Suami Aku 'King Control' derr...

Saturday, March 01, 2014 | 2 Comment
[Kredit]

Hai, nama aku Heliza, bukan Heliza Helmi tau. Heliza Hamzah. Tapi, orang panggil aku El jer. Umur aku 26 tahun. Tahun lepas aku single lagi. Tahun ni, I’m married already. Ha! Sekarang ni aku nak ceritakan kat korang tentang suami aku. Sebelum tu, aku nak bagitau korang yang aku ni kenal gitu-gitu jer dia ni. Tak sangka pula sampai boleh jadi suami aku.  Aku ingat dia ni so-so jer, tak sangka pula yang dia ni king control. Itu la yang buatkan aku rasa…..

       Dulu, sebelum kahwin aku bangun Subuh jam 6.35 pagi walaupun azan pukul 5.45 pagi. *Awal la kan?* .Tapi, sejak berlaki ni aku kena bangun sebelum subuh. Nak buat apa la bangun awal-awal pagi ni. Tepat jam 4.45 pagi… 
“Sayang, bangun cepat. Kita solat...”

Ha! Tu lah ayat laki aku tiap-tiap pagi. Rasa macam dah direkod pun ada. Haila...! Dia takpe la, dah terbiasa hari-hari bangun awal sebelum pergi solat Subuh kat masjid. Tapi, ni bukan kes nak kena solat Subuh kat masjid. Baru jam 4.45 pagi. Lambat lagi nak azan pun. Tok imam pun ntah-ntah dok landing baaaiiiik punya atas katil. Siapa tau. Iye dak? Mula-mula tu liat juga aku nak bangun. Tapi bila dah hari-hari dengar ayat yang sama, taik telinga aku pun surrender.

     Tidur lepas Subuh, jangan cakap la. Boleh kira dengan jari berapa hari sangat aku tak tidur balik. Rasanya time pakai baju kurung putih berkain biru dulu jelah kot. Bangun pepagi pergi sekolah. Haha! Tapi, semua tu aku kena biasakan balik. Dah la bangun sebelum subuh, tak boleh tidur balik pula tu. Tak paham betul aku! Kalau aku nak tidur jer mesti ayat ni yang akan keluar dari mulut laki aku, 
“Yang, rezeki tak masuk nanti kalau tidur lepas Subuh. Bla...bla...bla...”

Kedebussshhhh! Hamek. Padan muka aku kan. Kena dengar kuliah pagi. Tak payah susah-susah buka rancangan ‘Tanyalah Ustaz’. Laki aku ni dah cukup ‘ustaz’ bagi aku. Awal kahwin dulu, mau pening juga kepala aku ni tahan ngantuk. Nak melawan tak boleh. Laki aku kot! 

     Masuk bab kemas-mengemas, aku memang sempoi sangat. Tak payah pikir susah. Asal aku tengok rumah tak bersepah, aku okey jer. Tak payah kemas hari-hari pun takpe. Kami berdua jer kat rumah ni. Dia pun bukannya kaki sepah. So, nak kemas apa sangat. Betul tak? Tapi, laki aku bukan macam tu orangnya. Pantang tengok aku bersenang-lenang, ada jer ayat dia…
“Sayang, tak kemas rumah eh hari ni? Nampak berhabuk jer lantai. Ker ada lori pasir tanah lalu tadi. Tu yang berhabuk.
“Yang, hari ni abang tolong mopkan lantai yer. Mesti sayang busy kan? Sampai tak sempat nak mop hari ni.

Toing! Toing! Toing! Nampak tak permainannya di situ. Main perli-perli pula laki aku ni. Makan dalam beb. Macam tau-tau jer aku dah 3 hari tak sapu lantai. Dah aku tengok takde sampah, buat apa nak sapu. Aku tak rasa pun lantai tu berhabuk. Ker saje dia jer nak kenakan aku. Heh! 

       Sebelum kahwin, tepat jam 7.00 malam jer mesti aku dah terpacak kat depan tv. Layan drama slot Akasia. Dah la sekarang ni trend drama adaptasi daripada novel. Semangat jer aku buka tv nak tengok masa mula-mula kahwin dulu. Tapi bila dia mula bersuara,
“Cepat bersiap. Kita solat kat masjid. Ada kuliah maghrib. Tutup tv tu…”

Huhu…sadis gila aku rasa. Bergenang jer air mata aku time tu. Dia pula boleh buat-buat tak nampak. Hati kering betul! Hampeh.

      Korang jangan ingat berlakikan king control habis setakat bab mengemas tu jer. Sampaikan nak masuk tidur pun aku kena control. Dulu, sebelum nak tidur aku setakat gosok gigi jer. Pastu baca doa tidur terus Zzzzz….Tapi, sejak dia jadi laki aku… 
“Dah ambil wuduk?”
“Jom baca surah Al-Mulk dulu, baru tidur.”
“Doa tidur jer tak cukup. Jangan lupa baca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul sama tau.”

Korang nampak? Berapa banyak benda, ayat yang aku kena buat dan baca sebelum boleh tidur. Sebelum dan selepas kahwin memang berbeza. Nak tidur pun dah tak boleh sesuka hati. Nasib! Nasib!

[Kredit] 

Tapi, itu dulu. Sekarang ni, aku pula yang selalu kejutkan dia bangun sebelum subuh. Solat tahajjud sementara nak azan subuh. Kekadang aku ikut dia solat Subuh kat masjid. Time aku malas nak mengikut, dia tak paksa pun. Aku yang dulu kononnya sempoi bab mengemas ni, dah mula rajin mengemas. Hari-hari aku sapu dan mop sampai berkilat lantai rumah aku tu. Bukan tunggu 2-3 hari baru nak sapu. Hehe! Tepat jam 7.00 malam pula, aku dah terpacak depan pintu rumah. Tunggu dia bersiap nak gerak ke masjid. Boleh dikatakan hampir setiap malam kami solat jemaah sampailah waktu isyak walaupun takde kuliah maghrib. Dan sekarang ni pun, aku dah terbiasa amalkan perkara-perkara sunnah tu semua sebelum tidur. Bukannya macam dulu. Hentam keromo jer nak tidur pun. Ngeh. Ngeh. Ngeh.

Sejak 6 bulan yang lepas kami kahwin, aku sedikit demi sedikit mula sedar yang dia memang king control. Suamiku seorang king control. Tak dinafikan, aku mati-mati ingat dia ni so-so jer, tak sangka pula yang dia ni king control. Itu la yang buatkan aku rasa bertambah-tambah sayang kat dia. Tengok, berapa banyak aku tambah. Sebab apa tau? Sebab dia control aku jadi seorang muslimah dan isteri yang solehah. Dia control aku untuk tidak buat perkara yang bukan-bukan. Dia control pun demi kebaikan. Dia cakap,
"Abang bukan nak control, cuma abang ajak sayang tambah pahala jer. Boleh la nanti kita masuk syurga sama-sama."

Haa! Nampak? Tak ke banyak punya sweet laki aku tu. Haih! Mana nak cari. Aku pun, nasib baik dia yang cari aku dulu. Kalau tak, melepas juga aku. Heeee... 
"No matter what, he’s my ‘King Control’ and I like the way he controlled me." ^^

***THE END***

p/s:  Malu aku nak tulis dialog-dialog tu semua tau. Dah la realitinya aku single but not available lagi...lalalalala~~