The Only One [Kredit] |
Suatu petang di tengah sawah yang
terbentang luas, seorang kanak-kanak umur 10 tahun duduk
menekur sambil mengunyah gula-gula getah. Disebelahnya pula seorang lelaki
remaja berusia kira-kira 16 tahun. Kedua-dua beradik itu begitu asyik memandang
sawah di hadapan. Sabar menanti umpan katak mereka dimakan ikan.
Adik: Abang, adik nak tanya sikit
boleh?
Abang: Tanyalah. Tapi, jangan
kuat sangat suara tu. Kang lari semua ikan. Hehe!
Adik: Adik tahulah.
Abang: Ok. Adik nak tanya apa
tadi? Silakan bertanya. Ehem!
Adik: Errm…macam mana nak pandai macam abang? Adik tengok, abang
bukannya study sangat pun. Tapi, tiap-tiap tahun jadi best student.
Adik pelik laaa…abang meniru ek?
Abang:
Hish! Ke situ pula adik ni. Mana ada abang meniru. Rezeki Allah nak bagi la
dik. Alhamdulillah…*senyum*
Adik: Habis tu, kenapa adik tak dapat jadi macam abang? Asyik masuk
ranking top 10 jer. Tak penah juga dapat nombor 1. Nak kata adik tak study,
abang pun tau kan. Siang malam adik pulun study. Hurmm…
Abang: Ok. Sekarang ni abang nak
tanya adik pula. Apa sebabnya adik study?
Adik: Mestilah nak dapat no 1. Nak jadi best student macam abang. Nak
bagi mama abah bangga dengan adik.
Abang: Tu jer? Takde yang lain dah?
Adik: Tu jelah. Ada lagi ker? *kelip-kelip mata sambil berfikir*
Abang: Sebenarnya dik, dalam nak menuntut ilmu niat kita kena betul.
Bagus niat adik tu. Nak banggakan mama dan abah. Tapi, yang paling utama dalam
menuntut ilmu ni perlulah kerana Allah. Nak buat apa pun niatkan kerana Allah.
Cuma, mestilah pekerjaan yang baik-baik jer. Jangan nak pergi mencuri pun niat
kerana Allah juga. Tak betul tu.
Adik: Adik tahulah bang. Ustazah ada bagitau haritu.
Abang: Hurmm..baguslah kalau dah tahu. Cuma abang nak tegur adik satu
perkara ni jer.
Adik: Apa dia abang?
Abang: Dah lama abang perhatikan adik. Adik suka lengahkan waktu
solat. Ralit sangat study sampaikan dah hujung waktu baru adik solat. Itupun, nasib
mama, abah dan abang tegur. Kalau tidak, dah lama terbabas abang rasa. Betul
tak?
Adik: Hehe…*sengih sambil garu-garu kepala*
Abang: Tak betul cara adik tu. Sepatutnya, adik cepat-cepat pergi solat.
Tunaikan kewajipan adik sebagai hamba Allah dulu, lepas tu sambung study balik.
Baru berkat ilmu yang adik dapat tu.
Adik: Yess! Adik dah paham.
Terima kasih abang.
Abang: Aik? Dah paham? Apa yang adik paham?
Adik: Allah diutamakan. Solat didahulukan. Jom balik!
Abang: Laa..kenapa cepat sangat nak balik. Belum dapat ikan lagi ni?
Adik: Dah nak masuk waktu maghrib la bang. Takkan nak solat kat sini?
Abang: Eh, yelah. Tak perasan pula.
Adik: Itulah bang. Khusyuk sangat bagi ceramah. Mengata dulang paku
serpih. Mengata orang dia yang lebih. Haha! *terus lari meninggalkan si
abang*
Abang: Hambooi..sempat lagi dia berpantun kenakan kita yer…nasib…nasib…
[Kreditt] |
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah solatnya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia." ~ ( Riwayat An-Nasa'i dan al-Tirmizi )