[Kredit] |
La la
La
nahtajul ma la
Kai
nazdada jama la
Jauharna
huna
Fil
qalbi talala
La la
Nurdhin
nasi bima la
Nardhohu
la na ha la
Za ka
jamaluna
Yasmu
yataa’la
Oh wo
oh, Oh wo oooh
Oh wo
oh, Oh wo oooh
Oh wo
oh, Oh wo oooh
“Mak Cik….!! Diamlah.
Bising tau tak?”
“Ah! Sibuk la kau.
Dengki la tu?”
Haykal garu
kepalanya berkali-kali. Dah tak tahan dengan makciknya yang sorang tu. Asyik
ulang nyanyi lagu yang sama je. Nak study pun tak senang. Huh! Terus diangkat
langkah kakinya ke dapur.
“Haha! Tak puas hati
lettew…” nyanyiannya diteruskan. Langsung tak ambil pusing dengan jeritan
Haykal tadi. Eleh, apalah yang nak ditakutkan sangat dengan budak darjah 6 tu.
Baligh pun belum lagi. Piraahh…!
**********
Oh, hai! Nama aku
Arrisa Maisarah. Anak bongsu kepada Haji Aiman dan Hajah Maimunah. Berumur 24
tahun. Seorang yang happy go lucky, peramah dan tak kurang cantiknya. Haha! Sekarang
ni aku kerja sambilan di sebuah syarikat sebagai kerani. Yelah, ada degree pun
tak guna. Bukannya senang nak dapat kerja. Sob..! Sob..!
Oppss..! Taknak tacing-tacing.
Not me okay! Oh, ya! Lupa pula nak pesan. Korang jangan panggil
aku Arissa atau Maisara. Tak glamour you..! Tapi, korang boleh
panggil aku,
“Mak Cik Kun Anta!”
“Diamlah kau!”
Hahaha! Haykal sudah
ketawa terbahak-bahak di belakang. Perasan retis betullah mak sedara
senget dia ni sorang. Punyalah sedap nama atok dan nenek bagi, nak juga suruh
orang panggil Iris. Tak kena langsung. Pffff….!
**********
“Arrisa!”
“Iris la mak. Bukan
Arissa.” Laung Iris dari ruang tamu.
“Ape-ape jelah kau
ni Arissa oii…” balas Hajah Maimunah. Malas layan.
“Ada ape mak?” soal
Arissa lembut.
“Petang karang ambil
Haykal kat sekolah yer?” Hajah Maimunah beri arahan dari dapur.
“Abah mana mak?
Bukan abah ker yang selalu ambil budak tu balik tuisyen.”
“Abah ada mensyuarat dengan ajk surau lepas
solat asar.” Jelas Hajah Maimunah.
Iris di ruang tamu
dah mencebik-cebik mulut. Tak puas hati sebab kena pergi ambil anak sedaranya
itu. Padahal petang karang dia dah plan nak ajak Wawa, teman baiknya itu
ke pekan. Nak donwnload lagu baru kat cyber café. Nampak gaya kena tukar pelan
la. Nak dibantah, jadi anak derhaka pula. Lagipun, siapa lagi yang boleh ambil
si mulut becok tu selain daripada dia. Mak dia bukannya tahu bawa motor ataupun
kereta. Walaupun Haykal dengan dia tak sebulu, selalu jer gaduh, tapi itu lah
satu-satunya anak sedara yang dia ada.
Cerita tentang
Haykal, dia sebenarnya anak yatim piatu. Anak abang long aku. Satu-satunya adik
beradik aku yang aku ada. Dulu. Tapi sekarang, tinggal aku jer. Harapan mak
abah. Abang long aku meninggal dunia sejak Haykal dalam kandungan lagi akibat
kemalangan jalan raya. Ibu dia pula meninggal selepas melahirkan dia. Sedih kan
hidup dia. Yatim piatu dari kecil lagi. Mak abah aku la yang bela dia sampai
sekarang memandangkan kami je satu-satunya saudara yang dia ada. Kak ipar aku
pun anak yatim piatu juga. Mak abah aku tu la ibu dan ayah dia. Dan kalau
korang nak tau, dia pun panggil mak abah aku, ‘mak’ dan ‘abah’ juga. Bukannya
atok nenek. Tak malu betul!
Tapi, cukuplah cerita
sedih dia tu terhenti kat situ jer. Sebabnya, aku malas nak kenang kisah sedih
dia tu. Mulut dia yang becok tak makan saman tu memang selalu sangat buat aku
panas hati. Yatim ke piatu ke, aku tak peduli dah. Memang aku cili-cilikan jer
budak sorang tu. Geram!
