TIPS: KILATKAN DAPUR ANDA

Wednesday, August 27, 2014 | Comment
[Kredit]

Assalamualaikum...

Hello guys and girls...tora datang lagi. Hehe...

Well, hari ni aku nak kongsikan tips macam mana nak cuci kotaran-kotoran especially kesan minyak kat dapur rumah kita tu. Dapur rumah orang, kau jangan nak nyibuk pula. Biar diorang jer cuci. Cukuplah kau kongsikan entry aku ni kat diorang tu semua. Whoa! Dah lama aku dapat tips ni, tapi baru sekarang aku dapat share dengan korang semua. Ok. jom semua. Are you ready???

[Kredit]


Tip 1: Kesan Minyak Pada Dapur Gas

Bahan: Air Celuran Bayam
Cara

  • Celur bayam terlebih dahulu dengan air panas. 
  • Ambil tuala dan celup ke dalam air celuran tadi dan cuci dapur gas yang melekit dengan kesan minyak. Cuci sehingga berkilat. 

Tip 2: Kesan Hitam Pada Periuk Hangus

Bahan: Kulit Epal
Cara: 
  • Masukkan kulit epal ke dalam periuk yang hangus beserta air. Biarkan didih. Kemudian, perlahankan api dan tunggu selama 10 minit
  • Lepas tu, bolehlah sental periuk tadi dengan pencuci pinggan. 


Tip 3: Sinki Kotor

Bahan: Kulit Kentang
Cara: 

  • Ambil kulit kentang dan sental sinki hingga berkilat
  • Kemudian, jirus dengan air bersih
  • Bilas dengan span. 

Tip 4: Kesan Kotoran Pada Botol/Blender

Bahan: Kulit Telur + Air
Cara:
  • Kisarkan kulit telur yang kering hingga sebati
  • Masukkan kisaran tadi ke dalam bekas yang ingin dicuci. 
  • Goncang bekas tadi dan bilas dengan air. 

Tip 5: Kesan Minyak Pada Pinggan


Bahan: Sabun + Tepung
Cara:
  • Campurkan sabun pencuci pinggan dengan tepung ke dalam bekas. 
  • Kemudian cuci pinggan dengan acampuran tadi. 
  • Bilas dengan air bersih. 

*** See You Next Time***


Follow the rules. Don't break it. [Kredit]

TIPS: CUCI-CUCI KERETA

Wednesday, July 02, 2014 | 2 Comment

[Kredit]

Assalamualaikum. Annyeonghaseyo. Salam Ramadhan hari yang ke-3. Hari ni i’olls ada tip untuk u’olls semua especially yang ada kereta. Yang takde kereta tuu, boleh ambil job buka car wash pasni. Hehe. Okay lah, tips yang aku nak kongsikan dengan korang ni sebenarnya aku dapat daripada rancangan Star King at Astro One. Bukan nak puji, tapi aku memang tabik spring juga lah kat orang Korea ni dengan kepandaian diorang menginovasikan bahan. Waahhh gitu. Kelas Bahasa Melayu kau Miss L. Kekeke~~

Baiklah! Sudah sedia dengan pen dan kertas? Apa? Takde kertas? Aih, Henpon mahal-mahal tu simpan buat apa. Ambil gambar jelah, then save dalam gallery korang yang penuh dengan gambar selfie tu. Kan..kan..kan.. :p


Tip 1: Menghilangkan Kesan Cat

Bahan: Ubat Gosok (Ubat Terseliuh) *senang cerita korang beli jelah ammeltz yoko yoko*
Cara-cara: Gosok je ubat ni dekat tempat yang ada kesan cat pada kereta korang tu sampai hilang kesan cat. Gosok biar lemah lembut dan kasih sayang.


