[Kredit] |
Pendedahan kepada pendedahan. Apa itu Pendedahan? Pendedahan jika di-english-kan maka jadilah exposure. Dan apa itu exposure? Exposure tu pendedahan la. Kekeke...~
Hampeh!
Ok. Ok. Rilex luu...jangan nak marah. Gurau pun takleh ke? Secara seriusnya, EXPOSURE atau pendedahan dalam Bahasa Melayu nya adalah pendedahan sensor kamera kepada cahaya. Senang cerita, kita bakal belajar tentang nak kawal cahaya yang masuk dalam kamera. Kawalan tulah yang akan menentukan gambar yang kita ambil jadi gelap atau cerah.
Apa? Tak jelas?
Sekarang, buka mata luas-luas. Sedut, telan, kunyah segala apa yang aku bakal jelaskan lepas ni sampai lumat. Tapi awas! Aku pun budak baru belajar. Jadi, andai ada yang salah, tolong perbetulkan. Bagi yang masih tak paham juga, jangan risau. Nanti aku sediakan link kat hampa. Hampa boleh baca penerangan daripada orang yang pakar dalam bidang ni. No worries okay!
EXPOSURE
Ada 3 elements semuanya.
- Aperture
- Speed
- ISO
Bak kata cikgu aku lagi,
"Tau exposure ni, hampa boleh tangkap gambar cantik dah aih...semua boleh jadi photographer yang baguih. Tak payah pakai kamera canggih-canggih pun takpa. Pakai yang mana dok ada ja dulu..."
Nampak betapa pentingnya pengetahuan tentang exposure ni. So, mari kita teroka element yang pertama.
- Aperture (F)
Aperture adalah element yang kawal kadar banyak mana cahaya masuk dalam kamera. Kalau hampa perasan, ada bulat putih depan lensa. Yang tu bulat putih tu kita panggil aperture ring. *sila belek kamera anda sekang!*
Bukaan pada lubang shutter yang membolehkan banyak mana cahaya masuk [Kredit] |
Hukum aperture adalah,
Lagi kecil nilai/number (F), lagi besar aperture. Maka, bukaan shutter lagi besar. Cahaya yang masuk pun banyak. Gambar akan jadi lebih cerah.
Contoh: Bila kita ambil gambar pada F3.5, gambar yang terhasil akan lebih cerah berbanding dengan F22. Okay! Tengok contoh gambar yang aku pinjam dari blog Mbak Sefa ni. .
[Kredit] |
Nampak tak perbezaan gambar tu? Fokus: pada gambar kuih di depan. Gambar kuih (lapisan hijau) pada aperture f/2.8 lagi cerah/terang berbanding f/8.0. Bila gambar cerah, secara automatiknya latar belakangnya akan jadi blurr (bokeh) jika gambar diambil pada jarak yang dekat. Tapi, berbeza dengan f/8.0. Gambar kuih (lapisan hijau) sedikit gelap dan latar belakang pun jadi lebih jelas.
- Speed
Speed adalah element yang menceritakan tentang kelajuan. Kelajuan apa? Kelajuan shutter speed untuk kawal berapa lama sensor didedahkan kepada cahaya. Kelajuan ni dikira dalam kiraan saat. Ia dikawal oleh shutter release (butang yang kita tekan untuk ambil gambar tu laaa...).
Hukum speed adalah,
Lagi kecil nilai/number speed, lagi perlahan 'curtain' atau 'tetingkap' kamera ditutup. Maka, lagi lama sensor terdedah kepada cahaya. Gambar yang diambil juga akan jadi lebih cerah.
Contoh: Bila ambil gambar pakai speed 1/15s, 'curtain' akan lambat tertutup. Jadi, cahaya masuk banyak. Gambar akan jadi cerah berbanding kita ambil gambar pakai speed 1/125s. Ok. Mari tengok contoh gambar Mbak Sefi lagi.
[Kredit] |
Lihat pada gambar. Nampak perbezaannya bukan. Pada speed 1/100s, 'curtain' akan tertutup dengan cepat, sensor akan terdedah pada cahaya dalam masa yang singkat, maka gambar jadi lebih gelap berbanding bukaan 'curtain' pada speed 1/13s. Sensor terdedah pada cahaya pada kadar masa yang lama, maka gambar jadi lebih cerah dan terang.
- ISO
Element exposure yang last ialah ISO. Ia bertujuan untuk kawal sensitiviti sensor terhadap cahaya.
Hukum ISO menunjukkan bahawa,
Lebih tinggi nilai/number ISO, lebih sensitif sensor terhadap cahaya. Maka, gambar yang terhasil akan jadi lebih cerah.
Contoh: Bila ambil gambar pakai ISO 100, gambar jadi gelap berbanding kita ambil gambar pakai ISO 800. Seperti yang lain, contoh gambar ada kat bawah. Tapi, kali ni aku pinjam dari blog Encik Fikri.
[Kredit] |
Okay! Habis dah elements yang perlu kita tau. Lepas ni, pakat-pakat praktik ambil gambar. Aku pun masih belajar nak biasakan diri dengan benda alah ni semua. Nak terang panjang lebar pun tak pandai. Harap-harap hampa paham la. Sikit pun takpe. Entry ni pun, aku anggap sebagai nota untuk diri sendiri juga. Sebelum tutup tirai, ni dia ringkasan apa yang kita belajar tadi.
[Kredit] |
Oooohoiii...jangan buat lupa. Link untuk hampa jenguk. Bagus untuk newbie macam aku ni. Moga manfaat.
p/s: Hukum-hukum tu semua, aku yang reka sendiri. Supaya senang aku ingat dan paham. Kalau hampa rasa susah, silalah cipta hukum sendiri asalkan tak lari dari maksud sebenar. Peace yo! ^^
0 comments:
Post a Comment