**********
“Mana pula perginya
budak ni. Dah setengah jam aku terpacak kat gate ni. Tak juga nampak batang
hidung. Hishh…! Hishh..!” Dikipas-kipas mukanya yang memerah. Merah sebab panas
dan marah. Habis senget-benget tudung yang dipakai gara-gara mengelap peluh kat
muka.
‘Aku pergi juga ke
kelas budak ni karang. Nak tengok, apa yang budak tu buat sampai sekarang tak
keluar-keluar. Jangan-jangan berdating tak. Bukan boleh percaya Haykal ni.’
Detik hati Iris. Terus laju diayun langkah kakinya ke kelas Haykal.
Memandangkan dahulu dia juga pernah bersekolah di sini, maka dia tak rasa kekok
sedikit pun mencari kelas anak sedaranya itu.
‘Eh, tu macam
Haykal. Amboi! Siap bergelak sakan dengan perempuan. Aku dah agak dah. Tak
boleh percaya budak ni. Kecik-kecik lagi dah gatal!’
Terus dilajukan
jalannya itu. Daripada gear 3 terus ke gear 5. Nak tangkap basah anak sedara
sendiri, mana boleh slow-slow.
‘Siap kau! Balik
karang aku report kat mak!’
**********
Suasana di meja makan sunyi sepi. Selalunya ada jer yang nak
digaduhkan si Iris dengan Haykal. Tapi, tak pula malam ni. Pelik! Haji Aiman
pandang Hajah Maimunah. Isyarat mata yang terarah kepada Iris diberikan kepada
isterinya itu. Hajah Maimunah sekadar menjongketkan bahunya tanda tak tahu
apa-apa.
“Ehem!” Haji Aiman berdehem sebelum memulakan bicara.
“Arissa, kenapa diam je abah tengok? Ada masalah ker?” soal
Haji Aiman prihatin.
Iris geleng kepala. Malas nak bersuara. Nasi disuap ke dalam
mulut dengan perlahan. Tak berselera dia malam ni. Takde mood. Ini semua
petang tadi punya pasai. Jatuh saham aku!
“Haykal! Kau buat apa ha! Dah
setengah jam mak cik tunggu kau kat luar sana. Mak cik ingat kelas kau belum
habis. Rupanya kat sini kau dating yer! Tak padan dengan budak tak cukup umur!”
jerkah Iris. Dicekak pinggang rampingnya itu. Matanya tajam merenung Haykal.
Haykal tersentak. Budak perempuan tadi pun terkejut.
Tiba-tiba jer kena serang. Takde salam takde mukadimah apa-apa, terus jer
dituduh macam-macam. Nak menjawab tak berani. Garang kemain lagi. Kalah Kak Ros
dalam cerita Upin Ipin.
“Mak cik buat apa kat sini?” soal
Haykal rilek. Mula-mula terkejut juga. Tapi, pelik. Macam mana mak ciknya boleh
ada kat dalam sekolah pula ni? Curious betul.
“Kau tanya mak cik pula yer? Kau tu
buat apa? Tak reti-reti nak balik ker?” soal Iris geram. Soalan Haykal
dibiarkan tak berjawab. Tak penting pun.
“Haykal ada hal sikit nak kena
bincang. Nak balik dah la ni.” Jawab Haykal. Dah memang dia nak balik dah pun.
Cuma…
“Amboi…amboi…! Kau ingat makcik tak
sekolah? Bincang apanya kat taman macam ni? Bukan main lagi mak cik tengok kau bergelak
ketawa dengan budak perempuan ni. Bincang ke dating?” marah Iris. Namun sempat
juga dipandang sekilas taman mini di hadapannya. Cantik!
“Maaf cik. Boleh saya bantu?”
Suara dari belakang Iris mengejutkannya. Terus ditoleh muka
ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual bert-shirt putih
berkolar dipadankan dengan seluar slack hitam sedang memandangkan dengan
senyuman.
‘Hurmm…boleh tahan.’ Detik hati Iris.
Sempat lagi kau yer Iris.
“Encik ni siapa pula?” soal Iris.
“Saya Uwais. Cikgu budak-budak ni.”
Uwais perkenalkan dirinya. Senyum. Dipandang muka Iris yang tengah marah.
Walaupun nampak agak selekeh dengan tudung yang agak senget, tapi tetap manis
untuk dipandang. Ewah!
“Hah! Elok sangat la cikgu datang.
Ni, saya nak bagitau yang budak Haykal ni tengah dating. Tak padan dengan bawah
umur. Saya rasa cikgu patut bagi hukuman jer kat diorang ni. Lari pusing padang
30 kali ker, pumping 100 kali ker. Saya tak kisah. Asalkan budak Haykal ni kena
denda.” Dijeling ke arah Haykal. Haykal jelir lidah tak takut. Bukannya dia
buat apa-apa kesalahan pun. Weekk…!
“Eh, cik dah salah faham ni.