Tip 2: Hilangkan Karat Kereta

Bahan: Air Coke
Cara-cara: Celupkan air coke pada kain bersih dan gosokkan pada kesan karat yang ada pada kereta sehingga hilang kesan karat.
*bayangkan air coke kalau diminum, mahunya cuci bersih berkilat perut kita tu kan?*


Tip 3: Buang Pelekat Pada Cermin Kereta

Bahan: Penyembur Aerosol (Ridset) + Air Panas
Cara-cara: 
  • Rendamkan tuala dalam air panas dan biarkan seketika.
  •  Sementara tu, sembur aerosol pada pelekat kereta
  • Kemudian, ambil tuala panas tadi dan lekapkan pada pelekat kereta sehingga menutupi keseluruhan pelekat.
  • Lipatkan tuala (dalam 2-3 lipatan) tadi naik ke atas iaitu pada kedudukan betul-betul atas pelekat.
  • Lastly, tarik perlahan-lahan pelekat dengan kain tuala yang dilipatkan tu dengan gerakan menurun ke bawah.

Tip 4: Hilangkan Bekas Percikan Air/Kotoran Pada Besi kereta 
*juga boleh digunakan untuk bersihkan pili paip air.

Bahan: Ubat Gigi (yang mengandungi abrasif)
Cara-cara:
  • Picit ubat gigi pada kain tuala kering
  • Gosokkan besi/lampu depan kereta dengan kain tuala tadi sampai berkilat

 Tip 5: Hilangkan Kotoran/Kilatkan Cermin Depan Kereta

Bahan: Ubi Kentang
Cara-cara:
  • Ubi kentang dibelah dua
  • Kemudian, gosokkan isi kentang pada cermin depan
  • Lapkan kesan ubi kentang tadi dengan kain tuala kering sehingga berkilat

Tip 6: Hilangkan Kotoran Pada Badan Kereta

Bahan: Kulit Limau (Oren)
Cara-cara:
  • Rebus kulit limau dalam air panas sampai mendidih
  • Ambil air oren dan rendamkan tuala ke dalamnya
  • Cuci badan kereta dengan kain tuala tadi
  • Bilas badan kereta dengan air bersih menggunakan kain tuala.

Tip 7: Hilangkan Kuman Pada Stereng

Bahan: Cuka Makan + Air
Cara-cara:
  • Bancuh cuka (2) dengan air (8) pada nisbah 2:8
  • Celupkan tuala ke dalam campuran cuka tadi
  • Lapkan/gosokkan stereng sehingga bersih

Tip 8: Hilangkan Kotoran Pada Dashboard

Bahan: Sarung Kaki (wanita) + Air
Cara-cara:
  • Masukkan kain tuala kering ke dalam sarung kaki dan balutkannya
  • Sembur air pada dashboard dan gosok menggunakan sarung kaki tadi sehingga bersih

Tip 9: Hilangkan Kotoran Di Celah Lubang Aircond

Bahan: Putik Kapas + Air Mustard (air biji sawi)
Cara-cara:
  • Celupkan/Percikan putih kapas dengan air mustard
  • Gosok celahan lubang aircond sehingga bersih

Pergghhh...smart habis la kereta ni. [Kredit]

Ha! Hampa dok tunggu pa lagi. Pi la cuci kereta. Biaq berkilat. Meghelit meghelap. Haha...
Selamat mencuba. Jumpa lagi di lain entry. Annyeong ^_^

Suami Aku 'King Control' derr...

Saturday, March 01, 2014 | 2 Comment
[Kredit]

Hai, nama aku Heliza, bukan Heliza Helmi tau. Heliza Hamzah. Tapi, orang panggil aku El jer. Umur aku 26 tahun. Tahun lepas aku single lagi. Tahun ni, I’m married already. Ha! Sekarang ni aku nak ceritakan kat korang tentang suami aku. Sebelum tu, aku nak bagitau korang yang aku ni kenal gitu-gitu jer dia ni. Tak sangka pula sampai boleh jadi suami aku.  Aku ingat dia ni so-so jer, tak sangka pula yang dia ni king control. Itu la yang buatkan aku rasa…..

