Assalamualaikum. Annyeonghaseyo. Salam Ramadhan hari yang ke-3. Hari ni i’olls ada tip untuk u’olls semua especially yang ada kereta. Yang takde kereta tuu, boleh ambil job buka car wash pasni. Hehe. Okay lah, tips yang aku nak kongsikan dengan korang ni sebenarnya aku dapat daripada rancangan Star King at Astro One. Bukan nak puji, tapi aku memang tabik spring juga lah kat orang
Baiklah! Sudah sedia dengan pen dan kertas? Apa? Takde kertas? Aih,
Henpon mahal-mahal tu simpan buat apa. Ambil gambar jelah, then save dalam
gallery korang yang penuh dengan gambar selfie tu. Kan. .kan ..kan .. :p
Tip 1: Menghilangkan Kesan Cat
Bahan: Ubat Gosok (Ubat Terseliuh) *senang cerita korang beli jelah ammeltz yoko yoko*
Cara-cara: Gosok je ubat ni dekat tempat yang ada kesan cat
pada kereta korang tu sampai hilang kesan cat. Gosok biar lemah lembut dan kasih sayang.
Tip 2: Hilangkan Karat Kereta
Bahan: Air Coke
Cara-cara: Celupkan air coke pada kain bersih dan gosokkan
pada kesan karat yang ada pada kereta
sehingga hilang kesan karat.
*bayangkan air coke kalau diminum, mahunya cuci bersih
berkilat perut kita tu kan ?*
Tip 3: Buang Pelekat Pada Cermin Kereta
Bahan: Penyembur Aerosol (Ridset) + Air Panas
Cara-cara:
- Rendamkan tuala dalam air panas dan biarkan seketika.
- Sementara tu, sembur aerosol pada pelekat kereta
- Kemudian, ambil tuala panas tadi dan lekapkan pada pelekat kereta sehingga menutupi keseluruhan pelekat.
- Lipatkan tuala (dalam 2-3 lipatan) tadi naik ke atas iaitu pada kedudukan betul-betul atas pelekat.
- Lastly, tarik perlahan-lahan pelekat dengan kain tuala yang dilipatkan tu dengan gerakan menurun ke bawah.
Tip 4: Hilangkan Bekas Percikan Air/Kotoran Pada Besi kereta
*juga boleh digunakan untuk
bersihkan pili paip air.
Bahan: Ubat Gigi (yang mengandungi abrasif)
Cara-cara:
- Picit ubat gigi pada kain tuala kering
- Gosokkan besi/lampu depan kereta dengan kain tuala tadi sampai berkilat
Bahan: Ubi Kentang
Cara-cara:
- Ubi kentang dibelah dua
- Kemudian, gosokkan isi kentang pada cermin depan
- Lapkan kesan ubi kentang tadi dengan kain tuala kering sehingga berkilat
Tip 6: Hilangkan Kotoran Pada Badan Kereta
Bahan: Kulit Limau (Oren)
Cara-cara:
- Rebus kulit limau dalam air panas sampai mendidih
- Ambil air oren dan rendamkan tuala ke dalamnya
- Cuci badan kereta dengan kain tuala tadi
- Bilas badan kereta dengan air bersih menggunakan kain tuala.
Tip 7: Hilangkan Kuman Pada Stereng
Bahan: Cuka Makan + Air
Cara-cara:
- Bancuh cuka (2) dengan air (8) pada nisbah 2:8
- Celupkan tuala ke dalam campuran cuka tadi
- Lapkan/gosokkan stereng sehingga bersih
Tip 8: Hilangkan Kotoran Pada Dashboard
Bahan: Sarung Kaki (wanita) + Air
Cara-cara:
- Masukkan kain tuala kering ke dalam sarung kaki dan balutkannya
- Sembur air pada dashboard dan gosok menggunakan sarung kaki tadi sehingga bersih
Tip 9: Hilangkan Kotoran Di Celah Lubang Aircond
Bahan: Putik Kapas + Air Mustard (air biji sawi)
Cara-cara:
- Celupkan/Percikan putih kapas dengan air mustard
- Gosok celahan lubang aircond sehingga bersih