Sebenarnya saya yang suruh diorang…”
“Ohhh…ni la rupanya kerja cikgu yer?
Ada ke patut cikgu suruh diorang ni berdating. Cikgu jenis apa awak ni ha?”
terus dipotong ayat Uwais. Kali ni Uwais pula tercengang. ‘Aku pula yang
salah?’
“Tak cik. Dengar dulu cakap saya sampai habis. Saya bukannya suruh diorang ni berdating. Tapi, saya suruh diorang ni tunggu saya kat sini. Nak bincang tentang persiapan pertandingan Matematik lusa nanti.” Laju Uwais beri penjelasan. Takut juga percakapannya dipotong sekali lagi.
“Tak cik. Dengar dulu cakap saya sampai habis. Saya bukannya suruh diorang ni berdating. Tapi, saya suruh diorang ni tunggu saya kat sini. Nak bincang tentang persiapan pertandingan Matematik lusa nanti.” Laju Uwais beri penjelasan. Takut juga percakapannya dipotong sekali lagi.
‘Alamak! Aku ke yang salah? Aduh! Malunya. Mana nak letak muka ni?’ Bisik hati
Iris.
“Cikgu, maaflah. Mak cik saya ni
memang senget sikit. Suka buat kalut.” Haykal mencelah. Bibirnya senyum
mengejek. Padan muka mak cik!
Iris bertambah geram. ‘Kurang asam
kau Haykal. Kenakan mak cik depan cikgu kau yer!’
“Err..maaflah cikgu. Cikgu bincanglah
apa yang patut. Saya tunggu kat luar jer.” Kalut-kalut Iris berjalan keluar
sekolah. Langsung tak dipandang muka cikgu Uwais. Terasa bahang panas di
mukanya. Malunyaa…!
“Mak cik, lain kali bagi salam dulu
tau! Kan dah merah muka tu. Malu la tu kan?” jerit Haykal. Terus meletus
ketawanya. Budak perempuan tadi pun turut ketawa. Geli hati.
“Diamlah kau Haykal. Balik jalan
kaki!” sempat Iris membalas. Langsung tak menoleh ke belakang. Uwais sekadar
menggelengkan kepala. Senyum.
**********
“Arissa, abah ada benda nak cakapkan dekat Arrisa ni.” Ujar Haji
Aiman. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan anaknya itu. Wajah Iris
ditatap lembut.
“Nak cakap apa bah? Cakaplah. Iris dengar ni.” Balas Iris.
Terus dikalihkan mukanya daripada tv mengadap abahnya. Beri perhatian.
“Haritu masa Arissa tengah berkursus kat Pulau Tioman, ada
orang datang rumah. Diorang nak meminang Arrisa.”
“Apa abah? Meminang? Arrisa abah?” Bulat matanya memandang Haji
Aiman. Tak percaya.
“Yelah. Takkan meminang Hajah Maimunah pula.” Seloroh Haji Aiman.
“Ish, abah ni. Main-main pula. Tu kan isteri abah.
Betul-betul la bah. Jangan main-main.” Iris dah tak senang duduk. Jarinya
dimain-mainkan bagi menghilangkan rasa gelisah.
“Betullah. Takkan abah nak bergurau tentang hal ni. Ni kan
benda penting.”
“Dah tu, abah jawab apa?”
“Abah setuju jer. Lagipun abah kenal lelaki tu. Baik
budaknya.”
“Laaa…abah ni. Kenapa tak tanya Arrisa dulu? Kenapa terus
setuju? Dah la budak lagi. Budak umur berapa yang datang meminang Arrisa tu
abah?” soal Iris kalut. Haji Aiman ketawa. Ada-ada je Arrisa ni. Memang la tadi
dia ada kata baik budaknya. Tapi, takdelah dia maksudkan yang datang meminag tu
masih budak. Arrisa..! Arrisa…! Kalau dah mai kalut dia tu, kalut juga
la jadinya. Soalan entah apa-apa.
“Abah ni..gelak pula. Soalan Arrisa tak jawab lagi.” Iris
memuncungkan mulutnya. Orang tengah gabra, abah boleh pula gelak. Eeiii…tak
paham.
“Yelah. Yelah. Budak tu umur 28. Kerja engineer. Abah
suka tengok dia. Mak pun suka. Kamu setuju yer Arrisa?” pinta Haji Aiman
lembut. Anaknya itu memang kasar, tapi dalamannya lembut. Kena dengan gaya,
pasti hati tu mudah lentur.
“Tapi abah, Arrisa
takut la. Arissa tak bersedia lagi. Orang muda lagi la bah. Suruh la orang lain
kahwin dulu. Haykal ker?”
Pap!
Peha Iris ditepuk kuat. Pedih. Tak perasan bila maknya itu
datang duduk kat sebelah. Kan dah kena! Suruh lagi yang bukan-bukan.
