[Kredit] |
Cuti! Hari
minggu! Kelas batal!
Yeahh!
Waktu-waktu beginilah ahli-ahli 26B menghabiskan masa bersama-sama dengan lebih
tenang tanpa gangguan sesiapa. Hek eleh! Macam-macam aktiviti berfaedah
dan juga tak berfaedah (masih bermoral) yang kami lakukan. Kadang-kala
kami mengemas rumah bersama-sama, memasak bergilir-gilir, makan colek
buatan Cheq Daa, menonton tv channel yang sama, dengar lagu tak kira siapa,
layan movie tak berhenti dari siang ke malam, berkebun di waktu petang,
berkongsi cerita suka dan duka, sehinggalah tertidur secara berjemaah. Whoa!
“Err…assignment macam mana?”
“Itu, kita cerita lain kali ya!”
When 26B’s in
da house, rasa macam satu taman boleh dengar riuhnya kami semua. Maunya tak.
Sembilan orang dalam satu rumah. Bila gelak, menjerit bersama-sama, tak ke
berpadu jer suara tu. Nasib baik tak mengilai bersama. Kalau tak, hantu pun
merayu masuk jadi ahli tetap. Hehe!
Tapi, itu tak
bermakna kami sekadar duduk dalam rumah, tak keluar kemana-mana. Hanya
berseronok menghabiskan masa. No! No! Ada juga waktu dan ketika kami
keluar shopping menghabiskan uang (duit) berjuta-juta. Haha! *Bajet kaya
nih!* Eh, jangan tak tau. Mak bapak kami semua pegang jawatan
tinggi-tinggi. Hebat-hebat semuanya.
- Cheq Fas – arwah bapaknya dulu ‘Tokey petroleum’ yang terkaya
- Cheq Saa – abahnya ‘Menteri Pertahanan’ menjaga keselamatan negara.
- Cheq Shud – ayahnya adalah 'Orang Kaya Minyak'
- Cheq Umie – abahnya seorang ‘Engineer’ dan Maknya ‘Ketua Peguam Negara’
- Cheq Daa – mamanya seorang ‘Fesign Designer Terkemuka’
- Cheq Nurr – ayahnya ‘Menteri Asas Tani’ manakala maknya ialah ‘Master Chef’
- Cheq Dib – ayahnya bekerja sebagai ‘Menteri Hasil dalam Negeri’
- Chik Su – ayahnya ialah ‘Ketua Mufti Negara’
- Aku – mak aku ‘Ahli Lembaga Pengarah RRIM’ merangkap ‘Ketua Wanita Negara’
Amacam? Hebat
tak? Hebat bukan? Mestilah hebat kan sebab tu semua auta semata-mata bukannya
fakta. Koh. Koh. Koh. Walau macam manapun, kerja mak bapak kami
masing-masing ada kena-mengena dengan jawatan-jawatan yang telah dinyatakan di
atas. *skema la pulak!*
Okay-okay! Back
to our topic. Kat mana kita tadi? Oh, pergi shopping. Selain daripada tu juga,
kami akan keluar makan malam di gerai makan yang berhampiran. Gerai feveret kami
ialah kedai ‘Intan Payung’ dan ‘Pak Tam’. Tapi,
kalau nak minum, kedai Mak cik Hasilah alias Cik Su (bukan Chik Su
yer) paling sedap! Cukup rasa, cukup pekat, cukup semuanya *promote-promote*.
Selalunya, kami akan gerak lepas maghrib. Berjalan kaki dalam 10-15 minit dah
sampai. Kalau naik motor, lagi cepat sampai. Kui. Kui. Kui. Macam-macam
jenis makanan kami cuba. Kuetew tomyam, mee goreng, mee kuah, nasi ayam, nasi goring,
nasi putih + ayam masak kunyit, nasi putih + ayam masak black pepper , etc. Aku dan Cheq Daa
biasanya akan berkongsi makanan iaitu nasi putih dua+ tomyam (kongsi) + telur
dadar satu. Ni bukan sebab nak jimat duit ke hape, tapi kami makan tak
habis. Daripada membazir, lebih baik berkongsi kan? Ngeh. Ngeh! Ngeh! Lagipun,
membazir itukan amalam syaitan. Astaghfirullah al-'azim!
Itulah kami. Itulah aktiviti kami. Itulah
kegemaran kami. Itulah yang mengeratkan lagi perhubungan kami 'The 26B's'. *Pandang ke langit dengan mata berkaca-kaca*