       Dulu, sebelum kahwin aku bangun Subuh jam 6.35 pagi walaupun azan pukul 5.45 pagi. *Awal la kan?* .Tapi, sejak berlaki ni aku kena bangun sebelum subuh. Nak buat apa la bangun awal-awal pagi ni. Tepat jam 4.45 pagi… 
“Sayang, bangun cepat. Kita solat...”

Ha! Tu lah ayat laki aku tiap-tiap pagi. Rasa macam dah direkod pun ada. Haila...! Dia takpe la, dah terbiasa hari-hari bangun awal sebelum pergi solat Subuh kat masjid. Tapi, ni bukan kes nak kena solat Subuh kat masjid. Baru jam 4.45 pagi. Lambat lagi nak azan pun. Tok imam pun ntah-ntah dok landing baaaiiiik punya atas katil. Siapa tau. Iye dak? Mula-mula tu liat juga aku nak bangun. Tapi bila dah hari-hari dengar ayat yang sama, taik telinga aku pun surrender.

     Tidur lepas Subuh, jangan cakap la. Boleh kira dengan jari berapa hari sangat aku tak tidur balik. Rasanya time pakai baju kurung putih berkain biru dulu jelah kot. Bangun pepagi pergi sekolah. Haha! Tapi, semua tu aku kena biasakan balik. Dah la bangun sebelum subuh, tak boleh tidur balik pula tu. Tak paham betul aku! Kalau aku nak tidur jer mesti ayat ni yang akan keluar dari mulut laki aku, 
“Yang, rezeki tak masuk nanti kalau tidur lepas Subuh. Bla...bla...bla...”

Kedebussshhhh! Hamek. Padan muka aku kan. Kena dengar kuliah pagi. Tak payah susah-susah buka rancangan ‘Tanyalah Ustaz’. Laki aku ni dah cukup ‘ustaz’ bagi aku. Awal kahwin dulu, mau pening juga kepala aku ni tahan ngantuk. Nak melawan tak boleh. Laki aku kot! 

     Masuk bab kemas-mengemas, aku memang sempoi sangat. Tak payah pikir susah. Asal aku tengok rumah tak bersepah, aku okey jer. Tak payah kemas hari-hari pun takpe. Kami berdua jer kat rumah ni. Dia pun bukannya kaki sepah. So, nak kemas apa sangat. Betul tak? Tapi, laki aku bukan macam tu orangnya. Pantang tengok aku bersenang-lenang, ada jer ayat dia…
“Sayang, tak kemas rumah eh hari ni? Nampak berhabuk jer lantai. Ker ada lori pasir tanah lalu tadi. Tu yang berhabuk.
“Yang, hari ni abang tolong mopkan lantai yer. Mesti sayang busy kan? Sampai tak sempat nak mop hari ni.

Toing! Toing! Toing! Nampak tak permainannya di situ. Main perli-perli pula laki aku ni. Makan dalam beb. Macam tau-tau jer aku dah 3 hari tak sapu lantai. Dah aku tengok takde sampah, buat apa nak sapu. Aku tak rasa pun lantai tu berhabuk. Ker saje dia jer nak kenakan aku. Heh! 

       Sebelum kahwin, tepat jam 7.00 malam jer mesti aku dah terpacak kat depan tv. Layan drama slot Akasia. Dah la sekarang ni trend drama adaptasi daripada novel. Semangat jer aku buka tv nak tengok masa mula-mula kahwin dulu. Tapi bila dia mula bersuara,
“Cepat bersiap. Kita solat kat masjid. Ada kuliah maghrib. Tutup tv tu…”

Huhu…sadis gila aku rasa. Bergenang jer air mata aku time tu. Dia pula boleh buat-buat tak nampak. Hati kering betul! Hampeh.

      Korang jangan ingat berlakikan king control habis setakat bab mengemas tu jer. Sampaikan nak masuk tidur pun aku kena control. Dulu, sebelum nak tidur aku setakat gosok gigi jer. Pastu baca doa tidur terus Zzzzz….Tapi, sejak dia jadi laki aku… 
“Dah ambil wuduk?”
“Jom baca surah Al-Mulk dulu, baru tidur.”
“Doa tidur jer tak cukup. Jangan lupa baca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul sama tau.”