“Yang kamu suruh Haykal kahwin tu dah kenapa Arrisa? Budak tu
sekolah rendah pun tak habis lagi. Kamu tu yang patut kahwin. Umur dah 24. Haih!
Mengarut sungguh la anak dara ni sorang!”ujar Hajah Maimunah geram.
Haykal yang kebetulan baru pulang dari kelas ngaji Al-Quran
tergelak kecil. Iris jeling tak puas hati. Haykal buat muka slamber. Langsung tak
gentar. Terus diambil tempat duduk di sebelah atoknya itu. Saja nak menyibuk!
Hehe.
“Kalau macam tu, kamu kenal-kenal la dengan dia tu. Abah dah
bagi nombor kamu kat dia. Nanti-nanti dia mesej la tu.” Cadang Haji Aiman.
Muka abahnya yang penuh berharap tu buatkan dia jadi serba salah. Tak sampai
hati la pula.
“A’ah, betul kata abah tu. Kalau ok, hujung tahun ni terus
kahwin. Takyah tunang dah.” Maknya pula menambah.
“Alah mak cik ni. Tak payah la nak pikir. Terima jer terus.
Hensem kot bakal pakcik Haykal tu. Suara pun sedap. Kalah Humood AlKhuder. Boleh
la Kun Anta hari-hari. Haha!” Haykal sengaja mencucuk. Iris bertambah geram.
Terus dia bangun dari tempat duduknya itu. Kepala Haykal disekeh berkali-kali.
Haykal menjerit kesakitan. Tak sempat dia nak lari. Ganas betul mak cik ni
sorang. Huhu!
**********
“Eeiii….rimas betul la mamat ni. Tak habis-habis dok hantar
rakaman suara menyanyi dia tu. Suara tu kalau sedap macam penyanyi Kun Anta tu takpe
la juga. Ni tak, hampeh! Dah tu, lagu klasik dia bagi. Mau pengsan aku dengar
oiii. Oh, Peh-lis laa. Not my taste okay!” rungut Iris.
Dah hampir dua bulan dia berkenalan dengan lelaki tu. Dan dah
hampir sebulan juga dia jadi tunang mamat tu. Sejak bertunang, hari-hari mamat
tu hantar nyanyian dia tu. Ewww…!
Bila diingatkan balik macam mana dia bertunang, memang tak
logik. Rasa nak lari je dari rumah.
Tapi, takkan nak buat betul-betul pula kan? Malu la mak abah nanti.
Ok. Berbalik kepada cerita bertunang. Memang bukan dalam
perancangan pun. 2 minggu selepas mak abah aku bagitau ada orang masuk
meminang, baru lah mamat tu whatapps aku. Ingatkan dah jumpa calon lain. Daripada
aku nak berangan buat kenduri kesyukuran, terus tukar jadi kenduri arwah.
Mula-mula whatapps tu macam biasa la. Tanya nama, khabar,
keje apa, buat apa bla..bla..bla..! Aku pun kadang-kadang balas, kadang tu tak.
Eh, malas la aku. Rimas pun ada. Takkan la mak abah aku takde beritahu semua tu
kat dia kan. Nampek benor nipunyee. Aku pula, takde hati pun nak tanya apa-apa
tentang diri dia. Ah! Lantak la. Sampai la satu hari tu, dia send lagu.
Sejak
ku bertemu pada mu
Fikiran
ku telah terharu
Hanya adinda
yang akan dapat
Mengubatkan
hati ku rindu
(2x)
“Wehh…lagu
apa ni mamat ni nyanyi ni? Dah la suara tu sumbang. Werk..! Werkk…! Geli
dowh.”
Dengar je nanyian dia
yang serupa katak panggil hujan tu, terus aku balas whatapps dia. Tak tunggu
lama. Laju ja aku taip,
Tolong lah! Suara
dah la tak sedap. Ada hati nak nyanyi. Dah la nyanyi lagu entah apa-apa. Menyesal
mak abah saya sukakan awak tau tak? Huh!
Lepas kejadian tu,
terus mamat tu menyepi. Aku apa lagi. Sengih sampai ke telinga la. Sebabnya aku
ada alasan nak tolak cadangan mak abah daripada terus rekomen dia jadi menantu.
Tapi, harapan tinggal harapan. Belum
sempat nak bagitau, abah dulu bawa berita mengejut
“Minggu
depan diorang datang nak bertunang. Bakal tunang kamu cakap kamu yang mintak
bertunang. Lagi manis nak bermesej katanya.”
Weeehhh…bila masa aku
cakap macam tu? Dalam hati dah menyumpah seranah mamat sorang tu. Lidah pun
boleh pulak dok terkelu, terkedu time-time lagu ni. Kot la nak cakap tak
nak ke, nehi kabhi nehi ke, La..! La..! Ana taknak kawen ker, tapi
hampeh. Satu huruf pun tak terkeluar.
