7 Hari 7 Malam Ku Rasa Terseksa

Friday, April 05, 2013 | Comment
[Kredit]

Penat! Letih! Exhausted!

Apa lagi perkataan yang boleh menggambarkan betapa letihnya aku 7 hari 7 malam itu. Sudah semestinya bukan aku sorang ja yang rasa macam tu. Opkos my friend also feel the same. Keenn? Kalau korang tertanya-tanya apa yang berlaku seminggu itu (Err…ada ke orang nak tanya?), jawapannya adalah minggu kitorang di-rangging. Taklah ragging mana pun. Tapi, biasalah kan adat university terima student baru. Mestilah ada sesi orientasi dan kat sini kami panggil Minggu Destini Siswa (MDS). Macam-macam aktiviti yang kami kena buat dan pada yang sama pendaftaran students baru berjalan.

Nak dijadikan cerita, aku dan geng-geng aku ni kadang-kadang terpaksa berpisahlah sebab masing-masing dah dibahagikan kumpulan. Leceh lorr. Tapi, seingat aku ada juga geng aku ni yang dapat dok sekali. Sapa ntah. Tak ingat ah! Tolong ingatkan aku. Hehe! Walau macam manapun, kami tetap jalan sekali. Pergi solat sekali, balik kolej sekali, makan sekali. Memandangkan masih baru, jadi aku tak berapa nak ngam lagi dengan yang lain-lain. So, aku banyak dengan Cheq Umi dan Cheq Fas. Cheq Daa dengan budak kos lain. Maklumlah satu group dengan dia time MDS. Huh!  Cheq Dib maybe dengan sek-sek Klate. Chik Su pula suka sendiri-sendiri. Lone ranger dari awal semester sampai dah grad. Yang lain-lainya tak dapat dikesan dengan siapakah mereka pada saat itu.  


Berbalik kepada cerita sepanjang MDS ni, kami kena bangun seawal 4:00 pagi plus something lebih kurang sebelum gerak ke Pusat Islam Ashabul Kahfi (time MDS dulu nama tu belum wujud sebab baru siap bina). Mengantuk tu jangan cakap la. Dah la MDS tu habis pukul 12:00 tengah malam. Campur tolak darab bahagi semua, mau sampai pukul 1 pagi gak la sampai bilik. Huhu! Tapi demi nak elak kesesakan di bilir air, maka kugagahkan juga bangun awal. Kalau tak, lambat la. Nak berebut bilik air ingat senang? Macam nak pi perang woo! Tiap-tiap hari sepanjang MDS, itulah rutin harian kami. Kang lambat, kakak-kakak PM tu mulalah nak keluarkan suara soprano masing-masing. Adehh. Sapa larat dengar. Hihi. Selalunya aku akan bangun dulu. Lepas mandi, baru aku kejut Cik Zila si roommate aku time ni. Tapi, bila time tido dialah orang pertama yang akan tido dulu (selalunya). Tambah pula, MDS yang terlalu meletihkan mental dan emosi kami. Sampailah ada ketika tu,
“Nak, mandi dak?”
“Tak taulah. Nak mandi ka?”
“Malas la. Dak kot.”
Takyah mandi la. Tidoq ja la.”

Dan, kami berdua tidur tanpa mandi. Busuk tak busuk. Itu belakang kira. Yang pentng tido sebab esoknya nak bangun awal. Frankly speaking, time tu kami masing-masing mandi sehari sekali ja. Tapi, ada gak 2-3 kali time MDS tu kami balik mandi. Boleh kira dengan jari la. Ngee~

