Dulu Bukan Sekarang

Friday, October 18, 2013 | Comment
Time changes People. [Kredit]

Aku ada seorang sahabat. Namanya biarlah aku rahsiakan dahulu. Orangnya biasa-biasa sahaja. Tak cantik, tak juga buruk rupa. Sangat besederhana. Aku mengenalinya sudah lama. Tak pernah aku melihat wajahnya yang muram dirundung masalah. Sentiasa ceria. Sentiasa ketawa. Sentiasa bergurau senda. Namun, hakikatnya tak seindah suria di pagi hari. Ada sesuatu di dalam hatinya yang tak pernah dikongsikan hatta kepada diriku sekalipun. Bukan bermakna dia tak percayakan sesiapa, tapi itulah dia sahabatku. Sahabatku yang tidak pandai berkongsi rasa. Berkongsi derita. Berkongsi cerita duka lara. Segalanya diserahkan pada Tuhan Yang Maha Esa. Tetapi, sebagai sahabat yang paling rapat, aku tahu jua akan isi hatinya itu biarpun dia tak pernah menceritakan apa-apa.

Aku sedih. Sedih sekali bila mengenangkan sahabatku ini. Kerana dia seolah-olah keseorangan tanpa sesiapa di sisi untuk dikongsikan suka dan duka. Padahal, ramai yang bersamanya di sini. Aku juga tahu ramai yang sudi pinjamkan telinga dan bahu mereka untuk dirinya yang seorang itu seperti mana dia sering berbuat sedemikian terhadap mereka. Sering memberikan nasihat kepada sahabat-sahabatnya walaupun dirinya tak pasti apakah nasihatnya itu berkesan ataupun tidak.
“Kita perlu kuat, kita tak boleh lemah. Kita ada Allah.”
“Jangan ikut sangat perasaan tu. Nanti parah.”
“Cuba bincang dengan family. Calon isteri yang bagaimana mereka inginkan.”
“Berdoalah  agar semuanya baik-baik sahaja. Jangan lupa solat istikharah juga.

Lantang sekali dia menyuarakan pandangan dan nasihatnya itu tatkala sahabat-sahabatnya yang lain di jalan kebuntuan. Sedangkan, dia sendiri lemah. Dia sendiri tak cukup kuat. Nasihat-nasihat yang diberikan seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap dirinya. Dia jatuh tersungkur berhadapan dengan perasaan sendiri. Like a doctor cannot treat himself, my friend also was like that.

[Kredit]

Aku. Sahabat sehidup sematinya tetap yakin. Dia mampu bangkit semula. Kerna dia tak keseorangan. Dia ada Allah. Dia juga ada aku. Takkan aku tinggal dirinya seorang diri terumbang –ambing mencari jalan pulang. Pulang kepada dirinya yang dulu. Yang sentiasa ceria tanpa masalah. Tidur lena bertemankan mimpi indah. Bertemankan senyuman bahagia. Bukannya air mata. Bukannya  derita. Bukan juga ‘dia’.

Sahabatku,
Bangunlah dari mimpi ngeri
Usah kau bersedih sendiri
Pulanglah wahai sahabat
Pulang ke dakapanku,
Sahabatmu yang juga dirimu yang dulu

Aku sangat merindukanmu…