Korang nampak? Berapa banyak benda, ayat yang aku kena buat dan baca sebelum boleh tidur. Sebelum dan selepas kahwin memang berbeza. Nak tidur pun dah tak boleh sesuka hati. Nasib! Nasib!

[Kredit] 

Tapi, itu dulu. Sekarang ni, aku pula yang selalu kejutkan dia bangun sebelum subuh. Solat tahajjud sementara nak azan subuh. Kekadang aku ikut dia solat Subuh kat masjid. Time aku malas nak mengikut, dia tak paksa pun. Aku yang dulu kononnya sempoi bab mengemas ni, dah mula rajin mengemas. Hari-hari aku sapu dan mop sampai berkilat lantai rumah aku tu. Bukan tunggu 2-3 hari baru nak sapu. Hehe! Tepat jam 7.00 malam pula, aku dah terpacak depan pintu rumah. Tunggu dia bersiap nak gerak ke masjid. Boleh dikatakan hampir setiap malam kami solat jemaah sampailah waktu isyak walaupun takde kuliah maghrib. Dan sekarang ni pun, aku dah terbiasa amalkan perkara-perkara sunnah tu semua sebelum tidur. Bukannya macam dulu. Hentam keromo jer nak tidur pun. Ngeh. Ngeh. Ngeh.

Sejak 6 bulan yang lepas kami kahwin, aku sedikit demi sedikit mula sedar yang dia memang king control. Suamiku seorang king control. Tak dinafikan, aku mati-mati ingat dia ni so-so jer, tak sangka pula yang dia ni king control. Itu la yang buatkan aku rasa bertambah-tambah sayang kat dia. Tengok, berapa banyak aku tambah. Sebab apa tau? Sebab dia control aku jadi seorang muslimah dan isteri yang solehah. Dia control aku untuk tidak buat perkara yang bukan-bukan. Dia control pun demi kebaikan. Dia cakap,
"Abang bukan nak control, cuma abang ajak sayang tambah pahala jer. Boleh la nanti kita masuk syurga sama-sama."

Haa! Nampak? Tak ke banyak punya sweet laki aku tu. Haih! Mana nak cari. Aku pun, nasib baik dia yang cari aku dulu. Kalau tak, melepas juga aku. Heeee... 
"No matter what, he’s my ‘King Control’ and I like the way he controlled me." ^^

***THE END***

p/s:  Malu aku nak tulis dialog-dialog tu semua tau. Dah la realitinya aku single but not available lagi...lalalalala~~

Petua Kecantikan: Lembabkan Kulit Anda

Wednesday, February 26, 2014 | Comment
Beauty is a subjective [Kredit]


Assalamualaikum....Selamat Sejahtera...
Hai...Hoiii...and Hello world...

Hari ni nak story-morry sikit tentang kecantikan. Bukan apa, semalam aku layan rancangan SBS Star King kat astro channel 393, ada dikongsikan tips nak cantikkan kulit muka dan tumit kaki daripada kekeringan. Tambah pula, diorang kat sana tu kan tengah musim sejuk. Kulit akan jadi cepat kering kalau tak pandai jaga. Ok,  moh ler aku nak share pula dengan korang semua. Mudah jer tipsnya...

UNTUK MUKA

  • Daun lobak kering (dikisar halus). Masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan 2 kali ganda madu. Sapu pada muka. Biar selama 10-15 min. Cuci dengan air suam. Kemudian, bilas dengan air sejuk. 
  • Beberapa kulit limau tangerin kering (dikisar halus). Masukkan 2 sudu teh serbuk kulit limau tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan 2 sudu teh gula hitam *kat mana jual?*. Masukkan sedikit air panas. Gaul sampai sebati. Kemudian, sapu pada muka. Biar selama 10-15 min. Cuci dengan air suam. Kemudian, bilas dengan air sejuk.*boleh juga digunakan pada bahagian betis yang kering*

