Eh, Aku Jatuh Cinta !

Friday, March 29, 2013 | Comment
[Kredit]

Dari jauh, kelihatan Firdaus tergesa-gesa berjalan dari arah bertentangan. Azam berkerut.
‘Nak ke mana dia ni? Kalut semacam jer?’

Selangkah, dua langkah, tiga langkah…

      “Fir, kalut jer? Nak kemana?” Azam menegur tatkala mereka bertemu bahu ke bahu.
          
      “Eh, Azam. Allah! Tak perasan aku. Nak ke surau kejap.”
          
      “Ada apa kat surau tu?”
          
      “Takde apa, cuma aku nak Dhuha kejap.”

      Senyum.

      “Takde kelas?”
          
      “Ada. Lagi 20 minit. Itu yang nak cepat ni.”
          
      “Owh, takpelah gitu. Pergilah cepat. Nanti lambat pula.”

Firdaus mengangguk. 
Langkah diatur. Namun, sempat dia berpaling sebelum berkata,

     “Kau nak join?”
        
      “Tak kot.”

***************

Sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji. Biasan lampu sedikit menyilaukan matanya. Azam buka mata perlahan-lahan. Dilihatnya Firdaus sedang mengaji di meja studi. Handphone di sebelah bantal diambil. Dah pukul berapa ni?

      ‘Laaa..baru 4.3o pagi’.’ Bisik hatinya sendirian.

Firdaus yang terasa seperti diperhatikan , terus berpaling ke belakang. Dilihat Azam yang sudah terjaga.

       “Eh, Azam. Aku ganggu kau tidur ke?” tegurnya
  
       “Taklah. Aku tersedar je ni. Awal bangun?”

       “Aku tahajjud tadi. Sambil-sambil tunggu subuh aku ngaji la kejap.”

Azam mengangguk. Matanya dipisat-pisat perlahan. Mahu kembali tidur.

      “Eh, Azam. Marilah tahajjud sekali.” Ajak Firdaus.

      “Takpelah. Aku ngantuk la. Nanti subuh kau kejutkan aku eh?”

      “Yelah.” Dia mengeluh perlahan. 

***************

      “Cuti sem ni kau nak buat apa Fir?”

      “Keja kot. Kau?”

      “Entah.” Bahunya dijungkit sedikit.

      “Bas aku dah sampai tu. Aku gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”

    “Okay!” Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya. Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.

***************

Sebulan kemudian….

      “Assalamuaikum kawan!” Azam sengih depan pintu bilik kolej mereka.

      “Waalaikumussalam! Allah. Rindunya aku kat kau. Kau rindu aku tak?”

    “Errr...” kepalanya digaru perlahan. Tak tahu nak jawab apa. Firdaus ketawa melihat keletah Azam. ‘Azam! Azam!’

Beberapa minit berlalu...
    
      “Ahhh! Letihnya…” separuh badannya dibaringkan di atas katil. Kakinya terjuntai ke bawah. Penatnya sungguh terasa setelah seharian mengemas bilik. Tergeleng-geleng Firdaus melihat Azam sebelum dia juga turut membaringkan badannya di sebelah rakannya itu.

        Sepi.

      “Fir, kau tidur ker?” suara Azam memecahkan kesunyian. Kedua-dua belah tangannya dijadikan alas kepala. Matanya tepat memandang kipas yang sedang berputar di siling.

      “Tak!” jawab Firdaus ringkas.

      “Eh, Fir. Aku jatuh cinta!”

      “Whoa! Betul ker?” Mata yang sedari tadi tutup sudah terbuka.

      “Yup!”  Tenang.

      “Dengan siapa?”

      “Dengan mereka.”

      “Mereka? Kau biar betul. Berapa orang langsung?”

      “Dua!”

      “Aku kenal?”

       Azam mengangguk.

      “Siapa?”

      “Dhuha. Tahajjud.”

       Senyum.

      “Maksud kau?”

       Diam.

       Dibiarkan Firdaus berteka-teki sebentar.

      “Fir!”

      “Hmm…”
      
      “Esok tahajjud?”

      “A’ah.”

      “Kejut.”

      “Siapa?”

      “Akulah!”

      “Sungguh!”

      “Yup!”

      “Dhuha?” soal Firdaus lagi.

      “Sekalilah.”

      “Jumpa kat surau okay?”

       Azam mengangguk.

       Firdaus sudah tersenyum. ‘Alhamdulilllah!’

***************

      “Cuti sem ni kau nak buat apa Fir?”

      “Keja kot. Kau?”

      “Entah.” Bahunya dijungkit sedikit.

      “Bas aku dah sampai tu. Aku gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”

    “Okay!”  Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya. Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.

      “Aku harap, lepas cuti ni kita boleh tahajjud dan dhuha sama-sama eh! Aku doakan.”


[Kredit]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...