Time changes People. [Kredit] |
Aku ada seorang sahabat. Namanya biarlah aku rahsiakan dahulu. Orangnya biasa-biasa sahaja. Tak cantik, tak juga buruk rupa. Sangat besederhana. Aku mengenalinya sudah lama. Tak pernah aku melihat wajahnya yang muram dirundung masalah. Sentiasa ceria. Sentiasa ketawa. Sentiasa bergurau senda. Namun, hakikatnya tak seindah suria di pagi hari. Ada sesuatu di dalam hatinya yang tak pernah dikongsikan hatta kepada diriku sekalipun. Bukan bermakna dia tak percayakan sesiapa, tapi itulah dia sahabatku. Sahabatku yang tidak pandai berkongsi rasa. Berkongsi derita. Berkongsi cerita duka lara. Segalanya diserahkan pada Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi, sebagai sahabat yang paling rapat, aku tahu jua akan isi hatinya itu biarpun dia tak pernah menceritakan apa-apa.
Aku sedih. Sedih sekali bila
mengenangkan sahabatku ini. Kerana dia seolah-olah keseorangan tanpa sesiapa di
sisi untuk dikongsikan suka dan duka. Padahal, ramai yang bersamanya di sini. Aku
juga tahu ramai yang sudi pinjamkan telinga dan bahu mereka untuk dirinya yang
seorang itu seperti mana dia sering berbuat sedemikian terhadap mereka. Sering
memberikan nasihat kepada sahabat-sahabatnya walaupun dirinya tak
pasti apakah nasihatnya itu berkesan ataupun tidak.
“Kita perlu kuat, kita tak boleh lemah. Kita ada Allah.”
“Jangan ikut sangat perasaan tu. Nanti parah.”
“Cuba bincang dengan family. Calon isteri yang bagaimana mereka inginkan.”
“Berdoalah agar semuanya baik-baik sahaja. Jangan lupa solat istikharah juga.”
Lantang sekali dia menyuarakan
pandangan dan nasihatnya itu tatkala sahabat-sahabatnya yang lain di jalan kebuntuan. Sedangkan,
dia sendiri lemah. Dia sendiri tak cukup kuat. Nasihat-nasihat yang diberikan
seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap dirinya. Dia jatuh tersungkur berhadapan
dengan perasaan sendiri. Like a doctor cannot treat himself, my friend also was
like that.
[Kredit] |
Aku. Sahabat sehidup sematinya
tetap yakin. Dia mampu bangkit semula. Kerna dia tak keseorangan. Dia ada
Allah. Dia juga ada aku. Takkan aku tinggal dirinya seorang diri terumbang
–ambing mencari jalan pulang. Pulang kepada dirinya yang dulu. Yang sentiasa
ceria tanpa masalah. Tidur lena bertemankan mimpi indah. Bertemankan senyuman
bahagia. Bukannya air mata. Bukannya derita.
Bukan juga ‘dia’.
Sahabatku,
Bangunlah dari mimpi ngeri
Usah kau bersedih sendiri
Pulanglah wahai sahabat
Pulang ke dakapanku,
Sahabatmu yang juga dirimu yang
dulu
Aku sangat merindukanmu…
0 comments:
Post a Comment