[Kredit] |
“Awak dah gila ke?”
“Mana ada saya gila. Waras lagi ni ha. Tak nampak?” muka sehabis
comel ditayangkan buat kekasih hati dihadapannya ini.
“Awak jangan main-main dengan saya la Epul.” Wafaa mengetap gigi.
Geram sungguh dengan lelaki di depannya kini. Rasa nak di smackdown
saja. Biar betul semua wayar kepala lelaki itu.
“Saya tak main-main Wafaa. Saya serius.” Riak wajah comel tadi
sudah bertukar serius. Dia berpeluk tubuh sambil menantikan butir bicara Wafaa.
Sesekali kanak-kanak yang leka bermain di padang permainan itu dikerlingnya.
“Awak sedar tak nyawa awak boleh terancam?” soal Wafaa tak puas
hati. Mukanya sudah memerah menahan marah. Bila-bila masa saja gunung berapi
bakal meletup. Sabarlah wahai hati.
“Saya tak kisah, asalkan awak boleh sembuh. Then, bolehlah kita
kahwin kan. Hihi!” sempat lagi Epul berseloroh tatkala perkara serius
sedang dibincangkan. Memang cari nahas!
“Awak jangan nak merepek. Saya tetap takkan terima awak dan hati
awak tu. Titik!” Wafaa bertegas.
Selepas mendapat berita perkhabaran daripada Doktor Harlina tentang penderma hati, dia merasakan hidupnya kembali bercahaya. Namun, setelah mengetahui gerangan penderma tersebut, terus dibatalkan niatnya untuk melakukan pembedahan. Ya! Epul merupakan penderma hati yang sesuai untuknya. Tak sanggup rasanya hendak menerima hati Epul. Dia taknak Epul melakukan semua itu untuk dirinya. Semata-mata kasihankan dirinya. Tambahan pula, Doktor Harlina juga ada memberitahu bahawa kejayaan pembedahan ini adalah 50-50. Masakan dia hendak membahayakan nyawa Epul hanya kerana dia ingin kembali pulih. Walaupun dia menolak cadangan Ana untuk menerima Epul, itu tak bermakna dia juga tak sukakan Epul. Atas alasan itulah, dia bertekad untuk berjumpa dengan Epul pada hari ini. Berharap Epul akan mengubah keputusannya untuk menderma. Biarlah dia menolak sekeras-kerasnya asalkan nyawa orang kesayangannya tidak turut terancam.
“Eh, dia ni.
Berangan pula. Wafaa, awak dengar tak cakap saya ni?” Tangannya
dilibas-libaskan di depan muka Wafaa. Menyedarkan kembali gadis itu ke alam nyata.
Entah apalah yang difikirkan Wafaa saat itu. Sempat lagi dia. Aku ni sikit
punya serius. Ehem!
“Huh? Apa awak
cakap tadi?” soal Wafaa bingung. Tak sedar pula bila masa dia berangan. Buat
malu jer.
“Saya cakap, saya
tetap dengan keputusan saya. Saya tetap nak menderma. Titik! Walau berjuta kali
pun awak menolak, saya akan buat awak terima hati saya ni juga. Tak kisahlah
kalau nyawa saya yang terpaksa melayang dulu.” Sehabis saja ayatnya itu, Epul
terus melangkah pergi. Langsung tak diberi peluang kepada Wafaa untuk menolak.
Malas bertekak. Bukan dia tak tahu gadis puuuujaaan hatinya itu jenis yang
sukar diubah pendirian. Perkara itu sendiri telah diberitahu oleh kedua orang
tua Wafaa kepadanya sendiri. Sebelum dia bersetuju untuk bertemu dengan Wafaa,
dia sebenarnya telah bertemu dengan Haji Wajdi dan Hajah Nu’mah membincangkan
soal tersebut. Merekalah yang menyokong Epul untuk memujuk Wafaa supaya
menjalani pembedahan hati.
Wafaa yang belum sempat berkata-kata, hanya memandang sepi jasad Epul
yang kian jauh meninggalkannya sendirian di situ. Ayat terakhir Epul
terngiang-ngiang di telinganya. ‘Apa maksud Epul?’ bisiknya sendirian. Tiba-tiba rasa
gusar bermukim di hati. Janganlah Epul buat something yang bodoh. Dia mengeluh perlahan. Hmmm!
**************
Panggilan telefon daripada Ana betul-betul menyentap hatinya saat
ini. Lemah urat sendinya. Nak berdiri juga sudah tak bermaya. Hajah Nu’mah yang
berada berhampiran terus memeluk lembut anaknya sebelum Wafaa terjelepok jatuh.
