Kisah Kejujuran Rusa di Malam Cinta Rasul

Sunday, March 31, 2013 | Comment

[Kredit]

Diceritakan bahawa pada zaman Rasululullah s.a.w, terdapat seekor rusa yang telah ditangkap dan diikat oleh seorang Badwi sehingga tidak mampu melepaskan diri melihat baginda Rasululullah s.a.w sedang berjalan. Lalu rusa itu pun memanggil,
“Ya Rasulullah! Ya Rasulullah!”

Lantas baginda Rasulullah yang mendengar terus menoleh kebelakang dan dilihat seekor rusa yang sedang memanggilnya. Perkara ini bukanlah mustahil dan pelik bagi seorang Rasul yang penuh dengan mukjizat sebagaimana Nabi Sulaiman juga memahami dan mengerti bahasa haiwan seperti semut dan burung hud-hud. Rusa tadi kemudiannya berkata,
“Ya Rasulullah! Saya ini mempunyai dua ekor anak yang berada di belakang gunung itu. Anak saya masih kecil dan saya masih belum menyusui mereka. Kamu lihat bagaimana susu saya ini penuh dan masih menitis kerana anak-anak saya belum menyusu kepada saya dan saya pula ditangkap oleh Badwi itu. Saya sudah 2 hari ditangkap tetapi masih belum disembelih. Jika sudah disembelih, masalah pastikan selesai kerana tak boleh rasa bersedih dan memikirkan anak-anak yang masih belum menyusu itu.”

Lihatlah, bagaimana rusa juga mempunyai perasaan kasih sayang. Kasih kepada anak-anak. Dan perasaan kasih ini adalah sebahagian kecil daripada rahmat Allah yang diberikan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Oleh sebab rahmat Allah yang satu ini jugalah semua makhluk saling kasih-mengasihi di atas muka bumi.

Rusa tadi menyambung bicaranya,
“Lepaskanlah saya, Ya Rasulullah supaya saya dapat kembali  kepada kepada kedua anak saya dan dapat saya susukan mereka. Selepas itu, akan saya kembali kepada kamu.”

Kemudian, kata baginda Rasulullah s.a.w,
“Kamu adalah tawanan kepada si fulan (Badwi) tu. Jadi, saya tak dapat melepaskan kamu.”

Rusa itu berkata, 
“Ya Rasulullah! Saya berjanji, sekiranya kamu lepaskan saya dan aku sudah berikan susu kepada anak-anakku, aku akan kembali memenuhi janjiku kepada engkau.” 

Setelah mendengarkan kata rusa itu, Rasululullah (seorang insan yang menerima kejujuran dan sentiasa menghargai makhluk yang telah berjanji untuk berlaku jujur) maka baginda pun melepaskan rusa itu. Lantas, rusa tadi pun berlari dengan cepat menuju ke sebalik gunung manakala baginda Rasulullah sedia menanti (Standby) di tempat rusa itu diikat. Ianya adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk bertanggungjawab kepada si Badwi tadi jika apa-apa berlaku kepada rusa buruan Badwi itu.

[Kredit]

Tidak berapa lama kemudian, rusa tadi kembali dengan keadaan yang sebelumnya tadi penuh susu kini sudah kering dan mengecut sebagai tanda bahawa sudah diminum oleh kedua anaknya-anak itu.  Padahal, rusa itu tahu akan nasib yang bakal menimpa dirinya sekembali dia ke tempat Rasulullah sedang menanti. Dia bakal disembelih, dijual atau diapa-apakan dan berpisah dengan anak-anaknya. Biarpun rusa itu boleh melarikan diri tatkala dilepaskan sebentar tadi oleh Rasululllah, namun ia tidak berbuat demikian. Bahkan ia kembali untuk memenuhi janjinya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Maka, baginda Rasulullah s.a.w pun mengikat kembali rusa tersebut di tempatnya. Sedang mana Rasulullah mengikat rusa tersebut, si Badwi yang melihat datang menemui Rasulullah dan bertanya,
“Ya Rasulullah! Apa yang kamu buat?”

Lalu, baginda pun menceritakan apa yang telah berlaku. Kemudian, baginda berkata,
“Bolehkah kamu menjual kepada aku yakni untuk dilepaskan?”

Badwi itu menjawab, 
“Saya hadiahkan rusa ini kepada engkau.”

Setelah itu, baginda Nabi pun melepaskan rusa itu. Rusa itu pun berlari dengan melangkahkan kaki belakangnya seolah-olah sedang menari lantas mengucapkan dua kalimah syahadah menandakan betapa gembiranya dia dilepaskan atas kejujurannya itu terhadap baginda Rasulullah s.a.w. 

[Kredit]


Sebagai pengajarannya, berlaku jujurlah dalam setiap perbuatan dan tutur kata yang menjadi teras perjuangan sebagaimana para sahabat kepada Rasulullah dan diangkat darjat oleh Allah s.w.t. Berlaku jujur juga dalam hati kita kepada Allah s.w.t dan sesama manusia bermula daripada diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan juga muslimin dan muslimat. Dan lihatlah bagaiman keajaiban yang Allah berikan atas ganjaran sikap kejujuran yang telah kita pamerkan. 

***************

[Nota kaki] : Kisah ini deceritakan oleh l Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di dalam satu program iaitu ‘Malam Cinta Rasul’ pada baru-baru ini (23/3/2013) di Dataran Merdeka. Program dibuat bagi mengajak umat Islam untuk sama-sama berzikir dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Ia ditayangkan secara live di TV Al-Hijrah dengan persembahan Qasidah yang diketuai oleh Habib Syech As-Seggaf.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...