Kos Aku Kos Kau Juga. Fuuhh!

Thursday, April 04, 2013 | Comment
[Kredit]

Masih hari pertama di UiTM Merbok. Kira-kira dalam pukul 4.30 kami, pelajar-pelajar baru diminta untuk berkumpul di depan dewan makan Masria? Jadi, sebelum tu sempat la kami semua berkenalan dengan roommate masing-masing. Memandangkan aku ni jenis yang agak suka bersendirian kat dalam bilik, so aku agak gumbira kerana blok aku ni hanya menempatkan 2 orang untuk satu bilik. OooYeahh! *lompat bintang sambil tepuk tangan*. Selepas sesi perkenalan antara aku dengan roommate yang juga berasal dari Kedah, maka takdak masalah kami untuk berkomunikasi dalam longat yang sama. Err…tapi kami tetap ada masalah komunikasi. Iaitu kami masing-masing tak tau nak cakap apa. Sampai habis sem kami lebih banyak senyum daripada berkongsi cerita. But, we still a good roommate. One more thing, she is younger than me okay. So, nak tak nak I treated her like my sister although we both seem have a same age. *Wink! Wink!*

Okay, cukup ja time untuk berkumpul maka aku dengan roommate aku ni pun bergerak ke tempat yang telah diberitahu. Masa ni, we (me and my roommate, Zila) only have each other. Yelah, mana kenal orang lain lagi kan. Sampai ja kat situ, kami pun berkumpul beramai-ramai. Kakak-kakak PM berjaket kuning pun mula membahagikan kami mengikut kos. Satu-persatu nama kos disebut sehinggalah...
“Kos pengurusan maklumat. Beratur kat sini.”   

Salah sorang daripada kakak PM bagi arahan. Dengan healer segala. Takut kami tak dengar arahan lettew. Dengar ja nama kos, aku pun cepat-cepat beratur walaupun dalam hati ada sikit keraguan. ‘Betoi ka ni kos aku?’ Then, masa tengah beratur tu aku pun dengan sehabis cool nya pun tanyalah salah sorang student. 
“Ni kos pengajian maklumat dalam kurungan pengurusan perpustakaan dan pengurusaan maklumat ka?”
“A’ah. Pengurusan maklumat. Tapi takdak pun pengurusan perpustakaan tu.” Budak tu pun jawab. 


Dalam hati aku. Hah! Sudah. Tak sama la pula. Aku pun tengok la surat tawaran dia. Dia pun dengan baik hatinya tunjuk kat aku. Sah! Memang tak sama. Silap beratur dah ni. Jantung memang tak kira kuat dah dok berdebar. Dup! Dap! Dup! Dap! Lagi ketaq daripada masa nak mai UiTM tadi. Maka, aku pun keluar la daripada barisan. Terus ja ke arah saudari-saudari facilitator itu. Bertanyakan soalan yang sama. Tapi, bertambah malangnya mereka-mereka itu pun tertanya-tanya. ‘Ada ka kos ni kat sini?’ Haila! Apa kes facilitator pun tak tau. Dush! Dush! Jalan penyelesaian yang diorang bagi adalah,
“Adik, dok sebelah sini dulu. Satgi kami atoq lain.”

Erk!

Maka, tercongoklah aku kat sebelah. Dekat pokok. Jeng! Jeng! Bukan aku sorang ja kat situ. Ada lagi dua orang yang setia menjadi penunggu pokok. *Ehem!* Mereka berdua itu adalah Cheq Fas dan Cheq Umie. Di bawah pokok itulah kami bertiga berkenalan. Bertukar nama dan asal. Tahulah aku bahawa Cheq Fas dari Perak dan Cheq Umie anak jati Bedong. *Gelak besar*. Walaupun negeri kami berbeza, tapi kami menggunakan longat yang sama kerana tempat tinggal Cheq Fas dah dekat dengan kedah. So, dia pun cakap kedah la. Setel masalah komunikasi. Tambah pula, depa dua tu pun cakap banyak. Keh. Keh. Keh. Oh, sebelum terlupa! Masalah kos yang masih menjadi tanya. Sekali lagi aku bertanyakan kepada mereka berdua tentang kos yang ditawarkan. Apakah sama dengan kos aku? Dan ternyata, kos kami adalah sama. Yang di dalam kurungan itu juga sama. Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan & Pengurusan Maklumat). Kos aku, kos kau juga. Fuhh! Jumpa geng juga akhirnya, walaupun berlainan saiz badan. Eh-eh! 

[Kredit]

Selepas beberapa minit and maybe it takes a couple of hours (i’m also not very sure), akhirnya kos kami dipanggil untuk beratur. Taklah banyak mana pun yang amek kos ni. Lebih kurang 30 lebih ja. Then, sambil beratur kami pun berkenalan sesama sendiri. Dari situ, aku kenal Cheq Daa, Cheq Dib, Cheq Saa, Cheq Nurr, Cheq Shud, Chik Su dan rakan-rakan yang lain. Honestly, aku taklah ingat aku tegur siapa dan siapa tegur aku dulu time beratur ni. Nama-nama diorang juga aku ingat-ingat lupa. Aku juga selalu tertukar antara Cheq Nurr dan Cheq Saa. Jangan ditanya kenapa. Maybe both of them look same but not alike? Erk! But the most important is we are in the same course. Not only me okay!. ..*Fuuh! It makes me feel sooo relief*

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...