UNTUK TUMIT

  • Beberapa kulit telur. Biarkan kering dulu. Kemudian, kisarkan. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan sedikit krim muka *yang luput tarikh pun takpe*. Gaul sampai sebati. Kemudian, sapu pada tumit yang kering (merekah). Gosok tumit. Lepas tu, ambil pembuka botol dan buang bahan campuran pada tumit. Lastly, basuh la dengan air. 
Buang guna benda ni laa [Kredit]


Ok, dah paham kan semua? Aku pun tak try lagi. Bahan-bahan tak cukup. Haha! Tapi apa pun untuk korang aku ucapkan, "Selamat Mencuba!" ^^

Photography: Exposure

Tuesday, February 25, 2014 | Comment
[Kredit]
Pendedahan kepada pendedahan. Apa itu Pendedahan? Pendedahan jika di-english-kan maka jadilah exposure. Dan apa itu exposure? Exposure tu pendedahan la. Kekeke...~

Hampeh!

Ok. Ok. Rilex luu...jangan nak marah. Gurau pun takleh ke? Secara seriusnya, EXPOSURE atau pendedahan dalam Bahasa Melayu nya adalah pendedahan sensor kamera kepada cahaya. Senang cerita, kita bakal belajar tentang nak kawal cahaya yang masuk dalam kamera. Kawalan tulah yang akan menentukan gambar yang kita ambil jadi gelap atau cerah. 

Apa? Tak jelas?

Sekarang, buka mata luas-luas. Sedut, telan, kunyah segala apa yang aku bakal jelaskan lepas ni sampai lumat. Tapi awas! Aku pun budak baru belajar. Jadi, andai ada yang salah, tolong perbetulkan. Bagi yang masih tak paham juga, jangan risau. Nanti aku sediakan link kat hampa. Hampa boleh baca penerangan daripada orang yang pakar dalam bidang ni. No worries okay! 

EXPOSURE

Ada 3 elements semuanya. 
  1. Aperture
  2. Speed
  3. ISO
Bak kata cikgu aku lagi, 
"Tau exposure ni, hampa boleh tangkap gambar cantik dah aih...semua boleh jadi photographer yang baguih. Tak payah pakai kamera canggih-canggih pun takpa. Pakai yang mana dok ada ja dulu..." 

Nampak betapa pentingnya pengetahuan tentang exposure ni. So, mari kita teroka element yang pertama. 

  • Aperture (F)
Aperture adalah element yang kawal kadar banyak mana cahaya masuk dalam kamera. Kalau hampa perasan, ada bulat putih depan lensa. Yang tu bulat putih tu kita panggil aperture ring. *sila belek kamera anda sekang!* 

Bukaan pada lubang shutter yang membolehkan
banyak mana cahaya masuk [Kredit]
Hukum aperture adalah, 
Lagi kecil nilai/number (F), lagi besar aperture. Maka, bukaan shutter lagi besar. Cahaya yang masuk pun banyak. Gambar akan jadi lebih cerah

Contoh: Bila kita ambil gambar pada F3.5, gambar yang terhasil akan lebih cerah berbanding dengan F22. Okay! Tengok contoh gambar yang aku pinjam dari blog Mbak Sefa ni. . 

[Kredit]
Nampak tak perbezaan gambar tu? Fokus: pada gambar kuih di depan. Gambar kuih (lapisan hijau) pada aperture f/2.8 lagi cerah/terang berbanding f/8.0. Bila gambar cerah, secara automatiknya latar belakangnya akan jadi blurr (bokeh) jika gambar diambil pada jarak yang dekat. Tapi, berbeza dengan f/8.0. Gambar kuih (lapisan hijau) sedikit gelap dan latar belakang pun jadi lebih jelas. 

  • Speed
Speed adalah element yang menceritakan tentang kelajuan. Kelajuan apa? Kelajuan shutter speed untuk kawal berapa lama sensor didedahkan kepada cahaya. Kelajuan ni dikira dalam kiraan saat. Ia dikawal oleh shutter release (butang yang kita tekan untuk ambil gambar tu laaa...). 

