[Kredit] |
Tanggal 27 Jun
2009, bermulalah pengajian bagi pelajar-pelajar baru ambilan Julai-September
2009. Seawal jam 8.00 pagi, kereta berbagai
jenama dan keluaran berpusu-pusu menuju ke satu destinasi. Jalan dari Pekan
Bedong, Sungai Semeling mahupun Merbok cukup sesak dengan pelbagai jenis
kenderaan. Kereta, moto, van, lori semuanya sibuk di jalanan. Masing-masing ada
tujuan dan destinasi sendiri. Tetapi, majority destinasinya adalah ke
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah. Kerana apa? Kerana pada hari ini, di
sinilah anak-anak muda dari pelosok negeri bakal mendaftarkan diri sebagai
pelajar baru UiTM. Memandangkan aku adalah anak jati kedah, dan tempoh
perjalanan dari rumah ke UiTM Merbok sekadar memakan masa selama 2 jam sahaja,
so kami sekeluarga bertolak kira-kira dalam pukul 9.30 pagi. Ahh! Pi awai pun
buat apa kan? Hehe!
Semakin dekat
dengan destinasi, semakin laju jantung berdetak. Debaran makin terasa. Itulah
yang dirasakan aku pada saat itu. Tidur malam usah ditanya. Sudah semestinya
tak lena. Memikirkan suasana baru yang bakal ditempuh pada keesokan hari. Mungkin perasaan ini juga
turut dialami oleh sahabat-sahabatku. Sahabat yang bakal aku temui dan kenali. Sahabat yang bakal mencipta sejuta memori buat kenangan kita bersama. *Senyum*
Setiap pelajar
baru akan diberi kunci bilik. Bilik yang akan kami duduki sepanjang pengajian
kami selama 6 bulan di sini. Oh! Harap jangan disalah sangka. Bukan bermakna
kami study selama 6 bulan saja. Tidak sama sekali. 6 bulan yang diberi
adalah untuk tempoh satu semester. Jadi, sepanjang semester pertama, kami akan
diberi bilik dalam kolej masing-masing. Pada tahun itu, hanya ada 3 Kolej
sahaja yang disediakan, manakala yang lain masih dalam pembinaan. Mahsuri dan
Masria adalah kolej untuk pelajar-pelajar perempuan dan Malinja adalah satu-satunya
kolej yang disediakan khas untuk pelajar-pelajar lelaki.
“Eh, kak! Saya ada dua kunci ni. Satu kat Mahsuri, satu lagi kat Masria.”
Memandangkan
keluarga aku datang dengan menaiki 2 buah kereta, maka dengan secara tak
sengajanya kami diberi dua kunci. Padahal yang nak masuk UiTM tu sorang ja. Apa-pun-tak-boleh!
“Kalau macam tu adik pilih la nak amek bilik mana?” ujar Kakak facilitator (PM) yang dari tadi setia membantu kami.
“Kolej mana yang lagi dekat?” kakak aku pula bertanya.
“Kolej Mahsuri lagi dekat. Depan ni ja. Kalau Masria kat belakang sana.” Jawab kakak faci sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, kita amek bilik kat Mahsuri ja.” Kakakku beri kata putus.
Ku sangkakan
panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ku sangkakan pendaftaran
dibuat pada hari itu, rupanya diadakan pada hari lain. ( Grr…peribahasa yang
langsung takde kena mengena dengan situasi ). Maka mak bapak, adik-beradik,
saudara-mara yang turut serta menghantar kami sebagai pelajar UiTM sekadar
datang menghantar. Tak ada apa yang perlu dilakukan. Mai hantaq tak mau-mau.
Sampai dua-tiga bijik kereta. Buat sesak jalan ja. Adehh! Okeh,
berbalik kepada citer tadi, selesai ja mengemas bilik, pasang cadar, masuk baju
dalam almari ect, keluarga masing-masing pun mula beransur pulang. Keluargaku
juga tak berlama-lama. Sudah ja makan tengah hari kat tepi tasik (kononnya
ala-ala berpiknik), diorang pun terus bertolak balik. Errr..sebenarnya depa
tu tak terus balik pun. Agenda depa lepas tu adalah singgah tanjung
dawai. Waaaa! Sangat-sangat tak aci. Sebab aku ditinggalkan kat sini. Tak leh
nak ikut. Apa boleh buat. Kehidupan sebagai seorang student university baru jer
bermula. *Ehem!*
0 comments:
Post a Comment