26B, Kami Datang !

Sunday, April 07, 2013 | Comment
[Kredit]

Semester pertama dah hampir tamat. Tak lama lagi kami semua akan bercuti panjang. Bestnyeee *mata berkaca bersinar-simar*. Tapi, ada perkara yang perlu kami selesaikan. Kalau tak, tak boleh cuti. Huk aloh! 

Beberapa bulan sebelum berakhirnya semester pertama, kami terpaksa mencari rumah sewa.  Sebabnya adalah kami semua bakal dibuang dari kolej. Eh-eh. Bukan lah. Sudah menjadi tradisi UiTM, students degree perlu duduk di luar kampus. Memandangkan kami lepasan STPM, kami hanya diberikan tempoh selama satu semester saja untuk berada di dalam kolej. Lepas tu, silalah segera angkat kaki. Cari rumah sewa sendiri. Mulalah hidup berdikari sendiri-sendiri. Waahh! Dah serupo pantun pulop. Mulanya, kami bercadang untuk menyewa di sebuah rumah dekat kampung yang berhampiran. Namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan plus juga untuk kebaikan kami semua, maka kami terpaksa cari rumah lain last minute. Fuhh! Nasib baik jumpa. Corner lot, warna kuning, belakang kedai, No. 26B.
“Eh, sila besarkan lagi no rumah tu. Tak berapa jelas la cik witter?”

No. 26B

Ahah! Nampak tak? Nampak tak? Tak Nampak lagi, memang butalah tu.  Hoho! So, sekarang ni agaknya dah boleh faham sikit kot kenapa 8+1=26B? Bukannya 8+1=9. *sambil angkat kening double jerk*

Sebelum nak masuk menyewa secara rasmi, kami perlu melakukan proses pembersihan. Pembersihan apa? Pembersihan rumah. Ya! Pandai pun. Sebabnya tuan rumah kami tu hajatnya dah tak mau bagi sewa kat sapa-sapa dah. Tapi, memandangkan kami semua ni comel-comel blako dia bagi sewah jugalah. Haha! Perasan habis. Weerrk. :p Apapun, nampak tak logic kan? Ada ker patut orang yang menyewa tu kena pergi bersihkan rumah. Memang taklah kan. Sepatutnya tuan rumah yang bersihkan. Bukannya kami. Hadoi! Nasib baik kami ni baik hati semuanya (Tambahan: comel+baik hati = sila jadikan kami isteri/menantu pilihan anda), kami redho jelah. Lagipun dah terdesak. Nak buat macam mana lagi. Cuci pun, cucilah. Yang nak duduk rumah tu nanti kami juga. *Sigh*

Selang beberapa hari, maka dengan ini, tibalah hari mencuci rumah sewa. Dengan semangatnya kami semua berjalan dari kolej ke pintu masuk utama UiTM sambil bawa segala peralatan yang sesuai untuk mencuci termasuklah baldi, sabun dan berus. Sekali orang tengok dah macam gaya penyamun-penyamun dalam cerita ‘Ali Baba BujangLapok’ baru balik dari merompak sambil nyanyi lagu ni,

Hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
Pulang dapat rumah sewa
Rumah besar bayar murah saja

Mari kita lekas ke rumah sewa
Bawa harta benda semua
Janganlah tunggu lama-lama
Ayuh berkemaslah segera
(Edited)
-----------------


Dua kali tengok macam makcik-makcik cleaner. Tiga kali tengok baru orang perasan, 
‘Ohhh! Student UiTM rupanya.’ *muncung je mulut tu kan*.  
                                             

Ahh! Tak kisahlah. Janji kami gumbira dapat rumah sewa. Yeahh! Berbalik kepada cerita, proses mencuci tu makan masa jugalah. Kami bertolak (dengan teksi) dalam pukul 10:00 pagi lebih-lebih (if I’m not mistaken). Selesai cuci pun dah masuk zohor. Nak mencuci rumah 26B ni ingat senang ker? Dah la rumah macam baru lepas kena ayaq bah (banjir). Haila! Habuk jer dah tebal dekat 10 inci. Lantai kotor macam kena selut tanah. Sawang takyah kira la. Kami siap boleh buat buaian lagi. Sambil karaoke nyanyi lagu ‘Laju-laju Buaiku Lagu’ sebijik macam dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih. Haha! Yang tu aku tipu. Sabor je lah.


Berhampiran bangunan TEC dan Pentadbiran[Kredit]

Sebulan kemudian…

Seperti yang telah ditetapkan dan dipersetujui semua pihak, maka kami pun masuk menyewa secara rasmi di rumah 26B itu. Rumah tu sederhana je besarnya. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Memandangkan kami semua 9 orang, jadi kami pecahkan kepada 3 orang untuk satu bilik. Nampak macam sesak kan? Tapi, takpun. Kami masing-masing selesa. Lagipun, takde katil. So, tak makan banyak ruang. Sekadar tilam dan almari baju. Setelah berbincang (sebelum cuti), kami dah pun pilih ahli-ahli bilik masing-masing. Pilihan adalah suka-sama-suka. Tak perlu undi. Pilih dan setuju. Simple. Bilik utama/depan/pertama dihuni oleh Cheq Fas, Cheq Saa dan Cheq Shud, bilik kedua/tengah pula dihuni oleh aku, Cheq Umi dan Cheq Daa. Manakala, Cheq Nurr, Cheq Dib dan Chik Su sudah semestinya di bilik ketiga/belakang. Bermula pada hari  itu, hiduplah kami di rumah 26B. Bangun, tidur, mandi, solat, makan, minum, buat asiggnment, baca buku, even ketawa, menangis juga bersama-sama dalam rumah tu. Banyak kenangan dan memori kami tersimpan dalam rumah 26B sepanjang 2 tahun setengah (Part 2 - Part 6). 

The latest news from our ex-landowner adalah rumah tu dimasuki pencuri sebaik saja kami keluar. Barang-barang dalam rumah semua kena kebas. Yang tinggal hanyalah botol kicap! Adoyaiii! Apapun, kami bersyukur kerana sepanjang kami menyewa, rumah 26B selamat daripada dimasuki pencuri biarpun ada hari kami terpaksa jadi ‘Jaga’. 

Jaga? 

Yup, Jaga! *sengih*

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...