Dan Haykal si mulut
becok tu yang taktau lah dari mana datangnya terus jadi tukang tambah,
“Orang tua-tua
cakap, diam tanda setuju abah. Betul la tu. Dia je yang malu nak bagitau kita.”
**********
Hari ni, sekali lagi
Iris terpaksa ambil Haykal kat sekolah. Dah dibulatkan hatinya taknak masuk
lagi ke dalam sekolah tu walau berapa lama pun dia kena tunggu Haykal. Taknak
kejadian tempoh hari berulang. Lagi tepat, taknak dah dia bertembung dengan
Cikgu Uwais tu. Huishh…mahunya buat malu 7 keturunan.
“Mak Cik!” Panggil
Haykal separuh menjerit. Iris tersentak.
Ralit sangat teringatkan kejadian yang memalukan tu sampaikan Haykal dah ada
depan mata pun tak perasan. Iris sengih, malas nak kecoh.
“Berangan la tu. Ingat
kat sape? Pakcik eh?” sakat Haykal. Sejak makcik Irisnya bertunang, lagi sakan
dia mengusik. Bukan dia taktau, mak cik dia tak suka kat bakal pak ciknya tu. Hehe!
“Sibuklah kau. Dah jom
balik!” Enjin moto dihidupkan. Nak cepat-cepat blah dari sekolah ni. Bukan apa,
mata dia sempat tangkap susuk tubuh cikgu Uwais yang tersenyum memandang mereka
berdua.
**********
“Mak cik oooo mak
cik…!” jerit Haykal yang sedang elok bonceng di belakang Iris. Bunyi motor yang
agak kuat menyebabkan Haykal terpaksa menguatkan suaranya.
“Apa hal kamu ni?
Duduk diam-diam tak boleh ker?” Iris turut menguatkan suaranya.
“Cikgu Uwais kirim
salam.” Bagitau Haykal.
“Apa kamu cakap? Tak
dengar la. Kuat sikit!”
“Haykal cakap, Cikgu
Uwais kirim salam kat mak cik!”
Sreeeettttt….!
Motor dibrek mengejut.
Haykal di belakang pejam mata takut. Dipeluk mak ciknya tak lepas. Iris
tergamam!
**********
Dumm!
“Hah! Bunyi apa pula
tu?” Hajah Maimunah menyoal. Terkejut dibuatnya tiba-tiba telinga dia menangkap
bunyi yang kuat. Takut juga dia kot-kot rumah ni dah nak runtuh.
“Bunyi pintu bilik mak
cik, mak!” jawab Haykal. Beg sekolah diletakkan di atas meja makan. Gelas di
rak dicapai. Air kosong di dalam peti sejuk dituang ke dalam gelas. Terus
diminum dengan rakus menghilangkan dahaga.
“Kenapa pula dengan
mak cik kamu tu? Balik-balik je nak mengamuk?” soal Hajah Maimumah pelik. Mesti
ada yang tak kena.
“Takde apa la mak.
Saja Haykal usik mak cik tadi. Tu, tengah marah la tu. Heee..!” Haykal sengih
kerang busuk. Takut neneknya marah. Hajah Maimunah geleng kepala. Tahu sangat
perangai budak berdua ni. Bergaduh je kerja mereka. Tak pernah nak berbaik. Haykal
pun, ada je benda yang diusiknya. Iris pula cepat melatah. Hah! Elok sangat la
tu.
Sedang elok Haykal dan
Hajah Maimunah di dapur, Iris di dalam bilik dah seperti cacing kepanasan.
Nasib la Haykal tu ada sedara dia. Kalau tak, memang dia tolak juga budak tu
jatuh motor.
‘Boleh dia buat lawak
tak cukup akal macam tu dengan aku? Yang aku ni pula, boleh pi percaya
kat budak tu. Eeeii…geramnya!’ Iris menyumpah sendirian. Habis lunyai bantal tidurnya dilenyek-lenyek
melepaskan geram.
“Kau
biar betul Haykal? Kenapa pula cikgu Uwais tu nak kirim salam kat mak cik. Tahu
la mak cik ni cantik comel macam Emma Maembong, tapi takkan la dia dah tersuka
kat makcik kot?” Iris dah syok sendiri. Bermacam soalan ditanya kepada Haykal.
Motor dah elok diberhentikan di tepi jalan. Tersengih-sengih sendiri.
Haykal di belakang
menjuihkan bibirnya. Pantang ada orang kirim salam, pasti mak ciknya tu perasan
nak mampus. Dah sampai ke bulan agaknya tu. Tengok gaya sengih pun dah tau.