“Abang. Tolong saya
bang. Wafaaa…” jerit Hajah Nu’mah memanggil suaminya yang sedang khusyuk
membasuh kereta di luar rumah. Haji
Wajdi yang mendengar jeritan isterinya itu terkocoh-kocoh berjalan masuk ke
dalam rumah.
“Ya Allah, kenapa ni?” terkejut bukan kepalang melihat isteri dan
anaknya dah terduduk di atas lantai. Dilihat anaknya itu menangis
tersedu-sedan. Hajah Nu’mah sekadar memandang suaminya sambil mengusap-usap
lembut belakang anaknya itu. Bahu diangkat sebagai isyarat ‘tak tahu’.
**************
I
have died everyday waiting for you
Darling
don't be afraid I have loved you
For
a thousand years
I'll
love you for a thousand more
Time
stands still
Beauty
in all she is
I
will be brave
I
will not let anything take away
What's
standing in front of me
Every
breath
Every
hour has come to this
One
step closer
Suasana bilik
begitu suram sekali. Terdengar esakan kecil Mak Temah di penjuru katil hospital
itu. Ana di sebelah berusaha menenangkan Mak Temah. Manakala Ijat sekadar
memandang sayu. Wafaa yang berada di dalam bilik itu turut bersedih. Sejak
mendapat panggilan telefon tadi, mereka terus bergegas ke sini. Bertambah
runtun hatinya melihat keadaan Epul yang terbaring lemah di atas katil.
Wayar-wayar penuh berselirat di seluruh badan. Nasib baik ibu bapanya masih
setia berada di sebelahnya sebaik sahaja mereka tiba di hospital tadi. Jika tidak, dia pasti rebah di situ juga.
“Mak…mak…”
tiba-tiba kedengaran suara Epul tidak bermaya. Perlahan sekali suaranya
memanggil Mak Temah. Matanya masih terpejam rapat. Mak
Temah segera mendekatkan wajahnya ke arah Epul. Ingin mendengar dengan
lebih jelas butir bicara anaknya itu.
“Mak…Wafaa…terima…hati…Epul..”
tersekat-sekat suaranya. Payah sekali untuk dia mengeluarkan suara. Mereka yang
mendengar bertambah sedih melihat keadaan Epul yang tak berdaya itu. Mak Temah
sekadar mengangguk. Faham apa yang ingin disampaikan oleh Epul. Pantas saja
tangannya menggamit memanggil Wafaa untuk datang lebih dekat. Biar Wafaa
sendiri mendengarnya.
“Epul, Wafaa ada
kat sini nak. Cakaplah sendiri dengan Wafaa.” Ujar Mak Temah menahan sendu. Tak
sanggup rasanya dia melihat keadaan anaknya itu. Epul yang mendengar, terus
dibuka matanya perlahan-lahan. Ingin melihat wajah kesayangannya itu. Senyuman
diberikan biarpun payah tatkala melihat wajah Wafaa di sebelah.
“Wafaa...awak...awak...terimalah
hati saya ni yer?” pinta Epul. Air liur ditelannya perit sebelum meneruskan
kata, “awak terimalah Wafaa. Anggaplah ini permintaan terakhir saya.”
“Saya taknak. Saya
cakap saya taknak, saya taknaklah! Saya taknak terima hati awak. Saya taknak
hati awak tu. Saya nak awak!” Wafaa sudah mengongoi. Air mata mencurah laju di
pipinya. Tak kuasa dah dia nak mengelap. Biarlah.
“Tapi, saya kan
dah mati.” Ujar Epul tersenyum.
“Biarlah. Biar
awak mati. Buat apa saya hidup dengan hati awak tu kalau awak sendiri takde.
Alang-alang saya pun dah nak mati, biar saya ikut awak.” Wafaa masih berdegil.
“Sanggup ke awak
biarkan roh saya tak tenang sebab tak
dapat bantu awak Wafaa?” Epul masih berusaha memujuk biarpun keadaannya sendiri
lemah tak berdaya.
Wafaa menggeleng.
Epul menghela nafas perlahan.
“Kalau macam tu, janjilah dengan saya yang awak akan terima hati
saya ni. Saya merayu.”
Wafaa berdiam. Tak tahu jawapan apa yang harus diberikan.
“Wafaa. Berjanjilah nak. Mak cik merayu. Tolong tunaikan hasrat
anak mak cik tu. Sekurangnya-kurangnya selepas anak mak cik dah takde nanti,
hati dia masih hidup dengan kamu.” Sedih Mak Temah bersuara. Sampai bila Wafaa
nak berdegil sedangkan anaknya itu dah puas memujuk. Dia perlu masuk campur. Nekad!