Hukum speed adalah,
Lagi kecil nilai/number speed, lagi perlahan 'curtain' atau 'tetingkap' kamera ditutup. Maka, lagi lama sensor terdedah kepada cahaya. Gambar yang diambil juga akan jadi lebih cerah

Contoh: Bila ambil gambar pakai speed 1/15s, 'curtain' akan lambat tertutup. Jadi, cahaya masuk banyak. Gambar akan jadi cerah berbanding kita ambil gambar pakai speed 1/125s. Ok. Mari tengok contoh gambar Mbak Sefi lagi. 

[Kredit]
Lihat pada gambar. Nampak perbezaannya bukan. Pada speed 1/100s, 'curtain' akan tertutup dengan cepat, sensor akan terdedah pada cahaya dalam masa yang singkat, maka gambar jadi lebih gelap berbanding bukaan 'curtain' pada speed 1/13s. Sensor terdedah pada cahaya pada kadar masa yang lama, maka gambar jadi lebih cerah dan terang. 

  • ISO
Element exposure yang last ialah ISO. Ia bertujuan untuk kawal sensitiviti sensor terhadap cahaya. 

Hukum ISO menunjukkan bahawa,
Lebih tinggi nilai/number ISO, lebih sensitif sensor terhadap cahaya. Maka, gambar yang terhasil akan jadi lebih cerah.

Contoh: Bila ambil gambar pakai ISO 100, gambar jadi gelap berbanding kita ambil gambar pakai ISO 800. Seperti yang lain, contoh gambar ada kat bawah. Tapi, kali ni aku pinjam dari blog Encik Fikri.

[Kredit]
Okay! Habis dah elements yang perlu kita tau. Lepas ni, pakat-pakat praktik ambil gambar. Aku pun masih belajar nak biasakan diri dengan benda alah ni semua. Nak terang panjang lebar pun tak pandai. Harap-harap hampa paham la. Sikit pun takpe. Entry ni pun, aku anggap sebagai nota untuk diri sendiri juga. Sebelum tutup tirai, ni dia ringkasan apa yang kita belajar tadi. 

[Kredit]
Oooohoiii...jangan buat lupa. Link untuk hampa jenguk. Bagus untuk newbie macam aku ni. Moga manfaat.  

p/s: Hukum-hukum tu semua, aku yang reka sendiri. Supaya senang aku ingat dan paham. Kalau hampa rasa susah, silalah cipta hukum sendiri asalkan tak lari dari maksud sebenar. Peace yo! ^^

Photography: Bermula daripada Akar

Friday, February 21, 2014 | Comment
Pohon yang kukuh, bermula daripada akar yang utuh. [Kredit]

Adat belajar. Pasti bermula dari asas. Sebelum membaca, mesti belajar mengeja. Nak mengeja mesti kena kenal ABC dulu. Betoi dak? Macam tu jugalah nak ambil gambar yang cantik. Mesti kenal 'kamera' masing-masing dulu. First thing yang cikgu kenalkan kepada aku adalah 4 benda ni,  MASP atau MAvTvP. Bagi yang tak biasa dengan kamera, mesti tertanya-tanya,
"MASP? Apa benda pula tu? Majlis Agama Sungai Petani ker?"

Haha. Sah yang bertanya tu asal dari sana. Takpun ada marka kat sana. Pewwwiitt...

Haaa..mai sini cheq nak tunjuk. Pekebenda MASP. Sat nah. Cheq nak lukih dulu.

Taraa..! Ni dia maksud MASP dan fungsi. Siap compare lagi antara kamera Nikon dengan Canon. Cikgu cheq punya nota la ni. Cheq tiru ja. *wink..wink*

MASP [Kredit]
MASP atau MAvTvP adalah 'butang' yang ada pada kamera. Cer cuba hampa pi check kamera masing-masing bagi yang ada. Nampak tak? Alaaahh...takkan tak nampak kot. Yang ada kat mode dial tuuu.