“Haykal
melawak je lah mak cik. Takkan la Cikgu Uwais tu nak suka kat mak cik. Dia dah
ada tunang la. Tu pun nak percaya. Buwekk..!” bibirnya dicebik.
Pap!
Kepala
Haykal disekehnya. Sakit hati betul dia kena tipu dengan Haykal. Ingatkan
betul-betul Cikgu Uwais tu kirim salam. Punya la semangat, sampaikan sanggup
berpanas tepi jalan raya ni. Kurang asam betul!
“Jom
la mak cik, balik! Panas ni. Eeei…sikit-sikit nak perasan. Macam la cantik
sangat. Nasib baik Haykal sempat peluk mak cik tadi tau. Kalau tak, mesti dah
jatuh.” Haykal dah mula membebel. Gerun juga kalau dia betul-betul jatuh motor
tadi. Mak ciknya ni pun satu. Baru kirim salam dah terkejut. Kalau tadi dia
beritahu yang Cikgu Uwais ajak kahwin, mau melompat motor ni. Terus sampai
rumah. Kus semangat!
“Kau
punya pasal la ni! Nak salahkan mak cik pula.” Ujar Iris bela diri. Terus
dihidupkan motor skuternya itu. Nak cepat sampai rumah. Dia pun dah tak tahan
panas. Ditambah pula ‘panas’ dengan Haykal. Baik dia cepat. Kalau tak, tak tahu
la apa yang bakal dia lakukan kat budak sorang ni!
**********
“Alaaa..mak cik nih.
Tak sporting langsung. Jom laaa…” rengek Haykal.
“Hotak kau tak
sporting. Dah kau tipu baaaiik punyaa, ada hati lagi nak ajak-ajak mak cik
huh?”
“Kan Haykal dah mintak
maaf.”
“Zaman sekarang, mana
cukup kalau setakat mintak maaf je.” Iris berpaling tubuh membelakangkan
Haykal. Pura-pura merajuk. Kadang-kala kena ajar juga si Haykal ni!
“Dah tu..mak cik nak
ape?” soal Haykal mengalah.
Iris dah sengih jahat.
Akhirnya, Haykal dah masuk perangkap. Tahu la dia nak mintak apa daripada
Haykal. Bhahaha!
**********
“Cepatlah sikit mak
cik. Tehengeh-hengeh.”
“Eh, diamlah kau. Dah
la kau yang ajak, banyak bunyi pula. Mak cik balik karang…” ugut Iris. Matanya
sempat menjeling ke arah Haykal.
“Yelah. Yelah. Haykal
diam. Hish..!” Haykal terpaksa mengalah. Padahal dalam hati dah rasa seperti
gunung berapi. Bila-bila masa ja akan meletup. Geram betul.
“Eh Haykal, kau takde
tempat lain nak ajak mak cik pergi ha? Pergi la Giant ke Tesco ke, takpun Gerai
Burger Abang Meon kat hujung kampung sana. Kurang-kurangnya dapat juga mak cik
makan burger free.” Rungut Iris tak puas hati.
“Eeeiii..mak cik ni.
Mentang-mentang la Abang Meon tu sukakan mak cik, tahu nak makan burger free
ja. Report kat mak karang, baru tau kot!”
“Kaki ngadu juga kau
ni ek? Dah, cepat jawab! Kenapa kau beria sangat nak mak cik pergi sekolah kau tu?”
“Adelaaahhh…” Haykal
sengih panjang. Biar persoalan mak ciknya itu tak berjawab. Ada hati nak
perangkap aku yer. Ada ke patut suruh aku teman dia pergi putuskan pertunangan
secara diam-diam. Memang patut mak ayah rahsiakan siapa pakcik tu. Kalau tak…
“Woi, berangan.” Bahu Haykal ditampar kuat. Saja cari pasal.
“Sakitlah makcik! Suka
dera Haykal.” Bahunya disapu-sapu lembut. Sengal.
“Tu la. Siapa suruh
berangan. Hehe.” Iris ketawa halus. “Mana tempat duduk makcik ni? Mak dan abah
pun entah kat mana. Tak Nampak pun.” Sambung Iris sambil matanya meliar mencari
Haji Aiman dan Hajah Maimunah.
“Kita duduk sana la
mak cik. Tu, kat sana mak dengan abah.”
“Amboiii…duduk depan nampak.
Patutlah mak cik cari tak jumpa. Mak cik ingat
tempat duduk kita kat belakang. Heeeee...”
**********
“Huaarggghhh!
Boringnya.” Iris menutup mulut menahan kuap. Matanya juga sedikit merah dan
berair akibat daripada menahan kantuk. Sungguh dia rasa menyesal terima perlawaan
Haykal ke sini. Disikunya Haykal di sebelah.
“Bila nak habis ni?