Mendengar saja butir bicara Mak Temah, Wafaa akhirnya mengangguk
perlahan. Tegakah dia menghancurkan harapan hati tua itu? Sudah tentu tidak!
“Yesss!” tiba-tiba suara Epul kedengaran. Dia yang tadi terbaring
lemah atas katil sudah mengubah ke posisi duduk. Muka yang pucat lesi terus
bercahaya. Manakala Mak Temah, Ana, Ijat hatta ibu bapa Wafaa, masing-masing
sudah melebar senyum. Tinggal Wafaa sahaja yang masih kebingungan.
‘Apa semua ni? Bukan dia tengah sakit nak mati ke tadi?’ Muka-muka
orang di dalam bilik hospital itu dipandangnya satu persatu-satu. Mencari
jawapan. Mak Temah yang perasaaan akan hal itu terus menepuk-nepuk bahu anaknya
memberi amaran.
“Errr…sebenarnya…errmm…” teragak-agak Epul bersuara. Aura ‘gunung
berapi’ sudah terasa. Mak Temah dan
lain-lain sudah beransur keluar. Beri ruang untuk mereka berdua selesaikan hal
tersebut.
“Pandai-pandailah kau explain kat Wafaa tu Epul. Rancangan
kau juga kan. Mak ni pelakon tambahan jer.” Sempat lagi Mak Temah berbisik ke
telinga anaknya itu sebelum keluar.
Wafaa berpeluk tubuh. Matanya tajam memandang lelaki di hadapannya
itu. Muka terasa panas menahan marah. Epul ni memang nak kena!
“Saya buat ni semua untuk awak Wafaa. Takde niat apa pun. Betul.
Sumpah!” tangan kanannya diangkat bersumpah. Gerun pula dia tengok keadaan
Wafaa sekarang ni. ‘The dark sight of her’ la omputih kata.
“Tapi, takkan sampai menipu macam ni sekali. Bermain dengan nyawa.
Berkomplot dengan semua orang. Awak saja nak malukan saya ke apa ni?” Hah. Hamek
kau Epul! Rasakan tembakan puluru berpandu daripada cik Wafaa kesayangan kau
tu.
“Tak. Tak. Saya cuma nak awak jalani pembedahan tu je. Ambil hati
saya ni jadi sebahagian diri awak tu.” Epul berusaha pertahankan dirinya. Dalam
masa yang sama, dia cuba meyakinkan Wafaa.
“Saya tarik balik kata-kata saya tadi. Cancel lah saya nak
terima hati awak.”
“Tapi, awak dah janji kot. Dengan bakal mak mertua awak pula tu.”
Epul mengenyih.
“Ahh. Saya tak kira. Perjanjian tu dikira batal sebab awak menipu
saya.” Wafaa masih main tarik tali.
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah
perjanjian-perjanjian. Surah Al-Maidah ayat 1.” Dibacakan sebahagian terjemahan
firman Allah itu kepada Wafaa. Biar Wafaa sedar yang dia perlu tunaikan
janjinya itu. Boleh tahan juga kau ni Epul. Tak padan dengan engineer. Ustaz
mesin rupanya kau ni. Hehe!
Wafaa yang mendengar terjemahan bait-bait ayat Al-Quran itu terus
terdiam. ‘Alamak! Dia main psychology pakai kalam Allah pula. Nak jawab
apa ni?’ fikirnya sendirian. Epul sudah tersenym kemenangan. Kening
diangkat-angkat mencabar Wafaa. ‘Ha! Jawab. Jawab. Kenapa diam?’
“Arghh. Awak jahat!!” Wafaa terpaksa mengalah akhirnya. Tahu yang
dia dah kalah bermain kata dengan Epul. Kakinya dihentak tak puas hati. Terus
saja dia berlalu meninggalkan Epul sendiri di dalam bilik. Tak kuasa dia nak
melayan si Epul tu. Huh! Namun, di dalam hati dia tetap bersyukur kerana
perihal Epul yang terlibat dalam kemalangan seperti yang dikhabarkan oleh Ana
dalam telefon tadi hanyalah lakonan semata-mata. Kalau betul tadi, dia juga
yang menyesal. ‘Sayang juga kau kat Epul tu yer Wafaa’
Sebaik sahaja Wafaa keluar dari bilik yang menempatkan Epul itu,
terjengul wajah Ijat di depan pintu. “Apehal tu beb? Nampak macam bertambah
marah je si Wafaa tu. Tapi, yang peliknya aku nampak bibir dia tersenyum.”
