali pertama abang jumpa Aisya. Walaupun masih kecil, tapi sayang abang pada Aisya tak pernah hilang.” Jelas Adam. Cewaaah! Jiwang karat rupanya kau Adam.

Aisya mengerutkan dahinya. ‘Bila masa pula aku jumpa mamat ni. Ada ke? Fikir Aisya. ‘Ni mesti kes nak menipu aku la tu. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi. Ingat aku nak percaya!’ getusnya lagi.

“Tak percaya la tu?” Adam yang melihat kerutan di dahi Aisya mengagak.     

“Sapa yang nak percaya!”

“Okay! Kalau macam tu, cuba Aisya ingat balik masa kecik-kecik dulu ada tak Aisya pujuk sorang budak lelaki ni. Budak tu nangis-nangis cari mak dia kat dalam pasaraya. Alah! Budak tu tak de la comel sangat tapi boleh la tahan hensemnya.  Hehe! Sempat lagi Adam memuji dirinya sendiri. 

“Kejap! Kejap! Saya rasa macam ada. Saya bagi dia gula-gula masa tu kan? Tak lama lepas tu umi dia datang. Then, dia ikut umi dia balik.” Bersungguh-sungguh Aisya bercerita. “Tapi, macam mana awak tahu? Takkan la awak ni…” Ayatnya terhenti setakat itu apabila Adam tiba-tiba menyampuk.

"Yup! You got it. Abang la budak lelaki tu." Mekar senyuman Adam apabila isterinya itu sudah dapat mengagak.

Aisya terlopong! Tak sangka orang yang dinantikannya selama 18 tahun berada depan mata. Sesaat kemudian Aisya bangun dari sofa. Beg tangan dicapai. Adam hanya memerhatikan tingkah isterinya yang tercari-cari sesuatu.

“Lepas tu budak lelaki tadi berpatah balik. Dia bagi benda ni kat saya.”  Aisya kembali menyambung cerita. Ditangannya sedang memegang keychain bola. Adam bangun mendapatkan isterinya itu. Keychain ditangan diambil. Tak disangka yang Aisya masih lagi menyimpan hadiah pemberiannya itu. Walaupun hanyalah sekadar keychain, tetapi dia benar-benar terharu.

“Aisya simpan lagi keychain ni rupanya.” Ujar Adam inginkan kepastian. Aisya sekadar menganguk. Hatinya sudah berbunga. Akhirnya dia bertemu juga dengan Danial. Wait! Danial. Nama dia Danial. Bukannya Mad.  Ada juga yang nak kena nih!

“Kenapa abang kenalkan diri sebagai Mad? Siapa sebenarnya Mad?” Soal Aisya tidak berpuas hati.

“Mad tu abang la. Siapa lagi. Takkan baru sehari kahwin dah lupa nama suami sendiri kot?” Adam cuba mempermainkan Aisya. Padahal dalam hati bukan main seronok lagi apabila dengar Aisya memanggilnya ‘abang’. Rasa nak peluk ja Aisya sekarang ni. Hehehe!  ‘Gatal kau yer Adam! Jangan nak mengada selagi cerita tak habis!’

“Cakap la betul-betul. Siapa Mad tu?” soalnya kembali. Hish! Ada jugak yang kena cepuk dengan aku karang.

“MAD tu stand for Muhammad Adam Danial la Aisya. Bukannya sapa-sapa pun.” Kasihan pula dia melihat Aisya yang beria-ria. 

“Habis tu kenapa tak cakap ja yang nama abang Adam or Danial. Whatever la!” desaknya lagi.

“Saja nak surprise kan Aisya. Hehe!”

“Banyak la abang punya surprise. Cakap ajalah yang abang takut lamaran abang ditolak. Kan senang!” Aisya pula mengenakan suaminya itu. ‘Kalau nama dia MAD a.k.a Muhammad Adam Danial, bermakna aku jadi SAH la yer. Siti Aisya Humaira. Pelik aja bunyinya. Hehehe! Aisya tersenyum sendirian.