Bila pula kau nak naik pentas terima hadiah ni? Mak cik mengantuk sangat dah
ni. Mak cik nak balik la kalau macam ni.” Rungut Iris.
“Shyyuuhh. Diamlah mak
cik.” Jari telunjuk diletakkan di bibirnya. Persembahan penting bakal bermula. Diarahkan
jari telunjuknya tadi ke pentas isyarat supaya mak ciknya turut memberi
tumpuan.
“Mak cik nak ke tandas
lah. Basuh muka.” Bisik Iris kepada Hyakal. Terus diangkat punggungnya tanpa
menunggu balasan.
“Jangan lama sangat.” Sempat
Haykal berpesan.
“Tahulah!” balas Iris.
Bibirnya dijuihkan kepada Haykal. Macamlah jauh sangat tandas tu. Kat tepi
dewan ni je pun.
Selepas beberapa
minit, Iris keluar daripada tandas. Iris sedikit terpinga-pinga. “Eh, kenapa
meriah semacam je ni?” dijenguknya ke dalam dewan.
‘Oh, ada persembahan
rupanya. Patutlah.’
“Baiklah, sekarang
majlis akan memperdengarkan kepada hadirin sekalian sebuah lagu yang cukup
popular dan meletop sekarang ini. Bukan saja dalam kalangan anak-anak muda,
tapi juga kalangan orang lanjut usia. Hehe.” Sempat si pengerusi majlis membuat
jenaka sebelum menyampung katanya, “Dengan ini, marilah sama-sama kita mempersilakan
cikgu Uwais dengan lagunya yang bertajuk Kun Anta. Dipersilakan.”
Selesai ucapan
daripada pengerusi majlis, kedengaran tepukan gemuruh daripada orang ramai yang
hadir. Iris juga turut tidak ketinggalan. Lagu feveret kot!
“Ehem..assalamualaikum
semua. Sebelum tu, saya nak beritahu yang lagu ini saya tujukan khas buat anda
semua terutamanya kepada tunang saya. Beliau sangat meminati lagu ini. Saya juga dimaklumkan bahawa hari-hari beliau akan nyanyi
lagu ni. Tak kira siang, malam, pagi atau petang. Kalau boleh, beliau juga
ingin berkahwin dengan orang yang suaranya sedap seperti penyanyi asal lagu Kun
Anta. Haih, nasib sayalah dapat tunang macam tu. Hehehe.”
“Eleh, tu pun nak
cerita. Nyanyi jelah. Macam dia sorang ada tunang. Puii…” ucap Iris perlahan.
Menyampah.
“Mak cik jeles lettew
sebab suara pak cik kan tak sedap. Macam suara katak. Haha!” sengaja Haykal
menambah minyak. Iris yang dengar komen tersebut terus menjengilkan matanya.
‘Memang nak kena budak
ni. Ish! Tak boleh jadi. Aku kena putuskan juga pertunangan ni. Baru boleh cari
suami yang suara sedap. Lebih sedap daripada cikgu Uwais tu. Kau tengok jelah
Haykal!’ detik hatinya.
“Bagi tak membuang
masa, saya mempersembahkan lagu ini buat semua. Kepada tunang saya, Cik Arrisa
Maisarah binti Haji Aiman, hope awak
tak pengsan dengar suara katak saya ni.”
“Eh! Tu kan nama aku?” Iris terkejut. Ditambah pula dengan lagak spontan daripada Cikgu Uwais yang mengenyitkan mata kepadanya membuatkan dia agak tergamam.
Haykal di sebelah dipandang. Matanya dikecilkan sedikit mohon penjelasan.
Haykal sengih.
Diangkat-diangkat keningnya. Sengaja dibiarkan mak ciknya itu kebingungan. Dia
dah pun ikut arahan Cikgu Uwais supaya bawa mak ciknya ke majlis ni. Secara tak
langsung tugasnya dah selesai. Yang lain-lain terserah kepada Cikgu Uwais pula.
Ngeh! Ngeh! Ngeh!
**********
“Kenapa awak tipu saya?”
“Mana ada saya tipu awak.”
“Dah tu, kenapa awak tak beritahu saya yang awak tu tunang
saya?”
“Dah awak tak tanya.” Bela Uwais. Iris ketap bibir. Geram
sungguh dia. Memang la dia tak tanya, tapi takkan la tak boleh nak beritahu. Hish!
Dah la kena tipu hidup-hidup dengan Haykal. Taguneee…
“So, macam mana? Masih nak putus tunang dengan saya lagi ke?”
soal Uwais.
“Macam mana awak…”
“Haykal dah cerita semuanya.” Potong Uwais. Iris bertambah
geram. Dia dah agak. Haykal ni memang mulut becok. Tak boleh nak simpan rahsia
langsung. Siaplah kau!
