 |
| [Kredit] |
Dari jauh, kelihatan Firdaus
tergesa-gesa berjalan dari arah bertentangan. Azam berkerut.
‘Nak ke mana dia ni? Kalut
semacam jer?’
Selangkah, dua langkah, tiga
langkah…
“Fir, kalut jer? Nak kemana?”
Azam menegur tatkala mereka bertemu bahu ke bahu.
“Eh, Azam. Allah! Tak perasan
aku. Nak ke surau kejap.”
“Ada apa kat surau tu?”
“Takde apa, cuma aku nak Dhuha
kejap.”
Senyum.
“Takde kelas?”
“Ada. Lagi 20 minit. Itu yang nak
cepat ni.”
“Owh, takpelah gitu. Pergilah
cepat. Nanti lambat pula.”
Firdaus mengangguk.
Langkah
diatur. Namun, sempat dia berpaling sebelum berkata,
“Kau nak join?”
“Tak kot.”
***************
Sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji.
Biasan lampu sedikit menyilaukan matanya. Azam buka mata perlahan-lahan.
Dilihatnya Firdaus sedang mengaji di meja studi. Handphone di sebelah bantal
diambil. Dah pukul berapa ni?
‘Laaa..baru 4.3o pagi’.’ Bisik hatinya
sendirian.
Firdaus yang terasa seperti
diperhatikan , terus berpaling ke belakang. Dilihat Azam yang sudah terjaga.
“Eh, Azam. Aku ganggu kau tidur
ke?” tegurnya
“Taklah. Aku tersedar je ni. Awal
bangun?”
“Aku tahajjud tadi. Sambil-sambil
tunggu subuh aku ngaji la kejap.”
Azam mengangguk. Matanya
dipisat-pisat perlahan. Mahu kembali tidur.
“Eh, Azam. Marilah tahajjud
sekali.” Ajak Firdaus.
“Takpelah. Aku ngantuk la. Nanti
subuh kau kejutkan aku eh?”
“Yelah.” Dia mengeluh perlahan.
***************
“Cuti sem ni kau nak buat apa
Fir?”
“Keja kot. Kau?”
“Entah.” Bahunya dijungkit
sedikit.
“Bas aku dah sampai tu. Aku gerak
dulu. Jumpa lepas cuti okay?”
“Okay!” Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya
rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya.
Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.
***************
Sebulan kemudian….
“Assalamuaikum kawan!” Azam
sengih depan pintu bilik kolej mereka.
“Waalaikumussalam! Allah.
Rindunya aku kat kau. Kau rindu aku tak?”
“Errr...” kepalanya digaru
perlahan. Tak tahu nak jawab apa. Firdaus ketawa melihat keletah Azam. ‘Azam!
Azam!’
Beberapa minit berlalu...
“Ahhh! Letihnya…” separuh badannya dibaringkan di atas katil. Kakinya terjuntai ke bawah. Penatnya sungguh terasa setelah seharian mengemas bilik.
Tergeleng-geleng Firdaus melihat Azam sebelum dia juga turut membaringkan badannya
di sebelah rakannya itu.
Sepi.
“Fir, kau tidur ker?” suara Azam
memecahkan kesunyian. Kedua-dua belah tangannya dijadikan alas kepala. Matanya
tepat memandang kipas yang sedang berputar di siling.
“Tak!” jawab Firdaus ringkas.
“Eh, Fir. Aku jatuh cinta!”
“Whoa! Betul ker?” Mata yang
sedari tadi tutup sudah terbuka.
“Yup!” Tenang.
“Dengan siapa?”
“Dengan mereka.”
“Mereka? Kau biar betul. Berapa
orang langsung?”
“Dua!”
“Aku kenal?”
Azam mengangguk.
“Siapa?”
“Dhuha. Tahajjud.”
Senyum.
“Maksud kau?”
Diam.
Dibiarkan Firdaus berteka-teki sebentar.
“Fir!”
“Hmm…”
“Esok tahajjud?”
“A’ah.”
“Kejut.”
“Siapa?”
“Akulah!”
“Sungguh!”
“Yup!”
“Dhuha?” soal Firdaus lagi.
“Sekalilah.”
“Jumpa kat surau okay?”
Azam mengangguk.
Firdaus sudah tersenyum. ‘Alhamdulilllah!’
***************
“Cuti sem ni kau nak buat apa
Fir?”
“Keja kot. Kau?”
“Entah.” Bahunya dijungkit
sedikit.
“Bas aku dah sampai tu. Aku
gerak dulu. Jumpa lepas cuti okay?”
“Okay!” Tangan dijabat kemas. Tubuh Azam dipeluknya
rapat sebelum beredar. Azam terpaku! Bukan kerana tindakan Firdaus memeluknya.
Tapi, kerana kata-kata Firdaus kepadanya sebentar tadi.
“Aku harap, lepas cuti ni kita
boleh tahajjud dan dhuha sama-sama eh! Aku doakan.”
 |
| [Kredit] |