“Ni, kenapa senyum sorang-sorang? Tak nak kongsi dengan abang ke?” Wajah Aisya ditatapnya lembut.

“Tak ada apalah. Cuma tak sangka gula-gula HUDSON pun boleh jadi hantaran yer bang!” gubahan HUDSON merah di penjuru bilik itu dipandang Adam. Tak sangka menjadi juga gubahan bunga yang diimpikannya selama ni. Haha! ‘Salute habis la kat mama’

“Penat tau abang pujuk mama. Bila abang pura-pura merajuk baru mama setuju nak buat.” Adam membuka cerita. Tersengih dia mengenangkan lakonannya itu.

“ Kenapa pilih HUDSON. Warna merah pulak tu!”

“Sebab HUDSON merah mengingatkan abang kepada Aisya.

“Hah! Aisya ada satu soalan.”

“Bukan satu soalan dah Aisya oii! Dan berpuluh soalan Aiysa dah tanya tadi.  Aisya tersengih-sengih mendengar teguran Adam. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Betul ke tak gatal Aisya. Entah-entah ada kutu tak Aisya. Cuba kau check!             

“Macam mana abang tahu Aisya adalah budak perempuan tu?”

Adam sudah mengagak. Aisya pasti akan bertanyakan hal ini juga. “Abang nampak Aisya pujuk sorang budak lelaki dekat pasaraya. Cara Aisya pujuk budak tu sama macam Aisya pujuk abang dulu. Bila Aisya perkenalkan nama Aisya pada budak tu, abang yakin Aisya lah orang yang abang tunggu selama ni.” Sambung Adam lagi.

“Adik! Kenapa dengan adik ni?” Soal Aisya lembut.

“Mama dah tak ada. Saya tak tahu nak cari mama kat mana.” Sendu tangisan kedengaran. Air mata yang jatuh diseka. 

“Adik janganlah nangis. Nanti kakak bantu adik cari mama adik ye?” Pujuknya lgi. “Nah! Ambik la gula-gula ni. Kita boleh makan gula-gula ni sambil cari mama adik.” Sebiji gula-gula HUDSON merah dihulurkan kepada budak lelaki tersebut.

“Nama akak Aisya. Siti Aisya Humaira. Adik? Dia menyoal. Dilihatnya budak lelaki itu sudah berhenti menangis.

Nama saya Mohd. Rizqi. Jawab budak lelaki tersebut. Setelah itu, mereka pun berjalan mencari mama Rizqi. Tanpa disedari rupanya-rupanya Adam sedang menyaksikan gelagat mereka.

‘Oh! Macam rupanya.’ Kepalanya terangguk-angguk mengingati.

“Kiranya abang buat keputusan nak kahwin dengan Aisya sejak Aisya bagi gula-gula HUDSON la yer?” duga Aisya.

“Taklah. Tapi, sejak abang menolak Cadbury dan memilih HUDSON sebagai pilihan.” Ujar Adam. Aisya kelihatan bingung dengan jawapan Adam itu. ‘Apa maksud dia tadi?’ Omelnya. Berkerut-kerut dahi memikirkan kata-kata Adam. Namun, dia masih tak dapat menangkap maksud sebenar.

“Apa maksud abang?”

“Esok la abang beritahu Aisya yer. Abang dah ngantuk ni. Kita sambung ja lain kali.” Adam sudah menguap. Penat! Lenguh badannya mulai terasa. Fikirannya kini hanya satu. Tidur!

Aisya tidak membantah. Lagipun esok kan masih ada. Dia tetap akan dapat jawapannya nanti. “Anyway abang, thanks for that hantaran. Nice! I really appreciate it.”  Ucap Aisya terharu.

Adam tersenyum. Dia benar-benar bersyukur kerana akhirnya dapat juga dia bersama dengan orang yang dicintainya itu. Walaupun sudah lama peristiwa itu berlalu, namun perasaan sayangnya tak pernah pudar.