“Saya settle dengan
awak lain kali. Sekarang ni, ada orang lain yang perlu saya setelkan.” Ujar Iris.
Uwais sekadar menjongketkan bahunya. Dipandang Iris yang laju mengatur langkah
pulang ke rumah.
‘Haykal, kau tunggu mak cik datang!’
**********
Beberapa bulan kemudian…
La la
La
nahtajul ma la
Kai
nazdada jama la
Jauharna
huna
Fil
qalbi talala
La la
Nurdhin
nasi bima la
Nardhohu
la na ha la
Za ka
jamaluna
Yasmu
yataa’la
Oh wo
oh, Oh wo oooh
Oh wo
oh, Oh wo oooh
Oh wo
oh, Oh wo oooh
“Diamlah
abang! Bingit pula telinga saya ni dengar abang nyanyi.”
“Laaa...kenapa?
Dah tak sedap ke suara abang ni?
“Bukan tak
sedap, tapi bukannya saya tak tahu. Abang tu sengaja nak perli saya kan? Mentang-mentang
dulu saya minat sangat dengan lagu tu.” Iris jeling manja suaminya di sebelah.
“Ish. Ish.
Ada orang terasa la Haykal.” Haykal sengih. Malas nak layan pakcik dan mak
ciknya. Baik dia layan buah mempelam petang-petang macam ni. Cecah pula dengan garam
belacan. Pergghh…terangkat beb!
“Ok. Ok.
Abang nyanyi lagu lain. Terimalah..
Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran
ku telah terharu
Hanya adinda
yang akan dapat
Mengubatkan
hati ku rindu
(2x)
“Pak
cik..!!! Diamlah.”
Hahahaha!
Uwais dan Iris dah ketawa terbahak-bahak. Tahu sangat dengan reaksi Haykal yang
satu tu. Pantang sungguh kalau ada yang menyanyi lagu waktu dia tengah kusyuk
buat sesuatu. Takde feel katanya. Tak
boleh nak fokus. Apa-apa jelah kau ni Haykal..!
Ok lah korang. Sampai sini je kisah aku. Alhamdulillah, kahwin juga aku dengan Cikgu Uwais tu. Tak jadi nak putus tunang. Bukan sebab suara dia yang sedap. Tapi, aku memang dah syok kat dia masa mula-mula jumpa dulu tu. Saja aku tak tunjuk. Hahahaha!
Maka, dengan ini tamatlah kisah aku. Sekian. Terima kasih kerana sudi baca. Peace!
**********
Ok lah korang. Sampai sini je kisah aku. Alhamdulillah, kahwin juga aku dengan Cikgu Uwais tu. Tak jadi nak putus tunang. Bukan sebab suara dia yang sedap. Tapi, aku memang dah syok kat dia masa mula-mula jumpa dulu tu. Saja aku tak tunjuk. Hahahaha!
Maka, dengan ini tamatlah kisah aku. Sekian. Terima kasih kerana sudi baca. Peace!
**********
Eh…tunggu. Haykal pun nak cerita juga.
Ehem! Ehem!
Kalau korang nak tahu lepas mak cik jumpa dengan Cikgu Uwais
haritu, teruk Haykal dikerjakan mak cik. Mak cik siap tambat Haykal. Kat pokok mempelam ni la. Kesian Haykal kena
dera. Huhu! Haykal cuma nak satukan cikgu Uwais dengan mak cik je. Tu pun nak
sentap. Sekarang ni tengok, kan mak cik dah bahagia dengan pak cik. Tak sia-sia
Haykal perah otak cari idea suruh Cikgu Uwais hantar rakaman suara sumbang tu.
Kalaulah mak cik tahu yang suara tu sebenarnya bukan suara pak cik, tapi suara
abah…Haha!
Dan sekarang ni, mak cik dah tak layan lagu Kun Anta lagi
dah. Kalau dulu dia tersangatlah minat dengan lagu tu, tapi sekarang tak lagi.
Fuh, lega..! Taklah asyik memekak je.
Antara Haykal dengan mak cik, masih macam dulu-dulu juga.
Suka cari gaduh. Tapi, dia dah boleh ganas-ganas, sebabnya Haykal dah jadi geng
pak cik. Nanti pak cik marah. Heeee...
Oh, ya. Sebelum Haykal terlupa, sebenarnya Cikgu Uwais tu cikgu tuisyen Haykal jer. Bukannya cikgu tetap kat situ pun. Dia kerja engineer. Macam yang abah bagitau mak cik dulu tu lah. Mak cik sorang je taktau waktu tu. Hurmm...mak cik tu, apa yang dia tau? Kun Anta dia tahu lah. Haha!
Ok la. Haykal chow
dulu. Nak kenakan mak cik. Hari ni besday dia. Bye..
- TAMAT -
0 comments:
Post a Comment