Beritahu Ijat kehairanan. Mendengar saja ayat yang keluar dari mulut Ijat itu,
Epul terus ketawa terbahak-bahak. Dia tahu, yang usahanya dah membuahkan hasil.
Hoorayy!!
**************
Beberapa bulan kemudian…
“Tak sangka kan Epul, kahwin juga kau dengan Wafaa tu.” Ijat yang
terbaring bersebelahan dengan Epul di atas pangkin bawah pokok mempelam
kesayangan kawan baiknya itu bersuara. Masing-masing memejamkan mata menikmati
udara segar waktu petang. Angin yang sesekali menampar wajah mereka terasa
begitu nyaman sekali. Epul di sebelah tersenyum. Siapa sangka dia dan Wafaa
akhirnya bersama. Alhamdulillah, pembedahan hati antara mereka berdua berjaya. Sungguh,
itulah jodoh antara mereka. Begitu kuat dirasakan sejak kali pertama bertemu
muka dengan Wafaa pada hari pernikahan Ijat. Sejak hari itu, Ijat sudah jatuh
cinta. Cinta pandang pertama! Cewaahh.
“Abang oiii…taknak join kitorang makan mempelam ker? Sedap kot.
Rugi tak makan. Cicah dengan garam belacan pula. Masyukk!” laung Wafaa
depan rumah ibu mertuanya itu.
“Yelah bang. Meh la sini, makan sekali.” Ana pula menyampuk.
Tangannya lincah mengupas buah mempelam.
“Sudah-sudahlah tu layan perasaan. Menyampah pula mak menengoknye.
Patutnya dikahwinkan saja korang berdua ni. Baru padan. Macam pinang kena
hempap dengan batu.” Seloroh Mak Temah. Wafaa dan Ana sudah ketawa geli hati. Mak
Temah tak usah cakap. Bersungguh-sungguh dia ketawa sampai berair mata. Epul
dan Ijat akhirnya bangun dari pembaringan. Mereka berdua berjalan menuju ke
rumah. ‘Mana boleh tak join. Buah mempelam kot. Feverot aku tu.’ Desis
hatinya sendiri.
“Amboi mak, suka benar mengata
saya yer?” soal Epul sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan bersebelahan Wafaa. Manakala
Ijat sudah pun duduk di sebelah isterinya. Masing-masing ada pasangan. Hanya
Mak Temah tanpa teman.
“Opkos la. Tak Nampak mata mak berair ni?” jawab Mak Temah. Air
mata yang masih bersisa diseka dengan hujung jari.
“Mak tu memang. Drama queen. Masa dekat hospital dulu tu pun
bersungguh-sungguh mak nangis. Macamlah Epul ni dah mati.” Mulutnya dicuih
sedikit. Walau apa pun, lakonan maknya itu memang mantap habis. Dia sendiri pun
terasa nak menangis bila melihat maknya menangis waktu itu biarpun sekadar
lakonan.
“Kalau tak bersungguh, tak adanya berjaya rancangan kamu tu. Nasib
baik ada mak kamu ni tau.” Mak Temah tersenyum bangga.
“Eleh, kau tu pun. Bukan main lagi. Dah macam orang nak mati aje
aku tengok. Tapi, terkantoi. Nasib baiklah Wafaa terima kau juga. Kalau aku
ke….” Sengaja Ijat berhentikan ayatnya di situ. Dia tersengih-sengih jahat
kepada Epul.
“ Itu kau, bukannya Wafaa. Mana boleh Wafaa tolak aku. Dahlah handsome,
baik pula tu. Kan sayang kan?” wajah isterinya ditatap lembut menantikan
jawapan. Wafaa mencebik. Malas layan suaminya yang suka sangat perasan tu. Baik
makan mempelam.
“Perasan la kau tu!” balas
Ijat menyampah. Tak habis-habis dengan sifatnya yang suka perasan itu. Dari kecil
sampai dah berkahwin pun masih tetap sama.
Tak berubah langsung la Epul ni. Macam mana sekalipun, Epul tetap kawan baiknya
sampai bila-bila. Susah senang mereka tetap bersama.
“Hehe. Biasalah. Aku kan Epul.” Dia tersengih. Kepala tak gatal digaru menutup
malu.
Kedengaran
ketawa mereka berlima pada petang itu. Riuh sekali suasana di rumah Mak Temah. Angin
sepoi-sepoi bahasa yang bertiup juga seakan-akan meraikan kegembiran mereka saat
ini. Semoga kegembiraan ini terus kekal selama-lamanya
~ TAMAT ~
Miss
L : (3/2/2013 – 16:58 pm )
0 comments:
Post a Comment