Eh-eh, Hidayah. Kau Datang?

Tuesday, March 05, 2013 | Comment
[Alhamdulillah. We got another chance to see the sunrise once again this morning.]

"Eh-eh, Hidayah. Kau datang?"

          Ya! Hidayang datang. Datang menjenguk. Menjenguk kita yang entah seakan leka dan terlalu asyik dengan kedunian. Dunia yang selalu membuatkan kita menjadi seorang yang alpa *jika tak kena gaya*. Mungkin pada saat itu, kita sedang bermain games, menyanyi, menari, memasak, mendengar radio, tidur mahupun sedang membaca belog ini. Ahaks! Maka, pada saat hidayah datang menjenguk, jangan pula kita halaunya dengan penyapu, mesin hampagas (omputih kata: vakuum), mahupun dengan menutup pintu rapat-rapat. Huh?.  Langsung tak beri peluang untuk hidayah bersuara. Terus tergamam dengan segala tindak-tanduk kita yang ketara tak senang akan kedatangannya itu. (Arrrgh! apa skema sangat ayatku pagi ni?)

          Lalu, apakah tindakan yang seharusnya/sepatutnya/semestinya kita lakukan untuk menyambut kedatangan hidayah pada saat itu? Sambutlah ia dengan senyuman. Biar melebar senyum kita tu ke telinga pun tak mengapa asalkan hidayah tahu bahawa kedatangannya amatlah dialu-alukan. Ehem! Kemudian, bukalah pintu luas-luas. Depang kedua-dua belah tangan menyambut hidayah. Peluklah ia erat-erat seakan tak mahu melepaskannya. Ya! memang itulah hidden agenda (melayu kata: agenda tersembunyi) kita pun. Hehe! But, but, but, bukan niat jahat tau! *sila jangan salah pehem*. Oh, bagi menampakkan lagi kegempakan dan keterujaan anda menyambut kedatangan hidayah, eloklah dibentangkan sekali kapet merah (omputih kata: red carpet). Jangan lupa, pasang sekali lampu lip lap lip lap. Biar meriah suasana. Tak perlu tunggu raya puasa, raya haji ataupun raya hindu (maksud: deepavali), err.. pun takpa, kerana kedatangan hidayah bukannya selalu. Setahun sekali pun belum tentu. Nampak gempak dan meriah bukan? Ha! Barulah hidayah terasa gumbiranya dapat melangkah masuk ke dalam rumah kita dengan penuh keglamoran sambil melambai-lambai tangan ala-ala Miss World. Ohoi!  

          Melangkah saja hidayah ke dalam rumah, ikatlah ia ketat-ketat, biar rapat-rapat.  Langsung tak berupaya melepaskan diri. Ah! Nampak kejam dan jahat pula di situ. =_=! Tapi, abaikan. Biarkan saja tindakan kita itu seakan-akan penculik kelas pertama. Like an assassin. Kerana apa? Kerana hidayah is wanted. Really-really a wanted person? Eh, bukan person lah. Pun begitu, tetaplah layan hidayah dengan ramah-tamah, lemah-lembut, sopan-santun dan baik-maik? *pengsan*. Pointnya kat sini, layanlah hidayah dengan layanan yang first class. Lebih hebat daripada 5 stars hotel. Terus, bila dilepaskan hidayah sekalipun ia tetap kekal dengan kita. Dah taknak berjauhan dengan kita. Will be missing us like we missing her too. Terus jatuh cinta kepada kita. Bila cinta mula berbalas, maka takkan ada  lagi istilah cinta bertepuk sebelah tangan. Oh, it's sooo suweett! Eh-eh.  

[Love. It just happens]

Mungkin, akan ada yang bertanya soklan seperti ini?

      "Apa hebatnya hidayah ni?

     "Ah! Tanpa hidayah pun aku boleh hidup apa?"

Gedebush! Dush! Dush! Hah! Hamek kau! Hadiah sebab bertanyakan soklan seperti itu. Terima kasih daun keladi, dah dapat jawapan jangan cuba buat tak reti. Eheks! Bercerita tentang hidayah ni, pasti bukannya sedikit. Panjangnya mau makan berbulan-bulan baru habis cerita. Berkajang-kajang test pad aku nak menaipnya dan terjuling-juling mata korang membacanya nanti. Ohoi! Tapi, secara ringkasnya hidayah mampu merubah sesuatu yang buruk kepada elok, mengubah seseorang yang jahat eh kurang baik menjadi lebih baik dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang menjadikan hidayah sebagai suri hidupnya jatuh cinta tergolek-golek. Cinta kepada siapa? Pastinya cinta kepada Sang Pencipta (yakni: Allah), PesuruhNya (yakni: Rasul) dan agamaNya (yakni: Islam) secara kesuluruhannya. Takde unsur-unsur berdolak-dalih mahupun mengamalkannya dengan rasa was-was. *Ehem*

      "Amacam? Hebat tak penangan hidayah? Hebat bukan." 

Ah! Sudah tentu hebat *sambil angkat-angkat kening*. Rugilah pada sesiapa yang tak merasakan kehebatannya. Perlu juga diingatkan, hidayah pasti takkan datang jika kita sendiri yang tidak menjemputnya. Carilah hidayah di mana-mana sahaja hatta di celah-celah pokok getah sambil menari, menyanyi lagu 'Chori Chori Chupke Chupke' sekalipun. Err...itu mungkin nampak merepek, tapi ada maksud tersiratnya jika difahami betul-betul. *sila pikir sendiri. Takkan semuamya aku nak kena bagitau kot*. Wekk :p

Last but not least (ceehhh, gaya supo wat ucapan ketua pelajar ja ni), bila sudah ketemu sama hidayah pastikan ia terus bersama kita hingga hujung nyawa. Opsss, sebelum terlupa jenguk-jenguk la di luar sana juga. Maybe, hidayah tak datang keseorangan. Tapi, datang bersama pasangannya. Siapa? Jeng! Jeng! Jeng! Sudah tentu Taufiq. (ecece! mesti selama ni hampa dok ingat hidayah single-mingle kan?). Jika begitu, jemputlah kedua-duanya masuk. Rumah anda pasti akan lebih meriah dan daboom! Jangan pula ada yang cemburu melihat hidayah bersama pasangannya. No! No No! Don't worry. Anda masih boleh memiliki hidayah. Kalau bukan sebagai isteri/suami sekalipun, masih boleh sebagai sedara sesusuan barangkali. Eh. Masih boleh jatuh cinta sama-sama. Berkasih sayang berdua. Tak ada siapa yang melarang kerana hidayah telah memilih anda untuk menyulam benih-benih cinta bersamanya. Begitu juga Taufiq. Walaweh! 
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” - [Surah Al-Qasas: 56]

p/s: sudah tentu cerita ini tidak ada kena mengena dengan orang yang bernama Nur Hidayah, Siti Nor Hidayah mahupun Nurul Hidayah. Eh-eh. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...