845 + 888 + 889 = 26B

Saturday, September 28, 2013 | Comment
[Kredit]

Jika ada yang bertanya,
“Eh, salah tulis tajuk ke?”  
Jawapannya, bukan 
“Sequal untuk cerita 8+1=2B ker?”
Bukan juga
“Persamaan kuadratik ker?”
Takde kena-mengena. Sila cuba lagi.
“Hah! Tahu. Ni mesti duit sewa rumah kan?”
Yup. Anda juga salah. Haha! 

Apa maksud persamaan ini. Yang pastinya tidak ada kena mengena dengan pengiraan matematik, kimia mahupun fizik. 845+888+889 = 26B adalah bilangan adik-beradik mengikut ahli bilik bermula bilik pertama. Diikuti dengan ahli bilik kedua dan ketiga.
“Ooooo…gitu rupanya.” *sambil terangguk-angguk*

Jika dilihat daripada persamaan berikut, majoritinya kami ni semua datang daripada keluarga yang besar-besar. (Amaran: Maksud besar di sini adalah bilangan ahli keluarga yer). Sila jangan paham kot lain (>_<). Jadi, untuk berada di dalam satu rumah dengan bilangan yang agak ramai (bagi sesetengah orang), tak menjadi masalah. Kadang-kala, terasa sunyi walaupun hanya seorang ahli rumah kurang. Bukan apa, masing-masing ada sifat dan watak yang tersendiri. Ada yang lemah lembut, ada yang tegas, ada yang sensitif, ada yang garang mengalahkan singa, ada yang diam saja, dan juga yang nampak macam tak kisah tapi  kisah sebenarnya. Hoho! Sifat dan watak yang berlainan itulah menceriakan lagi suasana di rumah 26B biarpun mungkin ada yang terkurang, tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tapi, apa ade hal bro! Hati kami kental. Ikatan antara kami lebih kuat dari itu. Takkan sesekali kami pertaruhkan persahabatan kami demi sekelumit perasaan meskipun waktu itu hati sudah parah.
“Sekelumit hang kata?”
“Hati aku hang tau apa?’
“Hati aku sakit sangat kot time tu!”
“Makan dalam beb!’

Ahh! Abaikan saja kata-kata itu semua! Tumpukan saja kepada hubungan kita. Silaturrahim yang terjalin bertahun-tahun, masakan mahu dihancurkan begitu saja?

*Geleng*.

Bagus! 

***TAMAT***

p/s 1: Sebahagian cheq-cheq yang akan berkahwin tu, tahniah saya ucapkan. ^_^
p/s 2: Apakah nama watak 'aku' dalam ini cerita? Wahaha!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...