[Kredit] |
“Cantik tak tudung ni
Wani?”
“Cantik. Sesuai dengan akak.”
“Wani taknak beli satu ker?”
“Takpelah kak. Mahal la. Tudung Wani semuanya under
RM20 jer. Lagipun, tudung ni labuh sangat bagi Wani.” Bisik Wani di telinga Kak
Asma’. Takut terdengar dek penjual.
“Apa salahnya tudung labuh. Kan lagi menutup aurat
berbanding sekarang ni. Nak kata mahal, takde la sangat. Baru RM 28 jer.”
“Bagi Wani mahal lah kak.”
“Kalau gitu, akak belanja satu tudung kat Wani okay? Wani
wajib terima.”
“Okay!” akhirnya Wani mengalah. Kak Asma’ sudah dianggap
seperti kakak kandungnya sendiri. Masakan dia tergamak untuk menolak. Dia
sekadar menurut.
Selesai membayar, mereka berdua menuju ke kedai seterusnya. Kedai
Buku Popular! Memang itulah tujuan utama mereka keluar ke pekan pada hari itu
pun. Biarpun mereka berbeza dalam banyak perkara, tapi minat yang sama terhadap
buku tak menghalang mereka berdua untuk menjadi semakin rapat.
**************
“Amboi…banyak belanja?” Asma’ menegur.
Wani tersengih. Matanya sedikit mengecil. “Mana ada banyak
pun akak. Tiga buah jer ni. Baru RM68.” Tangannya sempat menunjuk ke arah novel-novel
yang sedang elok terletak di atas kaunter bayaran. Cik cashier di hadapan lantas
turut tersenyum terdengarkan perbualan pelanggannya itu.
“Banyak la tu. Akak ni, nak habiskan sebuah buku pun makan
masa hampir sebulan tau.”
“Itu sebabnya, akak ambil feel terlebih. Hehe!” Wani
mengekek ketawa. Sengaja dia permainkan Kak Asma’.
‘Pap!’ Satu tepukan lembut singgah di bahu Wani. Asma’
sekadar mengelengkan kepalanya. Wani!
Wani! Tak habis-habis nak kenakan akak.
**************
Dua bulan kemudian…
“Comelnya adik akak hari ni!” puji Kak Asma’. Wani tersengih
di hadapan cermin. Hari ni, buat pertama kalinya dia memakai tudung pemberian
Kak Asma’ dua bulan yang lalu. Entah kenapa, tergerak hatinya untuk memakai
tudung tersebut.
“Comel macam akak tak?” Wani sekadar menguji.
“Mestilah. Tapi, akak lagi comel kot! Hehe!” Kak Asma
ketawa. Wani turut ketawa mendengarkan selorohan Kak Asma’. Sedikit sebanyak rasa
gusar yang bermukim di hati tatkala memikirkan reaksi rakan sekuliahnya itu hilang
begitu saja.
**************
“Akak, Wani tanya sikit boleh?”
“Tanyalah. Apa dia?” Kak Asma’ menoleh mukanya memandang
wajah Wani. Sekilas kemudian, dipaling semula mukanya memandang kanak-kanak
yang sedang berkejaran di taman permainan berdekatan rumah sewa mereka.
“Akak tak rasa ke tudung bidang 60 yang akak pakai sekarang
ni mahal?”
“Rasa la juga. Kenapa?”
“Habis tu, kenapa tak beli tudung bidang 45 jer. Kan menutup
aurat juga.”
“Sebelum akak jawab soalan Wani tu, Wani jawab soalan akak
dulu boleh?”
Wani mengangguk. “Boleh.”
“Antara harga sehelai tudung labuh dengan dua buah novel yang mana lagi mahal?”
“Mestilah novel. Dua
buah tu pun dah boleh cecah RM50. Kadang-kala sebuah novel pun dah boleh
melebihi harga sehelai tudung.” Semangat Wani menjawab.
“Pandai pun adik akak ni.” Diusap-usap perlahan kepala Wani
disebelahnya persis seorang kanak-kanak. Wani juga senang diperlakukan seperti
itu. Namun, dia masih belum jelas apa tujuan soalan kakaknya itu.
“Apa kaitannya soalan akak dengan soalan Wani tadi tu?” dia
bersuara. Betul-betul tak faham apa yang ingin disampaikan oleh Kak Asma’.
“Macam mana Wani rasa tentang harga novel tu semua, macam
tu jugalah akak fikir setiap kali nak beli tudung.”
Nafas dihela perlahan
sebelum dia menyambung kata,
“Akak selalu cakap kat diri sendiri, kalau novel
berpuluh-puluh ringgit aku boleh beli, takkanlah sehelai tudung yang harganya
tak seberapa ni aku tak mampu nak beli? Dan ternyata ayat tu berkesan kat akak.
Sejak dari hari tu, akak mula beli tudung labuh. Sedikit demi sedikit. Berkali-kali akak ulang ayat yang sama
setiap kali nak beli tudung. Biar akak sedar yang nilai sehelai tudung labuh tu
lebih bermakna berbanding novel-novel cinta yang akak baca sebelum ni. Tudung inilah yang akan perbaiki akhlak akak dan bantu akak masuk
syurga. Bukannya novel-novel cinta dunia tu semua pun.
Lagipun, kan lebih manis bila bertudung labuh. ” Asma’ senyum. Tenang sekali
wajahnya.
Wani di sebelah terdiam. Sikit pun tak bersuara. Kata-kata
Kak Asma’ sikit sebanyak menusuk kalbu. Kerana ada kebenarannya di situ. Matanya
berkaca-kaca. Sentap!
“Banyak borong novel Kak Asma’. Sejak bila?” sengaja Wani
kenakan kakak kesayangannya itu. Bukannya dia tak tahu, jenis novel yang
bagaimana Kak Asma’ beli. Kebanyakkannya novel berunsurkan islamik dan buku-buku
motivasi. Cuma sesekali, Kak Asma’ akan membeli novel cinta.
Asma’ menjeling manja di sebelah. Tahu sangat kenakalan adik
angkatnya. Ada saja yang nak dikenakan. Malas dia nak menjawab. Namun tatkala
matanya terperasan Wani yang sedang berjalan kosong tanpa membeli apa-apa, dia
sedikit pelik. Selalunya pasti akan ada sesuatu yang dibeli Wani bila mereka ke
POPULAR.
“Aik, tak beli novel pula ke?” tanya Asma’.
“Takde yang best. Lagipun, nak simpan duit beli tudung
japgi.” Wani sengih.
“Tudung mahal ke tudung murah?” Diangkat-angkat keningnya memprovok
Wani.
“Mestilah tudung mahal. Nak comel macam Kak Asma’ la katakan.”
“Kak Asma’ comel tak?” ayat iklan kecantikan Kak Ton ditiru.
Sekadar bergurau-senda.
“Mestilah comel.” Haha! Wani ketawa. Asma’ juga turut
ketawa dengan lawaknya sendiri. Apa pun, dia bersyukur kerana Wani sudah
belajar memakai tudung bidang 60 yang dulunya dikatakan mahal.
Mahal ker?
Taklah. Murah jer. ^_^
[Kredit] |
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka…” ~ (Surah An-Nur: 31)
[Kredit] |
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ~ (Surah Al-Ahzab: 59)
0 comments:
Post a Comment