[Kredit] |
Jika ada yang
bertanya,
“Eh, salah tulis tajuk ke?”
Jawapannya, bukan
“Sequal untuk cerita 8+1=2B ker?”
Bukan juga
“Persamaan kuadratik ker?”
Takde kena-mengena. Sila cuba lagi.
“Hah! Tahu. Ni mesti duit sewa rumah kan?”
Yup. Anda juga salah. Haha!
Apa maksud
persamaan ini. Yang pastinya tidak ada kena mengena dengan pengiraan matematik,
kimia mahupun fizik. 845+888+889 = 26B adalah bilangan adik-beradik mengikut
ahli bilik bermula bilik pertama. Diikuti dengan ahli bilik kedua dan ketiga.
“Ooooo…gitu rupanya.” *sambil terangguk-angguk*
Jika dilihat
daripada persamaan berikut, majoritinya kami ni semua datang daripada keluarga
yang besar-besar. (Amaran: Maksud besar di sini adalah bilangan ahli
keluarga yer). Sila jangan paham kot lain (>_<). Jadi, untuk berada
di dalam satu rumah dengan bilangan yang agak ramai (bagi sesetengah orang),
tak menjadi masalah. Kadang-kala, terasa sunyi walaupun hanya seorang ahli
rumah kurang. Bukan apa, masing-masing ada sifat dan watak yang tersendiri. Ada
yang lemah lembut, ada yang tegas, ada yang sensitif, ada yang garang mengalahkan
singa, ada yang diam saja, dan juga yang nampak macam tak kisah tapi kisah sebenarnya. Hoho! Sifat dan watak
yang berlainan itulah menceriakan lagi suasana di rumah 26B biarpun mungkin ada
yang terkurang, tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tapi, apa ade hal bro!
Hati kami kental. Ikatan antara kami lebih kuat dari itu. Takkan sesekali kami
pertaruhkan persahabatan kami demi sekelumit perasaan meskipun waktu itu hati
sudah parah.
“Sekelumit hang kata?”
“Hati aku hang tau apa?’
“Hati aku sakit sangat kot time tu!”
“Makan dalam beb!’
Ahh! Abaikan
saja kata-kata itu semua! Tumpukan saja kepada hubungan kita. Silaturrahim yang
terjalin bertahun-tahun, masakan mahu dihancurkan begitu saja?
*Geleng*.
Bagus!
***TAMAT***
p/s 1: Sebahagian cheq-cheq yang akan berkahwin tu, tahniah saya ucapkan. ^_^
p/s 2: Apakah nama watak 'aku' dalam ini cerita? Wahaha!