Mode Dial [Kredit]

Ha! Yang tu la. Cikgu cheq kata,
"Pakai, guna bagi pandai 4 benda ni ja. Tak payah guna auto dah. Kalau boleh, buang terus auto dari kamera..."

Tudiaa...tudiaa...Lebih kurang macam tu la dia kata. Dan dia pun memang asal SP. Cuma, tak kerja dengan Majlis Agama Sungai Petani ja. Keh. Keh. Keh. 

Kami pun, lepas tamat ja kelas terus buat-buat tak kenal 'butang' auto yang mana, walaupun butang tu la kami selalu dok guna selama ni...~lalalalalala~

Oppppss....sebelum nak belagak buat tak kenal butang auto pun, kena tau dulu apa itu Aperture, Speed dan ISO yang merupakan elemen dalam Exposure. Sebab pa hampa tau?  Sebab EXPOSURE tu la yang akan kenalkan hampa kepada 'dunia' fotografi yang sebenar. Ewah!

(cont...)

Photography: A Flower and The Beetles

Monday, February 17, 2014 | Comment
[Kredit]

Oh! Sebelum nak mula cerita, jangan hampa ingat atau expect yang entry ni akan ditulis dalam Bahasa Melayu walaupun tajuknya bukan kemain lagi dalam bahasa omputih. *koft. koft. koft*. Aku bukannya terror pun bahasa omputih ni. Sikit-sikit boleh la. Habuan lepas nak order kopi dengan biskut kat oversea sana nuu.... 

Ok. Back to the topic, saja la kan aku nak cerita yang aku ni sekarang tengah giat dan gigihnya ikut kursus-kursus jangka pendek kat Kolej Komuniti. *orang takde keje gini laaa...pffttt*. Mana-mana kursus yang aku rasa menarik, terus aku grab ja. Tak peduli dah samada ada geng atau tak. Dan nak dijadikan cerita, aku baru selesai kursus asas fotografi. Memandangkan aku sekarang ni agak cenderung & tertarik terhadap photos yang cun, daebak dan seumpamanya, maka aku pun nekad la ikuti kursus ni *kononnya la kan...*  Maka, tibalah hari kejadian....
"I was so worried if i'm the only girl in this class...and i feel soo uneasy." 

That is what my heart said on the first day I attend to the class. Tapi, takdelah cakap omputih. Saja jelah aku propa lebih. Keh. Keh. Keh. 

So, you guys...guess what happened?? Yeaaahhh....my heart was true. The class is filled up with men. Frankly, there is not so full actually. There were only about 10 men (included teacher) and me. Bravo! Bravo! For a second, I feel like i'm filming 'Boys over Flower' movie. I'm Geum Jandi, and the rest is my man. Haha!

Eh, tetiba lupa daratan pi cakap omputih pula. Maaf yer semua! Ngee...

Mula-mula tu rasa segan, malu la juga. Tapi, apa ade hal derr...laki-laki tu semua laki orang. Pangkat abang-abang blake. Diorang pun ok jer. Even diorang tu lebih berpengalaman dalam fotografi, semuanya part-time wedding photographer, takde pula aku rasa di-anak-tiri-kan atau di-anak-angkat-kan pun. Rasa macam di-anak-emas-kan pun ada. Al-maklum la kan, 'the only flower in the garden'. Kena la jaga elok-elok. Betoi dak? Betoi dak? Kan...betoi la kan....

I sure can survive even i'm alone [Kredit]

Sebelum tu, aku nak habaq kat hampa semua. Kursus tu 2 hari ja pun. Tu yang aku tarak kesah sangat. Kalau berbulan, bertahun, pikiaq panjang gak la aku nak dok lama dalam kelas tu...*idok ler ghasenyeee teman...*

Walaupun 2 hari, tapi cukup bermakna, cukup bermanfaat. Ada benda baru yang aku teroka. Ada ilmu baru yang aku belajar. Dan ada 'kawan-kawan' baru...err...guess so.