Macam-macam pengalaman yang kami lalui. Yang manis ada, pahit ada, suam-suam kuku pun ada. Paling ketara sekali adalah, akan kelihatan kaki-kaki students pompuan kebanyakannya melecet. Yang mana hari pertama MDS pakai high heel mau 2-3-4 inch, lastly pakat tukar pakai kasut flat. Takdenya nak melawa dah. Siapa yang nak melawa tu memang tak sayang kaki lah gamaknya. Dah kena jalan jauh. Dari hujung nuun di sini (kolej) nak ke hujung nuun di sana (courtyard/pusat Islam). Kena pula lalu jalan berbukit atau nama glamornya “Bukit Tonggek”. Memang pagi-pagi dah mandi peluh walaupun baru ja lepas mandi.
“Cuupp! Cuupp! *sambil angkat tangan*. Nak tanya sikit,  kenapa bukit tonggek? Bukannya bukit tergolek ker?"
“Oh! Sebabnya masih belum ada lagi (I guess) mana-mana student jatuh tergolek kat jalan tu. Tapi, yang akan tertonggek tu memang banyak. Automatically. Tanpa paksaan. Haha!”

Tutup soalan. Sambung lagi cerita. *Ehem!*.

Sepanjang 7 hari 7 malam ni, kami memang banyak berjalan, yang berlari pun ada sebab terlambat. Dah bila terlalu banyak berjalan tu tahu-tahu sajalah kan. Kasut Vincci pun surrender. Angkat bendera putih sebab tak mampu nak tanggung beban pemakainya. Hari-hari kena ganyang. Errr! Salah sorang yang kasutnya jadi mangsa adalah Cheq Fas. Baru jer beli semata-mata nak masuk UiTM. Jahanam terus gara-gara MDS. Dalam masa 7 hari, kasut dia sadaqallah –ul-azim. Tak dapat diselamatkan lagi dah. Rasanya kasut Cheq Saa dan Cheq Nurr juga alami benda yang sama. Naseb baik kasut aku masih tahan lasak walaupun tak branded *angkat-angkat kening* .

Courtyard [Kredit]

Walaupun kami ada kumpulan kecil (mix with other courses), most of time kami dengan budak-budak kos kami. Beratur pergi solat, pergi courtyard, dengar ceramah etc pun dengan budak-budak satu kos. Lagipun, kos kami plus bebudak degree tak banyak. Majoritinya adalah students diploma. Aku cuma ingat, kos untuk degree student hanyalah kos aku (BIS) dan kos budak admin (BAS). Lain-lainya aku tak pasti. Maklumlah, aku bukannya jenis nak ambil peduli sangat. My bad! Apa yang bestnya bila beratur ikut kos ni adalah time nama kos kami dipanggil menggunakan singkatan. Kadang-kala mencuit hati kami. There is one night, we need to listen some talk from someone important about UiTM and bla bla. So, kami diminta untuk beratur dan duduk ikut kos. Seperti biasa, kos-kos bebudak diploma yang akan dipanggil sehinggalah sampai giliran bebudak degree untuk dipanggil.
“BAS!” panggil salah sorang  abang PM sambil pegang kertas. Kami yang dengan sopan-santunnya beratur di sebelah tengok ja. Sebab bukan kos kami. So, kami buat derk jelah.
“Ni kos apa?” tanya abang PM tu bila geng-geng BAS tak respon.
“BIS”. Jawab salah sorang daripada budak kos kami.
“BAS mana BAS?” tanya abang PM kat kami.
“BAS dah pi dah. Tinggai BIS ja.” 

Kami semua terus gelak bila dengar jawapan entah dari sapa. Yang pastinya budak kos kami juga. Sekali dengan abang PM tu gelak. Tiba-tiba rasa macam dah terlepas bas. Haha! Abang PM tu dok kalut atur budak-budak lain, jadi ada PM lain yang dah ambil alih tugas dia tu sekejap. Sebab tu, dia tak perasan yang bebudak BAS dah duduk. Tinggal kami ja dok tercongok depan courtyard. Budak BIS. Ataupun terkadang tu kami panggil Bismillahirrahmanirrahim. Keh. Keh. Keh.

Biapun penat, letih, exhausted, feel sooo sleepy sampai tertidur time dengar ceramah/taklimat siap ternganga mulut, tapi itulah pengalaman. Pengalaman yang tak mungkin ditukar ganti. Takkan sama untuk dirasai. *Senyum!* 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...