“Pakai gigi palsu la kita lepas ni kan bang? Habis semua gigi luruh sebab makan gula-gula. Hahaha! Aisya ketawa membayangkan dirinya yang memakai gigi palsu.

“Hahaha!’’ Adam turut tertawa mendengar kata isterinya itu. Matanya redup memandang gubahan hantaran. Memang betullah cakap isterinya. Mahu luruh semua gigi yang ada kalau mereka makan semua gula-gula HUDSON tu. Bukannya sikit malahan ada 120 biji kesemuanya.          
                                                                                                                          
*****************************************************

“Awak! Kenapa awak nangis ni?” Soal Aisya kepada seorang budak lelaki yang agak sebaya dengannya itu.

“Umi saya dah tinggalkan saya. Saya tak tahu nak cari dia kat mana.” Esakan budak lelaki itu kedengaran. Matanya melihat sekeliling kalau-kalau uminya itu kelihatan.

“Awak janganlah nangis. Mesti mak awak cari awak nanti. Takkan la mak awak nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sini kan. Dah la awak. Janganlah nangis lagi. Pujuk Aisya.

“Nah! Ambik la gula-gula ni. Saya bagi kat awak. Kita boleh makan gula-gula ni sementara tunggu mak awak.” Sebiji gula-gula HUDSON merah dihulurkan kepada budak lelaki tersebut.

“Terima kasih awak.” Tangannya mengmbil gula-gula pemberian Aisya. Hatinya sedikit terpujuk dengan kata-kata Aisya walaupun dia tidak mengenali siapa budak perempuan di hadapannya ini.

“Danial! Danial! Ya Allah! Danial buat apa kat sini? Puas umi cari Danial. Umi ingat Danial dah hilang tadi. Danial pergi mana sayang?” Terus disoal anak majikannya itu. Sejak Danial dilahirkan lagi Puan Rabiah menjaganya. Dibahasakan diri sebagai ‘umi’ pada Danial.

“Danial tengok mainan kat situ ja umi. Danial ingat umi marahkan Danial sebab tu la umi tinggalkan Danial.” Jari Danial menunjukkan ke arah kedai yang dimaksudkannya itu.                          

“Danial! Danial! Takkan la umi sanggup tinggalkan Danial. Mengarut sungguh la budak ni sorang.” Tergeleng-geleng dia mendengar penjelasan Danial. Bukan baru sekali Danial hilang. Masuk hari ni bermakna sudah tiga kali Danial hilang.                

“Eh! Ni kawan Danial ke?” Matanya terarah kepada seorang budak perempuan. ‘Comel!’ bisik hatinya.  
“Tak la mak cik. Saya pun baru ja jumpa dia. Saya Nampak dia nangis tadi. Sebab tu la saya temankan dia kat sini.” Terang Aisya.

“Terima kasih la dik sebab temankan Danial.” Tersenyum Puan Rabiah mendengar penjelasan Aisya.

“Tak ada apa la mak cik. Saya tak kisah pun.” Senyuman dibalas.

“Okay la dik. Kami balik dulu yer. Jom Danial! Kita balik.” Tangan Danial dipegang. Takut hilang barangkali.

“Bye! Bye! Jumpa lagi yer awak.” Ujar Danial sambil melambaikan tangannya.
“Bye! Jumpa lagi.” Aisya turut membalas lambaian Danial.
Aisya melangkah pergi. Namun langkahannya terhenti tatkala melihat Adam berpatah balik ke arahnya.

“Nah! Ini untuk awak.” Keychain bola dihulurkan. Aisya menyambut perlahan.  

“Saya Adam. Muhammad Adam Danial.”

“Aisya. Siti Aisya Humaira.” Kedua-duanya tersenyum tanda perkenalan.


~THE END~

p/s: cerita ni dipindahkan dari blog satu lagi ke sini..harap maklum...tQ
::2011 June, 22::