Ok. Kat sini jer cerita aku kali ni. Lain kali aku share sikit apa yang aku blajor kat kelas yer. See ya!

Allah Diutamakan Solat Didahulukan

Saturday, January 11, 2014 | Comment
The Only One [Kredit]

Suatu petang di tengah sawah yang terbentang luas, seorang kanak-kanak umur 10 tahun duduk menekur sambil mengunyah gula-gula getah. Disebelahnya pula seorang lelaki remaja berusia kira-kira 16 tahun. Kedua-dua beradik itu begitu asyik memandang sawah di hadapan. Sabar menanti umpan katak mereka dimakan ikan.

Adik: Abang, adik nak tanya sikit boleh?

Abang: Tanyalah. Tapi, jangan kuat sangat suara tu. Kang lari semua ikan. Hehe!

Adik: Adik tahulah.

Abang: Ok. Adik nak tanya apa tadi? Silakan bertanya. Ehem!

Adik: Errm…macam mana nak pandai macam abang? Adik tengok, abang bukannya study sangat pun. Tapi, tiap-tiap tahun jadi best student. Adik pelik laaa…abang meniru ek?

Abang: Hish! Ke situ pula adik ni. Mana ada abang meniru. Rezeki Allah nak bagi la dik.           Alhamdulillah…*senyum*

Adik: Habis tu, kenapa adik tak dapat jadi macam abang? Asyik masuk ranking top 10 jer. Tak penah juga dapat nombor 1. Nak kata adik tak study, abang pun tau kan. Siang malam adik pulun study. Hurmm…

Abang: Ok. Sekarang ni abang nak tanya adik pula. Apa sebabnya adik study?

Adik: Mestilah nak dapat no 1. Nak jadi best student macam abang. Nak bagi mama abah bangga dengan adik.

Abang: Tu jer? Takde yang lain dah?

Adik: Tu jelah. Ada lagi ker? *kelip-kelip mata sambil berfikir*

Abang: Sebenarnya dik, dalam nak menuntut ilmu niat kita kena betul. Bagus niat adik tu. Nak banggakan mama dan abah. Tapi, yang paling utama dalam menuntut ilmu ni perlulah kerana Allah. Nak buat apa pun niatkan kerana Allah. Cuma, mestilah pekerjaan yang baik-baik jer. Jangan nak pergi mencuri pun niat kerana Allah juga. Tak betul tu.

Adik: Adik tahulah bang. Ustazah ada bagitau haritu.

Abang: Hurmm..baguslah kalau dah tahu. Cuma abang nak tegur adik satu perkara ni jer.

Adik: Apa dia abang?

Abang: Dah lama abang perhatikan adik. Adik suka lengahkan waktu solat. Ralit sangat study sampaikan dah hujung waktu baru adik solat. Itupun, nasib mama, abah dan abang tegur. Kalau tidak, dah lama terbabas abang rasa. Betul tak?

Adik: Hehe…*sengih sambil garu-garu kepala*

Abang: Tak betul cara adik tu. Sepatutnya, adik cepat-cepat pergi solat. Tunaikan kewajipan adik sebagai hamba Allah dulu, lepas tu sambung study balik. Baru berkat ilmu yang adik dapat tu.

Adik:  Yess! Adik dah paham. Terima kasih abang.

Abang: Aik? Dah paham? Apa yang adik paham?

Adik: Allah diutamakan. Solat didahulukan. Jom balik!

Abang: Laa..kenapa cepat sangat nak balik. Belum dapat ikan lagi ni?

Adik: Dah nak masuk waktu maghrib la bang. Takkan nak solat kat sini?

Abang: Eh, yelah. Tak perasan pula.

Adik: Itulah bang. Khusyuk sangat bagi ceramah. Mengata dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Haha! *terus lari meninggalkan si abang*

Abang: Hambooi..sempat lagi dia berpantun kenakan kita yer…nasib…nasib…

[Kreditt]
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah solatnya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia." ~ ( Riwayat An-Nasa'i dan al-Tirmizi )